Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal : Pertama

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa : 10 Jun 2019 – 13 Jun 2019
Tajuk Jurnal : Masalah menyesuaikan diri dengan warga SK Durian
Burong dan masalah dalam kawalan kelas.

1. Masalah / Peristiwa
Pada 10 Jun 2019, saya bersama-sama tiga lagi rakan telah melaporkan diri di
Sekolah Kebangsaan Durian Burong, Kuala Terengganu untuk menjalani sesi Praktikum
fasa 1. Saya diperkenalkan dengan para pentadbir sekolah serta para guru di pejabat dan
bilik guru kerana perhimpunan rasmi tidak diadakan ekoran persekolahan bermula pada
hari isnin. Sepanjang satu minggu saya berada disekolah tersebut, saya telah menganalisis
rutin harian sekolah yang agak berlainan dengan teori yang saya belajar di ipg. Guru-guru
di SK Durian Burong sangat peramah dan baik hati dalam memberi tunjuk ajar kepada
kami. Namun begitu, saya menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah tersebut. Kurangnya pengalaman dalam berinteraksi dengan warga
sekolah menjadikan saya agak sukar untuk memulakan sesebuah perbualan bersama
pihak lain. Pada minggu pertama itu juga, kami telah diberikan kelas ganti untuk
membantu mengenali murid-murid SK Durian Burong sebelum memulakan sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Namun, pada permulaan kelas saya menghadapi
kesukaran dalam kawalan kelas kerana pelajar-pelajar SK Maras agak nakal dan aktif.

2. Analisis
Setelah dikenalpasti masalah ini timbul kerana mungkin ada sifat malu bertegur
dan sifat segan untuk menegur guru-guru di sekolah saya. Tambahan lagi saya sebagai
warga baru yang berada di sekolah berkenaan menyebabkan saya merasakan sedikit
janggal dengan suasana yang berlaku di sekolah. Bagi masalah kawalan kelas, hal ini
berlaku kerana kurangnya pengalaman dalam mengawal kelas secara praktikal. Kawalan
kelas memerlukan strategi yang tertentu mengikut keadaan kelas tersebut.

1
3. Cadangan Tindakan Susulan

i) Sentiasa bertegur sapa dengan guru walau dengan berborak kosong.


ii) Mulakan perbualan dengan senyuman.
iii) Sentiasa hadir ke perhimpunan mingguan dan bacaan Yaasin setiap pagi khamis.
iv) Banyakkan pergi ke bilik guru dan bertanyakan tentang aktiviti yang kerap
dijalankan di sekolah.
v) Menawarkan kepada guru-guru jika mereka inginkan bantuan dengan adanya
program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
vi) Tegas dengan murid-murid pada minggu pertama.
vii) Mewujudkan peraturan kelas
viii) Menanyakan guru-guru tentang cara kawalan kelas yang berkesan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Tempoh masa yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini adalah sepanjang
menjalani praktikum selama tiga bulan ini. Dalam masa yang panjang saya dan guru-guru
sekolah akan lebih mengenali dengan bertukar-tukar idea dan pandangan dalam perlbagai
perkara di sekolah. Jika masalah ini berjaya dihadapi dengan baik, saya lebih mudah
untuk bergaul dengan semua guru dan murid di dalam kelas saya kerana mempunyai
hubungan baik dengan mereka akan lebih menceriakan suasana apabila berada di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

2
3

Anda mungkin juga menyukai