Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL 1 : Pengenalan Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan Tingkah Laku adalah program TL yang berbentuk saintifik yang dibuat
secara analisis untuk menghasilkan perubahan TL sosial positif bagi seseorang individu
( Bear, Wolf & Risley, 1968 )

Menurut Azizi (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil terjemahan atau
ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah laku adalah
sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang individu.

Terdapat beberapa konsep yang dilakukan untuk menguruskan TL . Antaranya


termasuklah membuat penilaian secara objektif. Contohnya, seorang murid suka
mengetuk kepalanya di meja, oleh itu guru itu mestilah bertindak menilai secara objektif
tingkah laku murid dengan melihat kekerapan dan kelajuan ia melakukan perbuatan
tersebut . Selain itu, guru perlulah mencari teknik atau intervensi yang berkesan
terhadap berlainan masalah TL murid yang mempunyai pelbagai jenis seperti autisme,
down syndrome, lembam dan banyak lagi.

Oleh itu, perancangan yang sistematik perlulah dilaksanakan dalam mengadakan


sesuatu aktiviti dengan Alat Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan murid khas. Ini
kerana, tiada intervensi yang spesifik dalam mengawal TL murid khas.

Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar
namun dapat dibezakan sekiranya perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus @
tidak, secara sedar @ separa sedar.

Menurut Majlis Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku ( Council for Children with
Behavioral Disorders (CCBD), 1989) di AS turut mendefinisikan masalah TL sebagai
ciri-ciri emosi atau TL yang berlainan daripada kanak-kanak biasa yg sama umur.
Masalah berterusan dan menjejaskan prestasi akademik dan hubungan sosial pelajar.
Antara masalah khusus seperti skizofrenia, keresahan dan masalah yg mmpengaruhi
pencapaian akademik pelajar.

Terdapat beberapa contoh tingkah laku yang menghalang kejayaan akademik atau
bukan akademik di sekolah. Antaranya ialah motivasi kendiri yang rendah ,penumpuan

SITI HAJARAT BINTI RAMLY | G2.6


perhatian yang rendah ,tidak mesra dan sukar menerima arahan guru,menarik diri dari
aktiviti kelas . Malahan bersikap agresif serta melanggar peraturan .

Menerusi Model Pengurusan TL, Program PTL lebih fokus kepada TL khusus . Selain
itu, menerusi pengumpulan data, kewujudan masalah TL dapat dikesan dengan lebih
jelas dan tepat. Malahan,menerusi program ini, TL dipengaruhi oleh kesan atau akibat.

Terdapat satu isu yang hangat diperkatakan kini. Dalam pendekatan Mendisiplin
Pelajar, penggunaan denda dalam mengawal TL dikatakan tidak relewan. Justeru ,
kesalahan TL didisiplinkan dengan proaktif

Matlamat sekolah adalah untuk merangsang, mengajar dan menyokong TL yg sesuai


dlm proses meningkatkan kejayaan akademik dan TL sosial pelajar ( Lewis & Sugai,
1999). Semua guru dan kakitangan sekolah mengambil bahagian dalam P&P dan
memberi ganjaran kepada TL pelajar yg positif

Oleh itu, ,melalui Pengurusan Bilik Darjah yang betul, ia dapat meningkatkan kekerapan
interaksi antara guru dan murid . Kedudukan murid-murid dalam kelas disusun atur
dengan lebih kemas dan tidak terlalu jauh antara satu sama lain. Guru berhak untuk
mengubah kedudukan murid yang mempunyai potensi untuk mencetuskan masalah TL
sekiranya tidak diasingkan kedudukannya dengan murid lain. Guru boleh mengubah
kedudukan murid tersebut berdekatan dengan meja guru untuk lebih mudah untuk
dipantau .

Strategi proaktif ini termasuklah menjelaskan peraturan dan jangkaan tingkah laku yang
sesuai ( Bicard, 2000). Selain itu, pujian dan peneguhan positif digunakan untuk
memotivasikan kewujudan tingkah laku yang baik ( May, 2001)

Akhir sekali, melalui pemantau-diri ( self monitoring), program ini bertindak untuk
memerhati dan merekod sama ada sesuatu TL ditunjukkan atau tidak ditunjukkan
olehnya. Kajian2 telah menunjukkan bahawa pelajar bermasalah emosi boleh dipantau
TL mereka dan seterusnya mengawal TL mereka ( Heward, 2003 )

SITI HAJARAT BINTI RAMLY | G2.6


Tutorial 2 : Model Biofizikal

Model biofizikal turut dikenali sebagai biogenik atau biokimia . Menurut Bee (1992),
beliau mencadangkan bahawa kelakuan manusia memiliki asal fisiologi yang diwarisi
menerusi sifat, ciri-ciri fizikal atau penyakit. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa
TL turut dipengaruhi antara hubungan antara gizi dan gangguan keperibadian.
Contohnya, kanak-kanak hiperaktif akan lebih aktif sekiranya mereka dibekalkan
dengan makanan yang berunsurkan tenaga seperti glukosa yang terdapat dalam coklat,
air coke dan sebagainya.

Malahan, model biofizikal ini juga melihat hubungan antara kecacatan fizikal,
kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. Model ini
menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik dan semulajadi.

Selain itu, penyimpangan tingkahlaku berpunca dari dua faktor iaitu faktor fizikal dan
faktor biologi. Antara masalah tingkahlaku yang berpunca daripada kecacatan fizikal
termasuklah cerebral palsy yang bersifat sensitif. Malahan, kanak-kanak syndrome
down selalunya bersifat manja dan menginginkan perhatian yang lebih daripada guru
terutamanya.

Oleh itu, guru perlu bijak untuk memberikan perhatian supaya kanak-kanak ini tidak
terasa terasing dan dapat melibatkan dalam pengajaran. Menerusi masalah TL faktor
fizikal terdapat hubungan langsung antara kerosakan fizikal dan gangguan perilaku,
iaitu gangguan emosional.

Mengikut Balson (1993), setiap individu secara semula jadi mahukan dirinya diperlukan
dan dimiliki. Keadaan ini dapat dirasai sekiranya mereka mendapat tempat dalam
keluarga dan sekolah melalui kerjasama, penglibatan, sumbangan dan rasa dihargai.

Mengikut Dreikurs (1968), murid-murid yang melakukan salah laku mempunyai


matlamat yang tertentu iaitu menarik perhatian, menunjuk kuasa dan membalas
dendam. Kanak-kanak akan berkelakuan menunjuk-nunjuk, mengganggu dan menjerit
untukmendapat perhatian daripada ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja.

SITI HAJARAT BINTI RAMLY | G2.6


Faktor biologi atau biologikal berpunca daripada kecacatan genetik. Genetik ialah unit
unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak anak. Ia terkandung dalam
kromosom sel manusia yang mengandungi gen. Kerosakan gen ini akan membawa
kepada masalah jiwa. Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu adrenalina dan
noradrelin yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan.

Baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal


seseorang. Contohnya, Sekiranya ibu bapanya berbadan besar dan gemuk . Anaknya
mempunyai kemungkinan yang besar untuk gemuk juga. Disebabkan kekurangan fizikal
ini , kanak-kanak gemuk ini akan cenderung untuk berasa rendah diri, malu, pendiam
dan sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan lain bagi mengelakkan untuk diejek atau
dicemuh.

Tambahan lagi, perkembangan mental seseorang itu adalah banyak dipengaruhi oleh
faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang
diwarisi daripada ibu bapanya. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang lemah
turut menyebabkan timbul rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari
rakan sebaya.

SITI HAJARAT BINTI RAMLY | G2.6

Anda mungkin juga menyukai