Anda di halaman 1dari 4

Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan.

Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat


yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod
Anekdot dan juga Rekod Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai
item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri
ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan
sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil
perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan
penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal
sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan
dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah
dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali
untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat
beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu
penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai
juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-
kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat flashback. Selain itu, dengan
menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa
tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam
merancang kurikulum untuk kanak-kanak.



Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan
deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran
yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak
juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu,
ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah
laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah
pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan
Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod
anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti
peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi
kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan
menulis apa yang dilihat secara objektif.

Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan
peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula
merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini
biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh
berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga
puluh minit.

Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya
guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan
difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan
merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat
hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah
mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi
gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang
ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut
dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan
menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua
situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan
serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan.
Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat
menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu
juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu
perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk
semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan
peka dengan perubahan dan perkembangan murid
agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai