Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU 1 (SK TAMBAK PAYA)

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS

NAMA : HANI FARIZAH BINTI JAPRI


UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2014
TARIKH : 6/2/2017 10/2/2017

Masalah

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu
kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Hal
ini turut dipersetujui oleh Mok Soon Sang (2011), yang mentakrifkan tingkah laku bermasalah
individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Peranan guru sebagai penentu dan pelaksana pendekatan dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan mampu meningkatkan potensi diri pelajar serta tingkah laku yang
positif. Oleh yang demikian, saya mencuba melaksanakan pemberian token kepada pelajar bagi
mengekalkan tingkah laku positif semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka
akan bersaing sesame sendiri untuk mengumpul mata ganjaran bagi membolehkan mereka
menebus token yang diberikan oleh guru dengan hadiah yang telah disediakan.

Analisis Masalah

Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah, dengan cara pemberian token pelajar akan
bermotivasi untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Contohnya, bagi
murid yang mengalami masalah tingkah laku dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru,
yang hiperaktif akan cuba menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kadar segera. Pelajar
juga dapat mengurangkan sikap malu bertanya jika menghadapi masalah untuk menyelesaikan
JURNAL MINGGU 1 (SK TAMBAK PAYA)

latihan yang diberikan kerana token hanya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya
menyelesaikan latihan yang diberi dengan kadar cepat dan betul sahaja.

Sikap yang ditunjukkan murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat
masalah yang dihadapi oleh murid. Antara soalan yang terlintas di pemikiran saya ialah :

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah murid?


Adakah murid tidak selesa dengan faktor persekitaran bilik darjah?
Bagaimanakah penglibatan murid di dalam kelas sebelum ini?
Apakah kelebihan pelaksanaan pemberian token kepada murid?

Cadangan

Berdasarkan kajian yang saya lakukan terhadap seorang murid pendidikan khas, iaitu
murid yang mengalami masalah hiperaktif menunjukkan bahawa teknik token ekonomi sangat
berkesan dalam mengurangkan tingkah laku murid yang sering berjalan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tersebut merupakan seoarang murid hiperaktif
yang suka berjalan di dalam kelas sewaktu P&P berlangsung dan tidak menyiapkan kerja yang
diberikan oleh guru. Oleh itu, saya telah memberikan token kepadanya di akhir pembelajaran
bagi mendisiplinkan murid tersebut untuk mengubah tingkah laku yang diingini.

Tempoh Penyelesaian

6/2/2017 10/2/2017 (1 MINGGU)

Tindakan Susulan

Walau bagaimanapun, dalam jangka masa yang panjang, guru-guru mesti


mengimplementasikan sistem di mana setiap kali tingkah laku positif telah dicapai, token yang
diberikan kepada murid-murid akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Selain itu, guru-guru boleh
menggunakan sistem token untuk mengawal tingkah laku murid-muridnya supaya mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa gangguan. Setiap kali murid
menunjukkan tingkah laku positif, dia akan diberikan satu token oleh guru. Satu contoh token
terdiri daripada kad-kad berwarna yang mempunyai nilai-nilai yang spesifik. Sebagai contoh,
JURNAL MINGGU 1 (SK TAMBAK PAYA)

kad biru diberi 5 markah, kad merah diberi 10 markah dan sebagainya. Apabila murid-murid
mencapai markah yang ditetapkan oleh guru, mereka dapat menukarkannya untuk hadiah yang
telah ditetapkan oleh guru. Sebagai contoh, jika murid berjaya mengumpul 100 markah, dia
akan diberikan satu kotak pensil warna oleh guru. Ini akan memotivasikan murid untuk terus
menunjukkan tingkah laku positif untuk memiliki kotak pensil warna tersebut.

Kesimpulan

Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian
yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan
akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa
dan masalah ini tidak dapat diubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah
disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap
perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu
sendiri bahkan juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi
tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut.
Cara-cara mengatasinya adalah berbeza dan bergantung kepada masalah-masalah yang
dihadapi.

Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk
membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif
dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan
aktiviti pembelajaran. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri
samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan
membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid
yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang
berilmu pengetahuan.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan
lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik
di sekolah. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap
JURNAL MINGGU 1 (SK TAMBAK PAYA)

kali anak-anak berjaya selain sentiasa memberi galakan dan motivasi. Secara keseluruhannya,
tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak
membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan
perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Rujukan

Hajah Noresah bt Baharom, 2005, Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Ives, M. & Munro, N. (2002). Caring For A Child With Autism: A Practical Guide For Parents.
Jessica Kingsley Publishers, London and Philadelphia, Published with the National
Austistic Society.

Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan Nota Intisari Ilmu Pendidikan. Selangor.
Penerbitan Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai