Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MNGGU KE-4

TAJUK JURNAL: MURID-MURID TERLALU AKTIF/NAKAL DALAM KELAS


1. Isu yang Difokuskan
Murid-murid terlalu aktif dan nakan dalam kelas terutamanya budak lelaki.
Sebahagian besar budak lelaki dalam kelas nakal semasa pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan. Mereka asyik berbual-bual dan suara
besar mereka mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Salah
seorang murid akan kacau rakan yang duduk di tepi dan ditemui memukul rakan
tersebut. Apabila guru bertanya soalan, budak lelaki tersebut sengaja jawab
jawapan yang salah walaupun dia mengetahui jawapan yang betul.
2. Analisis yang Difokuskan
Pada pendapat saya, budak lelaki berbual-bual dan asyik bergerak semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan mungkin disebabkan oleh pertukaran
kelas ke bilik kuliah. Kawasan bilik kuliah ini amat baru dan menarik bagi
mereka. Bagi budak lelaki yang sentiasa kacau rakan yang duduk di tepi dan
sengaja memberi jawapan yang salah adalah kerana dia ingin menarik perhatian
guru.
3. Kajian Lampau terhadap Isu
Tingkah laku bermasalah Akses pada 14 Februari 2015 dari
http://jiwamindapsikologi.blogspot.com/2012/08/tingkah-laku-bermasalah.html
Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan
dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui
ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian
tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung
mengubah tingkah lakunya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang
menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak.
Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising,
pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta
menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak.Murid yang tingkahlaku
bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri
dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid
lain.Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan
mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa.
Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar
seperti memahami keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti

barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas.
Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku distruktif memerlukan satu
persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Struktur ini harus termaktub dalam
rutin harian murid-murid yang dimodifikasikan sejajar dengan perubahan dalam
tingkah laku bermasalah mereka. Guru-guru harus menetapkan peraturanperaturan yang diperlukan sebagai satu bahagian rancangan yang berstruktur. Ia
bagi memastikan bahawa semua peraturan adalah berguna dan mempunyai
matlamat yang spesifik. Faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah
distruktif adalah kekurangan konsep kendiri, pergelutan kuasa dan dendam. Oleh
itu, guru perlu menunjukkan persekitaran cinta aktif kerana ia akan dapat
menolong menghapus dan memperbaiki kekurangan yang disebabkan oleh
tingkah laku distruktif. Guru perlu membuat aksi daripada menunjukkan reaksi
kepada murid. Guru mesti sensitif dalam menstabilkan keadaan dan
mendiamkan murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah. Guru
tidak boleh membuat ugutan semasa murid-murid marah. Guru perlu menangani
tingkah laku bermasalah daripada mengelakkannya. Strategi yang paling penting
ialah bercakap dengan anak murid dengan memfokuskan kepada tingkah laku
positif. Guru mesti melibatkan diri dalam kumpulan sokongan yang mungkin
wujud melalui pelbagai program rawatan. Guru juga mesti dilatih dalam
pengurusan stres dan motivasi untuk mengendalikan kanak-kanak distruktif.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Guru menetapkan peraturan dalam kelas supaya murid-murid mematuhi. Guru
tidak memarahi murid-murid dalam public, maka bercakap dengan murid yang
nakal dengan sabar dan peneguhan positif.
5. Tempoh Masa Penyelesaian
1 Minggu
6. Tindakan Susulan
Guru membuat janji dengan budak lelaki yang nakal dan sengaja membuat
kekacauan dalam kelas. Setiap kali sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral dikendalikan, guru akan mengingati murid
tersebut mengenai janji yang telah dibuat. Selepas pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral pula, guru juga akan memberi peneguhan positif atau negatif
mengenai perlakuan murid dalam kelas tadi. Guru memuji murid-murid
memfokuskan kepada tingkah laku positif sekiranya ada. Guru seterusnya
memilih murid yang mengubah sikapnya sebagai model kelas dan meminta
murid-murid lain mencontohi perlakuan tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan

8.Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Saya berpendapat bahawa cara ini amat berkesan kerana budak lelaki yang
nakal tersebut telah mengubah sikapnya. Dia kurang kacau kawannya dan mula
memberi perhatian kepada guru dalam kelas. Dia akan jawab soalan guru.
Namun begitu sebahagian budak lelaki yang lain masih berbual-bual dalam kelas
sekiranya tidak diingati oleh guru untuk senyap.
9. Ksimpulan/ Refleksi
Saya berpendapat bahawa cara membuat perjanjian dengan murid adalah
berkesan kerana budak lelaki yang nakal itu telah mengubah sikap. Ini amat
menggembirakan saya. Saya akan cuba menggunakan strategi yang sama
terhadap murid-murid yang nakal yang lain supaya murid-murid yang lain dapat
mencontohi budak ini dan mengubah sikap mereka. Saya akan memberi kad
peneguhan positif sebagai tanda kemajuan mereka supaya mereka akan
meneruskan sikap yang baik mereka.

Anda mungkin juga menyukai