Anda di halaman 1dari 10

NOVEL : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

PERSOALAN KEBERANIAN REMAJA MENGHADAPI CABARAN

10 markah

Persoalan --- watak utama (Farhani)

Persoalan --- watak ( siapa-siapa)

ISI = 3 ISI = 6 M

BAHASA = 4M

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Tawanan Komander
Caucasus karya Ruzaini Yahya. Dalam novel ini terdapat persoalan keberanian
remaja menghadapi cabaran. Contoh peristiwa yang membuktikan persoalan ini
ialah Farhani berani berdepan cabaran sewaktu melakukan tugasnya. Buktinya,
Farhani memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam rumah usang yang
ditemukannya sewaktu dia menjalankan tugas mencari kumbang. Farhani berani
untuk berdepan dengan apa juga cabaran yang akan dilakukannya ketika
meneroka rumah usang itu. Selain itu, Haikal ,Devnath dan Wei berani datang
semula ke rumah usang itu pada waktu malam. Ketiga-tiga remaja ini berani
untuk menjejaki kehilangan Farhani. Haikal percaya kehilangan Farhani ada
kaitan dengan rumah usang itu. Oleh itu, mereka berani pergi ke rumah usang
walaupun berdepan dengan risiko. Seterusnya, keberanian remaja menentang
kekejaman. Buktinya, Farhani dan Kim Yong dengan bantuan Dara Merah dan
kunang-kunang berani melancarkan serangan ke atas Komander Caucasus yang
kejam. Farhani bertindak berani berdepan dengan cabaran ketika untuk
membebaskan Puteri Coleoptera. Akhirnya dia menjaya menewaskan Komander
Caucasus yang kejam.

2. PERSOALAN KASIH SAYANG

1. Kasih sayang ibu terhadap anak

Contoh – Puan Lee, iaitu ibu Kim Yoong amat bersedih dengan kehilangan anak
tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan
pinggir hutan di kampungnya.

2. Kasih sayang ibu

Contoh – Puan Asmah, ibu Farhani amat menyayangi Farhani. Beliau menangis
teresak-esak apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah dilaporkan
hilang sewaktu mencari kumbang di tanah dusun bapanya.

3 Kasih sayang anak terhadap keluarganya


Contohnya – Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya. Farhani
berasa sedih apabila kehadirannya di rumah tidak dapat dilihat oleh ahli
keluarganya walaupun beberapa kali dia memanggil nama mereka.

3. KEGIGIHAN

1. Farhani gigih masuk ke dalam hutan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa
pun dan tanpa memikirkan bahaya serta keselamatannya nyawanya untuk
mencari kumbang sebagaimana yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk
menjayakan zoo mini serangga di sekolahnya.

2. Farhani gigih mengakses laman sesawang untuk mencari maklumat tambahan


berkaitan dengan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya.

3. Farhani gigih berdepan dengan berbagai -bagai cabaran seperti peristiwa dia
ditawan oleh Komander Caucasus serta peristiwa dia dan Kim Yong yang
terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi bahan uji kaji makmal Komander
Caucasus.

4. Haikal gigih menjejaki kehilangan Farhani di sebuah rumah usang pada waktu
malam dengan ditemani oleh Devnath dan Wei.

4. KEBIJAKSANAAN

1. Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera kumbang


Caucasus dengan menggunakan cecair Endosulfan sewaktu menyelamatkan
rakan-rakan dan Puteri Coleoptera yang menjadi tawanan Komander Caucasus.

2. Kebijaksanaan dalam menangani situasi yang genting. Buktinya, Farhani bijak


bertindak dengan mengunakan semburan Endosulfan untuk menewaskan Dara
Bintik dan pasukan tentera Caucasus yang bertindak menyerang segerombolan
tentera yang dipimpin oleh Dara Merah.

3. Contohnya, Puteri Coleoptera bijak menyembunyi tempat persinggahannya


daripada diketahui oleh Komander Caucasus. Puteri Coleoptera sentiasa
berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan tempat
tinggalnya dikesan oleh tentera Caucasus.

5. KETABAHAN

1. Farhani tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang berlaku sepanjang
dia menjadi tawanan Komander Caucasus.Farhani tabah berdepan cabaran hidup
dan cekal untuk menyelamatkan dirinya dan sahabat-sahabat yang lain.
2. Cikgu Salimah tabah menghadapi dugaan apabila terdapat sesetengah pihak
yang melemparkan pelbagai tohmahan ke atas dirinya dan menganggap dirinya
seorang guru yang tidak bertanggungjawab kerana tidak bersama-sama dengan
pelajarnya dalam usaha mencari serangga.

3. Puteri Coleoptera tabah menempuh dugaan hidup kerana dia terpaksa


berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana dia sentiasa diburu oleh
Komander Caucasus.

6 .BERTANGGUNGJAWAB

1. Farhani bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai contohnya,Farhani


memaklumkan kepada ibunya tentang rancangnya untuk mencari kumbang
di dusun milik datuknya pada suatu petang bersama dengan Mira dan Chea
Mei
2. Farhani bertanggungjawab menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh
Cikgu Salimah.Oleh itu, Farhani berusaha mencari kumbang untuk
menjayakan zoo mini serangga di sekolahnya.
3. Farhani bertanggungjawab untuk menyelamatkan sahabat-sahabatnya.
Farhani bertanggungjawab menyelamat Kim Yong dari balang kaca. Begitu
juga Farhani bertanggungjawab mencari jalan untuk menyelamatkan rakan-
rakannya iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang menjadi tawanan Komander
Caucasus.

7. SETIA KAWAN

1. Semangat setia kawan. Peristiwa yang berkaitan dengan persoalan tersebut


ialah ketika kehilangan Kim Yong ,rakan-rakannya,iaitu Chea Mei,Mira ,Haikal,
Wei dan Devnath telah pergi menziarahi ibu Kim Yong di rumahnya. Kehilangan
Kim Yong secara misteri membuatkan Farhani ingin merungkai misteri kehilangan
Kim Yong.

2. Farhani mencari air dan memberikan minuman kepada Kim Yong yang lemah
kerana telah lama berada di dalam balang. Dia juga telah memaafkan Kim Yong
yang bersikap angkuh sebelum ini atas dasar setia kawannya.

3. Kim Yong, Dara Merah ,kunang-kunang dan pengikut mereka berusaha untuk
menyusun strategi bagi menewaskan Komander Caucasus dan bala tenteranya
menggunakan cecair Endosulfan. Tujuannya agar sahabat mereka, iaitu Puteri
Coleoptera mendapat kerajaannya semula yang telah dirampas oleh Komander
Caucasus.
PERSOALAN ………………………….. . BERIKAN 3 CONTOH PERISTIWA

PERSOALAN -SUDAH DIBERI - BERIKAN 2 CONTOH PERISTIWA

1. Latar masyarakat dalam sesebuah novel merupakan salah satu unsur


sastera dalam hasil karya seseorang penulis untuk menggambarkan
kehidupan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut kepada
pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari,nyatakan
dua contoh latar masyarakat yang lain.

NOVEL Latar Masyarakat Contoh Perisitiwa

Tawanan Masyarakat yang bersikap Farhani menghulurkan


Komander baik hati terhadap rakan air minuman kepada
Caucasus Kim Yong yang begitu
dahaga dan keletihan
sewaktu mereka tiba di
sebuah hutan selepas
melarikan diri bersama-
sama Bara dan Dara
Bintik dari makmal
rahsia yang dikuasai
oleh Komander
Caucasus dan
tenteranya.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus karya
Ruzaini Yahya. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah
masyarakat yang bersikap baik hati terhadap rakan. Contoh peristiwanya
ialah Farhani menghulurkan air minuman kepada Kim Yong yang begitu
dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas
melarikan diri bersama-sama Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang
dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya. Latar masyarakat yang
lain ialah masyarakat yang berdikari tanpa menyusahkan orang lain.
Contohnya walaupun Farhani seorang gadis namun dia berusaha mencari
kumbang di dusun milik datuknya bersama Mira dan Chea Mei. Farhani
seorang diri mencari kumbang selepas lama menunggu kawan-kawannya.
Selain itu, masyarakat yang berhemah tinggi terhadap tetamu. Contohnya,
Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan
begitu mesra dan ramah.

NOVEL : TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

Bagi setiap pengajaran yang diberikan, kemukakan tiga


contoh peristiwa yang bersesuaian dengan watak
utama

Pengajaran yang dapat dikaitkan FARHANI


dengan perwatakan watak Utama

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel


Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya. Watak
utama novel ini ialah Farhani dan terdapat banyak pengajaran
dalam diri watak. Pengajaran pertama yang dapat dikaitkan
dengan perwatakan watak utama dalam novel ini ialah kita
hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara sahabat.
Contohnya, Farhani dan Bara bersama-sama membebaskan Kim
Yong daripada kurungan dan berjaya menyelamatkan Kim Yong
daripada menjadi bahan uji kaji Komander Caucasus.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah tabah dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,
Farhani tetap tabah semasa dia ditawan oleh Komander
Caucasus dan tenteranya. Dia berjaya melepaskan diri daripada
kurungan balang kaca dengan bantuan Bara. Pengajaran
terakhir yang dapat dikaitkan dengan perwatakan Farhani ialah
kita hendaklah bekerjasama untuk menentang sebarang
kezaliman. Contohnya, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-
kelip, dan kunang-kunang bekerjasama menewaskan Komander
Caucasus yang zalim terhadap mereka dan Puteri Cleopatra.
1. Persoalan sesebuah novel merupakan salah satu unsur sastera yang
diterapkan oleh penulis dalam karya mereka bagi tujuan mendidik
pembaca. Penerapan persoalan digambarkan menerusi sesuatu peristiwa
yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan dua


contoh peristiwa lain yang boleh dikaitkan dengan persoalan yang
dinyatakan.

NOVEL PERSOALAN CONTOH PERISTIWA

Tawanan Persoalan akur akan Farhani,Chea Mei dan


Komander arahan yang ditetapkan Mira akur akan arahan
Caucasus Cikgu Salimah yang
memberikan tugasan
untuk mencari
serangga bagi
melengkapkan zoo mini

1. Persoalan akur akan arahan yang ditetapkan

Buktinya, tentera kumbang Caucasus dan pengikutnya akur terhadap


Komander Caucasus. KC mengarahkan tenteranya merampas takhta
kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk dengan
memburu,menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para
pengikutnya. Puteri C dan pengikut setianya terpaksa berpindah-randah
untuk mengelak drpd menjadi mangsa kekejaman KC

2. Kumbang daripada kaum Bara dan spesies kumbang Sang ubi akur
terhadap PC. Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah,kunang-
kunang,kelip-kelip dan pengikut mereka telah melancarkan serangan dan
menewaskan KC serta para tenteranya,kemudian membebaskan PC, Bara,
Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya Haikal, Wei, dan Devnath

Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah


novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga
perwatakan watak utama yang telah ditetapkan bagi novel
tersebut.

2. Berdasarkan novel yang anda pelajari, watak utama dalam


novel ini memainkan peranan yang penting. Huraikan tiga
keistimewaan yang terdapat dalam diri watak utama. huraikan
tiga nilai positif yang terdapat dalam diri watak utama

TAWANAN KOMANDER CAUCASUS - FARHANI

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel


Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya, watak
uatam dalam novel ini ialah Farhani. Perwatakan watak utama
Farhani ialah seorang yang berani. Peristiwa yang dapat
membuktikan perwatakan Farhani ialah Farhani berani masuk
ke dalam rumah usang yang terletak di pinggir hutan seorang
diri. Farhani memberanikan dirinya untuk turun ke tangga
bawah walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin
berbahaya serta mengancam keselamatan nyawanya. Selain itu,
perwatakan Farhani yang lain ialah seorang yang bijak.
Buktinya, Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan
tentera kumbang Komander Caucasus, dia menggunakan cecair
Endosulfan untuk menewaskan tentera Komander Caucasus.
Perwatakan Farhani yang akhir ialah seorang yang
bertanggungjawab. Contohnya, Farhani bertanggungjawab
mencari kumbang.Dia berusaha mencari kumbang seperti yang
ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan projek zoo
mini di sekolahnya.

Tajuk : Tema -semangat patriotisme- langkah memupuk semangat patritisme


dalam diri remaja

Pendahuluan

1. Ayat tema – semangat patriotik


2. Ayat huraian alasan /isu – semakin kurang
3. Ayat alasan -kenapa –
4. Ayat arahan - langkah

Pada era globalisasi ini,semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin


luntur. Hal ini berlaku kerana remaja sibuk dengan urusan sendiri.Sikap remaja
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dapat dilihat
apabila mereka tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan.Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk memupuk semangat patriotik
dalam diri remaja?

ISI

1. Pihak sekolah memupuk semangat patriotik sejak di bangku sekolah


2. ALASAN –supaya sebati dalam diri murid
3. CARA – mengadakan program
4. KESAN – dapat dipupuk
5. PENEGAS – Jelaslah …ulang isi pertama

Satu daripada usaha untuk memupuk semangat patriotik ialah pihak sekolah
wajar memulakannya sejak bangku sekolah lagi. Hal ini dikatakan demikian
kerana langkah ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri murid.
Oleh sebab itu,pihak sekolah boleh mengadakan program sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah. Seterusnya aktiviti nyanyian lagu
patriotik,deklamasi sajak patriotik dijalankan ketika progrma ini
dilaksanakan.Sebagai impaknya,semangat patriotik akan terus diamalkan
hingga dewasa seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk
semangat patriotik dalam jiwa anak remaja.

ISI 2

ISI – ibu bapa menanamkan semangat patriotik

2. ALASAN - perlu menjadi contoh kepada anak-anak

3. CARA – sambut Hari Kemerdekaan -kibarkan Jalur Gemilang

4. KESAN – dapat mengukuhkan jati diri

5. PENEGAS

Langkah seterusnya ialah ibu bapa menanamkan semangat patriotisme kepada


anak-anak. Hal ini ada benarnya kerana ibu bapa menjadi contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan Jalur
Gamilang pada sambutan Hari Kemerdekaan.Selain itu, ibu bapa boleh melawat
tempat-tempat bersejarah semasa cuti sekolah. Tindakan murni ibu bapa ini
akan mengukuhkan jati diri dari segi mental dan fizikal.Sudah terang lagi
bersuluh,anak-anak akan mengikut contoh teladan ibu bapa dalam usaha
memupuk semangat patriotik kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

ISI 3 -KERAJAAN

1. IDEA -pihak kerajaan menjalankan kempen kesedaran


2. ALASAN – memberitahu pentingnya semangat patriotik
3. CARA – menyiarkan rancangan -filem ,dokumentari – patriotik
4. KESAN- melahirkan semangat juang yang tinggi
5. PENEGAS - ..ULANG ISI 3

Dari sudut yang lain pula, kerajaan memainkan peranan yang utama untuk
memupuk semangat patriotik dalam jiwa remaja dengan mengadakan kempen
kesedaran. Hal ini disebabkan kempen ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Oleh hal yang demikian, kerajaan menerusi pihak media menayangkan filem -
filem patriotik seperti Leftenan Adnan dan Bukit Kepong. Menerusi filem -filem
ini sudah pasti dapat melahirkan semangat juang yang tinggi untuk
mempertahankan negara. Tegasnya,tindakan kerajaan ini bersesuaian dengan
kata peribahasa biar putih tulang jangan putih mata.

KESIMPULAN

1. Ayat TEMA – semangat patriotik


2. AYAT CADANGAN
3. AYAT HARAPAN

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan


warganegara yang cinta akan negaranya. Oleh itu, semua pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memupuk semangat patriotik
dalam jiwa remaja. Seterusnya,semangat Sehati Sejiwa harus dapat dikekalkan
dalam diri remaja. Hakikatnya, negara Malaysia tetap merdeka buat selama-
lamanya jika sikap cinta akan negara terus menebal dalam diri rakyat.

2.Usaha-usaha Memperkukuh Perpaduan Kaum

Pendahuluan

1. Perpaduan kaum di Malaysia yang terjalin kukuh

Anda mungkin juga menyukai