Anda di halaman 1dari 6

Sinopsis NOVEL TIRANI : Hasil murid-murid 5 PA 2022

1.PERISTIWA BERDASARKAN BAB1

Seorang Wanita yang bernama Waheeda yang obses dengan kecantikan ingin melakukan
pembedahan plastik wajahnya kerana hidungnya kemek yang menjadi bahan ejekan kawan-
kawannya,Si Nuar ,Mat Gusi dan Si Man. Emaknya,Raidah selalu memberikan nasihat kepadanya
supaya bersyukur dan janganlah sesekali cuba untuk mengubah ciptaan-Nya. Waheeda hanyalah
gadis biasa yang bekerja sebagai pengurus di Syarikat Bukit Tajau Emas bersama dengan keluarganya
.Ayahnya Fadhil bekerja sebagai pemandu pelancong, ibunya Raidah bekerja sebagai pengurus
dapur. Pada minggu hadapan,terdapat tetamu istimewa yang akan datang ke Tajau Emas daripada
negara England dan Jepun serta negeri Sarawak. Lalu keluarga Waheeda membuat persiapan untuk
menyambut tetamu pada minggu hadapan.

2.PERISTIWA BAB2

Tiba-tiba berlaku keadaan bising di belakang rumah kerana terdapat seekor monyet Belanda telah
masuk ke dalam rumahnya. Suasana menjadi kelam kabut. Dalam suasana panik,monyet itu
menerpa kea rah Waheeda. Monyet itu telah merangkul kepalanya dan spontan dia terasa gigi tajam
haiwan itu mencengkam hidung dan pipinya.Dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan
oleh Dr Zakaria.Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan lastic di Singapura setelah
berbincang dengan Dr Zakaria.

3.PERISTIWA BAB3

Apabila sampai ke Lapangan Terbang Antara bangsa Kuching, mereka bersalam-salaman sebelum
Waheeda pergi ke Singapura.Setelah selamat sampai di Singapura Waheeda menuju ke rumah
kawannya Bazilah dan menetap di sana. Lusa Waheeda bakal menjanjikan sesuatu yang baharu
apabila dia menetapkan janji temunya dengan Dr Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical
Center(SMC), Singapura.

4.PERISTIWA BAB 5

Waheeda memaklumkan kepada kawannya Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata akan
memakan masa 10 – 15 jam. Dia menghantar emel kepada Ghazi iaitu abangnya untuk
memaklumkan mengenai pembeahan tersebut.Waheeda bertekad umtuk membuat pembedahan
kedua-duanya sekali . Ibunya Raidah cemas mengenai masa yang diambil ketika menjalani
pembedahan dan ibunya membuat keputusan untuk menemani anaknya di Singapura . Raidah ,
ibunya dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC untuk menjalani pembedahan

5.PERISTIWA BAB 6

Dalam bilik persediaan pembedahan , Dr.Alma Chen menerangkan kepada Waheeda bahawa
pembedahan BLEFLAROPLASTI akan dilakukan terlebih dahulu kerana proses melakukannya mudah.
Pembedahan ini akan diketuai oleh Dr.Shirrim Ghazizadeh pakar bedah mata yang
berpengalaman .Pembedahan itu berlangsung selama 12 jam . Apabila keadaan Waheeda semakin
pulih , ibunya pulang ke Sarawak.
6.PERISTIWA BAB 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai  anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan  Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya  Dr Averroes. Dr


Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

7.PERISTIWA BAB 8

Waheeda dan Dr.Rushdi menceritakan kecantikan ialah Tirani. Dr. Rushdi dapat perkataan Tirani
daripada perkataan Greek . Waheeda tersenyum mengingatkan cerita yang disampaikan oleh
Dr.Rushdi tentang orang Sepanyol yang kuat bekerja dan bijak. Selepas itu , Waheeda menerima
panggilan telefon dari Fatimah tentang rombongan matta yang datang ke tempat mereka

8.PERISTIWA BAB 9

Halloway memberitahu kepada Waheeda bahawa Waheeda akan mewakili Flamingo dalam
Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa yang akan diadakan di Four Season Hotel.Ucapan dari
Halloway membuatkan Waheeda sangat terkejut dan masih tidak percaya.Tambahan lagi,Halloway
mula meyakinkanWaheeda dengan memuji kecantikannya yang ada pada wajahnya.

9.PERISTIWA BAB 10

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang  Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka 
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu
berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke
Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. S
eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser  semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan
ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Peristiwa yang berlaku pada Bab 11 ialah:

 Raidah diberitahu bahawa rombongan keluarga Dato Yasser ingin datang untuk
kerisit kerumun.
 Malangnya, Waheeda tiada di rumah membuatkan Puan Raidah berasa gelabah
akan tetapi kerisit kerumun(upacara merisik untuk melamar) dijalankan walaupun
ketiadaan Waheeda.

Bab 12- Bidadari dari langit

Ketika Waheeda dilanda penyakit selsema, secara tiba-tiba hidung Waheeda runtuh akibat
selsemanya. Lantas Waheeda menghubungi Dr. Rushdi dan digesa olehnya untuk ke SMC.
Waheeda mula cemas terhadap apa-apa yang akan berlaku dengan keadaan yang
dihadapinya tetapi harapan masih digenggam kuat agar Dr. Rushdi sempat melaksanakan
proses rekonstruksi pada hidungnya dengan cepat, sebelum tarikh pertunangannya dengan
Zahid.

Bab 13 - bab 16

1. Peristiwa Bab 13: Mati hidup semula

Apabila Zahid gagal menghubungi Waheeda, Zahid bertekad untuk ke Singapura


bagi mencari dan membuat kejutan kepada Waheeda. Setelah Zahid sampai ke
Singapura, Anati terpinga-pinga dan memberitahu Zahid bahawa Waheeda sedang
menerima rawatan di SMC di Jalan Orchard tetapi tidak memberitahunya tentang
rawatan pembedahan plastik Waheeda.

2. Peristiwa Bab 14: Bagaikan Puteri

Hari perkahwinan Zahid dan Waheeda sudah tiba. Majlis perkahwinan mereka
dijalankan dengan penuh adat dan budaya Melayu Sarawak. Upacara
menyarungkan cincin perkahwinan daripada Zahid kepada Waheeda dan upacara
makan nasi temuan mengakhiri majlis perkahwinan mereka di Chalet Tajau Emas.

3. Peristiwa Bab 16: Mimpi lain-lain

Zahid mencari dan menemui Waheeda di sebuah bilik penginapan seorang penghuni
di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka yang
begitu mendalam terhadap kesetiaan Waheeda itu.

Peristiwa 1 - Bab 17 (konflik)

Berlakunya konflik antara Chalet Tajau Emas milik Waheeda dan Seri Gading
syarikat bapa Zahid kerana tidak mahu menggabungkan syarikatnya. Waheeda sudah
selesa dengan perusahaannya. Zahid berbincang dengan ayahnya dan Waheeda akan
membantu syarikat mentuanyanya walaupun tidak bergabung.
Peristiwa 2 - Bab 18-20

Zahid marah kerana Waheeda ketagih bekerja walaupun sakit. Kemudian mereka
bergaduh pula disebabkan Zahid cemburu dengan Rusdi yang memuji Waheeda. Kemudian
Zahid tidak mengaku Izzati anaknya dan tidak ingin melihat ujian DNA apabila dibuat.

Waheeda gaduh Zahid (Izati)

 Waheeda ketagih bertanya walaupun sakit.


 Sebab doktor Rusdi memuji Waheeda
 Zahid berkata kasar 
 Zahid tidak pulang sebab bergaduh (pergi Tajau)
 Zahid kuat cemburu
 Cuba mengambil hati Waheeda balik 
 Waheeda tawar
 Buat ujian DNA sebab tak mengaku Izati anaknya

Peristiwa 3 - (Ke Pusat Rawatan Islam)

Waheeda pergi ke Pusat Rawatan Islam Wanita berjumpa Dr. Qaimariah bagi
mendapatkan kaunseling dan Waheeda menceritakan bahawa dia yang diceraikan oleh
Zahid di depan ibu bapa Waheeda. Keadaan ini disebabkan Waheeda tidak meredakan
tuduhan Zahid dan kerana merasakan dirinya betul.

Waheeda berjumpa doktor Qaimariah 

 Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu


 Di hadapan ibu bapa Waheeda
 Disebabkan Waheeda tidak mengendahkab tuduhan Zahid kerana merasa dirinya
betul sambil menangis
 Dr. Mariah  menenangkan Waheeda dan memberikan kaunseling kepadanya

 Bab 21 - Sinar Di Hujung Terowong

 Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu
akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang
pengambilalihan chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Ghazi dan Waheeda
amat berminat untuk membantu Pakcik Aziz untuk mengambil alih Chalet Iwana-
Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Dalam pada itu,
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga.
Chalet Iwana-Iwani diberikan nama baharu iaitu Aya Sajinah dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
 Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu
akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula, perbincangan tentang
pengambilalihan chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Ghazi dan Waheeda
amat berminat untuk membantu Pakcik Aziz untuk mengambil alih Chalet Iwana-
Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Dalam pada itu,
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga.
Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu iaitu Aya Sajinah dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

Bab 22 - Bagaikan Air Gunung

Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh-puluh tahun


dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Mereka terus
berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak
secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa
paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.

Bab 23 – Sejuk-sejuk tropika

Pada petang itu, Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan  menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara,
kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi
tempang akibat kemalangan. 

Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan
isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi
wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak
mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah
ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah
Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia
memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan
anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak
pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak
gadisnya itu.

Bab 24- KAMA HATI

Pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih dan reda kerana
gadis yang dilihatnya dalam 3 hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga
ingin bertemu dengan Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati setelah 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu, seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun, Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya. 

Anda mungkin juga menyukai