Anda di halaman 1dari 2

Tidak mengikut arahan dan membuat masalah tingkah laku

1.   Masalah / Peristiwa

Saya mengajar di kelas 3 Ibnu Battuta untuk subjek Dunia Seni Visual . Sepanjang seminggu saya
mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal. Mereka membuat bising
dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu
rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah menegur
mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

2.   Analisis

      Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali terganggu akibat
daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang
tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan
seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru
menghadapi kesukaran. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada
sikap murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering membuat masalah tingkah laku mempengaruhi
rakan yang lain.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

a.    Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan murid-murid
tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b.    Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu
dengan mereka.
c.    Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Apabila mereka
mesra dan baik dengan saya, mereka akan merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian
untuk murid tersebut bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.
d.    Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi masalah yang
mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut/
e.    Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada murid-murid supaya hubungan
yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.
f.     Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak
g.    Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenal pasti
punca mereka berkelakuan tertentu.
h.    Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan
negatif.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu
bagi memastikan  kelancaran proses  pengajaran dan  pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat
diatasi  secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal  : Ke- 6


Minggu  Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa / Kejadian    : 1 Mac 2016
Tajuk Jurnal     : Masalah Kebersihan

1.   Masalah / Peristiwa


Saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid. Murid-murid tidak
menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil
berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju
ke dalam seluar supaya Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian
sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan
berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-
main terutama selepas waktu rehat.

2.   Analisis

      Kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan
terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni.
Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat.
Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan
penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika
berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu
seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk
memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi.
b. Guru hendaklah menunjukkan penampilan diri yang kemas.
c. Sentiasa menegur kesalahan dan memperbetulkan.
d. Menjadikan murid yang kemas sebagai contoh kepada rakan lain.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu
bagi memastikan  kelancaran proses  pengajaran dan  pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat
diatasi  secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

Anda mungkin juga menyukai