Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mok (2012), tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Situasi ini kadangkala menyebabkan guru hilang harapan dan
putus asa terhadap prestasi dan keupayaan muridnya. Oleh yang demikian, guru haruslah
mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan atau intervensi-
intervensi yang sesuai bagi menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan
oleh murid di dalam bilik darjah. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan
bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU MURID DAN INTERVENSI YANG SESUAI BAGI
MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

Tingkah laku bermasalah merujuk perlakuan yang tidak sesuai dalam situasi-situasi
tertentu. Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah mengganggu pembelajaran murid
tersebut dan boleh menjejaskan perkembangan kognitifnya. Oleh hal demikan, pelbagai
intervensi yang efektif haruslah dipraktikkan oleh guru supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan. Antara masalah tingkah laku yang ada pada murid-murid yang bermasalah ialah
seperti berikut:
Kurang
memberikan
perhatian

Masalah
Apati tingkah Hyperaktif
laku murid

Mengganggu
rakan
sekelas /
membuli

Rajah 1
2.1 Kurang Memberikan Perhatian

Kurang memberikan perhatian merupakan antara salah satu masalah tingah laku
murid yang kebiasaanya berlaku di dalam bilik darjah semasa proses p&p. Menurut Mok
(2011), murid tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak fokus terhadap tugasan
yang diberikan. Sebaliknya, mereka mungkin berbual dengan rakan, membaca bahan
lain, memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau menyanyi. Hal ini berlaku
kerana, cara mengajar seseorang guru tidak menarik murid tertentu. Pembelajaran yang
agak bosan adalah salah satu kemungkinan para murid untuk tidak memberikan
perhatian semasa prose p&p berlaku. Perkara ini akan menyebabkan proses p&p pada
hari tersebut tidak berjaya dan guru pun tidak akan mencapai objektifnya. Bukan itu
sahaja, apabila guru tidak mengambil apa-apa jua insiatif untuk mengatasi masalah ini,
maka guru akan mengalami kesukaran dalam menjalankan sesuatu pembelajaran
sepanjang proses p&p pada hari tersebut.

Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku tersebut.
Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
bolehlah mengaplikasikan intervensi dengan menggunakan prinsip peneguhan yang
sesuai. Dalam keadaan ini, guru perlu sentiasa memberi peneguhan yang positif atau
negatif terhadap kelakuan yang ditunjukkan oleh seseorang murid. Hal ini demikan,
murid akan mengambil insiatif untuk mengubah tingkah laku mereka apabila peneguhan
diberi oleh guru. Sebagai contoh, jika seseorang murid tidak berbuat bising, melakukan
kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya maka mereka
bolehlah diberikan ganjaran. Pernyataan ini menjalaskan bahawa peneguhan positif
diaplikasikan dalam situasi ini. Manakala, jika seseorang murid membaca bahan lain di
dalam kelas maka guru bolehlah bertindak dengan merampas buku tersebut dan
menasihatinya dengan sopan dan baik supaya murid tersebut kembali menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru. Hal ini, menjelaskan bahawa peneguhan negatif
juga dapat membantu seseorang guru untuk meningkatkan kembali tingkah laku murid
yang diingini.

Jelaslah bahawa perkara ini dikaitkan dengan model modifikasi tingkah laku
b.f.skinner. Hal ini demikan kerana, model ini didefinisikan menggunakan prinsip
peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku
diingini. Dengan ini guru bolehlah menggunakan intervensi ini supaya para murid dapat
memberi perhatian di dalam kelas.
Rajah 2

2.2 Hyperaktif

Seterusnya ialah hyperaktif. Murid-murid yang bersikap impulsif dan sering


mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir (Kamus Dewan
Edisi Ke-4, 2007). Murid ini tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih
perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan
penyeliaan. Secara biologikal, kewujudan ciri-ciri hiperaktif adalah disebabkan oleh
pengambilan gula yang berlebihan daripada kapisiti yang mengakibatkan tindak balas
(rangsangan) otak terhadap otot dan fungsi anggota badan. Ini akan memberi kesan
seperti, murid-murid hyperaktif akan menunjukkan tanda seperti susah untuk
memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap
dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain
itu, mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah
yang telah diberikan.

Untuk mengatasi masalah tingkah laku ini, guru haruslah mengambil intervensi
dengan menggunakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam perkara ini, guru
mempunyai hak menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan
murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Oleh hal demikian, guru
haruslah mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan
konsisten terutamanya terhadap murid yang mempunyai maslah hyperaktif. Dalam
keadaan ini, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Dengan ini adanya
kemungkinan besar seseorang murid untuk mematuhi peraturan dengan betul. Pada
masa yang sama, guru bolehlah membimbing murid supaya menunjukkan tingkah laku
yang diingini dan pada masa yang sama guru juga haruslah sentiasa memberikan
perhatian yang positif dengan berinteraksi dengan mereka. Maka, murid-murid tersebut
juga akan memberi respon yang positif.

Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan


model disiplin asertif canter yang menerangkan
bahawa melatih murid-murid untuk menerima
konsekuen bagi tindakan mereka. Intervensi ini
merupakan sesuatu tindakan yang efektif untuk
mengatasi masalah tingkah laku.
Rajah 3

2.3 Apati

Bahkan juga apati juga merupakan antara salah satu masalah tingkah laku yang
terdapat dalam diri seseorang murid. Murid ini bersikap tidak menghirau atau tidak kisah
kepada arahan guru, tugasan atau aktiviti yang dilaksana di dalam kelas semasa proses
p&p dijalankan. Murid berkenaan seolah-olah berada dalam duniannya sendiri (Joy
Nesamalar Samuel, 2016). Para murid bersikap apati kerana, mereka tidak suka akan
cara yang diajar oleh guru tidak berapa efektif ataupin proaktif. Dengan ini, murid-murid
tidak akan mempunyai keinginan untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang
proses p&p. Sebab itulah, murid-murid ini berasa bosan dan suka berada di dunia
mereka sendiri. Hal ini akan memberi kesan seperti, murid-murid tidak akan menguasai
sesuatu pembelajaran secara keseluruhan pada tersebut.

Maka para guru haruslah memastikan intervensi yang sesuai haruslah digunakan
untuk mengatasi masalah murid yang bersikap apati. Pengawasan dan penyeliaan yang
teliti guru terhadap akitiviti-akitiviti di dalam bilik darjah haruslah dipraktikkan sepanjang
proses p&p. Guru haruslah mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam kelas
pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah
disiplin. Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam kelas
pada setiap masa haruslah dilakukan oleh guru bagi memastikan perkembangan
semasa kelakuan seseorang murid. Contohnya, dalam akitivti kumpulan, guru haruslah
mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil, walaupun pada ketika itu
dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Hal ini demikian, dengan ini guru
boleh mengenal pasti murid yang tidak menumpukan perhatian dan murid yang tidak
menghiraukan tugasan atau aktiviti yang diberi. Jika murid tertentu masih tidak
menghiraukan aktivti atau tuugasan yang diberika oleh guru, maka guru bolehlah
memberikan arahan atau teguran terhadap salah laku murid tersebut.

Dengan ini jelaslah bahawa, intervensi ini dapat dikaitkan dengan model
pengurusan kelompok kounin. Model ini menjelaskan bahawa, cara pengurusan dan
bilik darjah dan pengurusan p&p yang mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.
Sekiranya intervensi ini digunakan oleh seseorang guru, sikap apati ini dapat diatasi
dengan mudah dalam kalangan murid.
Rajah 4

2.4 Mengganggu Rakan Sekelas atau Membuli

Tambahan pula, masalah yang sering menjadi halwa telinga dan buah mulut
sekitar global di sesebuah sekolah ialah, masalah mengganggu rakan sekelas atau
membuli. Menurut Halizah Hamzah (2016), murid seperti ini suka mengacau rakan
sekelas, memanggil nama mereka berulang kali atau dengan cara yang tidak betul,
mengambil barang rakan atau sengaja membaling gumpalan kertas kea rah mereka. Hal
ini berpunca kerana, apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, mereka akan
menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Mereka ajan cuba
menarik perhatian guru dan rakan, mencabar kekuasaan guru, membalas dendam atau
menunjukkan kelemahan. Pada masa yang sama, jika seseorang guru selalu
melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan strategi atau kaedah yang sama,
murid-murid tidak akan fokus semasa guru sedang mengajar dan mereka akan mula
mengganggu rakan sekelas mereka. Ia boleh menimbulkan rasa tidak senang hati
apabila seseorang memerhatikan beliau kerana bimbang ia akan mengganggu murid
lain dalam kelas.

Bagi mengatasi masalah ini, guru dikehendaki untuk menggunakan intervensi


yang berkesan. Guru memainkan peranan yang penting dengan menjaga disiplin murid-
murid dilam bilik darjah. Intervensi yang harus digunakan oleh seseorang guru ialah,
mengenal pasti punca salah laku murid. Murid perlu dibimbing untuk memahami
peraturan di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, apabila murid faham dan
mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin akan dapat
dikurangkan. Sebagai analoginya, murid jika seseorang murid berkelakuan dengan
mengganggu rakan di dalam kelas guru bolehlah melatih murid untuk mendapat
kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin kelas. Dalam pernyatan ini, murid dan
guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar
amalan demokrasi perlu diaplikasikan. Dreikurs (1968) berpendapat bahawa, guru
berperanan untuk membantu murid memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat
mengurangkan salah laku dalam kalangan murid.
Secara umumnya, intervensi ini dapat
disamakan dengan model akibat logikal dreikurs.
Model ini memberi penjelasan seperti, menekankan
kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin di dalam kelas.
Maka, guru haruslah berusaha untuk menggunakan
intervensi ini supaya dapat mengatasi masalah
tingkah laku ini yang terpahat dalam diri murid-murid.

Rajah 5

3.0 PENUTUP

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan  di


kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah
laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama
membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain
dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan
insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota
masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak
ini telah beransur berubah. Maka, bagi mengatasi masalah tingah laku ini guru haruslah
menggunakan pelbagai intervensi yang sesuai sejak awal lagi. Hal in demikian kerana,
bah kata pepatah ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Rujukan

1. Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong:
Multimedia Sdn. Bhd.
2. Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan.
Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
3. Halizah Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Kuala Lumpu: Oxfard Fajar Sdn. Bhd.

4. Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai