Anda di halaman 1dari 5

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Maksud Pemerhatian:

Selain melakukan ujian pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menjalankan penilaian.

Pemerhatian merupakan satu cara paling lama dan biasa digunakan serta paling berkesan digunakan untuk
menilai pertumbuhan, perkembangan, dan juga pembelajaran kanak-kanak (Carolyn Seefeldt, 1990).

Pemerhatian yang sistematik menggunakan sistem particular untuk melihat dan merekod tingkah laku kanak-
kanak yang menjadi aspek yang paling penting dalam bilik darjah.

Observation is used to chart children;s development, to gain insight into children’s behavior, and to guide
curricular decision making. Observation also plays an important role in assessment, either by replacing or by
supplementing standardized evaluation instrument.
                                                                                                                (Benjamin,1994).

Melalui pemerhatian kita dapat menjalankan penilaian yang tidak bersifat bias terhadap kanak-kanak. Guru yang
menjalankan pemerhatian mestilah bebas dari sebarang masalah dan tekanan supaya hasil pemerhatian yang
diperolehi adalah mantap tentang perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana sekiranya pemerhati
(guru) tersebut berada di luar kawalan kewarasan akal maka hasil pemerhatian yang dilakukan akan menjadi
tidak tepat.

Pemerhatian ini boleh dilakukan sepanjang proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Guru boleh
memerhatikan kanak-kanak dari awal tahun sehinggalah akhir tahun. Hasil yang akan diperolehi amatlah
memberansangkan. Kita akan dapat melihat perubahan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Setiap hasil
pemerhatian perlu direkodkan supaya tiada sebarang maklumat yang berkenaan tercicir.

Maksud Penilaian:

Penilaian selalu dilakukan dalam kehidupan seharian. Kebanyakkannya adalah secara formal dan tidak terkawal.
Tetapi dalam pendidikan, penilaian adalah dibuat secara formal, terkawal dan sistematik. Penilaian adalah
proses mendapat, menentukan dan member maklumat yang berguna atau menganalisi hasil pengukuran bagi
tindakan selanjutnya.

Dalam kehidupan kita seharian kita tidak lari dari membuat keputusan. Oleh sebab kita telah membuat
keputusan maka kita telah mengalami satu proses dan konsep yang disebut penilaian.

Penilaian bermaksud perbuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud penyelesaian, kaedah, bahan
dan sebagainya (Bloom, 1956).

Menurut Mehrens dan Lehmann, 1978, penilaian bermaksud satu proses yang menggambar, mendapa dan
menyediakan ‘panorama’ yang berfaedah untuk menghakimi keputusan.

Penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya (Phi Delta Kappan, 1971).

Oleh itu, satu takrifan yang mengaitkan konsep-konsep yang ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses
sistematik mendapat maklumat untuk membuat keputusan bagi tindakan selanjutnya.   

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam konteks
pendidikan awal kanak-kanak penilaian perlu dilakukan secara berterusan mengenai kemajuan murid dalam
domain kognitif, psikomotor dan juga afektif.

Cara mengesan perkembangan dan kemajuan murid adalah melalui permerhatian:

1)    Tingkah laku kanak-kanak tersebut sama ada pasif atau aktif


2)    Perlakuan kanak-kanak tersebut
3)    Interaksi murid yang ingin dinilai sama ada dengan guru atau dengan rakan sebayanya
4)    Hasil kerja murid tersebut di dalam kelas
Penilaian dibuat terhadap kanak-kanak prasekolah adalah kerana mereka datang dari pelbagai latar belakang
yang berbeza. Oleh itu penailaian harus dibuat untuk mengetahui tahap perkembangan mereka. Dengan kata lain
penilaian merupakan proses yang melibatkan beberapa tahap yang berterusan tetapi dengan satu tujuan, iaitu
mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat.

Antara tahap-tahap yang perlu dilakukan ketika melakukan penilaian adalah


1.    Tujuan penilaian itu dijalankan
2.    Jenis maklumat yang diperlukan
3.    Kaedah mendapatkan maklumat
4.    Alat-alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
5.    Kaedah maklumat yang diperoleh itu dianalisis dan dirumuskan
6.    Kaedah merekod maklumat supaya dapat digunakan sebaik mungkin.

Kesemua tahap ini perlu diambil kira kerana  menilai kanak-kanak di peringkat prasekolah adalah lebih rumit
daripada menilai para pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kesukaran ini timbul akibat kurikulum
yang tidak mantap, perkembangan kanak-kanak yang kurang difahami dan kemampuan guru memahami  bidang
tugas yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Menurut McAfee, Leong, & Bodrova, 2004, Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat mengenai kanak-
kanak dari beberapa aspek seterusnya menyusun dan menngunakan maklumat tersebut dengan sebaik mungkin.

Kaedah penilaian harus disesuaikan mengikut tahap perkembangan mental,  sosial dan juga perkembangan
fizikal kanak-kanak bagi setiap peringkat. Perubahan perkembangan kanak-kanak adalah berlaku secara pantas ,
oleh itu penilaian dibuat untuk mengenal pasti sama ada perkembangan mereka adalah berlaku secara normal
atau sebaliknya. Sekiranya perkembangan kanak-kanak adalah tidak normal maka tindakan akan di ambil untuk
membantu kanak-kanak tersebut.

Penilaian melalui cara Pemerhatian boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu senarai semak, rekod anekdot,
rekod berterusan, time sampling, soal selidik ibu bapa / penjaga, Portfolio murid Guru akan menyimpan contoh
hasil kerja murid, sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dan lain-lain untuk  melihat perkembangan tertentu
murid ( cth. emosi, motor halus, sosial dan kognitif) dan sebagainya.

1.    Rekod anekdot
Rekod anekdot merupakan catatan satu peristiwa atau satu perubahan tingkah laku unik. bermakna atau
signifikan kepada guru (pemerhati) yang ditunjukkan oleh murid-murid. Catatan dibuat secara ringkas dan tepat
untuk mengkaji sesuatu perubahan tingkah laku.
Panduan menyediakan Rekod Anekdot
1. Membuat pemerhatian pada peristiwa yang signofikan walaupun tidak dirancang
2. Kanak-kanak yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan
3. Mengenalpasti sama ada peristiwa itu penting kepad aperkembangan kanak-kanak atau tidak
4. menulis apa yang dilihat secara objektif
5. Menulis tentang perkara-perkara menggambarkan perkembangan kanak-kanak,
Contoh format rekod anekdot
TADIKA ABC
Rekod Anekdot

Nama kanak-kanak :
Tarikh :
Masa :
Aktiviti :

Rekod permerhatian dilakukan

Ulasan :

2) Senarai semak
Rekod ini dapat mengaitkan mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak denan hasil pembelajaran.
Biasanya senarai semak dibuat berdasarkan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
Panduan menyediakan Senarai Semak

1. Disediakan lebih awa sebeum pemerhaian dibuat


2. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan jelas dan ringkas
3. Digunakan bagi menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semulajadi
4. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
5. Item dalam senarai semak disusn mengikut pemeringkatan
6. Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada melakukan satu atau dua
pemerhatian
7. Dapat ditandakan semasa atau selepas pemerhatian dijalankan
8. Dilakukan sekura-kurangnya tiga kali
Item Ya Tidak Catatan

Tetapi senarai semak dibina bergantung kepada jenis emerhatian dan perkembangan yang hendak diperhatikan.

Rekod Berterusan
Rekod ini menggunakan kaedah yang sama dengan penilisan rekod anekdot tetapi ditulis berdasarkan fakta yang
tepat dan dalam jangka masa yang telah ditentukan. Rekod ini dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-
kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pemerhatian yang terperinci biasanya dijalankan dalam tempoh 10
minit.

Perbezaan antara rekod anekdot dan rekod berterusan


Rekod Anekdot Rekod Berterusan
Dirancang atau tidak dirancang Dirancang
Cerita semula Setiap perlakuan dan pertuturan yang diperhatikan
dicatat
Apabila berlaku peristiwa yang signifikan Lebih mudah dengan rakaman
Panduan Menyediakan Rekod Berterusan
1. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian dilakukan sam ada tingkah laku kanak-kanak,
ruang atau sudut embelajaran yang diperhatikan sesuai.
2. Rekodkan semua perlakuan murid satu persatu
3. Rekod dengan tepat dan padat serta jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku
4. Rekod hanya perkara sebenar berlaku dan gunakan satu aat bagi menerangkan satu aksi.
5. Gunakan bahasa yang mudah difahami
6. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa
7. Tentukan masa
Contoh format rekod berterusan

Nama Murid:                                             Lokasi :


Umur:                                                        Item :
Tarikh :                                                     Masa :
Nama Guru :
Catatan Ulasan

Portfolio
Portfolio merupakan kaedah penilaian autentik kerana portfolio merupakan bukti pencapaian sebenar murid.
Antara kandungan portfolio adalah seperti berikut:
1. Rekod peribadi
2. Rekod-rekod perkembangan
3. Hasil kraf
4. Lukisan
5. Binaan
6. Tulisan
7. Kolaj
8. Gambar
9. Audio-video

Buku Log Harian Atau Buku Log Kelas


Panduan menulis Log Harian
1. Ditulis setiap hari
2. Ditulis untuk setiap orang murid
3. Tarikh pemeratian dicatatkan
4. Sistematik dan terancang
Contoh Format Log Harian
Bil Nama Kanak-kanak Pemerhatian  Catatan

Aspek pemerhatian adalah dilihat daripada


1. waktu berpisah dengan ibu bapa
2. Semasa memerhatikan motor kasar dan motor halus kanak-kanak
3. Semasa aktiviti bahasa
4.
Rekod Pensampelan Masa
Rekod ini digunakan bagi satu jangka masa yang ditentukan. Ia merupakan rekod tertutup kerana ia hanya
direkdkan aktiviti kanak-kanak bagaimana mereka melakukan tetapi hanya rekod aktiviti kanak-kanak ada masa
itu sahaja.
Contoh Format Rekod Pensampelan Masa

TADIKA ABC
Rekod Pensampelan Masa
Nama Pemerhati :
Nama Kanak-kanak
Masa Aktiviti Kanak-kanak

Rekod Pensampelan Peristiwa

Rekod ini meninjau peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kejadian.
Panduan menulis Rekod Pensampelan Peristiwa
1. Hanya fokus pada satu tingkah laku sahaja
2. Diperjhatikan bebrapa kali sehingga maklumat mencukupi
3. Jalaskan kejadia yang berlaku secara ringkas
4. Tulis tarikh dan masa kejadian berlaku
Contoh Format Rekod Pensampelan Peristiwa

Tarikh / Hari Masa Sebelum (Akibat) Tingkah Laku Selepas (Kesan)

Anda mungkin juga menyukai