Anda di halaman 1dari 4

PUTERI COLEOPTERA KUMPULAN 1 ( BAB 1 DAN BAB 2)

NAMA AHLI KUMPULAN : ● NURUL NAJIHA

● NUR UMAIRAH HUSNA

● NUR SUFFI

● NADIA FARZANA

SINOPSIS BAB 1 HILANG:

- Sekolah dikejutkan dengan berita kehilang Kim Yong yang merupakan anak hartawan di
bandar ini dan merupakan pewaris tunggal kekayaan milik mendiang ayahnya yang telah
meninggal dunia.

- Farhani bersimpati dan bersedih atas kehilangan rakan sekelasnya itu walaupun Kim Yong
seorang yang bersikap sombong dan angkuh.

- Farhani dan rakan-rakannya menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang sangat
bersedih dan tidak henti-henti menangis atas kehilangan anak tunggalnya itu pada
suatu petang untuk menyatakan rasa simpati mereka.

- Ketika Farhani dan rakan-rakannya tiba di rumah Kim Yong, terdapat juga beberapa
orang anggota polis yang masih menyiasat dan mencari bahan maklumat untuk
menyelesaikan kes kehilangan Kim Yong itu.

- Farhani dan rakan-rakannya melihat terdapat sebuah zoo mini kepunyaan Kim Yong
yang dibina di pekarangan rumahnya yang menempatkan berbagai-bagai spesies
kumbang yang pelbagai rupa dan warna.

- Seminggu selepas kehilangan Kim Yong, Farhani, rakan-rakannya dan masyarakat


membuat pelbagai andaian dan sebab atas kehilangannya itu.

- Setelah sebulan kes kehilangan Kim Yong, berita sensasi mengenainya semakin
jarang diperkatakan kecuali Farhani yang masih tertanya-tanya dan mencari jawapan
tentang misteri kehilangan rakan sekelasnya itu.

- SINOPSIS BAB2 MEMBURU KUMBANG:

- Cikgu Salimah memahami kerenah anak-anak muridnya yang sedang beralih emosi
daripada zaman kanak-kanak kepada alam remaja. Farhani tidak suka suasana yang
bingit dan bising. Farhani teringat akan suasana di rumahnya yang sunyi kerana
hanya dia, ibu dan bapanya yang masih ada di rumahnya kini.
- Cikgu Salimah memberikan arahan kepada setiap murid tentang tugas masing-
masing untuk menangkap serangga dan mereka dipecahkan kepada empat
kumpulan yang akan menangkap kumbang, pepatung, rama-rama dan belalang.

- Cikgu Salimah menegur sikap Haikal, Devnath dan Wei yang membuat bising
dengan ketawa tidak berhenti-henti.

- Cikgu Salimah memuji Farhani yang rajin mengakses maklumat berkaitan kumbang
daripada laman sesawang.

- Haikal mengusik dengan menyangkal keupayaan Farhani dan ahli kumpulannya


yang ditugaskan untuk mencari kumbang.

- Sementara itu, Farhani bertekad untuk membuktikan keupayaannya mencari


kumbang-kumbang yang dikehendaki oleh Cikgu Salimah kepada Haikal.

- Mira pula bersemangat untuk mencari kumbang tanpa rasa takut.

WATAK DAN PERWATAKKAN

1) Farhani

 Berusia 13 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-
beradik.
 Murid Tingkatan Satu Arif dan bersekolah di Sekolah Menengah Seri Kencana.
 Bapanya bekerja sebagai renjer hutan manakala ibunya seorang suri rumah.
 Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan.
 Penyayang terhadap ahli keluarga.
 Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru Sains.
 Bijak mengatur strategi untuk menewaskan musuh.
 Simpati akan kesusahan orang lain.
 Taat akan ibu bapa.
 Berani mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan nyawa.
 Mengenang budi terhadap orang yang berjasa.
 Rajin mencari maklumat tambahan berkaitan pelbagai spesies kumbang yang
akan dicarinya.
 Pandai menyimpan rahsia.
 Mengamalkan semangat bekerjasama.
 Prihatin terhadap rakan sekelas.
Kim Yong

 Anak tunggal kepada Puan Lee. Bapa kandungnya telah meninggal dunia.
 Mempunyai seorang bapa tiri yang garang, iaitu Encik Kwok.
 Pewaris tunggal kekayaan milik bapanya yang merupakan seorang hartawan.
 Rakan sekelas Farhani di Tingkatan Satu Arif.
 Ego, angkuh, dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.n
 Meminati serangga spesies kumbang.
 Berhemah tinggi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Farhani.
 Sedar akan kesilapan apabila dia memohon maaf daripada Farhani.
1) Mengamalkan semangat bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

1. 2 NILAI

1. Farhani dan rakan-rakan sekelasnya baik hati kerana mereka tetap


menziarahi ibu Kim Yong yang bersedih atas kehilangan anaknya Kim Yong
walaupun Kim Yong bersikap sombong

2. Kasih sayang. Contohnya, Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan
kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari
kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

2 PENGAJARAN

●Kita mestilah bersikap baik terhadap orang lain.

● kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.

1 LATAR MASA
Waktu siang.

1 LATAR TEMPAT
● Rumah Kim Yong.
1 LATAR MASYARAKAT
●Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.

PERSOALAN :

● Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat
bimbang dan sedih atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan
oleh mereka untuk mencari Farhani.

●Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira


perbezaan kaum dan agama

Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan
generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

CONTOH SOALAN KBAT


1. Pada pendapat kamu , mengapakah kita perlu melindungi dan menyayangi
haiwan?

2. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan ikatan kasih sayang yang kukuh


antara ibu dan anak?

Anda mungkin juga menyukai