Anda di halaman 1dari 2

RUJUKAN NORMA DAN RUJUKAN KRITERIA:

Ujian rujukan norma ialah ujian untuk membandingkan pencapaian


pelajar. Perbandingan ini dibuat antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain atau antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam ujian yang
sama. Misalnya ujian PMR, SPM, STPM dan sebagainya.
Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan seseorang murid
itu di kalangan murid-murid yang lain. Ujian ini adalah sejenis ujian sumatif.
Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah, 50% sederhana
dan 25% lagi sukar. Kekurangan ujian rujukan forma ialah keputusan ujian
tidak menggambarkan sama ada murid adalah bersedia untuk bergerak
keperingkat yang lebih tinggi atau lebih baik.
Ujian ini juga tidak sesuai untuk megukur objektif afektif dan
psikomotor contohnya nilai dan sikap adalah bersifat peribadi, oleh itu
membandingkan murid adalah tidak sesuai. Untuk mengukur pembeljaran
psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat
penghakiman ke atas individu. Ujian rujukan norma lebih menjurus kepada
sikap pilih kasih.
Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian
pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Ianya tidak melibatkan
perbandingan antara calon. Ianya digunakan untuk menentukan pencapaian
individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam
sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran.
Ujian ini dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah diajar dan
keputusannya digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan
sebelumnya.

Contohnya,

ketetapan

atau

kriteria

telah

ditetapkan

bahawasanya murid harus dapat menjawab sekurang-kurangnya 6 soalan


daripada 10 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya dapat menjawab 4
soalan dengan betul maka murid itu dianggap gagal untuk menguasai
kemahiran yang telah ditetapkan.
Ujian yang dijalankan atau ditetapkan kepada objektif pembelajaran
dipanggil ujian berasaskan objektif atau rujukan objektif. Ujian rujukan kriteria

merupakan salah satu cabang dalam ujian formatif dan oleh itu memerlukan
tindakan pemulihan dan pengayaan

BEZA UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN KRITERIA


Perkara
Ujian Rujukan Norma
Konsep

Tujuan

Ujian yang relatif yang


menggambarkan prestasi kumpulan
murid dalam graf yang normal.

Ujian Rujukan Kriteria


Ujian rujukan yang menentukan
peringkat pencapaian individu
berdasarkan kriteria tertentu yang
telah ditetapkan.

i. Membandingkan prestasi antara


i.
Menentukan tahap penguasaan
murid atau kumpulan.
sesuatu kemahiran yang telah
ii.
Menentukan murid sama ada lulus,
dipelajari mengikut kriteria yang telah
gagal, cemerlang dan sederhana.
ditentukan.
iii. Memilih murid untuk tujuan
ii.
Memperbaiki pengajaran dan
pengiktirafan sijil
pembelajaran berdasarkan keputusan
ujian.

Ciri-ciri
Soalan

Bermula dengan soalan yang mudah


kepada lebih sukar dan mempunyai
diskriminasi yang tinggi

Soalan yang hampir sama peringkat


kesukaran dengan berpandukan
objektif pelajaran.

Ciri-ciri
ujian

Penentuan pangkat, gred bagi


menentukan kelulusan murid pelbagai
peringkat.

Tiada gred ditetapkan dan memadai


penyataan lulus gagal.

Kandungan
cakupan

Meliputi topik pembelajaran yang lebih


luas

Tertumpu kepada topik-topik tertentu


yang lebih khusus.

Contoh
ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR,


PMR, SPM, STPM

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal


jawab dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai