Anda di halaman 1dari 2

Persoalan

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Hempasan Ombak antara persoalan yang
terdapat dalam novel tersebut ialah persoalan kegigihan dalam memajukan dunia
perniagaan. Contohnya, Farid gigih mengurus Syarikat Batik Nusantara milik arwah bapanya
walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dan perniagaan. Dia sanggup belajar
menguruskan perniagaan daripada pekerja di syarikat bapanya yang berpengalaman seperti
Tomsiah serta mendapatkan nasihat daripada Mokhsein. Selain itu persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya juga terdapat dalam novel tersebut. Contohnya, Hajah
Zaoyah menggadaikan emas dan tanah miliknya untuk membantu Farid mengatasi masalah
hutang syarikat. Akhir sekali persoalan sikap manusia yang sanggup membantu orang lain
tanpa mengharapkan balasan juga merupakan salah satu persoalan yang terdapat di dalam
novel tersebut. Contohnya, Mokhsein bersikap murah hati dengan membantu Farid
memajukan Syarikat Batik Nusantara dan menasihati Farid agar melaksanakan ‘strategi
terkunc’i untuk mengukuhkan syarikatnya.

Persoalan kasih sayang

(I) Ikatan kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya. Contohnya peristiwa Puan Hajah
Zaoyah sanggup berkorban menjaga anaknya, Lotfi yang sudah 10 tahun menggunakan
kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan
jalan raya.

(II) Ikatan kasih sayang sesama rakan. Contohnya peristiwa Zuraida berasa cemburu
terhadap Hartini Noor yang bekerja di bengkel Farid disebabkan dia menaruh hati terhadap
Farid.

(III) Ikatan kasih sayang antara anggota masyarakat. Contohnya peristiwa Pak Nik begitu
mengambil berat tentang perjalanan Syarikat Batik Nusantara disebabkan rasa kasihnya
yang mendalam sebagai pekerja lama melebihi 10 tahun di syarikat tersebut.

Persoalan sanggup membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan

(I) Mokhsein bersikap murah hati dengan membantu Farid memajukan syarikat batik
Nusantara dan menasihati Farid agar melaksanakan ‘strategi terkunci’ untuk mengukuhkan
syarikatnya.
(II) Tomsiah banyak membantu Farid dalam menguruskan hal-hal kewangan dan
perancangan syarikat secara ikhlas tanpa sebarang niat terselindung.

(III) Hartini Noor membantu Farid dengan menjadi tenaga pengajar kepada pekerja
syarikatnya.

(IV) Zuraida menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan sebarang
bayaran.

Persoalan kerajinan dalam memajukan dunia perniagaan

(I) Peristiwa Farid rajin mengunjungi bengkel untuk memantau para pekerjanya dan melihat
proses penghasilan batik walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan.

(II) Peristiwa Farid rajin bertanya kepada Mokhsein berkaitan dengan urus tadbir dan
pengurusan kewangan syarikatnya bagi memastikan Syarikat Batik Nusantara tidak
mengalami kemuflisan dan menanggung kerugian.

(III) Peristiwa Zuraida rajin menimba ilmu dengan mengikuti kursus luar kampus dalam
Bidang Pentadbiran di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu.

Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan

(I) Farid mengekalkan sikap kesederhanaan dalam menjalani kehidupan walaupun dia
mempunyai jawatan sebagai Pengaruh Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki
motosikal jika ada urusan di luar.

(II) Farid lebih selesa makan di warung biasa bukan di hotel ketika makan tengah hari
bersama Zuraida.

(III) Farid menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya walaupun
mempunyai wang dan kedudukan.

Anda mungkin juga menyukai