Anda di halaman 1dari 3

1.

Antara punca-punca yang mempengaruhi berlakunya salah laku dalam


kalangan murid-murid masalah pembelajaran ialah murid sendiri,
keluarga, persekitaran dan sekolah.
a. Jelaskan lima punca yang mempengaruhi berlakunya salah laku
dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah:
2.2.2 Punca salah laku

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada


faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang
menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi
panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi
murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah
menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah
laku kanak-kanak.

i. persekitaran

ii. tekanan psikologikal

iii. ketakutan dan fobia

iv. peneguhan yang kurang sesuai

v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad

vi. kesukaran tugasan

vii. aktiviti dan tahap rangsangan

viii. kesihatan dan perubatan

ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran

Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran


seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah
laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang
mengalami kecacatan teruk, autisme, dll.

Tekanan psikologi

Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah


laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan
tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila
kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
Ketakutan dan fobia

Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia


termasukjuga takut tehadap sesuatu yang berbahaya seperti ular
atau ketinggian tetapi melebihi tahap bahaya sebenar perkara
tersebut. Ketakutan ini akan menyebabkan bahaya seperti berlari
melintasi jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai

Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak


sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap
tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih
teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan
ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh
ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan
makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yangt terhad

Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku


bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang
berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi
denan baik.

Kesukaran tugasan

Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan


kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini
berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan

Kekurangan aktiiviti yang membina akan menyebabkan berlakuknya


masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat
memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar
murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti
tersebut.

Kesihatan dan perubatan

Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan


kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan
boleh menyebabkannya berkelakuan kuranbg sesuai.
Jangkaan tingkah laku

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkahb laku
kanak-kanak-kanak dan mmebiarkannya. Jangkaan terhadap
tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang
sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan
bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidakmboleh diubah
lagi (the way he/she is).

B) Sebagai seorang guru, kemukakan lima cadangan anda untuk


mengurangkan

Anda mungkin juga menyukai