Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan penaksiran dan penilaian

Penaksiran dan penilaian penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang


murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam
mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat
menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti
mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid
bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang
selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama
ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai
dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai
tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga
berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan
penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha
memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.




3.0. Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip
penaksiran dan penilaian.

Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan
atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan
,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian
adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen
19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan
yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang
melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu
tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan
guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau
proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu
proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan
proses yang ketiga adalah merekod maklumat.

Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat
tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka
yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.



Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil
kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan
sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid
yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang
ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah
menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan
yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan.
Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan.
Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati
apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item
hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.

Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,
perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian
dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat
dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap
segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks
penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk
mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara
contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod
Anekdot dan Rekod Berterusan.


Contoh carta aliran proses





Jadual Kerja Pelaksanaan PBS Peringkat Sekolah
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Tindakan Tempoh
Pelaksanaan
1 Menerima pekeliling dan
menghadiri taklimat penataran
daripada PPD / PPG
Guru Besar GPK
Akademik
Januari
2 Menubuhkan jawatankuasa
pelaksana
Guru Besar GPK
Akademik
Januari
3 Melaksanakan taklimat penataran Guru Besar GPK
Akademik
Januari
4 Melaksanakan pentaksiran Guru Besar Pentaksir Jan-Julai
5 Menyelaras pentaksiran Guru Besar Penyelaras Mac-Julai
6 Memantau pentaksiran Guru Besar Pemantau Mac-Julai
7 Mengumpul dan memasukkan skor
ke dalam aplikasi (bagi mata
pelajaran tertentu)
Guru Besar SU
Peperiksaan
Ogos
8 Menghantar skor mengikut
prosedur penskoran dan
penghantaran yang ditetapkan
(bagi mata pelajaran tertentu)
Guru Besar SU
Peperiksaan
Ogos



Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item
yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau
dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah
laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak
adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah
laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga
digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting
dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat
memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah
dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.
Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak
iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga
dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak
ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat flashback. Selain itu, dengan menggunakan
Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu
masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-
kanak

Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi
berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang
dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya
melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru
akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan.
Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang
dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa
yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam
bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa
berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat
sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh
tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu
sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru
perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan
difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan
apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan
padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap
perlakuan mengikut urutan.

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi
gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan
(Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai
Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan
menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi
dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta
kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan
menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-
kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan
adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses
perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid.
Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid
agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai