Anda di halaman 1dari 1

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak.

Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin


dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pada satu hari
tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-
mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata,
Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat
seperti yang disangkakan.
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh
Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, Allah Taala Allah Taala Dengan segera tok imam
merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas
iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal,
angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.
Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. Allahu akbar! Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke
belakang dan berkata, Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!! Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun
ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut
bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah
respek tok imam kat si Ciko niii Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni Tapi
dengan bongkaknye si Ciko berkata, He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat
aku semayang. He heee
Tok imam pun terkedu & terpana kwang kwang kwang (kalau tak ambil wuduk, sembahyanglah
sampai 100 rakaat pun tetap batal)

Anda mungkin juga menyukai