Anda di halaman 1dari 16

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan pentaksiran

i. ii. iii. iv.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran Autentik
Definisi

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh HillS (1993);

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:


i. ii. iii. iv. v. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. Subjek membina maksud yang tersirat. Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;


i. ii. iii. Persembahan tarian Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) iv. Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;


i. Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. ii. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. iii. iv. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanakkanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Pentaksiran Performance Based


Definisi

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:


1. Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan

keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

i. ii. iii.

Bahan penulisan Persembahan Gerak kerja projek

Pentaksiran Hasil Pembelajaran


Definisi

Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang

diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak

penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendekatan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;

Student Learning Outcomes (SLO) Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.

Student Progress Outcomes (SPO) Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata. Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.

Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada 3 bahagian;

1.Kebaikan kepada pelajar i. ii. iii. Faham kehendak hasil pembelajaran yagdiharapkan. Pentaksiran lebih konsisten dan telus. Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.

iv.

Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

2. Kebaikan kepada penilai i. ii. iii. Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak. Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci. Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

3. Kebaikan kepada sekolah i. Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid. ii. iii. Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang. Menerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid. iv. Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.

Pentaksiran dan Motivasi


Definisi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan Darjah Kesungguhan Stimulator / semangat Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer : Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar Fisiologi atau psikologi Keinginan untuk makan dan minum

ii. Motif Umum: Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar Tidak berhubungan dengan proses fisiologi tubuh manusia Memerlukan kasih sayang, rasa ingin tahu dan diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

Tumbuh sebagai hasil proses belajar Tidak berhubungan dengan proses faali keperluan berprestasi dan berkuasa

Pentaksiran berbantukan computer Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap . Pentaksiran ini juga membolehkan data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik. 9. Kelebihan Pentaksiran berbantukan computer Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama Lebih sistematik dan tersusun Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid. Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid. 10. 2. Pentaksiran dan tindakan penambahbaikan Pentaksiran ini mengfokuskan kepada guru untuk mencari kelemahan murid. Seterusnya membuat tindakan penambahbaikan sama ada kekurangan atau kelemahan murid. Contoh : guru membuat penambahbaikan dalam hasil karya multimedia yang dihasilkan oleh murid. 11. 3. Pentaksiran dan hasil pembelajaran Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran murid itu mampu memberi perubahan kepada murid tersebut sama ada dari aspek kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.

Pentaksiran Berasaskan Komputer Definisi


Pentaksiran berasaskan computer atau web merupakan satu istilah umum yang merangkumi penggunaan komputer dan Internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas talian, dan

semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah. JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran dilaksanakan dan ditandakan dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan komputer (CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan komputer: contohnya, penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elekronik, atau e-portfolio. Sehubungan ini sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah (Marzita Abdullah, 2009).

Pentaksiran merupakan pusat kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Amalan pengurusan pentaksiran sesebuah sekolah itu mempengaruhi penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Oleh itu sekolah harus mendapatkan strategi pentaksiran yang baik bagi memastikan semua pembelajaran murid dapat ditaksir dengan sebaik-baiknya. Pentaksiran berasaskan web ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan yang berkesan. Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan murid dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan (JISC/QCA, 2007). Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang penyimpanan. Dengan menggunakan komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran (Fabilah Baharom dan Zaidatun Tahir, 2005).

Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri. Bull (1999) telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000). Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan kaedah pengukuran baru bagi mentaksir pembelajaran yang berupaya memberikan maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

Pentaksiran Kendiri
Definisi

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benarbenar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara, iaitu: i. ii. Tanggapan diri seseorang individu Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Fungsi

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

i. Membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu; ii. Memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya; iii. Memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya; iv. Mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan v. Membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah

meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubric membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri

Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif Menghargai Memuji orang lain Puas hati dengan pencapaian Murah hati

Mudah berkawan Puas hati dengan dirinya Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif Cenderung untuk merasa salah Takut kepada kegagalan Sering merasa bimbang Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil Pencapaian akademik yang rendah Tidak gemar kerja mencabar Kurang keyakinan pada diri sendiri Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

Anda mungkin juga menyukai