Anda di halaman 1dari 6

Pengurusan tingkah laku

Menurut Kamus Dewan, tingkah laku membawa maksud langkah, perangai, gerak-
geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala, pengurusan adalah aktiviti perancangan dan
pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan
segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya juga tanggungjawab dan tugas-tugas
kakitangannya itu (Mohammad Fauzi, 2008). Berdasarkan definisi tersebut, dapatlah
disimpulkan bahawa pengurusan tingkah laku adalah satu program tingkah laku yang
berbentuk saintifik yang di buat secara analisis oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu
untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya
mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat serta
mewujudkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang individu.

Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif ialah tingkah laku yang mendorong murid untuk memperkembangkan
potensi semula jadi yang ada dalam dirinya. Manakala tingkah laku negatif ialah tingkah laku
yang mengganggu proses pembelajaran dan pembelajaran dan tingkah laku yang tidak
diterima dalam norma masyarakat. Berdasarkan situasi yang diberikan, jelas terbukti
bahawa murid A mempunyai masalah tingkah laku dan emosi. Hal ini terbukti melalui
tingkah laku yang ditunjukkannya di dalam kelas dan semasa berada di rumah. Tingkah laku
ini harus di bendung dan dihapuskan kerana memberi impak negatif bukan sahaja kepada
murid berkenanan malahan kepada keluarga, rakan-rakan dan guru.

Antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru Pendidikan Khas khususnya
dalam menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid ialah melakukan
modefikasi tingkah laku. Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku
adalah supaya guru memahami persekitaran murid dan bertimbang rasa apabila mengambil
tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Oleh yang demikian, pendekatan yang
berstruktur dan sistematik perlu untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Oleh itu,
guru harus menentukan strategi yang sesuai dan melaksanakan strategi yang di pilih,
memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki,
mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang telah di kaji. Modefikasi
tingkah laku harus mengambil kira aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid sasaran
supaya strategi pendekatan yang di jalankan dapat dilakukan semaksimum mungkin dan
seterusnya dapat mengubah tingkah laku yang bermasalah.

Antara pendekatan yang paling sesuai dalam mengubah tingkah laku ialah
peneguhan dan penghapusan. Peneguhan positif seperti pujian, kata-kata peransang,
bintang atau hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku yang diingini.

1
Peneguhan positif di dalam bilik darjah merupakan salah satu strategi pengurusan tingkah
laku yang berkesan untuk diamalkan (Ee Ah Meng, 1993). Peneguhan positif ini hendaklah
dilakukan dengan berterusan dan konsisten bagi menjamin tingkah laku yang diingini
berulang. Pemberian hadiah dan bintang akan dikurangkan dan dihapuskan secara berkala
apabila tingkah laku yang diingini itu telah berjaya dikuasai oleh murid tersebut secara
konsisten. Bagi tingkah laku yang tidak diingini boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui
proses penghapusan. Peneguhan negatif berupa hukuman atau dendaan boleh diberikan
untuk mengurangkan tingkah laku negatif. Misalnya, murid A adalah murid hiperaktif kerana
dia tidak boleh duduk diam di dalam kelas. Tindakan yang boleh dilakukan oleh guru adalah
memberikan pujian dan bintang apabila dia mampu duduk dia lebih dari 5 minit dan
tambahkan tempoh masa. Bintang dan pujian akan berkurangan sehingga tingkah laku itu
terhenti dengan sendirinya.

Masalah tingkah laku yang di alami oleh kanak-kanak Pendidikan Khas dipengaruhi
oleh beberapa faktor iaitu dari segi genetik, persekitaran dan pemakanan. Genetik
merupakan ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anaknya
melalui percantuman kromosom sel sperma dan sel ovum. Faktor genetik akan menentukan
pewarisan jantina, pewarisan sifat-sifat fizikal, tahap kecerdasan, personaliti, tret atau
sahsiah dan penyakit dari ibu bapa (Sigelman, 2015; Santrock, 2014; Kail & Cavanaugh,
2010). Ini bermakna, murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku mewarisi tingkah
laku tersebut dari ibu bapa mereka. Murid A sering mengamuk kerana mungkin ayah atau
ibunya mempunyai masalah tersebut juga. Selain itu, emosi si ibu semasa mengandung
sedikit sebanyak akan mempengaruhi janin yang berada dalam kandungannya. Hal ini
kerana apabila ibu mengalami tekanan emosi, aktiviti adrenalin akan meningkat dan
seterusnya pelepasan hormon kortisan daripada kelenjar akan masuk ke dalam darah ibu
dan disalurkan ke janin (Rohani,2003). Impaknya, bayi yang dilahirkan akan mudah
beremosi seperti mengamuk dan menunjukkan sikap moody.

Persekitaran merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi tingkah laku


seseorang. Pengaruh persekitaran terhasil sama ada melalui interaksi secara langsung atau
tidak langsung individu dengan agen sosialisasi atau ideologi budaya (Siti Nor, 2008).
Persekitaran yang hampir dengan individu ialah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan
adik beradik. Persekitaran keluarga yang kondusif seperti bersopan santun dan saling
menghormati akan melahirkan anak-anak yang mempunyai tingkah laku yang positif. Hal ini
kerana, anak-anak meniru segala perbuatan yang di tunjukkan oleh ibu bapa mahupun adik-
beradik. Masalah tingkah laku yang terjadi di sekolah mungkin disebabkan murid bosan atau
tertekan dengan peraturan dan persekitaran sekolah berkenanan. Misalnya, kurikulum yang
padat, pembelajaran dan pengajaran yang membosankan serta tidak menarik. Fizikal

2
sekolah yang panas, padat dan bising juga akan mendorong murid untuk bertingkah laku
negatif.

Tingkah laku seseorang individu turut di pengaruhi oleh pemakanan seharian. Diet
yang seimbang bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan malahan, merangsang
minda dan seterusnya mengubah tingkah laku seseorang kerana mampu berfikiran rasional
berkaitan akibat yang akan diterima jika terus berkelakuan negatif. Bagi melahirkan anak
yang sihat dari segi fizikal dan emosi, pemakanan semasa proses kehamilan harus di titik
beratkan kerana bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil alkohol menunjukkan
kekurangan berat badan sebelum dan selepas kelahiran, kecacatan mental, kecacatan
anggota badan, bentuk kepala dan muka yang luar biasa dan hiperaktif (Rohani, 2003). Ibu
bapa juga harus peka akan diet yang boleh diberikan kepada anak-anak khas mereka.
Misalnya kanak-kanak hiperaktif, makanan yang mengandungi gula yang tinggi harus di
kurangkan kerana ia akan meningkatkan lagi simpton yang mereka hadapi dan gantikan
snek dengan buah-buahan terutamanya pada waktu petang untuk memudahkan mereka
tidur serta elakkan makanan yang mempunyai pewarna dan perisa tambahan. Ibu bapa
harus menyediakan sarapan yang berkhasiat kerana kanak-kanak sekolah memerlukan
makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat untuk memberikan tenaga, kalsium
untuk menguatkan tulang dan gigi serta vitamin dan mineral untuk perkembangan fizikal dan
mental yang sihat (Wong Kiet Wah et al., 2013).

Pengurusan tingkah laku yang tidak konsisten akan mendatangkan impak negatif
terhadap pembelajaran iaitu mengundang masalah disiplin, keciciran dan gejala sosial.
Kesemua kesan tersebut berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, murid A sering datang
lewat ke sekolah. Murid A telah melanggar peraturan sekolah yang ditetapkan dan sekaligus
menunjukkan yang dia mempunyai masalah disiplin. Selain itu, masalah datang lambat juga
akan menyebabkan murid A keciciran dalam pelajaran kerana, misalnya, murid A di kenakan
time-out kerana kesalahannya dan dia tidak dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Perkara tersebut sebenarnya menyebabkan murid A
keciciran. Sikap ‘lepas tangan’ para guru juga akan menyebabkan murid A keciciran dalam
pelajaran kerana guru tidak lagi mempedulikannya. Masalah disiplin dan keciciran yang di
hadapi oleh murid A akan mendorong murid tersebut terjerumus dalam gejala sosial. Hal ini
kerana, murid tidak dapat berfikiran secara rasional akan akibat yang bakal di terima dan
merupakan salah satu cara untuk meluahkan emosi dan memberontak kerana guru dan
rakan-rakan tidak lagi mempedulikannya.

Oleh yang demikian, pengurusan tingkah laku dalam kalangan murid-murid


berkeperluan khas amat penting untuk membaiki hubungan antara guru dan murid dan

3
mewujudkan kemesraan serta mampu menarik murid untuk menimba ilmu. Hal ini kerana,
murid dapat merasai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh guru tersebut
kepadanya. Hubungan dengan masyarakat juga akan bertambah baik kerana tingkah laku
yang ditunjukkan di terima oleh norma masyarakat. Selain itu, dapat mewujudkan suasana
tenang dan kondusif di dalam bilik darjah. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan licin, berkesan dan ceria. Hal ini secara tidak langsung akan menarik
minat murid untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan. Hal ini, dapat mengurangkan
jurang kognitif antara murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Pengurusan
tingkah laku juga mampu meningkatkan disiplin murid serta menjadikan mereka seorang
yang pandai mengurus diri. Mereka patuh akan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan
dan mematuhi setiap arahan dan peraturan tanpa bantahan atau protes.

Kesimpulannya, semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat harus mengambil
bahagian dalam menguruskan tingkah laku bermasalah yang dihadapi oleh murid-murid
berkeperluan khas. Tanggungjawab ini harus di galas bersama kerana tingkah laku yang
bermasalah ini jika di pandang remah mampu mengundang kemudaratan kepada individu,
keluarga, masyarakat dan negara. Guru Pendidikan Khas harus mengetahui strategi dan
teknik yang boleh digunakan dalam menangani masalah yang di hadapi oleh anak-anak
muridnya. Modefikasi tingkah laku yang konsisten menjamin perubahan tingkah laku. Sikap
“lepas tangan” seharusnya tidak berlaku di dalam kalangan ibu bapa yang bergantung harap
sepenuhnya kepada guru-guru untuk membentuk peribadi dan tingkah laku anak-anak. Hal
ini kerana, masa ibu bapa bersama anak-anak lebih banyak berbanding masa murid dengan
guru. Seharusnya ibu bapa membantu guru dalam mencari penyelesian dalam menangani
masalah tingkah laku anak-anak kerana ibu bapa seharusnya lebih kenal siapa anaknya.
Oleh yang demikian, kerjasama dari pelbagai pihak mampu menangani masalah tingkah
laku yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

4
Rujukan

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainuddin Md Isa (2010). Kanak-
kanak Bermasalah Tingkah Laku. Pendidikan Khas Jilid 10, 2/2010, 21-27

Ee Ah Meng (1993). Pedagogi – Satu pendekatan bersepadu. Selangor: Penerbitan Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Kail, R. V. & Cavanaugh, J. C. (2010). Human Development: A Life-span View (5th ed.).
California: Wadsworth.

Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Dalam
Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Prasekolah. Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohani Abdullah (2003). Kibubapaan pada Peringkat Pralahir dan Kelahiran: Melindungi
Potensi Zuriat. Dalam Jayaletchumy, Rohani dan Abdullah Al-Hadi (pnyt). Keluarga
dan Keibubapaan. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Saayah Abu (2008). Menjadi Guru Tadika. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn
Bhd.

Santrock, J. W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.

Sigelman, C. K. (2015). Life-span Human Development. (8th ed.). California: Wadsworth


Cengage Learning.

Siti Nor Yaacob (2008). Perkembangan Remaja. Dalam Rozumah Baharudin & Rahimah
Ibrahim (pnyt). Keluarga, Kanak-kanak dan Remaja. Selamgor: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar.

5
6

Anda mungkin juga menyukai