Anda di halaman 1dari 24

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

LATAR BELAKANG (Akta)

Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :  

5. (1)     Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-
muridnya dalam domain kognitif, afektif  dan psikomotor.

22 (2)    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah 
menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada
akhir tempoh pendidikan prasekolah  masing-masing.

Akta Pendidikan 1996  Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :  

Seksyen 24 – Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan


prasekolah                    
‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini’.  

8. Rekod Kemajuan Murid


Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan
perkembangan itu  mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari masa ke semasa.

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Definisi : Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid
bagi membantu guru membuat penilaian.

TUJUAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

         Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid.


         Menjalankan tindakan susulan yang sesuai  dengan serta merta.
         Meningkatkan pembelajaran murid.

BUKAN untuk melabel dan membandingkan murid dengan murid lain.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

         Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.


         Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
         Dijalankan dalam suasana tidak formal.
         Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
         Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN

GURU ;
         Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
         Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
         Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.

MURID ;
         Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :
         Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
         Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

PERKARA YANG DITAKSIR


Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung di dalam KSPK yang terdapat dalam :
         Tunjang Komunikasi
         Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
         Tunjang Ketrampilan Diri
         Tunjang Fizikal dan Estetika
         Tunjang Sains dan Teknologi
         Tunjang Kemanusiaan

KONSTRUK
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang
dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu  Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur,
Kemahiran Membaca Perkataan, Kemahiran Membaca Ayat dan Kemahiran Menulis
Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard
Prestasi.

STANDARD PRESTASI
Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Standard Prestasi
digunakan semasa kita mentaksir.

Kriteria Pentaksiran dalam Standard Prestasi


Contoh Borang Standard Prestasi

PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Pentaksiran prasekolah melibatkan :


i)    Merancang
ii)   Membina Instrumen
iii)  Melaksanakan Pentaksiran
iv)  Merekod
v)   Menyimpan,  Menganalisis  Maklumat dan  Melapor.

Carta Alir Proses Perlaksanaan Pentaksiran

KAEDAH PENTAKSIRAN

         Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dibuat melalui PEMERHATIAN.


         Pentaksiran boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, Pembantu Guru,
ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian.
         Apa yang diperhatikan ?
                        i).         Lisan
                        ii).        Projek
                        iii).       Hasil Kerja
                        iv).       Tingkahlaku
                        v).        Lain-lain

SUMBER EVIDENS
Sumber Evidens yang boleh dilakukan
1) LISAN (L)

         Lisan adalah pertuturan dan percakapan.


         Merangkumi dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur.
         Melatih murid mendengar dengan teliti.
         Murid dapat bertutur dengan bertatasusila.
         Dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan yakin.

2) PROJEK (P)

         Dibuat dalam bentuk individu atau kumpulan dalam jangkamasa tertentu.
         Proses kerja daripada mula hingga akhir.
         Mementingkan proses dan produk.

3) HASIL KERJA (HK)

         Produk yang dihasilkan oleh murid selepas sesuatu aktiviti dijalankan.
         Hasil kerja tidak semestinya dalam bentuk lembaran kerja.
         Contoh hasil kerja :
  Gambar atau lukisan.
  Sampel tulisan.
  Binaan / model.
  Cerita yang ditulis.
  Buku skrap.

4) TINGKAHLAKU (TL)

Tingkahlaku adalah merujuk kepada tindakan  atau tindakbalas dalam sesuatu situasi. Tingkahlaku
murid boleh diperhatikan dan dinilai contohnya ketika murid:
  Mengurus diri.
  Bermain bersama rakan.
  Membuat kolaj dalam kumpulan.
  Menyelesaikan masalah bersama rakan.
  Menyusun blok bersendirian atau bersama rakan.

SUMBER EVIDENS LAIN (LL)


Maklumat yang diperoleh daripada pihak ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, Pembantu Guru,
komuniti dan catatan daripada instrumen-instrumen lain.
1) SENARAI SEMAK

Definisi: Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari
segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada :
  sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan
  sesuatu pelakuan telah dilakukan
  kekerapan sesuatu tingkah laku  diperhatikan

Perkara yang perlu diberi perhatian :

  Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.


  Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
  Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
  Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
  Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang
ingin diperhatikan.
  Tidak menunjukkan darjah kemajuan  hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
  Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat /
tekal.

Contoh Rekod Senarai Semak

2) SKALA KADAR

Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala -  secara angka atau gred.
Semasa merancang guru perlu menentukan :

         Tajuk
         Kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas.
         Penerangan skala dinyatakan.
         Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas  atau kumpulan.
Contoh Rekod Secara Berkumpulan

Contoh Rekod Secara Kelas

2) REKOD ANEKDOT

Definisi : Satu catatan mengenai peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, dan
signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila
dan dimana berlaku.
Prosedur ;
         Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku
         Mengenal pasti peristiwa yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan murid
         Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

Panduan Menulis Rekod Anekdot ;


         Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir
         Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
         Menulis apa yang dilihat secara objektif
         Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan
         Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
         Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan
murid

Contoh Rekod Anekdot


3) REKOD BERTERUSAN

Definisi : Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ( narative) yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pelakuan atau pertuturan murid
dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Tempoh pemerhatian 3 – 5 minit.
Prosedur ;
         Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
         Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
         Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
         Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan ;


         Rekod perkara yang benar-benar berlaku.
         Guna bahasa yang mudah difahami.
         Guna singkatan semasa mencatat.
          Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.
         Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan “judgemental”.
         Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.
Contoh Rekod Berterusan

PERBEZAAN ANTARA REKOD ANEKDOT DAN REKOD BERTERUSAN

REKOD ANEKDOT REKOD BERTERUSAN


  Dirancang/tidak dirancang   Dirancang
  Cerita semula   Catat setiap perlakuan/pertuturan yang
diperhatikan (rakaman semula)

TATACARA PENYIMPANAN REKOD

         Instrumen  (digunakan untuk  menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail induk.
         Instrumen (digunakan untuk  menilai murid secara individu) disimpan dalam portfolio.
         Di simpan di tempat berstatus sulit.
         Perlu dikemaskini dari masa ke semasa

TINDAKAN SUSULAN
Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :

1.     Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran


         Murid yang sudah menguasai
         Perlu latihan lebih mencabar
          
2.     Bimbingan dan pemulihan
         Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard
         Perlu galakan dan aktiviti bimbingan

ETIKA PENTAKSIRAN

         Hasil pemerhatian hanya boleh  dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja.
         Rekod tidak boleh dipamerkan.
         Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga.
         Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.

LAPORAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID


          Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.
      Ulasan perlu memenuhi kriteria  kebolehan dan pencapaian sebenar murid.
         Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan

PELAPORAN PENTAKSIRAN

Pelaporan Pentaksiran

Contoh Rekod Perkembangan Dan Kemajuan Murid Prasekolah


http://praorkidtersang1.blogspot.my/p/pentaksiran-dan-penilaian-prasekolah.html
Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT
KEMASUKAN | KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM
PRASEKOLAH BESTARI IPKS | GALLERI | LEARNING STATION | KAEDAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN |
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING
PRASEKOLAH

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU


SABAH
PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam
dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-
kanak .

1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  

 
1.     Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas

 
 Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik
 Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan
dirancang untuk memenuhi keperluan murid – murid yang
berbeza.
 Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
 Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid
dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid
secara menyeluruh – akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus
& kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
 Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik
darjah.
 Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk
membimbing kanak-kanak keperluan khas.
 

1.1 Keperluan Khas


 
        Limitation on a person’s functioning restricts the individual
activities.
        Sensory and physical disabilities
- visual ( vision problem )
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral –
membaca bibir) atau pendekatan manual – isyarat tangan )
        Physical disorders
- cerebral palsy ( spastic)
- epilepsy
        Mental retardation
- masalah mental ( intelektual) / IQ rendah
        Speech and language disorders
- masalah menyebut perkataan
- masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)
- masalah memahami arahan secara oral
- masalah memberi respon dalam komunikasi
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi
        Emotional and behavioral disorders
- masalah pergaulan
- autisme
- agresif
- kemurungan ( mood disorder)
- ketakutan ( fear)
- cemas ( anxiety)
        Kanak-kanak pintar cerdas
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak
lain
( 120 > lebih )
-         menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-
kanak lain
-         lebih berdikari dalam aktiviti p & p
-         mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p &
p
-         mempunyai kepimpinan
-         dll
 
1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh
        Faktor genetic
        Persekitaran
        Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya:
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-
kanak lain
b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau     
lebih mata pelajaran akademik
c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya
 
1.3 Pengesanan (Screening)
 
Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak
memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah .
 
1.4 Proses Pengesanan
 
        Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
        Mengumpul maklumat
-         kesihatan kanak-kanak
-         kesihatan ibu bapa
-         penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll
        Memproses maklumat / data
        Menganalisis maklumat / data
        Mengambil tindakan susulan
        Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)
 
1.5 Alat Pengesanan
 
        Ujian khas menggunakan instrument
-         Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6
tahun
-         Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun
-         Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence
( WPPSI-R)
-         DIAl-R
-         BRIGANCE K and 1 – prasekolah – tahun 1
        Pemerhatian
-         senarai semak
-         rekod anekdot
-         rekod berterusan
-         time sampling
-         soal selidik ibu bapa / penjaga
        Portfolio murid-
         -    Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,
              sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk
              melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,
              motor halus, sosial dan kognitif)
-         hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil
portfolio.
        Kesihatan ibubapa murid

 
SOALAN
1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?
2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan
perkembangan di prasekolah. Berikan cadangan dan langkah-langkah
mengikut situasi keperluan khas.
3. Apakah data / maklumat yang anda perolehi berasaskan pengesanan
hasil kerja ( portfolio) kanak-kanak ?
 
 2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan
        pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu
        soalan-soalan yang perlu difikirkan ..
-         kenapa pemerhatian itu dijalankan
-         apakah objektif yang hendak dicapai
-         apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat
(setting)
-         apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan
( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,
       bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan …)
-         bagaimana merekod maklumat
-         siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-
kanak ..)
-         bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak,
rekod anekdot ..)
-         apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian
-         terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?
-         Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian
-event sampling – perlukan masa yang lama
- time sampling – masa yang pendek sahaja
 
2.1                        Matlamat pemerhatian
- Antara matlamat membuat pemerhatian :
-         sebagai satu latihan professional
- pengalaman
-         mengenalpasti tingkah laku kank-kanak
-         membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam
kelas, alat permainan, ruang dll
-         keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
        Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran
dan  sumber
 
2.2 Pendekatan pemerhatian
        Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :
-         participant observation – terlibat dengan sample
-         without being seen – behind mirror
-         in distance – present in the situation
-         jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid
pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-
kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian
        sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak
        personaliti pemerhati
        pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll
 
2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian
        memilih kedudukan yang sesuai
        membuat catatan
 
2.5 Ralat dalam pemerhatian
 
        silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku
        tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)
        menambah maklumat yang tidak wujud
        keletihan dalam pemerhatian
        gangguan cth . bunyi dari persekitaran
        ketidak selesaaan
        personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)
        sikap bias ( biases) dalam pemerhatian
        kesesuaian tempat / situasi
 
2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan

Kumpulan
- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat
  yang sama  dan homogeneous ( umur dan tahap
  perkembangan )
- sulit mencatat perbualan
- sesuai menggunakan rakaman video
- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti
  sepanjang masa.
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam
  kumpulan dan bukan individu .
 
Komponen kumpulan
        karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur ,
bangsa , etnik , budaya dan agama .
- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam   
               kumpulan .
        tingkah laku ahli ( member behavior)
        tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli
kumpulan sebagai satu sistem ( norma)

2.7 Langkah-langkah pemerhatian


        tentukan perkara yang hendak diperhati
        merekod maklumat dengan lengkap
        merekod serta merta semasa pemerhatian
        hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja
        rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi
        rekod peristiwa positif dan negative
 
2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)
        kaedah bermaksud ‘ how to do it ' dan seluruh proses yang
terlibat dengan pemerhatian, prosedur pemerhatian
- tingkah laku – behavior
- setting dan situation
        normal dan tidak formal
-         normal – dilakukan secara teratur, terancang dan
sistematik
-         tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa
 
Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah
laku
 
        penulisan narrative ( narrative description)
-         menggunakan huraian yang panjang dan terperinci
-         on the spot
-         khusus kepada tingkah laku
-         tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian
-         boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian
terus
-         cth:

masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan


lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah
rak beg dan melihat rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran
bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya
selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti
dalam bilik darjah .
tamat : 9.22 pagi
 

kebaikan penulisan narrative


-         gambaran penuh tentang peristiwa sebenar
-         menjadi data mentah yang boleh diguna semula
-         mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian
kelemahan
-         memerlukan masa dan tenaga yang lama
-         data perlu diproses untuk mendapat maklumat
-         teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan
tingkah laku
-         memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati
 
        time sampling
-         pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku
yang sesuai untuk dijadikan sample
-    pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan
sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku .
     Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti
bergaduh , bertengkar dan  panas baran ( aggresif)
Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu  merupakan
'samples'
-    Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku
yang diperhatikan . .
-         cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan
memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak
sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.
-         biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah
digunakan semasa membuat pemerhatian .
kebaikan
-         mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku
-         tidak memerlukan belanja tinggi
-         jimat masa
-         data mempunyai kebolehpercayaan tinggi
        event sampling
-         pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample
untuk diperhati semasa membuat pemerhatian
Cth : tingkah laku sosial
-   Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak
selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling
dilakukan.
-   Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah
laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat
peristiwa tersebut untuk dianalisis.
-         maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan
koding
( senarai semak )
-         catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa
pemerhatian
-         tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira (
senarai semak ) , namu jika menggunakan penulisan
naratif semua perkara perlu dicatat

   rekod anekdot

-         maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut


tahap dan boleh disambung oleh guru lain.
-         melalui pemerhatian terus
-         mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau
bermasalah
-         catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.
-         pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah
laku murid yang wujud pasa masa pemerhatian.
-         mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku
murid
-         membantu guru memahami perkembanagn murid dari
semasa ke semasa
 
        rekod frekuensi
-         merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi.
( mencatat / sebagai kekerapan )
-         mudah digunakan dan ditafsir
-         menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami
-         carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif,
30% solidarity dan 50% secara unoccupied
 
        rekod harian
-         mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa
yang panjang.
-         tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang
sedia ada ( perkembangan)
-         step by step progress over a period of time
-         satu cara yg informal
 
        senarai semak ( check list)
-         specific behavior
-         given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu
wujud dalam pemerhatian
 
        skala ( rating scale)
-         menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,
sederhana, lemah
 
http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id7.html

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

   Pengenalan

   Jenis Pemerhatian

   Strategi Pelaksanaan

   Fungsi

   Contoh Senarai Semak

Pengenalan

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka


waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan
menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan
juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala
kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.

Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-
masing.

 Jenis Pemerhatian
 

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak


dinilai/diperhati , iaitu:-
 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
 Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
 Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah

 dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


 menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi
aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
 dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
 tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
 jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi

1. Penilaian melalui pemerhatian :

 digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu


proses pembelajaran
 dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran
 dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang


sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

 menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan


 meningkatkan motivasi pelajar
 mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan
serta prestasi pelajar
 

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan


peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :


 Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang
mendorong/menolak minat tersebut
 Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
 Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
 Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
 Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
 Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan
sebaya dan terhadap diri sendiri

Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Dibuat Melalui


Pemerhatian 
 

Arahan: Catatkan "Ya" sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai

Bil Kriteria Tingkah Laku Kerjasma  

1. Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang  


dijadualkan

2. Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)  

3. Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan  

4. Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan  

5. Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan   

6. Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan  


oleh kumpulan

7. Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat  

8. Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan  


kepada ahli kumpulan

9. Membantu menyelesaikan masalah kumpulan  

10. Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan  


11. Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh  
kumpulan

12. Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat  


pada waktunya
 

 http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

1. 1. REKOD-REKOD PERKEMBANGAN MERUPAKAN KAEDAH YANG MUDAH DAN BERKESAN


UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.. BAGAIMANA INI DAPAT DILAKUKAN ?
NOORAMIEYRA BINTI MOHD YUSOFF(3101019401) HASLINA BINTI PITTA (3122005671
FATIN NURZAFRINA BINTI WAHID NAWAWI (3122008391) (PENSYARAH: EN.HJ YEM)
2. 2. PENGENALAN Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan
kanak-kanak untuk mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah
dalam perkembangan mereka. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam
rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran
murid. kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod
berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi perbincangan
antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.
3. 3. DEFINISI MEREKOD MAKLUMAT Merekod didefinisikan satu aktiviti mencatat maklumat
secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian seseorang.
Contoh rekod yang digunakan untuk menilai perkembangan kanakkanak adalah seperti
berikut : i.Senarai Semak. ii.Skala Kadar. iii.Rekod Anekdot iv.Rekod Berterusan
4. 4. TEKNIK ASAS MEREKOD Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu : Yang
menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot. Yang mengira masa dan menghitung
jumlah iaitu event sampling dan senarai semak. Kesimpulan dan pertimbangan untuk
menggambarkan sesuatu iaitu skala kadar.
5. 5. PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN PENTAKSIRAN  Setiap tingkah laku dan perkembangan
kanak-kanak direkodkan secara sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi semasa aktiviti
individu atau secara berkumpulan didokumentasikan melalui pelbagai jenis alat taksiran atau
rekod penilaian. Rekod-rekod ini penting supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan bagi
menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak-kanak.  Terdapat perbezaan antara alat-
alat yang digunakan untuk melakukan pemerhatian walaupun fungsinya hampir sama.
seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak- kanak.
Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan pemerhatian
walaupun fungsinya hampir sama.
6. 6. REKOD SENARAI SEMAK Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk
mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada: Sesuatu
tingkah laku dapat diperhatikan. Sesuatu perlakuan telah dilakukan. Kekerapan sesuatu
tingkah laku
7. 7. PROSEDUR DALAM PENGGUNAAN SENARAI SEMAK Disediakan lebih awal sebelum
permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
dan semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun
mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang
akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal.
8. 8. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK KEBAIKAN •Banyak
maklumat boleh direkod •Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari •Boleh digunakan oleh
sesiapa KEBURUKAN •Item senarai semak terhad, perlu ditafsir berhatihati. •Kurang
maklumat tentang kekerapan, jangka masa dan keterangantentang tingkah laku.
9. 9. CONTOH SENARAI SEMAK
10. 10. REKOD SKALA KADAR Menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah
laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang
gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Secara umumnya digunakan untuk
merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka.
Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala yang digunakan boleh
dinyatakan secara angka atau gred.
11. 11. PETUNJUK ITEM UNTUK SKALA KADAR
12. 12. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA INDIVIDU
13. 13. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KELAS.
14. 14. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KUMPULAN.
15. 15. REKOD ANEKDOT Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting, unik dan sig nifi kan un tu k di rekod . Rekod Anekdot ditulis
secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.
16. 16. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBUAT REKOD
ANEKDOT Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti
peristiwa itu penting terhadap aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan
kekurangan. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku. Menulis apa yang dilihat secara
objektif. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan
kemahiran menyelesaikan masalah murid.
17. 17. CONTOH REKOD ANEKDOT
18. 18. REKOD BERTERUSAN  satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut turutan masa.
catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid
semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid
akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan
dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.
19. 19. Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan
mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
20. 20. TUJUAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN Guru boleh menggunakan rekod
berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik untuk menilai keberkesanan
penggunaan ataupun bacaan teks misalnya penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan
kosa kata. Hasil merekod ini juga dapat mengkategorikan murid dalam kumpulan. Dapat
mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan
permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.
21. 21. PANDUAN MENYEDIAKAN REKOD BERTERUSAN Pastikan item yang akan difokuskan
semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak- kanak, ruang atau sudut pembelajaran
yang akan diperhatikan sesuai? Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu dan
terperinci. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.
Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi menerangkan setiap
aksi. Guna bahasa yang mudah difahami. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan
peristiwa. Tentukan masa. Perlu tulus dan ikhlas.
22. 22. PANDUAN MENULIS REKOD BERTERUSAN Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun
kurang. Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan. Tulis secara
objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgemental’. Hanya merekodkan data. Memerhati
dan tidak membuat interpretasi. Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar.
Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan. Tulis atau rekod dengan terperinci
mengikut urutan peristiwa yang berlaku. Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun
pensel diletak di tempat yangstrategik dan sulit.
23. 23. KEBAIKAN MENGGUNALAN REKOD BERTERUSAN memberi gambaran sebenar dan
terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. memperlihatkan
pelbagai aspek perkembangan dalam satu rekod.cthnya dengan hanya satu rekod, guru
dapat mengesan pelbagai aspek perkembanganiaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam kemahiran
pemerhatian yang khusus. memudahkan guru merekodkandengan hanya menggunakan
pensel dan kertas.
24. 24. KELEMAHAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN memerlukan pengkaji atau guru
untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa
yang banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. memenatkan
guru kerana memberi lebih tumpuan pada proses merekodkan. lebih sesuai digunakan bagi
pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika
secara kumpulan. pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak
yang diperhatikan.
25. 25. CONTOH REKOD BERTERUSAN
26. 26. CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN BACAAN
27. 27. CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN MEMBACA TEKS BACAAN.
28. 28. CONTOH BORANG REKOD BERTERUSAN
29. 29. RUMUSAN Rekod berterusan merupakan cara yang dapat membantu guru mencatat
tingkah laku yang diperhatikan kepada kanak-kanak semasa peristiwa berlaku. Guru juga
dapat menilai keberkesanan tempat, sudut ataupun stesen pembelajaran. Rekod
berterusan membantu pemerhati merekodkan perlakuan kanak- kanak dalam jangka masa
yang ditetapkan dalam suasana sebenar. Memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan
kanak-kanak pada satu- satu masa. Rekod berterusan dapat memberikan maklumat
berguna dalam meningkatkan lagi potensi kanak-kanak.

http://www.slideshare.net/zafriena/done-group-asgment

Anda mungkin juga menyukai