Anda di halaman 1dari 6

Nota Novel Hempasan Ombak (Tingkatan 3)

Sinopsis Bab 1 – Warisan?


Haji Badrul yang merupakan pemilik sebuah perniagaan batik bernama Syarikat Batik Nusantara telah
meninggal dunia. Kematiannya telah melemahkan perniagaan keluarganya. Farid, anak kepada Haji
Badrul berfikir untuk meneruskan perusahaan batik ayahnya walaupun tidak mempunyai ilmu
perniagaan yang tinggi. Farid berasa tanggungjawab tersebut tidak perlu ditanggung oleh ibunya
Hajah Zaoyah seorang yang sudah berusia 56 tahun. Abangnya Lotfi sudah 10 tahun berada di kerusi
roda, abang keduanya Farhan telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM dan adik-adiknya
Hanysyah dan Hisyam masih muda. Akhirnya Farid membuat keputusan untuk mengambil alih
perniagaan keluarganya. Tomsiah yang merupakan seorang kerani syarikat yang berdedikasi telah
membantu Farid. Kak Tom memberitahu Farid bahawa hutang syarikat bukan dengan pihak bank
tetapi dengan pembekal. Dia juga telah memberikan nombor telefon En. Mokhsein kepada Farid untuk
membantunya memahami selok-belok perniagaan.

Bab 2 – Menggapai Awan


Menurut doktor, Haji Badrul meninggal dunia disebabkan oleh barah dalam perut. Tetapi terdapat
khabar angin yang mendakwa ayah Farid telah disantau. Farid menerimanya sebagai takdir daripada
Tuhan dan yakin dirinya perlu bersabar dan usaha mencari ilmu untuk berjaya dalam perniagaan.
Terdapat sebilangan ejen yang mengambil kesempatan ke atas Farid dengan tidak membayar hutang
walaupun perniagaan mereka beroperasi seperti biasa. Farid berbual dengan Pak Nik yang merupakan
pekerjanya dan Pak Nik berkata pengeluaran terpaksa dikurangkan kerana bekalan bahan mentah juga
semakin kurang. Dan batik-batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Kak Tom meminta Farid
untuk mengutip hutang daripada ejen-ejen yang tidak melunaskan bayaran mereka

Bab 3 – Titian Naga


Hajah Zaoyah bersama keluarganya semua makan malam bersama. Beliau menyedari Faris semakin
kurus dan kurang bersosial kerana sibuk dengan perniagaannya. Farid meluahkan masalahnya setelah
didesak oleh ibu dan abangnya. Dia malu dengan dirinya sendiri kerana terdapat bangsa lain yang
sebaya dengannya mampu untuk menguruskan perniagaan. Ibunya berpesan untuk tidak akan
menggadaikan syarikat ayahnya dan ingin menggadaikan barang kemas serta tanah untuk
menyelamatkan syarikat mereka.

Bab 4 – Azam Usahawan Muda


Farid tiba di tapak bangsal batik perusahaanya sejak awal pagi. Pak Nik kagum dan lihat keazaman
yang dimiliki Farid mirip seperti ayahnya Haji Badrul. Farid ingin mencontohi rakannya Abdul Kaber
berketurunan India yang menjual kain dan Chew Teck Heng yang menjual Mi. Mereka berniaga kecil-
kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Di dalam
mesyuarat syarikatnya, Farid memberikan idea-idea yang bernas iaitu usha meningkatkan kualiti batik
perusahaanya dan promosi yang lebih efektif. Kak Tom pula mencadangkan aset yang kurang produktif
perlu dijual agar beban syarikat dikurangkan.

Bab 5 – Langkah Pertama


Farid telah berjumpa dengan En. Mokhsein. Beliau merupakan seorang yang merendah diri dan
mengamalkan gaya hidup sederhana telah tertarik dengan sikap Farid sebagai anak muda. Mereka
berbincang tentang perniagaan dan peluang yang ada bagi mereka. En Mokhsein berterus terang
bahawa dia terhutang budi dengan bapa Farid yang lebih banyak mengajarnya tentang perniagaan.
Beliau juga berpendapat seperti Pak Nik bahawa masalah utama yang dihadapi syarikat Farid adalah
khianat daripada syarikat lain atas kejayaan arwah bapanya dulu. En. Mokhsein mencadangkan Farid
untuk mencari pasaran baharu dan idea yang baik untuk berjaya.
Bab 6 – Ilham daripada Zuraida
Farid berkunjung ke kedai Zuraida dan rakannya terkejut dengan kehadirannya. Zuraida telah
membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA sejak sepuluh tahun lalu. Zuraida
berkata perniagaannya kecil jika dibandingkan dengan perniagaan Farid. Dia juga berkata di banyak
bermodalkan petua ibunya untuk sabar dan melayan pelanggan dengan baik. Farid pulang ke pejabat
dan bercerita kepada Kak Tom tentang perjumpaannya bersama En. Mokhsein dan Zuraida.

Bab 7 – Batik, Cinta


Farid mempelawa Zuraida untuk makan tengahari bersama di Restoran Mail. Zuraida memuji
kehebatan Farid yang mengambil alih perniagaan keluarganya. Farid merendah diri dan meluahkan
masalah bahawa di menghadapi krisis dan perlukan bantuan. Zuraida menawarkan bantuannya tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Zuraida memberikan pelbagai idea dan cara untuk Farid membuat
perubahan di dalam syarikatnya. Selesai makan, mereka menuju ke kedai Zuraida dan Farid merasakan
bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

Bab 8 – Corak Baharu


Farid kemudian memikirkan corak batik baharu yang lebih moden dan mampu menarik minat pembeli
di pasaran. Dia meminta nasihat daripada En. Mokhsein tentang perojek untuk memodenkan
pengeluaran batiknya. Beliau berjanji akan membantu Farid dari aspek pasaran agar tidak jatuh ke
tangan ejen yang tidak bertanggungjawab lagi. Farid juga tidak bercadang untuk menamatkan
pengeluaran batik tradisi tetapi dimodenkan untuk pasaran ketika itu.

Bab 9 – Batik Sumber Rezeki


Bangsal baru yang dibina oleh Syarikat Batik Nusantara telah dirasmikan oleh En. Mokhsein. Dia juga
telah membawa sepupunya, Hartini Noor yang merupakan seorang graduan seni reka fabrik daripada
UiTM dan telah melanjutkan pelajaran ke sebuah akademi seni tampak di Australia. Kehadiran wanita
tersebut membuatkan Zuraida cemburu dan meninggalkan majlis tersebut. Hartini meminta Farid
memanggilnya kakak dan beliau berkongsi dengan Farid tentang pengalamannya serta sejarah batik
asli.

Bab 10 – Maafkan aku, Eda


Farid muncul di gerai Zuraida pada pukul 10.15 pagi. Zuraida terkejut Farid masih ada masa untuk
berjumpa dengannya walaupun sudah ada primadoona batik moden iaitu Hartini. Farid kurang senang
dengan perasaan cemburu Zuraida dan menjelaskan kepadanya bahawa Hartini hanyalah pekerja
kontrak dan telah bertunang dengan jejaka pilihannya. Tambahan pula umurnya 25 tahun
membuatkan Farid memanggilnya sebagai kakak. Hartini Noor telah berjaya membimbing pekerja
Farid dengan teknik yang baik. Farid mengajak Zuraida untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia bagi
mempromosikan jualan batiknya dan yakin dengan kemampuan Zuraida. Pada petang itu, Zuraida
hadir ke bengkel Farid dan terpukau dengan hasil kerja Hartini namun dia bersikap merendah diri dan
tidak mahu dianggap sebagai primadona. Usaha Hartini wajar dipuji kerana dia tidak mengambil
sebarang upah dan berhasrat untuk mengangkat martabat batik.

Bab 11 – Bara Dendam


Pemilik Syarikat Rajawali, Mukhtar berasa marah kerana jualan batiknya merosot walaupun diberi 35%
komisen. Sebelum ini, dia berpuas hati perniagaan batik Haji Badrul merosot selepas kematian Haji
Badrul. Kini dia amat marah kerana batik moden semakin menambat hati pengguna. Mukhtar mula
berasa risau selepas mendapt tahu Farid berjumpa dengan En. Mokhsein untuk berkongsi ilmu
perniagaan dan berbaik dengan Zuraida anak saudaranya. Dia pergi ke kedai Zuraida dan
memarahinya kerana menjual produk Farid. Zuraida mempertahankan haknya dan telah diugut oleh
Mukhtar untuk tidak lagi menjual barangan Farid. Zuraida timbul perasaaan syakwasangka terhadap
Mukhtar yang mungkin menjadi dalang kepada kemusnahan perniagaan Farid sebelum ini. Farid pula
mendapat surat layang kerana kemajuan perniagaannya.

Bab 12 – Samseng
Farid telah mendapat panggilan daripada Zuraida pada waktu pagi kerana ingin berjumpa dan
bercakap tentang hal penting. Zuraida memberitahu Farid bahawa ada orang mengugutnya gerai akan
dirobohkan jika terus menjual batik milik Farid. Zuraida kemudian menutup gerainya dan mengajak
Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung. Ibu Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan
berharap Mukhtar tidak mengganggu hubungan anaknya. Di bengkel syarikat Farid pula, Mahmood
membuat kacau kononnya Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang
dirampas Farid. Hartini meminta bantuan Pak Nik kerana ketakutan dan kekacauan tersebut telah
membuatkan Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri.

Bab 13 – Api
Keluarga Hajah Zaoyah telah terjaga pada jam 2 pagi kerana berlaku kebakaran di bangsal batik
baharunya. Farid berusaha memadamkan api tetapi tidak berjaya. Farid berasa sangat sedih bangsal
yang baru dibinanya tidak sampai sebulan kini musnah. Hajah Zaoyah telah menyerahkan surat layang
yang diterima oleh Farid kepada Pak Nik untuk membuat laporan polis. Keesokannya semua
pekerjanya datang terkejut termasuk Hartini. Namun mereka kagum dengan ketenangan dan
kesabaran Farid. Pihak polis telah mengesahkan kebakaran berkait dengan surat layang serta
kekacauan oleh Mahmood. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar pemilik Syarikat Batik
Rajawali adalah punca segalanya

Bab 14 – Ombak
Mukhtar telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa bersalah. En. Mokhsein yang baru pulang dari
Singapura terkejut dengan kejadian tersebut tetapi turut menerima ugutan sejak berbaik dengan
Farid. En. Mokhsein memberikan berita gembira kepada Farid bahawa terdapat syarikat di Singapura
dan Kuala Lumpur yang ingin melanggan batik moden keluaran syarikat Batik Nusantara. Farid berasa
terhutang budi dengan En. Mokhsein, Zuraida, Hartini yang telah banyak membantu dia menaikkan
semula perniagaan keluarganya. Zuraida melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang pentadbiran
perniagaan. Mukhtar dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun. Mokhsein menjemput Farid dan
Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini di Kuantan. Hajah Zaoyah mengusik Farid untuk berkahwin
tetapi dia berhasrat untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu.

Tema
Novel ini mempersembahkan tema tentang kegigihan seorang remaja untuk memajukan syarikat.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
2. Persoalan cabaran dalam menjalankan perniagaan
3. Persoalan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
4. Persoalan manusia yang tolong-menolong
5. Persoalan sikap memandang rendah

Watak Dan Perwatakan

Farid
Watak utama yang berusia 19 tahun Menerajui Syarikat Batik Nusantara Seorang yang
bertanggungjawab dan penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik Bersikap rasional dalam
mengambil tindakan Hidup sederhana dan bermasyarakat Mokhsein Pemilik Syarikat Nadi Zaman
Seorang yang bijak menyusun strategi perniagaan Bersikap baik hati dan mengenang budi
Hajah Zaoyah
Balu kepada Allahyarham Haji Badrul, Pemilik Syarikat Batik Nusantara Ibu berusia 56 tahun dan
mempunyai enam orang anak Gigih menghadapi cabaran dalam perniagaan Berani menanggung risiko
untuk memajukan perniagaan

Zuraida
Rakan sekelas Farid dari Tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Seri Budiman Berniaga
pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol Bersikap berpandangan jauh dan mudah cemburu

Plot
Permulaan – Farid yang baru sahaja tamat menduduki SPM terpaksa menerajui syarikat milik
keluarganya setelah ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Ibunya Hajah Zaoyah menyerahkan
tanggungjawab tersebut kepada Farid. Dia telah mengadakan mesyuarat bersama pekerjanya

Perkembangan – Zuraida ingin membantu Farid menjual batiknya di gerai Zuraida dan mencadangkan
Farid untuk menghasilkan corak batik baharu. Farid bertemu dengan En. Mohksein untuk mendapat
nasihat perniagaan. Farid telah membuka bengkel baharu untuk penghasilan batik moden. En.
Mohksein merasmikan bengkel tersebut dan membawa Hartini Noor, anak saudaranya.

Perumitan – Mukhtar, pemilik syarikat Rajawali telah berasa marah kerana batiknya tidak mendapat
sambutan. Mukhtar juga mendapat tahu anak saudaranya Zuraida telah menjual batik keluaran Farid
dan mengugut untuk tidak menjualnya. Farid pula menerima surat layang. Di bengkel Farid pula
berlaku kekacauan oleh Mahmood, Azmi dan Masri.

Klimaks – Bengkel batik baharu milik Farid telah terbakar. Dia menerima dugaan ini dengan redha.
Pihak polis telah mengesyaki perlakuan jenayah terbabit dalam kebakaran tersebut. Inspektor Ruzman
telah memberkas Mahmood dan mendapati dia adalah bekas jenayah dan merupakan pekerja syarikat
Rajawali.

Peleraian – Tiga hari lepas kejadian, Mokhsein datang ke bengkel Farid selepas pulang dari Singapura.
Mokhsein berjaya mendapatkan pelanggan daripada Singapura dan Kuala Lumpur untuk Farid.
Mukhtar telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Zuraida pula melanjutkan pelajaran ke
UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan. Farid juga berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya.

Teknik Plot
1. Monolog – “Pengorbanan….. .” Farid separuh berbisik.
2. Kejutan – “Tolong keluar bang. Keluar! ” Hartini mula bertegas
3. Saspens – Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu.
4. Imbas muka – Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap
5. Imbas kembali – Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata
tempat
6. Dialog – “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan.
Berniaga di kaki lima!”
7. Pemerian – Farid cuba menutup telinganya daripada mendengar desas-desus punca kematian
ayahnya
Latar
Latar Tempat
Firma Nadi Zaman – lokasi Farid bertemu Mokhsein untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam
dunia perniagaan
Bazaar MARA Jalan Bonggol – lokasi Zuraida berniaga pakaian
Balai Polis Daerah Kuala Terengganu – Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal
moden syarikatnya kepada pegawai polis
UiTM – Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Mahkamah Rendah
Kuala Terengganu – Tempat Mokhtar dibicarakan dan telah dijatuhkan hukuman terhadap kes
kesalahan membakar bangsal moden Farid

Latar Masa
Waktu Malam – Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama
Pagi Sabtu – Farid berkunjung ke kedai Zuraida
Sebulan – Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid

Latar Masyarakat
Masyarakat yang berniaga sebagai punca pendapatan diri dan keluarga
Masyarakat yang gigih berusaha dan berkorban demi mencapai kejayaan
Masyarakat yang mementingkan pendidikan dan pengetahuan
Masyarakat yang dengki dengan pencapaian orang lain
Masyarakat yang kreatif dan inovatif

Gaya Bahasa
Peribahasa – kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Sinkope – “Tak kisahlah tu”
Repetisi – “Kerja, kerja. Makan, makan”
Simile – Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya
Personafikasi – rasa serba salah mula mencekik dirinya Hiperbola – Lidah api menjilat ganas apa-apa
sahaja yang tercapai.

Nilai
1. Kasih Sayang – Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai ibu, dia sanggup berkorban
menjaga anaknya-anaknya.
2. Kegigihan – Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batiknya sehingga dia berjaya
3. Keberanian – Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan pemasaran syarikat batiknya
dengan membina bengkel baharu
4. Bertanggungjawab – Farid bertanggungjawab meneraju syarikat keluarganya setelah ayahnya
meninggal dunia.
5. Hormat-menghormati – Farid selaku pengurus Syarikat Batik Nusantara dan para pekerjanya
seramai 57 orang saling menghormati antara satu dengan yang lain

Pengajaran
1. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidup
2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
3. Kita seharusnya mengelak daripada bersikap hasad dengki terhadap pencapaian orang lain
4. Kita hendaklah mementingkan kasih dan sayang antara ahli keluarga
5. Kita seharusnya bersikap sederhana dalam apa jua aspek kehidupan

Contoh Soalan
A) Huraikan tiga nilai yang dimiliki oleh watak utama dalam Novel Hempasan Ombak
1. Nilai pertama adalah kegigihan. Contoh peristiwa kepada nilai ini ialah Farid gigih berusaha untuk
mengembangkan perusahaan Batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
2. Nilai kedua adalah bertanggungjawab pada watak Farid. Contohnya, Farid bertanggungjawab
menyelesaikan masalah kewangan syarikat Batik Nusantara setelah ditinggalkan oleh ayahnya.
3. Nilai ketiga adalah nilai kesederhanaan. Contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam
menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar.

B) Berdasarkan novel Hempasan Ombak, kemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan latar
tempat yang diberikan
Bangsal Batik :
1. En Mokhsein merasmikan bangsal baharu yang diusahakan Farid untuk Syarikat Batik Nusantara
2. Zuraida berasa cemburu dengan Hartini Noor yang datang sewaktu majlis perasmian bangsal
dilangsungkan
3. Kejadian kebakaran yang berlaku memusnahkan bangsal batik Syarikat Farid.

C) Huraikan tiga persoalan dalam Novel Hempasan Ombak beserta contoh peristiwa
1. Persoalan cabaran dalam dunia perniagaan – Farid menghadapi persaingan dengan syarikat-syarikat
lain
2. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga – Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan tanah dan
barnag kemas untuk membantu Farid memajukan perusahaan keluarganya.
3. Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan – Farid menggunakan kereta Peugoet milik ayahnya
walaupun mempunyai wang dan kedudukan.

Anda mungkin juga menyukai