Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

A. Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya
dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah
kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-
kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya
dan orang lain. 

B. Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan
masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku
bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i. Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam


kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan
tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah
tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.

iii. Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,
suka memaki hamun, dan sebagainya.

iv. Distruktif/merosakkan

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan
sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini
juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.

vii. Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu
bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau
taman permainan.

viii. Enggan ke sekolah 

Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak


ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan
kawasan rumahnya.

ix. Mencuri

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan
sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan
sekelas.

Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor


tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah
laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan
tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah
menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising,
sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya
bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.
Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah
menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan
berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia


Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga
takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi
tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya
kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai


Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak
balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya
menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang
enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh
ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat
kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad


Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang
tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak
yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan
mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah
tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan


Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah
laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada
muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk
melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan


Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu
boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan
kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku


Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-
kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa
tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku
kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka
ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan
tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).
TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pelupusan dan peningkatan tingkah laku

Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil
kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan
juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;

ganjaran (reinforcers)
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu;
i. ganjaran primer – makanan, minuman dll
ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll
iii. ganjaran sekunder – token, kupon, mainan, bintang dll

dendaan (punishment)
- tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak

pengasingan (isolation)
- mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih
- asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya

pembentukan (shaping)
- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid
yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.

prompting
- digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau
klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan,
gerak badan (gesture) dan fizikal.

fading (pelunturan)
- mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan

modeling
- menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk
diteladani oleh murid

kejelakan/Kebosanan (satiation)
- membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri
- “Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.

desensitization
- tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau
takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll

bimbingan dan kaunseling


- pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau
menangani masalah tingkah laku

terapi muzik/seni
- menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan
melepaskan perasaan yang tertekan

penamatan/pelupusan (extinction)
- memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah
laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru
yang positif

pengasingan (time-out, suspension)


- menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas)
- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan

kontrak perjanjian (contigency contracting)


- persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau
bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.
Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan
murid faham akan kesan yang
akan berlaku.

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH


LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah


dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan
satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh
diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut.

Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku;

- memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan


- membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut
- menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour)
- mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat
- memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
- menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment)
menjalankan program
- melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation)
- tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai
- memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah
dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil
perhatian terlebih dahulu,iaitu;

- Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?


- Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
- Bila tingkah laku itu berlaku?
- Kekerapan tingkah itu berlaku.
- Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
- Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

Anda mungkin juga menyukai