Anda di halaman 1dari 12

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

KEBERKESANAN PENGGUNAAN GANJARAN


DALAM PdPc BAGI MENGURANGKAN MASALAH
TINGKAH LAKU MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN
(Effectiveness of Using Rewards in Teaching and Learning Session to Reduce
Behavioral Problems of Learning Difficulties Student)

Nurul Shafiqah binti Md. Samian


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
nurulshafiqah8995@gmail.com

Norashikin binti Jasmon


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
norashikinjasmon@gmail.com

Mohd. Rosman bin Salubin


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
rosman@iptho.edu.my

Dr. Rosly bin Kayar


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
rosly.kayar@iptho.edu.my

1752
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

KEBERKESANAN PENGGUNAAN GANJARAN


DALAM PdPc BAGI MENGURANGKAN MASALAH
TINGKAH LAKU MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN
(Effectiveness of Using Rewards in Teaching and Learning Session to Reduce
Behavioral Problems of Learning Difficulties Student)
Nurul Shafiqah bt Md. Samian, Norashikin binti Jasmon, Mohd. Rosman bin Salubin, Dr.
Rosly bin Kayar

ABSTRAK

Friend dan Bursuck (seperti petikan dalam Manisah dan Norizza, 2016) menyatakan bahawa sesetengah murid
bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk menguruskan tingkah laku mereka sendiri dan
seterusnya mempengaruhi pembelajaran. Oleh itu, bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini, guru perlu
melakukan beberapa modifikasi tingkah laku seperti menggunakan ganjaran. Melalui kajian ini, penyelidik ingin
mengenal pasti jenis ganjaran, tindak balas murid, serta tahap keberkesanan pemberian ganjaran dalam
meningkatkan tingkah laku murid yang diingini di dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Responden merupakan 53 orang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekitar daerah Batu Pahat.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS),
penyelidik mendapati bahawa jenis ganjaran berbentuk sosial seperti memuji murid semasa PdPc kerap
digunakan oleh guru-guru di dalam pengajaran dengan (min=3.49). Murid juga berasa gembira sewaktu
diberikan ganjaran (min=3.72). Tahap keberkesanan pemberian ganjaran oleh guru juga menunjukkan
keputusan yang positif dari segi kognitif murid di mana pemberian ganjaran dapat menarik perhatian murid
semasa PdPc (min=3.53). Hal ini terbukti bahawa ganjaran membantu murid untuk lebih fokus semasa
pembelajaran. Kesimpulannya, pemberian ganjaran membantu guru dalam mengurangkan masalah tingkah laku
murid dan sekaligus meningkatkan tingkah laku yang diingini di dalam PdPc.

Kata Kunci: ganjaran, Pendidikan Khas, masalah pembelajaran, masalah tingkah laku

ABSTRACT

According to Friend and Bursuck (as cited in Manisah and Norizza, 2016) stated that some Special Education
students with learning difficulty are difficult to control their behavior and will affects their learning session.
Hence, to improve their behavior, teachers need to apply few behavior modifications such as using rewards. In
this study, researcher keens to identify the types of rewards, student responses, and the effectiveness level of
using rewards in improving the behavior of the students in their learning session. The respondents of this study
were 53 Integrated Special Education Program teachers (ISEP) in Batu Pahat. Based on the analysis by using
the Statistical Package for Social Science (SPSS) software, researcher found that the type of social reward such
as praising pupils during teaching is often used by teachers with (mean=3.49). Students are also happy when
rewarded (mean=3.72). The effectiveness level of using rewards also showed positive results in student’s
cognitive aspect where rewards could attract students during learning (mean=3.53). It is evident that rewards
help students to focus more during their learning session. In conclusion, using rewards do help teachers in
reducing student behavioral problems and at the same time enhancing the desired behavior during their
teaching and learning session.

Keyword: rewards, Special Education, learning difficulty, behavioral problem

1753
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

PENGENALAN

Menurut (Aminah, 2011), murid bermasalah pembelajaran adalah murid yang mengalami
kelewatan perkembangan dan mengalami masalah dalam daya tumpuan, ingatan, pemikiran,
koordinasi, komunikasi atau perhubungan, membaca, menulis, mengeja dan mengira,
kemahiran sosial dan kematangan emosi. Oleh itu, bagi meningkatkan tingkah laku yang
diingini, guru perlu melakukan beberapa modifikasi tingkah laku seperti menggunakan
prinsip peneguhan sama ada negatif ataupun positif. Menurut (Noraini, 2017), peneguhan
positif merupakan salah satu cara untuk membantu murid sentiasa bermotivasi dalam belajar.
Salah satu dari jenis peneguhan positif ialah ganjaran.Contohnya, carta penghargaan dan
pujian. Pujianmemfokuskan pada kebaikan yang murid lakukan dan boleh dilakukan sama
ada secara sendirian ataupun yang lebih baik adalah secara terang-terangan atau di depan
rakan yang lain. Melalui pujian secara tidak langsung akan menyebabkan mereka rasa
dihargai.

Pernyataan Masalah

Kajian Brophy seperti dalam petikan (Abdul Said dan Kalbeh, 2017) menyatakan bahawa
setiap murid dalam sesebuah bilik darjah mempunyai perbezaan dalam aspek kualiti diri,
minat dan keperluan serta tahap kemahiran yang berbeza. Kebosanan dengan aktiviti bilik
darjah kadang-kala mendorong murid mengganggu rakan lain di dalam kelas. Oleh itu,
peranan guru amatlah penting. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya
mampu menarik minat murid. Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui
sama ada ganjaran mempunyai keupayaan yang tinggi serta digalakkan dalam proses PdPc
murid bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti keberkesanan jenis ganjaran dalam mengurangkan masalah tingkah


laku murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di dalam PdPc.
2. Mengenal pasti tindak balas murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran terhadap
ganjaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam PdPc.
3. Mengenal pasti keberkesanan pemberian ganjaran dalam meningkatkan tingkah laku
yang diingini murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di dalam PdPc.

Persoalan Kajian

Secara spesifiknya, kajian ini akan menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah jenis ganjaran yang paling berkesan dalam mengurangkan masalah tingkah
laku murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran di dalam PdPc?
2. Apakah tindak balas murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran terhadap ganjaran
yang dilaksanakan oleh guru di dalam PdPc?
3. Adakah pemberian ganjaran dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini murid
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di dalam PdPc?

1754
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

TEORI DAN MODEL KAJIAN

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian terhadap faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi tingkah laku. Menurut hipotesis Skinner iaitu Teori Pelaziman Operan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti dalam petikan (Khalim, 2008),
untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas
seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut.

Menurut (Shahril, 2005), model Slavin telah dibina bagi mewujudkan model
pengajaran berkesan yang baru. Antara faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan
adalah insentif (incentive) dan pemberian ganjaran termasuk di bawah faktor insentif.
Menurut Slavin, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan
ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi
dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

Kerangka Konseptual

Rajah 1. Kerangka Konseptual

Melalui kajian ini, penyelidik berfokus kepada dua jenis ganjaran yang digunakan oleh guru
di dalam bilik darjah iaitu ganjaran jenis fizikal dan sosial. Melalui pemberian ganjaran ini,
penyelidik mengenal pasti tindak balas murid dan juga tahap keberkesanan ganjaran yang
diberikan berdasarkan tiga aspek iaitu aspek kognitif, emosi dan juga sosial murid. Akhirnya,
penyelidik ingin melihat sama ada ganjaran jenis fizikal ataupun sosial yang banyak
membantu guru dalam mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah.
Setelah itu, penyelidik juga ingin melihat tindak balas murid serta tahap keberkesanan
pemberian ganjran terhadap murid sama ada dari aspek kognitif, emosi atau sosial murid
yang menunjukkan keputusan yang paling memberangsangkan.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini
merupakan salah satu kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada bilangan
responden yang ramai. Penyelidik menjalankan kajian secara rawak dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Menurut Susan (2012), terdapat empat kelebihan kajian tinjauan. Pertama
adalah kos yang rendah. Hal ini kerana penyelidik memberikan soalan soal selidik secara atas

1755
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

talian atau online serta disebarkan melalui aplikasi media sosial iaitu Whatsapp. Seterusnya,
kajian ini bersikap luas kerana melibatkan responden daripada populasi yang besar. Hasil
kajian akan menjadi lebih efektif serta lebih tepat. Ketiga adalah bersifat fleksibel. Hal ini
kerana kaedah ini terdapat pelbagai cara untuk ditadbirkan seperti tinjauan atas talian, e-mel,
media sosial, kertas, telefon serta temu bual. Tambahan pula, penggunaan saiz sampel yang
luas membantu pengkaji mendapat maklumat secara generalisasi.

Persampelan

Sehingga tahun 2019, seramai 149 orang guru Pendidikan Khas di daerah Batu Pahat yang
telah berdaftar dengan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat. Namun, penyelidik hanya
mengambil 30% sahaja daripada jumlah sampel sebenar iaitu seramai 50 orang. Menurut Gert
Van Dessel (2013), bagi tinjauan atas talian, kadar respon sebanyak 30% adalah sangat
bagus. Oleh itu, penyelidik mengambil 30% daripada jumlah sampel sebenar. Walau
bagaimanapun, penyelidik telah mendapatkan maklum balas daripada 53 orang guru dan
melebihi 30% daripada jumlah sampel sebenar sekaligus menjadikan persampelan kajian ini
pada tahap yang sangat bagus.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Penyelidik telah merujuk dan
mengolah borang soal selidik daripada kajian Jessica (2010) bagi membina item-item
berkenaan dengan tajuk kajian penyelidik. Soal selidik ini mempunyai tiga bahagian.
Bahagian A mengandungi 4 soalan tentang maklumat responden yang terdiri daripada
daripada jantina, tahap pencapaian pendidikan tertinggi, tempoh pengalaman mengajar, mata
pelajaran serta sukatan tahun pelajaran yang diajar di sekolah. Bahagian B pula mengandungi
perkara seperti kekerapan pemberian ganjaran, jenis ganjaran yang diamalkan di dalam PdPc
dan tindak balas yang ditunjukkan oleh murid apabila diberi ganjaran manakala Bahagian C
mengandungi perkara kesan pelaksanaan sistem ganjaran yang dijalankan di dalam PdPc.

Penyelidik menggunakan skala likert dengan empat skala sahaja iaitu ‘Tidak
berkesan’ ,‘Sederhana berkesan’, ‘Berkesan’, ‘Sangat berkesan’ serta ‘Sangat tidak setuju’,
‘Tidak setuju’, ‘Setuju’ dan ‘Sangat setuju’. Menurut Eko Hertanto (2017), kelebihan
menggunakan empat skala likert dapat menganalisis data dengan lebih tepat kerana tiada
pilihan jawapan ‘Tidak Pasti’ yang disediakan. Hal ini kerana pilihan jawapan tersebut dapat
menimbulkan kesan kecendurangan secara berpusat (central tendency effect) yang dapat
menghilangkan banyak data penelitian sehingga maklumat yang boleh dianalisis daripada
responden juga turut berkurangan.

Kesahan

Kesahan soal selidik ini dilakukan dengan menggunakan pandangan tiga orang pensyarah
daripada beberapa buah jabatan di IPG Kampus Tun Hussein Onn yang mempunyai
kelayakan Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan. Ketiga-tiga pensyarah tersebut telah
menyemak instrumen soal selidik dan penyelidik juga ada membuat beberapa perubahan dan
penambahbaikan berdasarkan maklum balas daripada para pensyarah tersebut.

1756
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

Kebolehpercayaan

Penyelidik menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi menentukan pekali


kebolepercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali sebagai Cronbach Alpha bagi setiap
konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut melalui program Statistical Package
for Social Science (SPSS). Oleh itu, penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 5
orang responden (10% daripada saiz sampel) bagi menguji pekali kebolehpercayaan soal
selidik. Hasil kajian rintis ini (Jadual 1) telah mencapai tahap kebolehpercayaan yang baik.

JADUAL 1. Jadual Pekali Kepercayaan Penyelidik


Cronbach’s Alpha Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items N of Items
0.847 0.926 32

Prosedur Pengumpulan Data

Penyelidik membina instrumen soal selidik menggunakan aplikasi Google Forms secara atas
talian atau online. Setelah itu, penyelidik telah menyebarkan instrumen menggunakan
aplikasi Whatsapp kepada guru Pendidikan Khas sekitar Batu Pahat yang mengajar murid
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Responden hanya perlu menjawab dengan menekan
pautan yang diberikan oleh penyelidik. Penyelidik turut menyatakan tujuan kajian dan etika
menjawab di dalam instrumen. Keputusan soal selidik dikumpul dan dianalisis oleh
penyelidik.

Prosedur Penganalisisan Data

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social
Science (SPSS) versi 2.0. Kajian ini dikemukakan dalam tiga bahagian iaitu analisis deskriptif
yang melaporkan taburan frekuensi, peratusan dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jenis Ganjaran

Jadual 2 menunjukkan taburan jenis ganjaran yang digunakan oleh guru-guru semasa proses
PdP mereka. Nilai min yang paling tinggi adalah item di bahagian jenis ganjaran sosial iaitu
memuji murid sewaktu PdPC dengan nilai min=3.4906. Melalui analisis ini penyelidik
dapat menyimpulkan bahawa majoriti responden menggunakan ganjaran berbentuk sosial
bagi meningkatkan keberkesanan PdP mereka.

JADUAL 2. Taburan Jenis Ganjaran

Skala
Aspek Item Min SP
1 2 3 4
Makanan ringan (gula-gula, 5 4 31 13
2.9811 0.84331
coklat, biskut, dll). (B2(a)) (9.4%) (7.5%) (58.5%) (24.5%)
Alat tulis (pemadam, pensel,
0 7 32 14
Fizikal bekas pensel, pembaris, dll). 3.1321 0.62134
(0.0%) (13.2%) (60.4%) (26.4%)
(B2(b))
Pengecualian kerja 12 23 11 7
2.2453 0.95888
rumah.(B2c)) (22.6%) (43.4%) (20.8%) (13.2%)

1757
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

3 7 22 21
Token ekonomi. (B2(f)) 3.1509 0.86372
(5.7%) (13.2%) (41.5%) (39.6%)
Memberi peluang pada
murid melakukan aktiviti
1 5 21 26
yang diinginkan (menonton 3.3585 0.73627
(1.9%) (9.4%) (39.6%) (49.1%)
video, bermain komputer
dll). (B2(j))
Memuji murid sewaktu 1 5 14 33
3.4906 0.74994
PdPC. (B2(d)) (1.9%) (9.4%) (26.4%) (62.3%)
Memberikan nota kata-kata
1 8 27 17
semangat pada buku latihan 3.1321 0.73479
(1.9%) (15.1%) (50.9%) (32.1%)
murid. (B2(e))
Memberi peluang kepada
4 22 19 8
murid untuk menjadi ketua 2.5849 0.84202
Sosial (7.5%) (41.5%) (35.8%) (15.1%)
kelas sementara. (B2(g))
Kelebihan masa (keluar
rehat awal, pulang awal, 3 10 28 12
2.9245 0.80501
dll). (B2(h)) (5.7%) (18.9%) (52.8%) (22.6%)

Menjadikan murid tersebut


0 7 27 19
sebagai contoh kepada 3.2264 0.66914
(0.0%) (13.2%) (50.9%) (35.8%)
murid-murid lain. (B2(i))
Petunjuk: 1 – Tidak Berkesan, 2- Sederhana Berkesan, 3 – Berkesan, 4 – Sangat berkesan

Tindak Balas Murid Terhadap Ganjaran

Jadual 3 menunjukkan taburan tindak balas murid terhadap ganjaran yang dilaksanakan oleh
guru dan penyelidik membahagikan tindak balas murid melalui tiga aspek iaitu dari segi
aspek emosi, kognitif dan sosial murid. Nilai min yang paling tinggi adalah pada item berasa
gembira di bawah aspek emosi murid dengan nilai min=3.7170. Melalui analisis ini,
penyelidik dapat menyimpulkan bahawa ganjaran dapat menimbulkan kesan positif yang
tinggi dari aspek emosi murid.

JADUAL 3. Taburan tindak balas murid terhadap ganjaran.

Skala
Aspek Item Min Sp
1 2 3 4
0 0 15 38
Berasa gembira. (B3(a)) 3.7170 0.45478
(0.0%) (0.0%) (28.3%) (71.7%)
Senyum kepada guru. 0 2 22 29
3.5094 0.57588
(B3(e)) (0.0%) (3.8%) (41.5%) (54.7%)
Emosi Dapat mengawal tantrum 1 6 26 20
3.2264 0.72434
dengan lebih baik. (B3(h)) (1.9%) (11.3%) (49.1%) (37.7%)
Berusaha menunjukkan
0 3 25 25
tingkah laku yang lebih 3.4151 0.60237
(0.0%) (5.7%) (47.2%) (47.2%)
baik. (B3(k))
Lebih bersemangat untuk
0 2 26 25
melakukan lembaran kerja 3.4340 0.57209
(0.0%) (3.8%) (49.1%) (47.2%)
tambahan. (B3(b))
Bersemangat untuk
0 2 21 30
menjawab soalan guru 3.5283 0.57525
(0.0%) (3.8%) (39.6%) (56.6%)
Kognitif dengan tepat. (B3(f))
Menjadi lebih bersemangat
0 3 28 22
menyiapkan tugasan yang 3.3585 0.59142
(0.0%) (5.7%) (52.8%) (41.5%)
diberikan. B3(i))
Menjadi lebih aktif dalam 0 1 23 29
3.5283 0.54079
PdPC. (B3(j)) (0.0%) (1.9%) (43.4%) (54.7%)

1758
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

Menjadi lebih fokus semasa 0 3 27 23


3.3774 0.59570
PdPC. (B3(k)) (0.0%) (5.7%) (50.9%) (43.4%)
Mengucapkan terima kasih 0 3 23 27
3.4528 0.60657
pada guru. B3(c)) (0.0%) (5.7%) 43.4%) (50.9%)
Sosial Membantu rakan yang
0 7 28 18
lemah melengkapkan 3.2075 0.66096
(0.0%) (13.2%) (52.8%) (34%)
tugasan. (B3(d))
Petunjuk: 1 – Tidak Berkesan, 2- Sederhana Berkesan, 3 – Berkesan, 4 – Sangat berkesan

Tahap keberkesanan Pemberian Ganjaran

Jadual 4 menunjukkan taburan tahap keberkesanan pemberian ganjaran dalam meningkatkan


tingkah laku yang diingini murid di dalam PdPC. Penyelidik membahagikan keberkesanan
pemberian ganjaran melalui tiga aspek iaitu dari segi aspek emosi, sosial dan kognitif murid.
Berdasarkan analisis data, item menarik perhatian murid semasa PdPC menunjukkan nilai
min yang paling tinggi iaitu min=3.5283 Melalui analisis ini, penyelidik dapat menyimpulkan
bahawa tahap keberkesanan pemberian ganjaran dari segi aspek kognitif murid menunjukkan
keputusan min yang paling tinggi.

Jadual 4. Taburan Tahap Keberkesanan Pemberian Ganjaran.

Skala
Aspek Item Min SP
1 2 3 4
Memberikan motivasi 0 1 25 27
3.4906 .54146
kepada murid. (C(a)) (0.0%) (1.9%) (47.2%) (50.9%)
Meningkatkan tingkah
0 1 28 24
laku positif murid secara 3.4340 .53742
(0.0%) (1.9%) (52.8%) (45.3%)
Emosi berperingkat. (C(b))
Meningkatkan kestabilan 1 3 31 18
3.2453 .64765
emosi murid. (C(i)) (1.9%) (5.7%) (58.5%) (34%)
Mengawal tantrum murid. 0 7 30 16
3.1698 .64259
(C(l)) (0.0%) (13.2%) (56.6%) (30.2%)
Menggalakkan murid
0 3 24 26
terlibat aktif dalam aktiviti 3.4340 .60477
(0.0%) (5.7%) (45.3%) (49.1%)
kumpulan. (C(c))
Memupuk rasa hormat
dalam diri murid terhadap 0 2 31 20
3.3396 .55273
guru dan rakan-rakan. (0.0%) (3.8%) (58.5%) (37.7%)
(C(e))
Sosial Memupuk sifat
0 3 27 23
menghargai pemberian 3.3774 .59570
(0.0%) (5.7%) (50.9%) (43.4%)
orang lain. (C(h))

Menggalakkan murid
0 6 28 19
berkomunikasi dengan 3.2453 .64765
(0.0%) (11.3%) (52.8%) (35.8%)
bahasa yang sopan. (C(k))

Menarik perhatian
murid semasa PdPC. 0 1 23 29
3.5283 .54079
(C(d)) (0.0%) (1.9%) (43.4%) (54.7%)
Kognitif
Menjadikan proses PdPC
0 1 24 28
lebih aktif. (C(f)) 3.5094 .54146
(0.0%) (1.9%) (45.3%) (52.8%)

1759
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

Meningkatkan prestasi 0 4 26 23
3.3585 .62309
akademik murid. (C(g)) (0.0%) (7.5%) (49.1%) (43.4%)
Mewujudkan persaingan
0 2 32 19
yang sihat dalam PdPC. 3.3208 .54679
(0.0%) (3.8%) (60.4%) (35.8%)
(C(k))
Membuatkan murid lebih 1 1 33 18
3.2830 .60056
fokus dalam PdPC. (C(m)) (1.9%) (1.9%) (62.3%) (34%)
Petunjuk: 1 – Tidak Berkesan, 2- Sederhana Berkesan, 3 – Berkesan, 4 – Sangat berkesan

Keberkesanan Jenis Ganjaran

Keputusan analisis disokong oleh Noraini (2017) bahawa kesan pujian ini amat besar
pengaruhnya dalam sesi pembelajaran. Pujian diberikan apabila murid melakukan perbuatan
yang baik atau apabila mereka menyiapkan sesuatu tugasan. Kajian Robert dan Scott (2009)
juga mengukuhkan lagi, di mana Robert dan Scott menyatakan bahawa salah satu panduan
bagi guru untuk memberikan ganjaran dengan cara yang betul adalah dengan menggunakan
pelbagai kaedah ganjaran seperti pujian, motivasi, aktiviti yang menyeronokkan berbanding
berbentuk material atau benda. Secara tidak langsung, pujian juga dapat meningkatkan
hubungan interpersonal murid dengan guru. Hal ini dipersetujui oleh Den Brok, Fisher dan
Scott seperti petikan di dalam kajian (Khalip dan Hariza, 2015) yang mendapati bahawa
kemahiran interpersonal guru yang tinggi mampu memberikan keseronokan belajar,
menjadikan murid berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan motivasi
murid yang secara tidak langsung mampu meningkatkan pencapaian murid.

Tindak Balas Murid Terhadap Ganjaran

Keputusan analisis menunjukkan bahawa ganjaran sememangnya membantu meningkatkan


kestabilan emosi murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semasa proses PdPc murid.
Kajian oleh Ngu (2012) menyokong dapatan analisis ini di mana murid-muridnya kelihatan
seronok dan gembira apabila beliau memperkenalkan kaedah ganjaran dan hukuman kepada
mereka. Melalui soal selidik yang diberikan kepada murid-muridnya, mereka lebih suka akan
ganjaran dan hukuman berbanding dengan guru memarahi mereka apabila melakukan
sebarang kesalahan.

Tahap Keberkesanan Ganjaran

Berdasarkan keputusan analisis, pemberian ganjaran terbukti mampu meningkatkan kognitif


murid dengan menarik perhatian murid semasa PdPc. Dapatan analisis ini disokong oleh
kajian Ngu (2012) apabila kaedah ganjaran dan hukuman telah berjaya menarik minat murid
semasa PdPc bagi mata pelajaran Sains. Menurut salah satu panduan Robert dan Scott (2009)
bagi guru untuk memberikan ganjaran dengan cara yang betul, guru haruslah memberikan
ganjaran kepada tingkah laku, bukan murid tersebut. Ganjaran perlu diberikan berdasarkan
tingkah laku yang menyebabkan murid tersebut layak mendapat ganjaran. Apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti menunjukkan minat dan memberi perhatian
semasa PdPc, murid tersebut layak diberikan ganjaran.

1760
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi Kepada Guru-Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Melalui kajian ini, para guru dapat merancang kaedah dan strategi PdPc dengan lebih efektif
dan berkualiti dengan melaksanakan penggunaan ganjaran bagi membantu pengawalan murid
di dalam bilik darjah serta meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Para guru dapat
mempelbagaikan lagi kaedah dalam melaksanakan ganjaran sosial sama ada pujian secara
lisan ataupun secara bukan lisan supaya proses komunikasi semasa PdPc dapat berjalan
dengan lancar. Hal ini juga untuk memastikan supaya murid tidak berasa bosan dengan
pemberian ganjaran yang sama.

Implikasi kepada murid

Bagi murid-murid, pemberian ganjaran merupakan sebuah motivasi ektrinsik yang akan
mempengaruhi motivasi intrinsik mereka untuk mengurangkan tingkah laku negatif dan
meningkatkan tingkah laku yang positif. Di dalam petikan Mohammad Anizu dan Siti Salwa
(2010), Singer menyatakan bahawa motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang datang dari luar
yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, arahan, penghargaan,
pujian, dan pengiktirafan. Motivasi instrinsik adalah motivasi yang lahir dalam diri seseorang
dan merupakan penggerak utama bagi melakukan perkara-perkara kepentingan sendiri atau
ganjaran bagi diri sendiri. Misalnya di dalam kajian Michelle (2013) menyatakan bahawa
apabila murid diberikan ganjaran untuk membaca, guru-guru percaya bahawa ia dapat
menimbulkan minat murid untuk membaca dan secara tidak langsung dapat meningkatkan
motivasi untuk membaca secara Instrinsik.

Implikasi Terhadap Pentadbir Sekolah

Secara umumnya, pelaksanaan ganjaran ini dapat memberikan impak yang besar terhadap
pentadbir sekolah.Hal ini kerana apabila murid berasa gembira dengan PdPc guru, maka
peratus kehadiran murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ke sekolah juga
dapat ditingkatkan.Pihak pentadbir juga dapat mewujudkan Anugerah Kehadiran 100% bagi
setiap bulan untuk murid Pendidikan Khas.Hal ini dapat membuka minda dan menghapuskan
persepsi negatif warga sekolah terhadap murid Pendidikan Khas.

Implikasi terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia

Melalui hasil analisis dapatan kajian ini, pelaksanaan ganjaran ini dapat memberikan impak
kepada perancang kurikulum pendidikan iaitu Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) terutamanya Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). BPKhas akan lebih teliti dalam
merancang kurikulum Pendidikan Khas pada masa akan datang dengan mewajibkan guru-
guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan penggunaan ganjaran pada setiap kali PdPc. Para
guru juga akan lebih komited dalam menyokong inisiatif BPKhas dalam meningkatkan
potensi murid-murid Pendidikan Khas ini.

Cadangan Kajian Lanjutan

Merujuk kepada dapatan kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh penyelidik,
terdapat cadangan penambahbaikan yang boleh diberi perhatian untuk kajian pada masa akan
datang iaitu kajian gaya pengajaran guru Pendidikan Khas dalam mengawal tingah laku

1761
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

murid semasa PdPc berdasarkan pengalaman mengajar. Hal ini adalah kerana guru yang lebih
senior dan berpengalamn mempunyai cara tersendiri untuk mengawal tingkah laku murid
manakala guru baharu sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baharu seiring dengan arus
pendidikan terkini. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu
ingin mengawal tingkah laku murid Pendidikan Khas. Oleh itu, antara perkara yang dapat
dikaji adalah pengalaman mengajar, strategi pengajaran di dalam bilik darjah sama ada lebih
berpusatkan murid, bahan atau guru, kaedah modifkasi tingkah laku yang digunakan seperti
peneguhan positif ataupun peneguhan negatif.

KESIMPULAN

Penggunaan ganjaran di dalam PdPc sememangnya diamalkan oleh guru Pendidikan Khas
seperti token ekonomi, papan ganjaran, memberi pengecualian keluar rehat awal dan
sebagainya. Kajian ini dapat membantu guru mengenal pasti jenis ganjaran yang paling
berkesan yang digunakan oleh guru bagi mengurangkan masalah tingkah laku dan dapat
mengenal pasti jenis ganjaran yang dapat meningkatkan kestabilan emosi murid serta
meningkatkan minat murid belajar di dalam PdPc. Peneguhan postif juga dapat membantu
guru mengurangkan tingkah laku negatif murid. Sebagai kesimpulan, ganjaran merupakan
satu motivasi yang boleh mengawal tindakan murid untuk berkelakuan lebih baik serta
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Oleh itu, penggunaan ganjaran dapat diterapkan di
dalam PdPc supaya pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya
objektif dapat dicapai.

1762
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019

RUJUKAN

Abdul Said, A., & Kalbeh, M. 2017. Amalan Pengajaran Guru Berkesan: Satu Tinjauan
Umum. Utusan Borneo (Sabah): https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-
borneo-sabah/20170719/textview [19 Julai 2018].

Aminah, B. 2011. Masalah pembelajaran. Kementerian Kesihatan Malaysia:


http://www.myhealth.gov.my/masalah-pembelajaran/ [1 Disember 2018].

Anthuis, M. 2013. The Effect Of Extrinsic Rewards And Intrinsic Motivation On Student
Reading And Learning.

Gert Van Dessel. 2013. How to Determine Population and Survey Sample Size?.
CheckMarket: https://www.checkmarket.com/blog/how-to-estimate-your-population-
and-survey-sample-size/ [February].

Hertanto, E. 2017. Perbedaan Skala Likert Lima Skala Dengan Modifikasi Skala Likert
Empat Skala. Metodologi Penelitian, 1-4.

Jessica, D. 2010. Teachers' Attitudes About Reward Systems In The Classroom. Education
and Human Development Master's Thesis.

Khalim, Z. 2008. Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori tingkah
laku, humanistik, psikoanik, & tret personaliti. Jurnal Pengajian Umum , 9, 43-55 .

Khalip, M., & Hariza, H. 2015. Kemahiran interpersonal guru dan hubungan dengan
pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 89-99.

Mohammad Anizu, M. N., & Siti Salwa, M. 2010. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan
Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu
Kajian Kes.

Ngu, M. K. 2012. Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah


Ganjaran dan Hukuman untuk Murid-Murid Tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP Sn Amb Januari 2009, 132-146.

Noraini. 2017. 10 Jenis Peneguhan yang Murid Suka. Pendidik2u:


https://www.pendidik2u.my/peneguhan-positif-murid-suka/ [6 Jun 2018].

Robert, & Scott. 2009. Rewards. Psychology of Clasroom Learning : An Encyclopedia.

Shahril, H. M. 2005. Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di Beberapa Sekolah
Menengah di Malaysia.

Susan, E. 2012. 4 Main Benefits of Survey Research. Snap Surveys:


https://www.snapsurveys.com/blog/4-main-benefits-survey-research/ [25 Ogos 2018]

1763

Anda mungkin juga menyukai