Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KOMSAS TINGKATAN 3 ALPHA

NAMA : ____________________________________________
PRAKTIS 2
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

Masa berlalu. Aku akhirnya menamatkan pengajian kedoktoranku dengan jayanya. Malah kajian tentang tapai
ubi itu telah menjadi tesis kedoktoranku yang sangat dipandang tinggi oleh pihak universiti. Dapatannya
sangat mengagumkan terutama dalam usaha mencegah penyakit kanser yang semakin serius keadaannya di
negara ini, terutamanya kanser payudara.
Hasil kajianku dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diperakukan keberkesanannya walaupun pada
tahap yang masih awal. Kajian ini akan aku teruskan lagi. Penemuan ini sebenarnya berkat kegigihan emak
dan bapa mengusahakan tapai ubi. Bahan kajian utamaku selama ini ialah tapai ubi emak dan bapa. Kini aku
menjadi pelanggan tetap tapai ubi Wak Salikon. Pada mulanya bapaku tekejut apabila kunyatakan bahawa aku
mahu menempah tapainya selama ini dia memang tahu bahawa aku sudah muak dengan tapai ubi.

(Dipetik daripada cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’, antologi Bintang Hati,


Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

BAHAN 2

Lalu kata-kata emak itu jadi penawar terbaik buat Alif. Dia mesti mempertahankan dua petak tanah
itu. Sekalipun terpaksa berparang bertajak seorang mempertahankan diri, dia sudah nekad. Tak kan dia pejam
mata membiarkan dua petak itu terkorban walaupun atas nama Pembangunan sedangkan hasratnya yang
tertanam lama dalam sanubari ini pun diluruskan atas niat kemajuan juga.
‘Saya ada rancangan untuk petak-petak itu. Saya minta izin dan restu semua tuan tanah’.
‘Buat apa?’
Ada suara mencelah laju.
‘Estet padi!’
Petak-petak itu kini menguning berbuah emas. Projek estet padi mini berkeluasan 58.609 hektar
dengan penglibatan 15 orang tuan tanah semakin menampakkan hasil berkat kesungguhan dan kegigihan Alif.

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Menuai Emas’,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kejayaan yang dicapai oleh Aku (Parjo) dan Alif?
[3 markah]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
2. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah persamaan dari aspek nilai dan perwatakan yang
boleh kita pelajar menerusi watak Aku (Parjo) dan Alif? [3 markah]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
3. Parjo berjaya menjadi seorang pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang perawatan
penyakit kanser. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang insan yang berjaya dalam
kehidupan. [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai