Anda di halaman 1dari 21

PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Model Proses Pelaksanaan Pentaksiran

Merancang menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian Membina instrumen, membina item komponen dan tajuk-tajuk yang dinilai. Memberi wajaran aras kesukaran Melaksanakan penilaian pemerhatian tingkahlaku, pemerhatian interaksi/Lisan/Hasil Kerja Murid

Merekod

Menyimpan Dan Menganalisis Maklumat dan Melapor

Tindakan susulan/aktiviti bimbingan

Sudahkah Murid Menguasai

Tindakan susulan/aktiviti pengayaan

MERANCANG
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
Mengenal pasti murid yang hendak dinilai Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai Menentukan instrumen yang digunakan Menentukan aspek yang hendak diperhatikan Menentukan tempoh masa pemerhatian Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran

MEMBINA INSTRUMEN
Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
Tujuan yang jelas Menepati apa yang hendak dinilai Item yang boleh diukur Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja

MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
Bagaimana pentaksiran dilaksanakan? Dilaksanakan melalui pentaksiran Apakah maksud pemerhatian? Pengalaman kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Apakah yang diperhatikan? i) Tingkah laku ii) Perbualan/Interaksi/Lisan Murid iii) Hasil kerja murid

MEREKOD PENAKSIRAN
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan , kemajuan, pengatahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai.

Cara mengumpul dan merekod maklumat adalah melalui :


i. Senarai semak ii. Anekdot iii. Rekod berterusan

SENARAI SEMAK
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : Tingkah laku yang berlaku Tingkah laku dapat diperhatikan Kekerapan tingkah laku itu berlaku

Dengan menandakan (/) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak.

CONTOH SENARAI SEMAK

REKOD ANEKDOT
Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Ditulis secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Membantu guru memahami murid berkenaan.

Perkara yang dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot :


Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditetntukan. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid Tuliskan apa yang dilihat secara objektif. Perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan.

CONTOH REKOD ANEKDOT

REKOD BERTERUSAN (RUNNING RECORD)


Catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalm tempoh 5 10 minit.

CONTOH REKOD BERTERUSAN

ETIKA PENTAKSIRAN
Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Rekod pentaksiran perkembangan dan kemajuan murid prasekolah disimpan dengan selamat mengikut panduan : Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang tertentu sahaja (ibubapa/ guru besar /pakar perubatan/pihak-pihak atau orang yang berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1996) Rekod murid tidak boleh dipamerkan.

Minta kebenaran ibubapa/ penjaga murid untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibubapa di akhir tahun. Rekod Peribadi Murid boleh diserahkan kepada sekolah/guru Tahun Satu.

PENYIMPANAN MAKLUMAT
Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Definisi portfolio Satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang ditetapkan. Tujuan portfolio - merekod pengalaman - usaha - kemajuan dan kejayaan Bahan yang perlu ada dalam portfolio i) pelaporan perkembangan murid ii) Hasil kerja terpilih

MENGANALISIS DATA
Segala data yang direkod menggunakan instrumen perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat inferens dan rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan Analisis hasil kerja murid Hasil kerja yang terpilih sahaja dimasukkan perlu dimasukkan di dalam portfolio - gambar atau lukisan - sampel tulisan - binaan yang disempurnakan - cerita yang ditulis - buku skrap

PELAPORAN
DEFINISI Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.

TINDAKAN SUSULAN
Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melaluiaktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian. Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai