Anda di halaman 1dari 14

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pengenalan

Tingkah laku adalah berbeza dan merupakan manifestasi


fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala Garry Martin & Joseph Pear(2003) pula
menyatakan bahawa tingkah laku merangkumi aktiviti,
aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ.
Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri
 berasaskan dorongan serta tujuan
 berkaitan dengan perasaan dan kesedaran
terhadap satu-satu situasi itu.

Langkah-langkah Mengenal pasti Tingkah Laku


Antara langkah yang perlu dilakukan guru adalah:
i. Memerhati dan merekod
Untuk mengkaji dan memahami proses yang
berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan
teknik berkesan untuk digunakan dalam
pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian
anda akan melihat-lihat, mendengar, memerhati
dan bertanya supaya dapat memahami sesuatu
yang berlaku dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri
dengan murid di samping memerhati dan
mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan
kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan
perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas,
meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan
pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.
 Mengumpul data melalui pemerhatian dengan
menggunakan alat seperti:
 rekod berterusan
 time sampling
 soal selidik ibu bapa
 temu bual
 pengalaman sendiri atau orang lain
 rujukan daripada artikel atau jurnal

ii. Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai


(berdasarkan keutamaan)
Terdapat lima langkah perancangan pengurusan
tingkah laku yang perlu dilakukan bagi mengenal
pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai:
 Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin
diubah suai secara spesifik
Contoh: kurang tumpuan
 Kumpul maklumat:
o Bilakah tingkah laku itu berlaku?
o Berapa kerap ia berlaku?
o Dalam keadaan apa ia berlaku?
o Apa berlaku sebelum tingkah laku
ditunjukkan?
o Adakah tingkah laku itu selalu berlaku
sewaktu dia bersendirian/semasa di
bawah penyeliaan guru/ semasa
bersama orang lain?

 Tafsir maklumat yang dikumpul


 Analisis fungsional

Stephen Starin (2007) mendefinisikan analisis


fungsional sebagai satu proses mengenal pasti
sebab atau fungsi sesuatu tingkah laku sebelum
membentuk tindakan pemulihan yang sesuai.
Analisis fungsional membantu guru membina
andaian mengenai:
 mengapa seseorang murid terlibat dalam
tingkah laku tersebut
 bila murid berkemungkinan besar
menunjukkan tingkah laku tersebut
 keadaan apakah yang berkemungkinan
mengurangkan tingkah laku tersebut
Terdapat 7 komponen penting dalam analisis
fungsional, iaitu:
 Definisi operasional yang jelas mengenai
tingkah laku bermasalah
(Contoh: William enggan mendengar arahan
guru – klasifikasikan jenis arahan seperti
disuruh diam, diminta membuat latihan, dan
sebagainya serta tempoh masa keengganan
mendengar arahan tersebut)
 Kenal pasti masa, tempat dan keadaan di
mana tingkah laku bermasalah berlaku atau
tidak berlaku
 Kenal pasti faktor-faktor yang terjadi sebelum
tingkah laku bermasalah itu berlaku
(antesedent)
 Kenal pasti faktor-faktor selepas tingkah laku
bermasalah itu berlaku (konsekuens)
 Menguji antesedent dan konsekuens tersebut
bagi memerhati hubungan kesan antesedent
dan konsekuens tersebut dengan tingkah laku
sasaran
 Pembentukan hipotesis atau andaian terhadap
fungsi atau hubungan antara tingkah laku
bermasalah itu dengan persekitaran seseorang
bagi menghasilkan strategi intervensi
 Pengumpulan data berterusan bagi memantau
atau menyemak semula hubungan fungsional
yang diandaikan dan/atau strategi intervensi
yang dilaksanakan.
iii.Rancang pengubahsuaian
 peneguhan semerta
 peneguhan bergantung kepada kekerapan
ganjaran
 peneguhan bergantung kepada perubahan
tindakan lazim murid
 peneguhan selepas beberapa bilangan
gerakbalas yang berubah

iv. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha


anda

v. Mengkaji punca tingkah laku bermasalah yang


dikenal pasti
 Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif seperti rajin
bertanya dan sifat ingin tahu berlebihan yang
boleh menimbulkan masalah kepada guru dan
mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
 Tingkah laku bermasalah negatif
Tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah
laku yang menimbulkan masalah kepada
dirinya dan orang lain seperti disruptif
(mengganggu), pergantungan berlebihan,
agresif, distruktif (suka merosakkan harta
benda awam), kemurungan, pengasingan diri,
ponteng dan sebagainya.
vi. Merancang program intervensi yang sesuai
Contoh: Program Ekonomi Token bagi
menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini
seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan
tugasan pada masa yang ditetapkan dan
merokok.
2.1 Punca salah laku
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Roger
Stancliffe telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan
dengan masalah tingkah laku kanak-kanak, iaitu:
 persekitaran
 tekanan psikologikal
 ketakutan dan fobia
 peneguhan yang kurang sesuai
 kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
 kesukaran tugasan
 aktiviti dan tahap rangsangan
 kesihatan dan perubatan
 jangkaan tingkah laku

2.2.1 Kesan-kesan salah laku terhadap


pembelajaran
Kesan masalah tingkah laku terhadap
pembelajaran adalah seperti yang berikut:
 Kurang tumpuan terhadap pengajaran guru
Murid kurang memberikan tumpuan terhadap
pengajaran guru kerana tidak berminat, letih,
bahan yang digunakan tidak menarik atau
sesuai dengan tahap pencapaian serta minat
murid
 Mengganggu proses P&P
Murid yang bermasalah tingkah laku akan
mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan membuat bising serta
mengganggu rakan-rakan mereka atau tidur di
dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak
langsung akan menjejaskan suasana
pembelajaran yang kondusif.
 Sukar memahami pengajaran guru
Murid menghadapi masalah untuk memahami
pengajaran guru kerana keyakinan diri yang
rendah, masalah emosi serta kurang minat
terhadap pelajaran yang diajari guru.
 Gagal menyiapkan tugasan yang diberi
Murid yang kurang motivasi dan bermasalah
tingkah laku ini kerap gagal menyiapkan
tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru
dalam bilik darjah.
 Enggan bekerjasama dengan rakan dalam
aktiviti berkumpulan
Murid enggan bekerjasama dengan rakan
dalam aktiviti kumpulan kerana sikap mereka
yang sukar difahami dan lebih suka
bersendirian.
2.2.2 Prinsip-prinsip asas mengurus
tingkah laku
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran
guru yang khusus dalam bidang tersebut
berlandaskan prinsip-prinsip tertentu, seperti
peneguhan, jenis-jenis pemerhatian dan
pengurusan tingkah laku.
2.2.2.1 Prinsip peneguhan
Peneguhan atau pengukuhan amat penting
untuk mengekalkan minat, meningkatkan
prestaswi atau mengurangkan tingkah laku
bermasalah. Justeru, peneguhan (ganjaran
atau dendaan) yang diberikan hendaklah
sesuai dan berkesan serta dapat diterima
oleh murid.
Terdapat empat jenis peneguhan yang
boleh diberikan kepada murid-murid, iaitu:
(i) Peneguhan Ketara (tangible) seperti
makanan / minuman / barangan yang
disukai murid
(ii) Peneguhan Deria (sentuhan / tactile,
penggetar / vibratory, wangian /
oltofactory, visual, auditori)
(iii) Peneguhan Sosial (pujian, senyuman,
beri perhatian/kasih sayang dan
persahabatan)
(iv) Aktiviti (lawatan/pertandingan mewarna
/ teka silang kata/ menonton TV
Pendidikan)
2.2.2.2 Jenis-jenis pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses
yang berlaku dalam bilik darjah,
pemerhatian merupakan teknik berkesan
untuk digunakan dalam pengumpulan data.
Lazimnya, dalam pemerhatian guru akan
melihat-lihat, mendengar, memerhati dan
bertanya untuk memahami apa yang
berlaku dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian, guru dapat
merapatkan diri dengan murid di samping
memerhati dan mendengar apa yang
berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran
dalam kelas, guru dapat menyaksikan
perlakuan seperti berjalan-jalan dalam
kelas, meminjam buku murid lain,
mengetuk meja dengan pensel, mengusik
murid lain dan sebagainya.
Pemerhatian boleh dikategorikan mengikut
tujuan dan aspek penilaian seperti:
(i) memerhati tanpa membuat tafsiran
(ii) memerhati perlakuan atau sikap yang
dikenal pasti
(iii) memerhati untuk jangkamasa tertentu
(jangka pendek dan jangka panjang)

2.2.2.3 Prinsip pengurusan tingkah laku


Dalam melaksanakan program pengurusan
tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-
prinsip pengurusan tingkah laku yang
berikut:
(i) kebanyakan tingkah laku boleh
dipelajari
(ii) semua tingkah laku adalah dirangsang
secara khusus
(iii) tingkah laku boleh diajar dan diubah
(iv) matlamat perlu jelas dan khusus
(v) program perlu secara individu
(vi) program berbentuk semasa (tertumpu
kepada masalah tingkah laku semasa)
(vii) program berfokuskan persekitaran
kanak-kanak
2.2 Strategi Pengurusan Tingkah Laku

Tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid


perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang
program interevensi yang sesuai. Proses perubahan
tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah yang
telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran
serta merekodkan data dan melaksanakan
interevensi.
2.3.1 Strategi dan prosedur pengurusan tingkah
laku
(i) Meningkatkan Tingkah laku
Tingkah laku yang baik atau yang diingini
seperti rajin datang ke kelas, kerap
menyudahkan latihan atau kerja rumah yang
diberikan guru pada masa yang ditetapkan
atau menjaga kebersihan dan bilik darjah
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-
kurangnya dikekalkan. Guru boleh
meningkatkan tingkah laku ini dengan
memberi ganjaran yang berbentuk pujian,
piala kehadiran penuh pada akhir tahun
(Anugerah Majlis Kecemerlangan Sekolah),
serta menjadikan murid sebagai ’model’
kepada murid-murid lain. Guru juga boleh
memberikan ganjaran dalam bentuk token
seperti buah-buahan, pensil warna, cokelat,
dan sebagainya sekiranya individu atau
kumpulan murid dapat mengekalkan sesuatu
tingkah laku yang diingini guru.
(ii) Mengurangkan Tingkah Laku
 Penghapusan (extinction)
Memerhatikan atau menyekat murid-murid
daripada terus melakukan tingkah laku
negatif secara beransur-ansur dengan
menggantikannya dengan tingkah laku baru
yang positif. Misalnya, ketidak hadiran ke
sekolah tanpa sebab.

Guru perlu merancang aktiviti yang


berkesan dan menarik minat murid. Di
samping itu, guru boleh membangkitkan
keinginan murid untuk membuat kemajuan
dalam pembelajaran melalui aktiviti
lakonan, main peranan, simulasi dan
sebagainya dengan berlatar belakangkan
persekitaran murid.

Kursus motivasi dan kem bina


semangat/jati diri juga dapat
menghapuskan murid daripada terus
melakukan tingkah laku negatif seperti
ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab,
sifat pemalu dan mengasingkan diri serta
tidak mahu bekerjasama dengan rakan-
rakan lain dalam kumpulan.

 Hukuman/dendaan
Contoh: Murid membuat bising di dalam
kelas (sama ada secara individu atau
kumpulan). Guru mengenakan hukuman
tahan kelas (lambat balik), denda fizikal,
atau mengambil balik token/hak. Proses
bagi mengatasi masalah tingkah laku
kebisingan ialah dengan melakukan kaedah
pemerhatian dengan mengikut urutan
langkah-langkah yang berikut:
(i) Melihat kekerapan tingkah laku
kebisingan
(ii) Tempoh masa (bila tingkah laku
bermasalah dilakukan)
(iii) Dengan siapa
(iv) Penilaian
(v) Penambah baikan (guru melaksanakan
penambahbaikan atau pengubahsuaian
kaedah pengurusan tingkah laku murid)

 Disensitisasi
Tindakan secara beransur-ansur untuk
menghilangkan rasa gugup atau takut yang
berlebihan (takut bercakap di depan kelas,
fobia) Murid diberikan latihan menghafal
dialog atau bait-bait puisi (pantun, seloka,
gurindam dan lain-lain) serta
mengungkapkannya di hadapan rakan-
rakan bagi mengatasi perasaan fobia atau
takut. Latihan secara berulang kali atau
melalui teater pembaca (teknik menyebut
perkataan dengan intonasi dan sebutan
yang betul dalam mata pelajaran bahasa)
juga dapat membantu murid mengatasi
kegugupan dalam pertuturan serta
membina keyakinan diri mereka.

 Overcorrection
Prosedur yang memerlukan pelajar
memperbaiki keadaan/kesalahan yang
dilakukan melebih keadaan sebelumnya.
Teknik ini sesuai digunakan sebagai latih
tubi bagi memperbaiki kesilapan ejaan atau
kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira murid)

Anda mungkin juga menyukai