Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL

Minggu Kesepuluh : 08.10.2018 – 12.10.2018

Masalah Murid Bercakap Bahasa Kasar Di Dalam Kelas

Masalah

Pada minggu kesepuluh ini, masalah yang saya hadapi adalah murid sering
bercakap bahasa kasar di dalam kelas. Bercakap bahasa kasar merupakan tingkah laku
yang tidak baik. Masalah ini berlaku apabila saya mengajar di dalam kelas. Murid telah
bercakap bahasa kasar dan saya telah membazirkan masauntuk memperbetulkannya.
Mereka akan bercakap kasar apabila tidak puas hati dengan tingkah laku kawannya
atau tidak dapat menjawab soalan saya. Walaupun saya memberikan teguran kepada
murid, maka mereka masih tidak mengubah tingkah lakunya.

Analisis Masalah

Masalah ini sering berlaku adalah berkemungkinan disebabkan oleh murid


berhadapan dengan persekitaran di mana banyak bahasa kasar dipertuturkan.
Persekitaran dapat mempengaruhi seseorang kanak-kanak sejak dari kecil. Oleh itu,
berkemungkinan murid adalah terdiri daripada persekitaran yang bahasanya tidak baik.

Bukan itu sahaja, murid sering bercakap kasar di kelas mungkin disebabkan oleh
pengaruh media massa. Dalam drama atau video, pelakon akan bercakap kasar dengan
kehendak drama tersebut. Jadi, kanak-kanak akan mengikut apa yang telah dicakap
atau dilakukan oleh pelakon tersebut. Kesannya, mereka akan mengganggap perlakuan
tersebut sebagai kebiasaan.

Cadangan

Untuk menangani masalah ini, saya akan menasihat murid tersebut. Saya akan
memberitahu murid tersebut bahawa sikap seperti ini adalah tidak baik dan dia haruslah
membuat penambahbaikkan supaya menjadi murid yang baik. Dengan adanya nasihat
yang diberi, saya pasti dia akan sedar dan insaf atas kesalahan yang dilakukan.
Tempoh Penyelesaian

Saya bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa satu minggu,
bermula dari 22 Oktober 2018 hingga 26 Oktober 2018.

Tindakan Susulan

Saya akan melaksanakan cadangan-cadangan yang disenaraikan di atas.


Pertama sekali, saya akan berjumpa dengan guru kelasnya untuk mengetahui latar
belakang murid. Hal ini demikian kerana dengan adanya perbincangan yang diadakan
antara saya dengan guru kelas, saya akan mengetahui latar belakang murid tersebut
dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung, berdasarkan dapatan yang ada,
saya akan mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini.

Kesimpulan

Secara konklusinya, masalah ini dapat ditangani dengan baik jika guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menentukan
peraturan di dalam kelas. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid
belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan aktiviti yang dijalankan dapat menarik
minat murid untuk belajar. Oleh itu, guru yang rajin adalah sangat penting dalam usaha
mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai