Anda di halaman 1dari 13

Sinopsis

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai


cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastic pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai
pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan
dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan
dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum
syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para
pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam
kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan
diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan
hidungnya hingga dia dikerjakan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan
hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan
membuat kejutan. iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya,
Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan
amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan
di SMC.

Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan
dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket
kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh,
pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai
oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya
setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah
Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan
di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di
resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di
Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief.
Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam
Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan
menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam
itu.
Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan
daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian
miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo
de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih
terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda
datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya.

Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea
bapa mentuanya, Datuk Yasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet
Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah
sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan
perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif,
Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan
krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada
Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda
meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh
suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu
disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu
mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat
tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala
Lumpur. Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di
Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.
Tema dan Persoalan
Tema

Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupannya.

(i) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah


apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang
terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

(ii) Contoh: Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut digambarkan
dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya,
Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.

(iii) Contoh: Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah
tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata
perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah
tangganya.

Persoalan

1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya

Contoh: Raidah amat sayang akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke Singapura
semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan
hidung anaknya itu. Raidah juga sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan
dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi),
Kuala Lumpur.

2. Keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan

Contoh: Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada
tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang
ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

3. Ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan


Contoh: Waheeda tegas dan tekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonstruksi
pada bahagian mata dan hidungnya walaupun perbuatannya itu bercanggah dari sudut
ajaran agama Islam.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Waheeda Nurlyana

- Berusia 45 tahun
- Merupakan ibu tunggal
- Mempunyai seorang anak perempuan bernama Izzati yang berusia hampir 20 tahun
- Merupakan pengusaha Chalet Tajau Emas di Matang, Sarawak dan Chalet Aya-Sajinah yang
terletak di Cameron Highlands, Pahang.
- Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Perlancongan
dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
- Seorang yang cantik, anggun, berperawakan menarik dan berketinggian lima kaki lima inci
sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa yang diadakan
di The Four Seasons Hotel.
- Seorang yang cekal dan tabah. Contohnya, Waheeda cekal menempuh dugaan dan masalah
yang berlaku dalam dirinya, kerjayanya dan rumah tangganya yang dibina bersama-sama
dengan Zahid.
- Seorang yang penyayang. Contohnya, Waheeda amat menyayangi ibu bapa dan ahli
keluarganya. Waheeda menjaga dan mendidik anak perempuan tunggalnya, Izzati dengan
penuh kasih sayang.

Watak Sampingan

Zahid bin Yasser Arief

- Merupakan bekas suami kepada Waheeda dan bapa kepada Izzati


- Seorang peguam yang berkelulusan Sarjana Undang-undang daripada universiti di Amerika
Syarikat.
- Seorang yang mementingkan penampilan diri. Contohnya, Zahid memakai pakaian dan
aksesori yang berjenama dan mewah, iaitu Cartier.
- Seorang yang insaf akan kesilapannya. Contohnya, Zahid mengakui kesalahan dirinya dan
menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya yang telah menceraikan
isterinya, Waheeda dan mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya yang sah.
- Seorang yang gigih. Contohnya, Zahid gigih menyara hidupnya dengan bekerja sebagai
peguam ketika menetap di Amerika Syarikat.
- Seorang yang berani. Contohnya, Zahid berani meluahkan isi hatinya kepada Waheeda
dengan menghadiahkan sebentuk cincin berlian ketika mereka bersama-sama menikmati
makan malam di hotel The Flamingo de La Rossa.

Raidah

- Isteri kepada Fadhil dan ibu kepada dua orang anaknya, iaitu Ghazi dan Waheeda Nurlyana
- Seorang yang berbangsa Melayu Sarawak dan berfikiran agak konservatif.
- Seorang yang patuh akan arahan suami. Contohnya, Raidah akur akan arahan suaminya
supaya menasihati Waheeda agar tidak meneruskan niatnya untuk melakukan pembedahan
mata dan hidungnya jika sekadar untuk kelihatan cantik.
- Seorang yang baik hati. Contohnya, Raidah membawa ketupat lepas yang dibuatnya sendiri
sebagai buah tangan untuk Waheeda dan Bazilah semasa berkunjung ke Singapura.
- Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang isteri dan juga ibu, Raidah
menyediakan makan dan minum untuk keluarganya dan melakukan kerja-kerja harian di
rumah.
- Seorang yang penyayang. Contohnya, Raidah sangat menyayangi suaminya, Fadhil dan
kedua-dua orang anaknya, Ghazi dan Waheeda serta cucu sulungnya, iaitu Izzati.
- Seorang yang bersimpati. Contohnya, Raidah bersimpati dengan nasib malang Waheeda
yang mengalami krisis rumah tangga dengan Zahid.

PLOT
PERMULAAN – pengarang memperkenalkan watak utama Waheeda dan keluarganya serta
latar tempat iaitu Matang.

Waheeda yang telalu obses dengan kecantikan mencari maklumat tentang pembedahan
plastik walaupun ibunya, Raidah melarang anaknya mengubah anugerah Allah swt. Waheeda
yang cekap mengurus inap desanya di bawah syarikat miliknya, Tajau Emas bersama-sama
keluarganya menjadikan pusat pelancongan itu semakin maju. Seterusnya, Waheeda dan
pekerjanya sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan cicit raja Charles
Brooke yang ingin bercuti di inap desa miliknya.
PERKEMBANGAN – pengarang mengembangkan watak dengan memperkenalkan beberapa
watak sampingan dan latar.

Monyet putih menyerang Waheeda sehingga menyebabkan kecederaan yang serius pada
mukanya. Waheeda dikejarkan ke hospital untuk dirawat. Seterusnya, Waheeda terbang ke
Singapura untuk menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung dan matanya di SMS.
Dia selamat menjalani pembedahan yang diketuai oleh Dr. Rusdi dan terus menginap di
rumah sewa rakannya, Bazilah

PERUMITAN / KONFLIK – pengarang menimbulkan masalah dan pertentangan antara watak


ataupun dalam diri watak.

Hubungan Bazilah dengan Waheeda renggang kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari mula
menyukai Waheeda. Waheeda berpindah ke Flamingo Resort setelah bekerja di situ.
Seterusnya, Waheeda tidak pulang semasa upacara mereya atau majlis pertunangan dengan
Zahid kerana terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang rawan hidungnya patah.
Perkahwinan Waheeda dengan Zahid mulai retak kerana sikap cemburu suaminya. Akhirnya,
mereka bercerai setelah Zahid melihat anaknya Izzati tidak menyerupai mereka terutama
pada bahagian hidung.

KEMUNCAK / KLIMAKS – pengarang menceritakan hasil konflik yang digemari oleh pembaca
dan menunjukkan cerita bersedia untuk dileraikan.

Zahid dan Aiman telah menginap di chalet Aya-Sajinah di Cameron Highland sambil berbual-
bual tentang kisah silam mereka. Lais terkedu setelah mendengar perbualan antara Zahid
dengan Aiman tentang kekejaman Zahid yang menceraikan Waheeda tenpa usul periksa.
Zahid bertemu dengan Izzati dan bertanyakan latar belakangnya. Zahid mendapat tahu Izzati
ialah anak kandungnya.

PELERAIAN / PENGAKHIRAN – Pengarang meleraikan segala permasalahan yang dibuat dan


menyatakan permasalahannya.

Zahid menemui Waheeda yang mengurungkan diri di dalam bilik pejabatnya. Zahid meminta
maaf daripada Waheeda dan Izzati atas kesilapannya yang menuduh Waheeda berlaku
curang sehingga menceraikan isterinya. Waheeda yang terluka tidak mahu memaafkan Zahid
namun Izzati meminta ibunya menerima kemaafan ayahnya kerana kemaafan lebih baik
daripada berdendam.
Teknik plot
- pemerian
-dialog
-imbas kembali
-Imbas muka
-Saspens
- Kejutan
-Monolog
- konflik
Teknik pemerian
Maksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak
secara langsung oleh pengarang
Contoh pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin
lelaki di jari pengantin perempuan. Waheeda tersenyum mengalu-alukan mak cik Hazimah
ibu saudara Zahid lalu menghulurkan tangan kanannya.Hazimah menyarungkan cincin
pemberian Zahid di jari manis bagi memnatapkan ikatan perkahwinan mereka.Waheeda
berengsot dan mencium tangan suaminya.Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan lalu
mencium dahi isterinya.
Teknik dialog
Maksud Pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
Contoh Perbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung degan potret Dayang
Ranee yang akan dibingkaikan. “Tak pernah pun saya tengok orang Sarawak berkelubung
seperti ini,Cik Eda?”kata Mat seperti meminta kepastian .(hlm 28) “Tudung kepala yang
bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung keringkan bertatah benang emas
namanya,jangan tak tau.Nanti pelancong tanya nak jawab apa?”terang Waheeda “Ni,yang
berselimpang di bahunya ,songket,Songket Kain Brunei ataupun Jong Sarat,”katanya sambil
tangan mencecah gambar.Berkerut dahi Mat menyoroti jari Waheeda
Teknik imbas kembali
Maksud Ingatan sesatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang
telah dialaminya.
Contoh Waheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya semasa dia dan Ghazi berada
d dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pk cik Aziz di Jalan Setiakasih
ke apartmen kelarga mereka di Bukit Tiara,Kajang. Buktikan matlamat hidup kita binalah
kejayaan,laksanakan tugasan sebaik-baiknya dan gunakan kuasa kita dengan betul dan
bijaksana .Tiba- tiba dia terkenang akan kata-kata ayahnya,insan tanpa kejayaan umpama
mati sebelum ajal(hlm,299).
Teknik imbas muka
Maksud Teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
sesuatu peristiwa yang berlaku
Contoh Ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas
dirinya,Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama disembelih hidup-hidup
semasa proses pembedahan itu nanti. Terbayang-bayang pula keadaan dia disembelih hidup-
hidup.Kecut hatinya memikirkan betapa sakitnya waktu itu(hlm.86)
Teknik Saspens
Maksud Ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan
tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daam kalangan pembaca tentang peristiwa yang
akan berlaku selanjutnya.
Contoh Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet
Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam- kabut apabila penghuni dan pekerja-
pekarja lain bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu.Kesan
daripada peristiwa ini,pembaca tertanya-tanya tahap keselamatan sebenar dan kesan
pengoperasiaan chalet itu daripada aspek tempahan daripada pengunjung yang akan
menginap di chalet itu pada masa hadapan
Teknik Kejutan
Maksud Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh
pembaca .
Contoh Ketika peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas.Pembaca tidak
menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencedarakan
orang-orang yang berada di situ,iaitu Waheeda.
Teknik monolog (dalaman)
Maksud Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak sama ada ditujukan kepada dirinya
sendiri atau kepada orang lain.
Contoh Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan
plastik di wajahnya. ‘pembedahan plastik,hmm...perkataan magis,jika boleh rasa nak buat
sekarang juga,’bisik hati berbaur degan keseronokan yang semakin sukar dibendung.
(hlm 1)
Teknik Konflik
Maksud Merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan
plot
Contoh Konflik antara watak Waheeda dengan bapanya,Fadhil.Konflik ini tercetus apabila
bapanya berkeras dan secara tegas tidak mengizinkan anaknya,Waheeda menjalankan
pembedahan kosmetik kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Latar tempat, masyarakat


& masa
Latar Tempat
1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana
serta cucunya, Izzati tinggal.

2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia
menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

3. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung
akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Latar Masa

1. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan
Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet
Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung
hadapan berlaku pada waktu siang.

2. Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala
Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh
ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.

3. Waktu malam. Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah
hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya
yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.


Contohnya, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya dan sanggup terbang ke
Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan
mata dan hidung anaknya itu.

2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.


Contohnya, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati dan Zahid digambarkan
sebagai masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah
sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing.

3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Contohnya, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti
peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah
tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan
pelancong.

Gaya Bahasa
1. Bahasa Arab

(a) Syahadah (hlm 69)


(b) Yasin (hlm 69)

2. Bahasa Inggeris

(a) gelafundin (hlm 71)


(b) hazelnut (hlm 72)

3. Personifikasi

(a) Kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati (hlm 69)


(b) Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni (hlm 75)

4. Simile

(a) "...Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu dihidupkan." (hlm 73)
(b) ...salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. (hlm 73)

5. Metafora

(a) Bank darah (hlm 69)


(b) ambang sakaratulmaut (hlm 69)
(c) minuman keras (hlm 72)

6. Repetisi
(a) "Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang
keluar..." (hlm 69)
(b) "Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga..."
(hlm 75)

7. Sinkope

(a) "...Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?" (hlm 69)
(b) "Kita tak mahu dia mati" (hlm 71)

8. Peribahasa

(a) Nyawa-nyawa ikan (hlm 71)


(b) kurang ajar (hlm 72)/
Nilai dan Pengajaran
Nilai

1. Nilai kasih sayang.

Contohnya, Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka, Ghazi dan Waheeda.
Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan muka dan hidung Waheeda.

2. Nilai tanggungjawab.

Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan
akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera
untuk mendapatkan rawatan.

3. Nilai kesabaran.

Contohnya, Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran
suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli
keluarga.

Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda. Dia berusaha dan sanggup pergi ke
Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata
dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

2. Kita hendaklah bersikap jujur dan sanggup berterus-terang untuk menyelesaikan satu-satu
masalah.

Contohnya, Dahlia bercerita secara jujur kepada suaminya, Zahid bahawa dia dan
penyelenggara pergi ke bilik penginapan Dawood semata-mata untuk melihat seterusnya
membaiki kerosakan tangki air panas yang pecah tanpa mempunyai niat yang terselindung.
3. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Contohnya, Waheeda begitu sabar berhadapan dengan sikap cemburu buta, panas baran
dan kata-kata fitnah daripada suaminya, Zahid terhadap diri dan anak perempuannya, Izzati.

Anda mungkin juga menyukai