Anda di halaman 1dari 4

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Mohammad Hafizuddin Bin Che Azilah


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Tirani
1. Tajuk Buku:
Beb Sabariah
2. Pengarang:

3. Tahun
2008
diterbitkan:
Dewan Bahasa Dan Pustaka
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam
menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan
semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan dengan kisah
Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan
plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih
dan menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau
Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan
dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di
inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya,


Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada
hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak
dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda,
Fatimah dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda
yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka.
Semua pekerja dan penghuni  bertempiaran untuk menyelamatkan
diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet
Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan ke
hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. 
Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses
pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan
Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan.
iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan
harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah
kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen
tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.

Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan


hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10
hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket kapal
terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk
dibuat kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai
sebahagian adat orang Melayu Sarawak. 

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh


Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman
manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr.
Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan.
Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat
menjalani pembedahan mata dan hidungnya. 

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan


apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya
untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu.
Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief.
Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda
yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Perlancongan
Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih
manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan
pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara


merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki telah selesai
dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya.
Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di
Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat
demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak
hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta
Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada
bahagian hidungnya.

Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara


Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis
pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Majlis
perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan
meriah dan berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak.
Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya, Datuk
Yasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet
Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan
menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya
di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan perasaan
cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan
Waheeda.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima


rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak
dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis
rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan
nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir
secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu
suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh
suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda


dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya
yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu
mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat
tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani
Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di
Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda
menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika
di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.

6. Manfaat/ 1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat


pengajaran yang hubungan antara ahli keluarga.
diperoleh
daripada buku Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda. Dia
yang dibaca:
berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk
menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan
hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

2. Kita hendaklah bersikap jujur dan sanggup berterus-terang


untuk menyelesaikan satu-satu masalah.

Contohnya, Dahlia bercerita secara jujur kepada suaminya,


Zahid bahawa dia dan penyelenggara pergi ke bilik
penginapan Dawood semata-mata untuk melihat seterusnya
membaiki kerosakan tangki air panas yang pecah tanpa
mempunyai niat yang terselindung.
3. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Contohnya, Waheeda begitu sabar berhadapan dengan sikap


cemburu buta, panas baran dan kata-kata fitnah daripada
suaminya, Zahid terhadap diri dan anak perempuannya, Izzati.

7. Tandatangan: Mohammad Hafizuddin Bin Che Azilah

Anda mungkin juga menyukai