Anda di halaman 1dari 12

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN ISLAM)

GPF 3046 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

Indeks Kesukaran Dan Indeks Diskriminasi

Nama : Abu Hasan Ashari Bin Tahar No Metrik : 033272

. Pengenalan Pentaksiran adalah satu proses sitematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Ia merupakan satu bentuk penaksiran prestasi yang berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu proses atau produk hasil daripada pelaksanaan sesuatu tugasan ( Stiggin,1997,p.175 ) Penaksiran seperti ini juga dikenali sebagai penaksiran authentik . Oleh itu ia melibatkan kaedah pengujian yang lebih luas yang memerlukan pelajar menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberikan jawapan yang tepat atau hasil produk yang baik . Menurut Pert(1990) Pentaksiran authentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari . Ia meliputi pentaksiran dari pelabagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar pemahaman mendalam ,penyelesaian masalah,kemahiran sosial , sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain penaksiran authentik ini juga merupakan proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar ,kejayaan,motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan . Menurut Grace (1992) penilaian prestasi atau authentik ini merupakan amalan yang membabaitkan kanak-kanak secara realistik dalam dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang berlaku secara berterusan,realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran ini . 1

Kepentingan Pentaksiran Authentik Kajian menunjukkan bahawa pentaksiran authentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan positif terhadap melapor kemajuan kanak-kanak malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk persediaan ke alam

persekolahan yang lebih tinggi .Di antara kepentingannya ialah ; i. menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan bermakna. ii. menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kebolehan seperti penulisan ,penyelidikan dan kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis . iii.memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalaui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan di masa hadapan . iv. merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran , kemahiran , kemampuan , yang ada dalam dunia sebenar . Penaksiran authentik juga adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemontrasikan pengetahuan , kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner dan Boston,1994 ). Ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada pengetahuan dan kemahiran sahaja.

Ciri-ciri Penaksiran Authentik. Penaksiran authentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan dan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Segelintir pakar psikologi menyarankan agar penaksiran jenis ini diaplikasikan sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontekstual , kolaboratif dan konstruktif berdasarkan ciri-ciri yang relevan dengan pendidikan di Malaysia . Antara ciri-cirinya ialah : i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yaang dilaksanakan . ii. Indikator profisensi melalui aktiviti yang dilakukan .

Secara umumnya Penaksiran authentik harus mempunyai empat ciri di bawah : i. Soalan yang dibina mestilah benar-benar mewakili prestasi yang berlaku dalam keadaan sebenar . ii. Penekanan yang khusus hendaklah diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran tentang kriteria yang harus digunakan . iii. Penaksiran kendiri memainkan lebih peranan berbanding dengan ujian konvensional. iv. Pelajar dikehendaki membentangkan dan mempertahankan kerja-kerja secara umum dan secara lisan untuk menentukan bahawa penguasaannya adalah benar .

Jenis Penaksiran authentik. i. Penaksiran Terhad Penaksiran prestasi terhad adalah lebih berstruktur dan terhad. Dengan menghadkan skop tugasan , memudahkan untuk dikaitkan dengan objektif-objektif tertentu , mentadbirkannya dan menilainya . 3

ii. Penaksiran Terbuka Penaksiran ini mempunyai skop tugasan yang lebih komprehensif dan tidak begitu berstruktur.Ini membolehkan pelajar mempersembahkan kebolehannya dalam membuat

tugasan , atau menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan dunia sebenar . Kaedah-kaedah Penaksiran Authentik Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksirann ini, antaranya ialah : Potfolio Temubual Demontrasi * Pemerhatian * Senarai semak * Rekod Anekdot * Sampel penulisan

* Penceritaan semula * Projek / Pameran * Persembahan / Amali .

Jenis Penaksiran Authentik Tiga jenis penaksiran autentik yang dijalankan di sekolah bagi mata pelajaran pendidikan Islam i. Pemerhatian Penaksiran pemerhatian mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai dan diperhati . Guru memerhati apa yang dirancang secara jangka pendek dan jangka panjang . Aktiviti pemerhatian tingkahlaku pelajar harus dibuat ke atas perlakuan mereka semasa di dalam dan diluar bilik darjah . Bagi tugasan yang kecil dan mudah , pemerhatian secara informal mungkin boleh dilakukan tetapi bagi tugasan yang lebih komprehensif , pemerhatian yang lebih sistematik bagi meningkakan keobjektifan dan kegunaannya. 4

Jenis instrumen yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar melalui aktiviti pemerhati ialah senarai semak ,skala radar , rekod anekdot , rekod profil dan lain-lain . Senarai semak digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku pelajar yang ada atau tidak ada. melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi

pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas. Ia dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Secara asasnya penilaian ini mudah dilaksanakan tetapi susah untuk menjamin kesahihannya kerana berdasarkan daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar guru kecuali guru memerhati setiap aktiviti . Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang

melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing. Ia juga membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu Saya ingin menilai tahap amali wuduk dari segi pelaksanaan sunat dan rukun yang dilakukan oleh murid-murid kelas saya sepanjang 6 bulan pertama persekolahan tahun ini. Mereka akan diperhati setiap kali berwuduk untuk menunaikan solat zohor berjemaah semasa kelas amali solat di sebelah petang. Semakan borang ini akan ditanda bila guru sudah berpuas hati pada tempoh yang telah ditetapkan. Saya hanya menyertakan contoh borang yang hanya memuatkan sebilangan kecil nama murid-murid kelas saya. melalui senarai semak individu ini, ia memberi Hasil daripada pemerhatian

rangsangan kepada murid untuk terus

memperbaiki amali wuduk mereka. Di samping itu dapat membantu mereka mengatasi kelemahan dalam penguasaan rukun dan sunat wuduk. 5

5.2 TUNJUKCARA/DEMONSTRASI Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tayammum, penyucian najis, solat, tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu yang boleh dlihat. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi. Ia melibatkan prosedur - prosedur tertentu sebelum dan semasa proses tunjukcara . Penilaian ini melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, menyampaikan maklumat dan idea untuk disampaikan semasa tunjukcara .Ia juga membolehkan pelajar melihat situasi sebenar dan melihat bagaimana sesuatu bahan itu berfungsi .Tunjukcara boleh di gunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan malah dapat menimbulkan minat dalam sesuatu topik yang diketengahkan.Ia memerlukan penyediaan model untuk kemahiran mengajar dan mampu mengubah kadar pembelajaran pelajar.Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Dalam proses tunjukcara ini, guru akan mengaitkan dengan contoh - contoh semasa atau yan g bi asa berla ku di pe rse kitaran hidup mereka agar murid lebih faham

tentang topik yang diajar .Seterus nya murid diberi peluang menunjuk cara apa yang telah dipersembahkan oleh guru untuk memastikan mereka benarbenar memahami dan dapat melakukan sendiri. Kebaikan daripada pelaksanaan kaedah ini ialah : 6

1.

Murid terdedah dengan bahan pembelajaran baru

2. Dapat menarik dan menimbulkan minat murid 3. Murid - murid dapat menggunakan deria penglihatan , pendengaran dan sentuhan 4. Dapat menonjolkan kebolehan dan keyakinan untuk membuat demonstrasi 5. Memberikan keseronokan kerana dapat merasai situasi sebenar. Contohnya saya ingin mengajar mengenai tayammum. Jadi saya memberi penerangan, perkenalkan bahan dan cara-cara mengaplikasi tayammum pada sesuatu situasi. Seterusnya saya menggunakan teknik tunjukcara mengaplikasi debu tanah pada muka serta niat dan dua belah tangan hingga siku secara tertib dan beradab. Kemudian saya meminta murid menunjukcara semula .

PERSEMBAHAN/AMALI Persembahan ialah satu bentuk penyampaian lisan di mana murid akan menunjukkan pembelajaran dengan membentangkan sesuatu topik dalam bentuk perbincangan atau seminar. Persembahan atau pembentangan ini biasanya akan dihakimi oleh satu panel yang terdiri daripada orang dewasa dan rakan sebaya. Penaksiran ini biasanya melibatkan lakunan penggunaan alatan, gambar, kertas dan pensel. Penaksiran persembahan juga boleh menguji pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti dan menaksir kemahiran yang sebenar dalam melakukan aktiviti. .Penaksiran ini biasanya turut melibatkan penggunaan alatan, gambar, kertas dan pensel.

Sebelum digunakan penaksiran ini, guru mesti membimbing murid dalam penyediaan pembentangan seperti berikut : (a) Menentu atau memberi pilihan tajuk untuk dibincang dan dibentangkan (b) mengenal pasti punca-punca maklumat/sumber rujukan bagi mendapatkan bahan (c) mengumpul bahan dan dapatan (d) menstruktur pembentangan (e) menilai dan memberi maklum balas tentang pembentangan Dalam penilaian persembahan, murid juga boleh menghasilkan sesuatu hasilan yang mengandungi kerja murid seperti lukisan,gambar,poster atau jurnal yang dibuat oleh murid. Bersama-sama dengan persembahan hasil kerja,murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dalam kerja ini.Huraian seperti ini dapat dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid. Dalam penilaian persembahan, murid boleh menggunakan pelbagai kreativiti seperti membina peta minda, kitaran hidup,merekabentuk benda yang berkaitan dan lain-lain yang bersesuaian. Malah mereka boleh memanipulasi bahan yang dibina untuk menjadikan pembentangan dapatan dalam persembahan kelak menarik dan memberi kesan pada hakim dan audien.

Contohnya dalam pembelajaran Aqidah yang bertajuk Dalil Kewujudan Allah SWT, murid diminta menjelaskan bukti-bukti kewujudan Allah dan menjelaskan hikmat kejadiannya kepada manusia . Murid diberi panduan untuk membuat rujukan di dalam buku teks, internet dan lain-lain .Mencari bahan huraian berkaitan dengaan penciptaan Allah . Murid diberi masa untuk membentangkan hasil dapatannya kepada kawan-kawan sekelasnya. Guru akan menilai dan memberi maklum balas tentang pembentangan tersebut. Contoh borang pemarkahan:

Nama : ............................................................. Tingkatan :....................... Tarikh : .............................................................. Isi ( 40 m ) Persembahan (30 m) Bahasa (30m) Jumlah

Isi : Tepat dengan tajuk , kesinambungan isi, huraian beserta contoh Persembahan : Keyakinan diri, kreatif, suara jelas, gaya penyampaian Bahasa : Bahasa standard, tersusun, sesuai

KESIMPULAN Penilaian pembelajaran murid boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kebiasaannya penilaian pada pencapaian murid dilaksanakan secara berbentuk formal seperti penilaian formatif dan sumatif. Pentasiksiran autentik melalui kaedah-kaedah tertentu ini memberi dimensi berbeza kepada tahap pencapaian murid di sekolah rendah khususnya. 9

Ia memberi

peluang murid berinteraksi secara realiti atau keadaan sebenar melalui

percambahan minda ke arah mencapai objektif pembelajaran dalam meneroka ilmu pendidikan ini. Justeru itu, guru dapat menentukan objektif pembelajaran, melaksanakan penilaian dan mengambil inisiatif untuk tindakan susulan yang wajar berdasarkan maklum balas penilaian. Insya Allah kecemerlangan murid semakin dapat difokuskan.

10

BIBLIOGRAFI\ 1. (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. 2. A. E. Ashworth (1982) dalam Testing fo rContinous Assessment: A Handbook inSchool and College (London: Eva Yorkshire 3. Airasian ,P. W. (2001). Classroom assessment concepts and applications. 4thEdition. New York: Mc-Graw Hill. 4. Bahagian Pendidikan Guru. (2004). Sukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan KPLI (Sekolah Rendah), Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Mok Soon Sang. (2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah). Komponen 1 & 2, Psikologi pendidikan dan pedagogi untuk Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya 6. Mok Soon Sang. (2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

11

Anda mungkin juga menyukai