Anda di halaman 1dari 1

Tema

Novel Hempasan Ombak bertemakan iltizam seseorang anak yang ingin


membawa perniagaan warisan keluarganya ke tahap yang lebih baik.
Persoalan
1) Tanggungjawab
sebagai anak sulung dalam ahli keluarga Farid sebagai anak sulung telah
menggalas tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara selepas
ayahnya meninggal dunia
2) Cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan
Selepas mengambil alih pengurusan Syarikat Batik Nusantara, Farid
menghadapi pelbagai cabaran dari segi pengurusan kewangan, dan juga
persaingan daripada peniaga lain
3) Kasih sayang antara ahli keluarga
Ibu kepada Farid, Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan
sanggup menggadai tanah dan barnag kemas demi membantu Farid
memajukan perusahaan keluarganya.
4) Persaingan dalam dunia perniagaan
Bengkel baharu batik Farid terbakar disebabkan sabotaj oleh Mukhtar yang
merupakan pesaingnya dalam dunia perniagaan batik
5) Pendidikan perlu diutamakan dalam kehidupan
Zuraida berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang perniagaan
untuk mendalami ilmu pengetahuan tersebut sebelum memajukan
perniagaannya
6) Sikap tolong menolong dengan orang lain
Farid yang berusaha untuk membangunkan semula Syarikat Batik
Nusantara telah bertemu dengan Mokhsein yang sangat membantunya
memberikan nasihat dan juga mendapat pengedar untuk Farid.

Anda mungkin juga menyukai