Anda di halaman 1dari 9

ISL 1 TAJUK : MENDAPATKAN PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN PSV MENERUSI INTERNET DAN BACAAN TAMBAHAN MEMBANDING BEZAKAN

AN PENTAKSIRAN AUTENTIK DENGAN PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED PENGENALAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidika KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan

mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid

ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. OBJEKTIF PENTAKSIRAN Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: i. ii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.

iv.

Merangsang

aktiviti

mengikut

keperluan

perkembangan

dan

pertumbuhan murid. v. vi. Mengesan keberkesanan pengajaran Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN Tujuan pentaksiran adalah: i. ii. iii. Mengesan keberkesanan pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. v. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.

vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. BENTUK PENTAKSIRAN PSV Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat produk yang dihasilkan pelajar. PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri-ciri :

Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Ciri-ciri: lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal

persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN i. ii. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan Kebolehpercayaan Skor:merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor iii. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah

iv.

Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

v.

Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran

INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Ujian (sejarah dan apresiasi seni) Kaedah pemerhatian Kaedah temubual Kaedah anekdot Menggunakan senarai semak Menggunakan soal selidik Portfolio

(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983) Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi: Komunikasi / ekspresi, Keyakinan diri /self-esteem, Perkembangan persepsi, Ketekalan organisasi estetika, Pengetahuan seni, Kreativiti , Kemahiran , dan Kepuasan / keseronokan.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai

(standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: i. ii. iii. iv. v. proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kemahiran kritikal, dan peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan. Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah

merancang perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. Menentukan tempoh masa pemerhatian. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. Tujuan yang jelas. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. iv.

Item boleh diukur. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal: Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar. b) Penilaian Tidak Terkawal: Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

BANDING BEZA PENTAKSIRAN AUTENTIK DENGAN PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED JENIS PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Mengevaluasi pengetahuan atau pelajar konteks keahlian dalam yang Persembahan tarian Mempersembahkan karya pendidikan seni kepada rakan-rakan Mendemonstrasikan hasil karya dalam seperti Dapat mengungkapkan secara seberapa pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman dalam mereka sendiri, total baik Memerlukan pelajar yang KONSEP CONTOH KEKUATAN KELEMAHAN

benar-benar berpengetahua n. Pelajar bersedia pelbagai aspek. harus dari

mendekati dunia sebenar atau

pameran

kehidupan nyata sedekat mungkin.

pertunjukan seni. Menghasilkan pengumpulan maklumat bentuk portfolio.

dunia mereka dan masyarakt luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan

kompetensi mereka. Menangani teknologi dab

berfikir sistematik. PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED Proses pentaksiran yang menggunakan subjek penglibatan murid sesuatu dalam aktiviti Portfolio Penglibatan murid Hasil seperti kerja murid Pelajar berpeluang memperbaiki melakukan penambahbaikan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan ada dalam yang dunia dan Tidak murid mempunyai kecerdasan pelbagai sama. yang semua

persembahan

karya serta gerak kerja projek.

yang dijalankan. Penilaian didasarkan dengan pertunjukan, perbuatan, pelaksanaan atau hasil kerja seseorang.

sebenar.

Anda mungkin juga menyukai