Anda di halaman 1dari 36

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi


dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan projek ini dengan penuh
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Rosnah binti Mustaffa ,
Pensyarah Matapelajaran Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV3113E), di atas kesudian
mereka memberi tugasan ini kepada saya. Mereka juga banyak membantu saya sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya
rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam
era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini,
pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong
dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya
mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan
selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


1.0

PENGENALAN
Pentaksiran memainkan peranan penting dalam pendidikan. Pentaksiran dan

penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan
seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran dan penilaian dilakukan bagi
mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna

dan

berkesan.

Bukti-bukti

empirikal

tentang

sesuatu

pengajaran

dan

pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan


pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu
aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak
diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian,
beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam
merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,
sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang
diajar.
Dalam tugasan PSV3113E ini guru pelatih perlu mengenali dengan mendalam
mengenai makna dan penggunaan pentaksiran dalam menilai hasil kerja pelajar bagi
mempersiapkan diri guru dalam mengalas tanggungjawab sebagai salah seorang guru
Pendidikan Seni Visual apabila berada di sekolah kelak.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir
bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam
pembelajaran PSV yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan
dan seterusnya pengajaran guru. Justeru pemahaman terhadap konsep pentakzsiran
sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu
dan adil.

2.0

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


2.1

KONSEP PENTAKSIRAN PSV

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan keluaran 2008, pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan
maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Manakala,
berdasarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod atau
pengujian, memberikan skor atau markah yang lebih dikenali sebagai pengukuran, dan
menterjemah maklumat atau membuat penilaian tentang pembelajaran seseorang murid
bagi tujuan tertentu. Daripada penyataan sebelum ini, dapat disimpulkan bahawa pengujian,
pengukuran dan penilaian terkandung dalam proses pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk
mendalami konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah amat penting sekali. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran
bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka.
Menurut Gay (1985) yang dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), beliau berpendapat
bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sebagai satu sistem semasa yang
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru membuat keputusan tepat yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajarannya. Penilaian mengandungi aspek
pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh
dilaksanakan dalam lima peringkat.
Pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam penilaian. Untuk
menjalankan penilaian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, seseorang guru perlulah
terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap
pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah,
sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan
untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.
Seterusnya. menurut Azizi Ahmad (2009), pengukuran bermaksud satu proses
mendapatkan maklumat secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu
instrumen. Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan status atau tahap yang tidak
mempunyai nilai.
Menurut Cronbach, ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem yang berkategori. Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd
Isha Awang (2008) yang menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan
contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau
3

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid. Melalui proses
pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi serta penguasaan murid
terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru menempatkan murid-murid mengikut
kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan pengajaran.
Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan
dan perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan
menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini
adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Hasil
pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya
membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
2.2

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PSV

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi


aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasikan
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentaksiran
dapat dirumuskan kepada empat komponen iaitu proses, maklumat, penghakiman dan
produk. Komponen pertama adalah proses iaitu langkah,tindakan atau operasi yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Komponen yang kedua adalah
maklumat iaitu satu bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Komponen yang seterusnya iaitu ketiga adalah penghakiman iaitu satu proses
pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Komponen yang terakhir adalah
produk iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi setelah melalui proses
pendidikan.

Proses
Maklumat
Penghakima
n
daripada

Produk.

Langkah / tindakan / operasi yang


digunakan untuk mendapatkan hasil
yang dikehendaki
Bukti tentang prestasi pelajar dalam
sesuatu perkara yang ditaksir

Proses pertimbangan tentang


pencapaian pendidikan pelajar

Pentaksiran
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang pelajar perolehi setelah
melalui proses pendidikan

lima

jenis

terdiri
iaitu

pentaksiran
4

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


autentik, pentaksiran hasil pembelajaran, pentaksiran performance based dan pentaksiran
dan motivasi serta pentaksiran konsep kendiri. Pentaksiran autentik diertikan sebagai
mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia
sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

Mengikut Rudner & Boston (1994)

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan


pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan
dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pentaksiran autentik digunakan seperti yang
disebut oleh seperti yang disebut oleh HillS (1993); iaitu pentaksiran autentik ini meliputi
pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga

merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh
mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang
releven.
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment
of Students). Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai
untuk

dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni

visual dengan rasional lain.


Sebagai contoh, pentaksiran autentik memerlukan sesuatu sistem yang mentaksir
secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak. Menurut Eisner (1980),
kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya
melahirkan konsep.
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciricirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan, indikator
profisensi melalui aktiviti melakukannya. Selain itu, pentaksiran autentik juga mempunyai
ciri-ciri seperti subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi, subjek membina maksud
yang tersirat dan berpusatkan kanak-kanak.
Antara contoh-contoh pentaksiran

autentik

adalah

persembahan

tarian,

mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan-rakan sebaya, mendemostrasikan hasil


karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan
Seni) dan menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar adalah dapat mengungkapkan secara
5

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


total seberapa baik pemahaman akademik mereka, menghubungkan pembelajaran dengan
pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas, mengungkapkan dan
memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka dan menangani teknologi dan berfikir
sistematik.
Kesimpulannya, pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan
kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga
akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan
kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN
Seterusnya adalah pentaksiran hasil pembelajaran. Definisi kepada pentaksiran hasil
pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang bermakna sama ada aktiviti atau
pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam
kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang
terlibat.
Sekolah yang terlibat merupakan pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang
akan dipelajari oleh pelajar. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.
Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan
bukan kepada sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah
yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai
mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendekatan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh Montgomery tentang
pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran adalah Student learning outcomes
iaitu jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada
pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Satu lagi pendekatan adalah student
progress outcomes (SPO), ia berterusan iaitu myrid dapat melakukan perubahan yang lebih
baik dalam peringkat yang seterusnya, penilaian tidak dilakukan pada satu tahap sematamata, pembelajaran bersifat berterusan dan pentaksiran juga bersifat berterusan.
Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada
tiga bahagian. Iaitu kebaikan kepada pelajar-pelajar, kebaikan kepada penilai-penilai dan
kebaikan kepada sekolah-sekolah. Dalam kebaikan kepada pelajar-pelajar adalah murid
akan faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan, pentaksiran lebih konsisten dan
telus, pentaksiran menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum dan murid dapat
menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.
Manakala,

kebaikan

kepada

penilai-penilai

adalah

menentukan

sama

ada

hasil

pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak, dapat menerangkan keadaan murid
dengan lebih terperinci dan memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil
6

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


pembelajaran. Seterusnya, kebaikan kepada sekolah-sekolah adalah bukti komitmen
berterusan sekolah dalam usaha perkembangkan potensi murid, menyediakan maklumat
bertepatan untuk rujukan yang akan datang, menerapkan nilai akaunbiliti dalam
mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid, memberi maklumat berguna
untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil
pembelajaran.
Sebagai rumusan, pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan
penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik.
Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang
berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah
kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.
PENTAKSIRAN PERFOMANCE BASED
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan
subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki
pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,
kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk
memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa
dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based adalah Portfolio (dapatan hasil kerja).
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya. Selain itu, kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar) juga digunakan dan pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan
murid dan keberkesanan penyelesaian masalahdalam sesuatu situasi yang diberikan.
Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh
daripada murid seperti bahan penulisan, persembahan, gerak kerja projek, kerja
berkumpulan dan sebagainya.
Pentaksiran dan motivasi adalah suatu variabel perantara yang digunakan untuk
menerangkan

faktor-faktor

dalam

diri

individu,

yang

dapat

membangkitkan,

mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak
dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu
tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. Motivasi berhubungan dengan kekuatan
(dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai
macam motivasi.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Antaranya adalah sesuatu yang menggerak seseorang dalam tindakannya sama ada
secara negatif atau positif, arah tuju dan penggerak tindakan, darjah kesungguhan dan
stimulator atau semangat. Terdapat tiga kategori motivasi iaitu motif primer dibawa sejak
lahir dan bukan hasil proses belajar, psikologis dan keinginan untuk makan dan minum.
Motif kedua adalah motif umum iaitu dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar, tidak
berhubungan dengan proses pembesaran tubuh manusia dan kebutuhan kasih sayang, rasa
ingin tahu dan diperhatikan. Motif yang terakhir adalah motif sekunder iaitu tumbuh sebagai
hasil proses belajar, tidak berhubungan dengan proses faali dan kebutuhan perprestasi dan
berkuasa.
Pentasiran Performaced Based ialah proses yang
menggunakan subjek penglibatan murid dalam
sesuatu aktiviti yang dijalankan.

DEFINISI

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai


PORTFOLIO
pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.
Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian
terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.
JENIS :

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada


penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian
masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
Menjadi indikator yang komprehensif mengenai
kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah
yang diberikan kepada murid yang dijalankan
Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat
dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti : Bahan penulisan
Persembahan
Gerak kerja projek

JENIS :
SIMULASI
SEBENAR
KEBAIKAN
KEPADA
PENILAI
KESIMPULA
N

PENTAKSIRAN KONSEP KENDIRI


Pentaksiran yang terakhir adalah pentaksiran konsep kendiri. Konsep kendiri
merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya
secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima
penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga
dirinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga
tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran

persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan
mengenai cara memahami konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu tanggapan diri seseorang
individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Manakala, Syarifah
Alawiah (1987), menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang
individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut
seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
Fungsi pentaksiran dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah,
penilaian kendiri adalah membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat
refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran
atau disiplin ilmu, memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus
memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya, memberi keyakinan kepada
pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya,
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan atau
kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan membolehkan pelajar
sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Terdapat dua kaedah pentaksiran ini dijalankan iaitu, bagi memastikan penilaian
kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru perlu meyakinkan
pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran, mengemukakan
soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri, melatih pelajar
menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai
semak atau alat rubrik dan membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya. Keadah penialian kendiri
boleh juga dibuat dengan pelajar dengan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak
dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, samaada dalam bentuk senarai semak atau
sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat
penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar
tersebut. Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya
sendiri itulah menjadi penilaian kendiri.
9

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Sebagai kesimpulan, terdapat banyak jenis-jenis pentaksiran yang boleh digunakan
untuk menilai dan mentaksir hasil pembelajaran yang dipaparkan oleh setiap murid
khususnya dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Jenis-jenis pentaksiran ini membantu guru
untuk menilai murid-murid dari pelbagai aspek.

2.3
TUJUAN
PENTAKSIRAN PSV
Pentaksiran mempunyai empat tujuan khusus iaitu pentaksiran adalah satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran subjek
PSV di sekolah. Tujuan yang kedua adalah pentaksiran bertujuan untuk menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga bertujuan untuk
10

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan
dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian
akademik, kemahiran dan sikap atau dinilai dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Tujuan yang terakhir pentaksiran adalah merangkumi aspek penilaian, pengujian dan
pengukuran.
Selain itu, tujuan khusus pentaksiran PSV ini juga dapat membantu guu mengetahui
keupayaan penguasaan pelajar. Berdasarkan kepelbagaian kecerdasan intelek pelajar di
dalam sesuatu kelas kebanyakan daripada mereka tidak memiliki kelebihan dalam aktiviti
seni. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk mengenalpasti pelajar-pelajar tersebut.
Oleh yang demikian dengan mengaplikasikan kaedah pentaksiran ke atas hasil kerja pelajar
ini akan memudahkan tugas guru untuk mengenalpasti pelajar yang lemah tersebut.
Manakala dengan pentaksiran ini juga guru mampu mengenalpasti murid yang cemerlang
dan mempunyai kecenderungan yang tinggi kearah kesenian, dengan ini murid-murid
tersebut hanya perlu banyak melakukan aktiviti penggayaan untuk meningkatkan lagi tahap
kecerdasan kesenian dalam diri mereka. Disamping itu, dengan pentaksiran PSV ini juga
membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakanrakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Dengan ini guru dapat
mengenalpasti kelas-kelas yang cenderung kepada aktiviti seni. Malahan guru juga mampu
mempelbagaikan pendekatan pengajaran di dalam bilik darjah dengan bantuan pentaksiran
ini.
Oleh yang demikian, guru juga mampu membuat perbandingan pencapaian pelajar
dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Ini kerana terdapat di dalam
kelas pelbagai karenah dan ragam murid. Terdapat murid yang cenderung kearah
membaca, yakin bercakap di khalayak ramai dan cenderung kepada aktviti kemahiran.
Malahan ada juga murid yang bijak dalam subjek matematik tetapi lemah dalam subjek
sains, begitu juga dengan subjek-subjek yang lain. Di dalam kelas tidak kesemua murid
mengikut citarasa seperti yang diharapkan oleh guru. Maka dengan pentaksiran ini
memudahkan guru-guru untuk memberi penekanan kepada sesuatu subjek di dalam bilik
darjah berdasarkan maklumat yang telah diterima.
Disamping itu, tujuan yang lain pentaksiran dijalankan ialah bagi menentukan pelajar
yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya.
Dengan ini pihak sekolah telah mengelaskan pelajar-pelajar yang mendapat markah tinggi
dalam ujian di dalam satu kelas dan ditempatkan di dalam kelas nombor satu, manakala
pelajar yang sederhana ditempatkan di dalam kelas yang berada di tengah-tengah antara
sederhana dan lemah. Seterusnya pelajar ynag lemah di tempatkan di dalam satu kelas.
Dengan kaedah ini, guru-guru yang berbeza akan mengajar kelas-kelas tersebut, misalnya
guru bagi kelas nombor satu kebanyakannya adalah guru yang cemerlang dan berdedikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru yang mengajar kelas yang lemah ini
11

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


adalah guru yang tegas, kreatif dan sabar. Ini kerana bagi memupuk minat belajar adalah
sukar dan tidak semua murid ingin belajar apabila datang ke sekolah kebanyakan mereka di
dalam kelas lemah ini mempunyai pelabagai latarbelakang. Dan guru yang mengajar kelas
tersebut kebanyakannya memeberi ilmu dalam bentuk penerapan nilai-nilai murni dan
membentuk kemahiran asas dalam minda mereka. Perbezaan yang ketara antara murid
kelas bijak dan kelas yang lemah adalah pelajar yang berada di dalam kelas yang lemah ini
mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi, daya kemahiran yang tinggi dan
menghormati guru. Cuma segelintir daripada mereka yang lemah dari segi kurang minat
membaca, nakal dan tidak fokus dalam kelas. Oleh itu, dengan pentaksiran ini mampu
membantu guru untuk lebih fokus kearah pelajar berdasarkan perbezaan kelas mereka
malahan.
Seterusnya, membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Dengan itu, guru akan membuat refleksi ke atas setiap pengajaran
mereka dan mencari penambahbaikan bagi memastikan kelemahan pembelajaran lepas
mampu ditangani. Oleh itu, pelbagai kaedah dan pendekatan yang menarik seperti belajar
sambil bermain yang amat diminati oleh pelajar dan mudah memberi kesan kepada pelajar
menimba ilmu yang baru. Selain itu, melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat
berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Dengan para guru sentiasa
mencari dan meneroka kaedah baru untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.4

KAEDAH PENTAKSIRAN PSV

Secara umumnya terdapat tiga kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan
penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana
kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Sesuatu yang
dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang lain.
Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran yang
paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku
murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti
lukisan dan buku skrap murid.
Kaedah pentaksiran yang seterusnya adalah kaedah lisan. Pentaksiran secara lisan
ini hendaklah dijalankan berdasarkan satu rubrik yang standard supaya keobjektifan kaedah
ini dapat dipertingkatkan. Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara.
Antaranya ialah antara murid dengan guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan
murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan satu tajuk kemudian murid
menceritakan tentang tajuk tersebut. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara
murid dengan murid. Ini dijalankan dengan memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada
murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat membincangkan tajuk tersebut. Cara
12

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


pentaksiran secara lisan yang terakhir adalah murid dengan bahan pembelajaran di mana
guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran kepada murid contohnya sekeping gambar
bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan gambar tersebut.
Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan
merupakan kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan
di sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan
diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa tertentu.
Bentuk pentaksiran terbahagi kepada tiga iaitu pentaksiran formatif, pentaksiran
sumatif dan pentaksiran pemerhatian. Pentaksiran formatif iaitu pentaksiran pada peringkat
pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran
(pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning). Pentaksiran formatif memberi
tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan
membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan
pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara
berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila
dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa,
guru besar atau nazir. Jenis pentaksiran formatif adalah dijalankan secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum
balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga
berfungsi sebagai untuk melihat pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan
pelajar yang berkaitan dengan afektif dan psikomotor.
Pentaksiran formatif ini mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu ia dijalankan bagi tujuan
memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dan dijalankan sepanjang masa dan
maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
Pentaksiran ini juga bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan
masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran dan dijalankan sepanjang
masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu, maklumat yang diperolehi
hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar
pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contohnya, pentaksiran
melalui sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.
Terdapat lima prosedur penilaian formatif iaitu menentukan topik pembelajaran,
menyatakan

aspek

dan

tahap

pencapaian

bagi

sesuatu

topik

pembelajaran,

menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik, membentuk soalan


ujian dan mencadangkan langkah susulan. Prosedur pertama adalah menentukan topik
pembelajaran. Segala sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya
dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun dan topik berdasarkan sukatan
13

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai
cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan
kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid
menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topiktopik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif
untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
Prosedur yang kedua adalah menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu
topik pembelajaran. Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan
ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah
terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80%
hingga

90%

pelajar

telah

menunjukkan

penguasaan

terhadap

sesuatu

topik,

memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.


Prosedur yang ketiga pula adalah menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat
dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru seterusnya mengaitkan
semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan
tidak terpisah. Seterusnya, prosedur yang keempat adalah membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen berkenaan
seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Prosedur terakhir adalah
mencadangkan langkah susulan. Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik
pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan susulan
harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contohnya, murid-murid
masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya
yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai
pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.
Pentaksiran berbentuk formatif ini bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
pembelajaran,

meningkatkan

pencapaian

pelajar

pada

akhir

sesuatu

pelajaran,

memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai
dengan lebih baik dan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada
akhir penggal atau semester persekolahan.
Selain itu, ia juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.
Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa dan guru dapat meningkatkan dan
mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat
14

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian
formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat
mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
Di samping itu, tujuan ujian ini juga adalah untuk mengubah suai pengajaran seseorang
guru dan guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian
serta memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid dan menjadikan murid
sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan
ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Pentaksiran sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan
untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari
(pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning). Pentaksiran sumatif
dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh
melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh
guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di
semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan
murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. Penilaian sumatif pula dikaitkan
dengan penilaian pada akhir semester atau tahun yang bertujuan untuk mengukur
keupayaan para pelajar menerima dan menghayati ilmu yang berkaitan dengan kognitif
pelajar.
Selain itu, penilaian sumatif juga adalah satu penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran, yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan
penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir
penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum. Antara ciri-ciri pentaksiran sumatif ini adalah lebih menumpukan menilai tahap
penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran dan juga adalah untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif ini adalah untuk membantu murid-murid secara individu
dalam meningkatkan pencapaian, memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan, mengiktiraf kebolehan dan
kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam
penilaian yang dijalankan. Penilaian sumatif juga dijadikan petunjuk dalam memulakan
sesuatu kursus baru yang berkaitan dan memperlihatkan peringkat pencapaian yang
berbeza mengikut kumpulan.

15

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Langkah-langkah membentuk ujjian sumatif adalah membentuk jadual penentuan
ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah
item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian
yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Seterusnya
adalah guru perlu menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang
ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. langkah
seterusnya adalah dengan mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan
item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat
kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau
mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti
aras lebih tinggi. Langkah keempat adalah dengan menyiapkan skema pemarkahan bagi
tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian
markah murid-murid. seterusnya, langkah kelima adalah menyediakan arahan yang jelas
tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang
dikemukakan. Langkah keenam pula adalah dengan menguji item tersebut terlebih dahulu
melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu
benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang
wujud pada item berkenaan. Langkah terakhir pula adalah dengan menganalisis item yang
telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,
ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan
jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.
3.0

PERATURAN MEMBERI MARKAH SECARA HOLISTIK DAN ANALITIK


3.1
KAEDAH ANALITIK
Kaedah analitik dikenali juga sebagai kaedah markah point kerana kaedah ini

memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian
dan pemberatan. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada idea
utama tetapi juga kepada kebersepaduan beberapa idea yang berkaitan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan
yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan
yang digunakan ialah skala interval, di mana skema pemarkahan akan dihuraikan secara
terperinci. Ia akan memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat.
Pemarkahan analitik memerlukan penyediaan skema pemarkahan seperti berikut:

Kaedah penyediaan satu garis panduan / senarai unsur utama sebagai jawapan
yang paling baik bagi soalan itu serta kaedah penentuan bilangan point yang akan
diberi untuk setiap unsur utama.

16

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

Jawapan pelajar yang menepati pemarkahan akan diberi markah penuh manakala

jawapan yang tersasar tidak diberi sebarang markah.


Sebahagian markah akan diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya.
Keobjetifan pemarkahan dapat ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah
yang perlu diberi kepada jenis jawapan yang kurang tepat.

KELEBIHAN PEMARKAHAN ANALITIK

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat

terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa.


Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu

menguasai bidang berkenaan.


Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang disediakan.
Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan

pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.


Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.
Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau

rendah.
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan

menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.


Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan merekan

dengan jelas.
Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara

ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah.


Pemarkahan lebih objektif Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa
menjalankan tugas dengan teliti.

KELEMAHAN PERMARKAHAN ANALITIK

Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan

terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai.


Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip

jawapan satu persatu.


Memerlukan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberI

penekanan pada kemahiran penulisan.


Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak
langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema

jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.


Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam
sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut ditola
3.2

PEMARKAHAN HOLISTIK

17

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon
dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan
keseluruhan tentang keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan
yang buruk, dalam sesuatu jawapan.

Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk

memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh.


Dengan demikian penekanan holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa
terhadap jawapan pelajar secara keseluruhan.Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada
dua jenis skala yang lazim digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal. Proses
pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu pemarkahan cara ini
memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan.
Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan
mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksapemeriksa.Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara
memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan.
Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian markah dan penentuan gred antara
pemeriksa dapat dikurangkan.
Skala pemarkahan bagi kaedah holistik terbahagi kepada dua iaitu skala ordinal dan
skala nominal. Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala
ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut :

Memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan.


Menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu prestasi

diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan dibawah.


Menentukan berapa peratus calon yang patut diberi gred A,B, C, D dan sebagainya.
Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan

terbaik

calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.


Bagi skala pemarkahan nominal pula adalah seperti berikut :

Dalam pemarkahan yang menggunakan skala nominal, pemeriksa dikehendaki


membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan kriteria kandungan,
pengolahan, dan proses untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan

calon.
Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan
kepada skrip tersebut berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

KELEBIHAN KAEDAH HOLISTIK

Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang.

18

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan


serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti
kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau

keadaan.
Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa atau pemarkahan

dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.


Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara
kreatif dan inovatif.

KELEMAHAN KAEDAH HOLISTIK

Terdapat kemungkinan perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan

sukar diselaraskan.
Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang

tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.


Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan
dan yang berpengalaman sahaja.

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh
pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi
pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik
kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk
kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu
datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.
3.3

PERBEZAAN ANTARA PEMARKAHAN ANALITIK DAN HOLISTIK

Perkara

Pemarkahan Analitik

Pemarkahan Holistik

Skema

Sangat terperinci berdasarkan

Sangat subjektif

Pemarkahan

unsur-unsur yang terkandung

(Berdasarkan andaian

di dalam jawapan

bahawa pelajar mempunyai


pandangan menyeluruh ke

Semua guru boleh

atas keseluruhan soalan)


Hanya guru yang

menggunakan teknik ini

berpengalaman dan

termasuk yang kurang

menguasai bidang

pengalaman

berkenaanmampu

Unsur-unsur

Kandungan, pengolahan dan

menggunakan teknik ini


Apa sahaja aspek baik yang

penting dalam

proses

terdapat di dalam jawapan

Kriteria pemeriksa

19

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

jawapan
Kegunaan

Skala Pemarkahan

Peperiksaan Awam

Soalan berbentuk

(peperiksaan biasa)

pengkonsepsian

Skala Interval

Skala Nominal dan skala


Ordinal

Penyelarasan

Skema pemarkahan

Mesyuarat penyelelarasan

pemarkahan

dihuraikan secara terperinci

oleh ketua pemeriksa dan

(meningkatkan keobjektifan

pemeriksa berkenaan

dan kebolehpercayaan) boleh

diperlukan

disediakan secara bertulis


Berstruktur iaitu setiap soalan

Sesuai untuk soalan

diperuntukkan markah tertentu

karangan atau esei.

Bentuk soalan

secara terperinci
Bentuk jawapan

Perlu dijawab secara

Jawapan tidak semestinya

terperinci, seragam dan

seragam seperti skema yang

berstruktur

disediakan dimana sesuatu


esei memberikan pelbagai
bentuk luahan pemahaman
pelajar

Bentuk markah

Secara pecahan eg. 7/10

A,B,C,D,E atau pangkat 1-5


(Cemerlang gagal)

Masa

Panjang

Bergantung kepada tahap


kemahiran pemeriksa

PENILAIAN HASIL KARYA MURID

20

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

21

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


PEMARKAHAN BERDASARKAN HASIL KARYA MURID SECARA ANALITIK
NAMA

: NUR ARIFAH HANNANI BT MOHD NASIR

TAHUN

: 5 ARIF

BIDANG

: MENGGAMBAR

TEMA

: OBJEK BUATAN MANUSIA

TAJUK

: BENDERA JALUR GEMILANG

TEKNIK

: LUKISAN

NAMA SEKOLAH

: SK PADANG MENGKUANG

KEMAHIRAN

INDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN

PERSEPSI ESTETIK

(MARKAH)
5
6
7

1. UNSUR SENI

2. PRINSIP REKAAN

JUMLAH

10

18/20

APLIKASI SENI
1

1. MENGENAL JENIS MEDIA


2. MENYATAKAN

JENIS

MEDIA

YANG DIGUNAKAN
3. MENGETAHUI
PENGGUNAAN

MEDIA
4. TEKNIK

10
/

5. PROSES PENGHASILAN KARYA

JUMLAH
EKSPRESI KREATIF

40/50
1

10

22

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


1. MEMILIH BAHAN

2. UNSUR SENI DALAM KARYA

3. PRINSIP

REKAAN

DALAM

KARYA
JUMLAH

28/30

APREASIASI SENI

1. MEMPAMERKAN HASIL KARYA

10
/

2. MENCERITAKAN KARYA SECARA

LISAN
3. MENGHARGAI KARYA SENDIRI

@ RAKAN
JUMLAH
SIKAP DAN SAHSIAH

1. KOMITMEN

16/30
5
6
7

DALAM

MENJALANKAN TUGAS
2. BERKOLABORASI
DENGAN

10
/

GURU SERTA RAKAN


3. MENUNJUKAN SIKAP DAN NILAI

POSITIF
JUMLAH

22/30
124/160

JUMLAH KESELURUHAN

Pemarkahan yang di ambil secara analitik di atas dilaksanakan dengan


membahagikan skop-skop pemarkahan kepada 5 bahagian iaitu persepsi estetik, aplikasi
seni, ekspresi kreatif, dan sikap serta sahsiah. Sebelum memulakan aktiviti guru terlebih
dahulu memberi penerangan kepada pelajar mengenai aspek-aspek yang perlu ditekankan
ketika

menghasilkan

karya.

Contohnya

ketika

menghasilkan

karya

murid

perlu

mengaplikasikan teknik titik sewaktu melukis gambar bendera jalur gemilang sebelum
23

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


mewarnakan karya tersebut kerana pada bahagian tersebut membawa markah yang amat
tinggi. Seterusnya, guru mengedarkan kertas lukisan bersaiz A4 untuk mengaplikasikan
kaedah bahan kering di atas kering. Hanya penggunaan pensel warna dan krayon sahaja
dibenarkan dalam mewarnakan karya tersebut.
Aspek pertama iaitu merujuk kepada persepsi estestik dimana dibahagikan kepada
dua iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Dalam karya yang dihasilkan ini menunjukkan
bahawa adanya unsur-unsur seni yang diterapkan dan murid ini mengenal serta dapat
memahami Bahasa seni visual seperti unsur seni dan prinsip reka. Murid tesebut amat
berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan terperinci
tentang unsur-unsur seni seperti garisan yang jelas kelihatan, jalinan tampak yang jelas
kelihatan, bentuk ilusi yang dihasilkan juga sesuai dengan gambar yang dihasilkan dan
penggunaan warna yang pelbagai. Seterusnya prinsip rekaan yang dipamerkan oleh Arifah
amat berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan
terperinci tentang berkenaan prinsip-prinsip

rekaan seperti kepelbagaian bahan yang

digunakan, warna yang harmoni seperti merah, biru dan kuning dan juga warna yang kontra
dengan memberi penekanan kepada perbezaan antara karya asal dan latarbelakang yang
menarik. Malahan hasilnya bertepatan dengan tajuk iaitu penghasilan Bendera Jalur
Gemilang.
Seterusnya aspek kedua yang dinilai iaitu aplikasi seni Arifah amat berjaya dan
cemerlang dalam menggunakan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam
lukisan beliau. Arifah juga amat berjaya dan cemerlang dalam menggunakan prinsip rekaan
(seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian) yang diperlukan dalam karya
lukisan beliau. Setersunya, Arifah amat berjaya dan cemerlang dalam mengenal dan
mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan seperti kertas lukisan, pensel
warna dan krayon. Namun begitu, Arifah gagal dalam menunjukkan keupayaan dalam
mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya lukisan mereka.
Beliau tidak mengaplikan teknik titik ketika melukis gambar tersebut, dengan ini markah
pada bahagian tersebut adalah rendah berbanding markah yang lain.
Selain itu, aspek penilaian ketiga adalah melihat kepada bahagian ekspresi kreatif,
ini berjaya ditunjukkan oleh Arifah dengan berjaya dan cemerlang dalam memilih dan
memanipulasi pelbagai bahan secara kreatif dalam karya. Arifah juga amat berjaya dan
cemerlang dalam menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan.
Malahan Arifah berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan kreativiti dalam hasil karya
lukisan beliau. Arifah juga amat berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan daya inovasi,
eksplorasi atau sikap meneroka dalam karya mereka. Contohnya beliau membuat tulisan

24

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Bendera Malaysia dan mewarnakan bahagian tersebut dengan warna-warni, kesannya
karya tersebut menjadi lebih menarik untuk dilihat.
Aspek seterusnya iaitu pada bahagian apresiasi seni Arifah boleh

membuat

apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Ini berlaku kerana Arifah
merupakan murid yang pendiam dan pemalu maka ketika membentangkan hasilnya beliau
tidak mengeluarkan suara yang jelas yang mampu didengari oleh pelajar-pelajar yang
berada di meja belakang. Maka pada bahagian ini beliau mendapat markah yang kurang.
Namun beliau mampu menghargai dan menceritakan karya yang beliau hasilkan tetapi
kelemahan beliau adalah pada bahagian lontaran suara yang masih bleh diperbaiki.
Pada aspek terakhir iaitu sahsiah pula Arifah menunjukkan sikap dan kesungguhan
ketika melakukan karya tersebut. Namun begitu, pada bahagian berkolaborasi bersama
rakan dan guru didapati beliau tidak banyak bercakap dan bertanya kepada rakan di
sebelah mahupun meminjam alatan dari rakan-rakan yang lain. Malahan ketika guru berada
bersebelahan dengan meja Arifah, beliau akan menutup karya yang beliau sedang
usahakan kerana malu dilihat oleh guru.
Secara keseluruhannya, pemerhatian kepada Arifah mendapati beliau mendapat B
dalam karya ini. Namun begitu beliau mempunyai potensi dalam bidang seni lukisan kerana
kesungguhan yang beliau tonjolkan. Selain itu, beliau juga berjaya menjiwai semangat
kemerdekaan dengan menghasilkan sebuah karya yang menarik. Namun begitu, beliau
terdapat beberapa kelemahan dari aspek sahsiah dan berkomunikasi dengan rakan yang
lain.

PEMARKAHAN BERDASARKAN HASIL KARYA MURID SECARA HOLISTIK


NAMA

: NUR ARIFAH HANNANI BT MOHD NASIR

TAHUN

: 5 ARIF

25

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


BIDANG

: MENGGAMBAR

TEMA

: OBJEK BUATAN MANUSIA

TAJUK

: BENDERA JALUR GEMILANG

TEKNIK

: LUKISAN

NAMA SEKOLAH

: SK PADANG MENGKUANG

KEMAHIRAN YANG
DINILAI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN


CEMERLANG
SEDERHANA
LEMAH
(16 20
(8 15 MARKAH) (1 7 MARKAH)
MARKAH)

PERSEPSI ESTETIK (20


MARKAH)
Unsur seni
Prinsip rekaan
APLIKASI SENI (25
MARKAH)
Mengenal dan
menyatakan
jenis-jenis
media
Mengetahui
penggunaan
media, teknik
dan proses
dalam
penghasilan
karya
EKSPRESI KREATIF (30
MARKAH)
Memilih dan
memanipulasi
bahan secara
kreatif
Menggunakan
unsur seni dan
prinsip rekaan
dalam
penghasilan
karya.
APRESIASI SENI (15
MARKAH)
Mempamerkan
karya yang
dihasilkan
Menceritakan
karya sendiri

20 MARKAH

Cemerlang
( 18 - 25 Markah)

Sederhana
( 8 17 Markah)

Lemah
(1 - 7 Markah)

18 MARKAH

Cemerlang
( 21 - 30 Markah)

Sederhana

Lemah

( 11 20
Markah)

( 1 10
Markah)

28 MARKAH

Cemerlang
( 11 15
Markah )

Sederhana

Lemah

( 6 10 Markah )

( 1 5 Markah )

12 MARKAH

26

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


secara lisan
Menghargai
karya sendiri
dan rakan
SIKAP DAN SAHSIAH (5
Markah)

Cemerlang
(4 - 5 Markah)

Sederhana

Lemah

(2 3 Markah)

(1 7 Markah)

3 MARKAH

JUMLAH

81 MARKAH

Pemarkahan yang di ambil secara analitik di atas dilaksanakan dengan


membahagikan skop-skop pemarkahan kepada 5 bahagian iaitu persepsi estetik, aplikasi
seni, ekspresi kreatif, dan sikap serta sahsiah. Sebelum memulakan aktiviti guru terlebih
dahulu memberi penerangan kepada pelajar mengenai aspek-aspek yang perlu ditekankan
ketika

menghasilkan

karya.

Contohnya

ketika

menghasilkan

karya

murid

perlu

mengaplikasikan teknik titik sewaktu melukis gambar bendera jalur gemilang sebelum
mewarnakan karya tersebut kerana pada bahagian tersebut membawa markah yang amat
tinggi. Seterusnya, guru mengedarkan kertas lukisan bersaiz A4 untuk mengaplikasikan
kaedah bahan kering di atas kering. Hanya penggunaan pensel warna dan krayon sahaja
dibenarkan dalam mewarnakan karya tersebut.
Aspek pertama iaitu merujuk kepada persepsi estestik dimana dibahagikan kepada
dua iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Dalam karya yang dihasilkan ini menunjukkan
bahawa adanya unsur-unsur seni yang diterapkan dan murid ini mengenal serta dapat
memahami Bahasa seni visual seperti unsur seni dan prinsip reka. Murid tesebut amat
berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan terperinci
tentang unsur-unsur seni seperti garisan yang jelas kelihatan, jalinan tampak yang jelas
kelihatan, bentuk ilusi yang dihasilkan juga sesuai dengan gambar yang dihasilkan dan
penggunaan warna yang pelbagai. Seterusnya prinsip rekaan yang dipamerkan oleh Arifah
amat berjaya dan cemerlang dalam mempamerkan satu karya yang tepat, relevan dan
terperinci tentang berkenaan prinsip-prinsip

rekaan seperti kepelbagaian bahan yang

digunakan, warna yang harmoni seperti merah, biru dan kuning dan juga warna yang kontra
dengan memberi penekanan kepada perbezaan antara karya asal dan latarbelakang yang
menarik. Malahan hasilnya bertepatan dengan tajuk iaitu penghasilan Bendera Jalur
Gemilang dengan penilaian yang secara pemerhatian mendapati beliau wajar mendapat 20
markah.
27

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Seterusnya aspek kedua yang dinilai iaitu aplikasi seni Arifah amat berjaya dan
cemerlang dalam menggunakan unsur seni seperti garisan, rupa, jalinan dan bentuk dalam
lukisan beliau. Arifah juga amat berjaya dan cemerlang dalam menggunakan prinsip rekaan
(seperti pengulangan, imbangan, kesatuan dan kepelbagaian) yang diperlukan dalam karya
lukisan beliau. Setersunya, Arifah amat berjaya dan cemerlang dalam mengenal dan
mengetahui jenis-jenis media, alat dan bahan yang digunakan seperti kertas lukisan, pensel
warna dan krayon. Namun begitu, Arifah gagal dalam menunjukkan keupayaan dalam
mengaplikasikan media dan teknik-teknik serta proses penghasilan karya lukisan mereka.
Beliau tidak mengaplikan teknik titik ketika melukis gambar tersebut, dengan ini markah
pada bahagian tersebut adalah rendah berbanding markah yang lain. Namun begitu, karya
beliau menarik hati pemeriksa yang memberikan 18 markah kepada beliau.
Selain itu, aspek penilaian ketiga adalah melihat kepada bahagian ekspresi kreatif,
ini berjaya ditunjukkan oleh Arifah dengan berjaya dan cemerlang dalam memilih dan
memanipulasi pelbagai bahan secara kreatif dalam karya. Arifah juga amat berjaya dan
cemerlang dalam menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya lukisan.
Malahan Arifah berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan kreativiti dalam hasil karya
lukisan beliau. Arifah juga amat berjaya dan cemerlang dalam menunjukkan daya inovasi,
eksplorasi atau sikap meneroka dalam karya mereka. Contohnya beliau membuat tulisan
Bendera Malaysia dan mewarnakan bahagian tersebut dengan warna-warni, kesannya
karya tersebut menjadi lebih menarik untuk dilihat. Oleh itu, guru memberikan markah
cemerlang iaitu 28 markah pada bahagian tersebut.
Aspek seterusnya iaitu pada bahagian apresiasi seni Arifah boleh

membuat

apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual, namun masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Ini berlaku kerana Arifah
merupakan murid yang pendiam dan pemalu maka ketika membentangkan hasilnya beliau
tidak mengeluarkan suara yang jelas yang mampu didengari oleh pelajar-pelajar yang
berada di meja belakang. Maka pada bahagian ini beliau mendapat markah yang kurang.
Namun beliau mampu menghargai dan menceritakan karya yang beliau hasilkan tetapi
kelemahan beliau adalah pada bahagian lontaran suara yang masih bleh diperbaiki. Dengan
ini beliau hanya mendapat 12 markah yang berada dalam skop cemerlang.
Pada aspek terakhir iaitu sahsiah pula Arifah menunjukkan sikap dan kesungguhan
ketika melakukan karya tersebut. Namun begitu, pada bahagian berkolaborasi bersama
rakan dan guru didapati beliau tidak banyak bercakap dan bertanya kepada rakan di
sebelah mahupun meminjam alatan dari rakan-rakan yang lain. Malahan ketika guru berada
bersebelahan dengan meja Arifah, beliau akan menutup karya yang beliau sedang

28

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


usahakan kerana malu dilihat oleh guru. Kerana kelemahan itu, maka beliau mendapat 3
markah iaitu sederhana.
Secara keseluruhannya, pemerhatian kepada Arifah dengan menilai dari kaedah
holistic mendapati beliau mendapat markah A, beliau juga mempunyai potensi dalam bidang
seni lukisan kerana kesungguhan yang beliau tonjolkan. Selain itu, beliau juga berjaya
menjiwai semangat kemerdekaan dengan menghasilkan sebuah karya yang menarik.
Namun begitu, beliau terdapat beberapa kelemahan dari aspek sahsiah dan berkomunikasi
dengan rakan yang lain.
PERBEZAAN PEMARKAHAN HOLISTIK DAN ANALITIK
Perbezaan yang berlaku antara pemarkahan yang diambil secara analitik dan holistik
ini amat ketara. Justeru itu, pemarkahan secara holistik hanya diambil ketika ujian formatif
bagi menilai prestasi pelajar dan pemarkahan analitik pula hanya digunakan dalam ujian
sumatif. Ini kerana perlaksanaa ujian formatif bertujuan memperbaiki pengajaran
pembelajaran,

meningkatkan

pencapaian

pelajar

pada

akhir

sesuatu

pelajaran,

memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai
dengan lebih baik dan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik
daripada markah sebelumnya dengan ini keputusan daripada penilaian tersebut harus
diperoleh dengan cepat dan hanya berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh guru yang
mengajar subjek itu sahaja.
Manakala penilaian sumatif pula merupakan penilaian yang dibuat pada akhir
pengajaran, yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan
penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir
penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum. Oleh itu, penilaian sumatif memerlukan penilaian yang berpandukan suatu skema
pemarkahan yang telah disediakan untuk guru pemeriksa apabila memeriksa kertas ujian
pelajar. dengan ini, keputusan daripada pemeriksa sewaktu menanda kertas ujian tidak
dapat disangkal kerana berpandukan skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Malahan
penilaian sumatif hanya dilakukan ketika akhir tahun oleh setiap sekolah di seluruh Negara
bagi menilai prestasi pelajar, oleh kerana itu jumlah murid yang menduduki peperiksaan
adalah ramai maka jumlah guru yang akan memeriksa kertas ujian mereka juga perlulah
bertambah. Dengan ini akan diserap guru yang masih belum berpengalaman dalam
menanda kertas ujian pelajar, oleh itu, skema pemarkahan amat diperlukan oleh guru-guru
baru dalam menjalankan tugas memeriksa kertas ujian tersebut
29

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

4.0

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhan karya yang dihasilkan oleh Arifah cukup menarik dan cemerlang

sesuai dengan tahap umur beliau. Penekanan guru dalam memberikan tugasan
menghasilkan sebuah karya yang bertemakan hari kemerdekaan ini mampu memupuk
semangat patriotic dalam diri pelajar. Malahan dengan ini juga memberi pendedahan
kepada murid untuk mengenali bendera Malaysia dengan lebih mendalam. Oleh kerana itu,
murid juga berjaya mengenali makna dan lambing pada bendera kebangsaan itu.
Penghasilan lukisan Bendera Jalur Gemilang ini mampu membuka membuka minda Arifah
untuk menjadi lebih kreatif dan memeberikan ketenangan kepada beliau akibat daripada
warna-warna yang dihasilkan.
Namun begitu, Arifah mempunyai beberapa kelemahan yang perlu beliau atasi bagi
menjadi insan yang baik dari segi Jasmani, rohani, emosi, intelektual dan social seiring
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 3 kelemahan dalam diri Arifah yang
perlu guru-guru ambil perhatian bagi membantu murid menjadi insan yang cemerlang di
masa akan datang.
Kelemahan pertama yang mengganu Arifah adalah sifat pendiam beliau sekiranya
tidak ditanggani berkemungkinan beliau akan menjadi murid yang kurang keyakinan dir dan
akan tenggelam dalam arus kedewasaan ini. Seseorang yang pendiam atau pemalu ini
disebabkan oleh perubahan perasaan mereka di dalam interaksi ruang sosial yang
menganggu perasaan selamat dalam diri mereka. Akibatnya mereka mengambil langkah
untuk menghindari daripada situasi tersebut dengan mendiamkan diri atau statik.
Sebagai seorang guru, perlu diingatkan bahawa sifat pemalu dan pendiam muridmurid bukanlah satu tingkahlaku atau karakter mereka. Oleh itu, sangat penting bagi
seorang guru memahami perasaan dan emosi mereka dengan meletakkan diri guru itu
sebagai salah seorang insan yang boleh dipercayai oleh murid-murid. Apabila kepercayaan
mula diwujudkan dengan sendirinya emosi murid-murid pendiam ini akan stabil. Bagi
menanggani masalah murid dalam kelas psv ini guru perlu sentiasa memuji hasil kerja
beliau dan pamerkan hasil kerja beliau. Ini kerana Arifah juga sama seperti anak-anak yang
lain di luar sana yang mendambakan perhatian. Mereka ingin merasakan diri mereka
istimewa dan hebat dimata guru dan rakan-rakan. Pujian setiap kali beliau menghasilkan
sebuah karya di hadapan kelas yang lain akan menambahkan keyakinan dalam diri beliau.
Seterusnya, pamerkan hasil kerja beliau di sudut yang mudah dilihat setiap hari oleh rakanrakan seperti di papan kenyataan kelas, sudut pmbelajaran kelas dan menggantungkan
didalam kelas. Seterusnya apabila guru melihat hasil kerja tersebut maka sentiasa memuji

30

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


hasil kerja tersebut, ini akan memberi kelainan yang besar dalam tahap keyakinan diri
mereka.
Disamping itu, perbanyakkan berkomunikasi bersama Arifah untuk memberi beliau
penghargaan ke atas diri beliau dan menunjukkan bahawa guru prihatin kepada setiap
murid di dalam kelas tersebut. Antara elemen komunikasi yang paling mujarab adalah
dengan bercerita. Setiap guru mempunyai kelas ganti dan apabila menggantikan kelas
Arifah ini luangkan masa dalam 12-20 minit untuk menceritakan kepada beliau dan rakanrakan yang lain mengenai tokoh-tokoh islam dahulu bagaimana sifat berani mereka
mempertahankan agama. Dan tekankan kepada eye contact bersama Arifah supaya cerita
tersebut memberi kesan kepada beliau. Seterusnya, beri mereka rakan-rakan di dalam kelas
tersebut untuk bertanyakan soalan dalam kelas.
Seterusnya, guru perlu memberikan penekanan kepada aspek pembentangan
individu dan berkumpulan. Setiap kali selesai melakukan aktiviti beri ruang dan peluang
kepada Arifah untuk membentangkan hasil kerja beliau di dalam kelas, perkongsian idea
beliau bersama-sama rakan di dalam kelas apabila kerap dilakukan lama-kelamaan akan
membentuk keyakinan dalam diri beliau.
Kelemahan yang kedua hasil daripada pemerhatian terhadapa Arifah adalah beliau
suka melakukan aktiviti secara individu tanpa menghiraukan rakan-rakan yang lain. Beliau
lemah dari sudut komunikasi bersama rakan-rakan sebayanya. Berbeza berbanding rakan
yang lain yang terhibur ketika melakukan aktiviti seni dan sentiasa cuba membandingkan
hasil kerja mereka dengan rakan yang lain. Perkara ini dapat di atasi dengan
memperbanyakkan aktiviti kumpulan di dalam kelas supaya pembentukan sifat sosial Arifah
dapat dibentuk dari masa ke semasa. Guru pula memainkan peranan dengan sentiasa
memberi nasihat kepada Arifah untuk berkongsikan alat-alat dan bahan seni di antara rakan
sekumpulan yang lain.
Akhir sekali, kelemahan beliau dalam mengaplikasikan teknik dalam penghasilan
karya. Arifah merupakan murid yang mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pelajar
yang cemerlang ini kerana beliau sentiasa mendengar arahan guru di dalam kelas dan
sentiasa fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Namun begitu, kelemahan ini merupakan kelemahan yang perlu ditangani oleh guru. Guru
seharusnya memantau setiap murid di dalam kelas untuk memastikan setiap daripada
mereka melakukan tugasan yang diberikan mengikut skop yang guru ingini. Arifah tidak
mengikut arahan guru dengan mengaplikasikan teknik titik dalam melukis karya sebelum
mewarnakan karya tersebut. Seharusnya guru memantau setiap murid di dalam kelas bagi

31

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


melihat proses yang mereka sedang lakukan dan membantu mereka menanggani masalah
mereka.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pentaksiran memainkan peranan penting dalam pendidikan.
Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa
dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada
guru mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, pentaksiran pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Bukti-bukti data tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di
bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam
bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak
diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian,
beliau akan menyediakan soalan sama ada berbentuk aktivit individu atau berkumpulan.
Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut
relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan
yang diajar.
Seterusnya, hasil jawapan murid perlu diperiksa, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja
untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan murid dalam kursus yang diajar,
malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran
guru. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri
utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan dan diagnostik serta norma dan kriteria
sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu
dan adil.

32

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)

6.0 BIBILIOGRAFI
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual
KBSR. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2011). Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR.
Kuala Lumpur.
Tiada nama penulis. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Diakses pada 1 Ogos
2015 daripada http://www.scribd.com/doc/63663057/PENILAIAN-KENDALIAN SEKOLAH
Tiada nama penulis. Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Diakses pada I Ogos 2015
daripada

http://www.scribd.com/doc/97525632/Pentaksiran-Dalam-Pendidikan-Seni

Visual
Tiada nama penulis. Bentuk Pentaksiran PSV. Diakses pada 1 Ogos 2015 daripada
http://www.scribd.com/doc/40543626/Pentaksiran-Seni-Visual
Tiada nama penulis. Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 1 Ogos 2015
daripada http://www.slideshare.net/zuelhana/pentaksiranpendidikan

REFLEKSI
33

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


NAMA

: AHMAD FADHIL BIN RAMZA

KAD PENGENALAN : 930425-05-5375


NO MATRIK

: 125131

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya saya telah
berjaya menyelesaikan tugasan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV3113E) dalam
tempoh yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu dan ayah saya yang telah berkorban sejak saya kecil hingga saya
dewasa kini, para pensyarah, pensyarah pembimbing Puan Rosnah binti Mustaffa, rakanrakan sekelas dan murid-murid dan guru SK Padang Mengkuang. Dalam tugasan
Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV3113E) kali ini memerlukan saya dan rakan-rakan
untuk memahami konsep pentaksiran dalam subjek pendidikan seni visual, mengenalpasti
perbezaan pemarkahan analitik dan holistik dan menilai hasil kerja seni murid-murid.
Tugasan ini memberi pendedahan kepada diri saya bagaiman untuk menjadi guru PSV yang
baik supaya setiap pengajaran dan pembelajaran memeberi kesan kepada murid-murid.
Antara kekuatan yang saya dapat hasil daripada perlaksanaan tugasan ini ialah saya
mendapat ilmu baru iaitu memahami konsep, jenis, tujuan dan kaedah pentaksiran dalam
subjek Pendidikan Seni Visual. Pentaksiran ini merupakan sesuatu perkara yang penting ini
kerana dengan pentaksiran yang betul maka guru dapat mengenalpasti kelemahan dalam
pengajaran yang beliau lakukan. Oleh itu, guru-guru akan memperbaiki kelemahan tersebut
dari semasa ke semasa. Selain itu, pentaksiran ini juga memudahkan murid-murid di
sekolah untuk memahami pembelajaran kerana murid-murid yang lemah dapat dikenal pasti
dan mampu ditanggani oleh para guru
Selain itu, saya dapat mengenali dengan lebih rapat murid-murid di dalam kelas 5
Arif dengan lebih dekat lagi. Murid-murid kelas 5 Arif adalah seramai 38 orang dan majority
kelas ini adalah murid perempuan. Ini merupakan kelas nombor satu dalam tahun lima.
Murid-murid lelaki di dalam kelas ini lebih aktif berbanding murid perempuan walaupun
murid perempuan lebih ramai daripada murid lelaki. Namun begitu, fokus tugasan ini adalah
untuk mengambil satu contoh karya yang dibuat oleh pelajar dan membuat banding beza
pemarkahan analitik dan holistik ke atas karya tersebut. Saya memilih seorang murid
perempuan bernama Arifah yang duduk di meja yang belakang di dalam kelas tersebut.
Saya memilih beliau kerana karya yang beliau hasilkan menarik hati saya dengan
mempunyai pelbagai warna dan Arifah kreatif dalam menghasilkan karya tersebut. Setelah
melakukan penilaian dengan kaedah analitik dan holistik maka saya dapat mengenali
34

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


dengan lebih mendalam Arifah yang mempunyai kelebihan dan juga kekurangan. Sebagai
seorang guru perkara ini amat penting kerana untuk membentuk jiwa pelajar guru terlebih
dahulu perlu mengenali pelajar tersebut.
Setersunya, dengan tugasan ini saya juga bertambah rapat dengan guru-guru di
sekolah SK Padang Mengkuang. Guru PSV beliau Cikgu Amir banyak membantu saya
dalam proses menilai hasil kerja pelajar terbabit. Disamping itu, beliau juga merupakan guru
panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut. Kesan daripada hubungan tersebut
beliau memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah seorang ahli
jawatankuasa dalam program hari kemerdekaan di sekolah tersebut. Selain itu, guru-guru
seperti Teacher Baki, Ustazah Shabariah dan Ustazah Wook banyak memberi saya
pendedahan baru seperti bagaimana untuk mendekati pelajar dengan lebih dekat,
mengenali latar belakang pelajar dan cara untuk menguruskan sekolah apabila saya sudah
bekerja menjadi seorang guru kelak.
Disamping itu, dengan tugasan ini juga telah merapatkan ukhuwah antara saya dan
rakan-rakan saya seperti Irwan, Zulfakhri, Asad dan Arif. Ini kerana kami sentiasa
berkolaborasi bersama-sama dalam menyelesaikan tugasan ini. Setiap persoalan akan kami
bawa berbincang dan dirujuk kepada guru-guru di sekolah masing-masing.
Namun begitu, kelemahan yang saya hadapi dalam menyelesaikan tugasan ini
adalah masalah dalam perancangan masa. Saya tidak bijak menguruskan masa dengan
baik dan ini mengakibatkan saya sentiasa melakukan tugasan hampir dengan tarikh yang
ingin dihantar. Masalah timbul apabila proses untuk penyeliaan terakhir bersama pensyarah
dan guru berlaku pada tarikh yang sama tugasan ini harus dihantar. Saya menjadi agak
tertekan kerana kesilapan dalam pengurusan masa yang akhirnyan memakan diri sendiri.
Seterusnya, maklumat berkenaan penilaian dalam subjek PSV ini adalah terhad di
perpustakaan, internet dan buku. Ini kerana perubahan kurikulum dariapda KBSR kepada
KSSR telah meyebabkan sumber maklumat itu berkurangan dan sedikit. Ini kerana KSSR ini
baru sahaja diperkenalkan dan maklumat mengenai proses penilaian itu hanya ada daripada
guru-guru di sekolah sahaja.
Oleh itu, dalam proses untuk menjadi seorang guru komunikasi bersama masyarakat
sekeliling adalah amat penting bagi memastikan kelancaran berkomunikasi itu maka guru
perlu sentiasa bertanya dengan orang lebih berpengalaman dan banyak membaca bukubuku ilmiah bagi membantu diri yang lemah ini. Selain itu, perancangan masa yang baik
perlu ditekankan oleh itu, saya berharap untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi
pada masa akan datang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, dan saya juga ingin
memastikan saya melaksanakan tugasan tersebut dengan cepat.
35

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3113E)


Kesimpulannya, penilaian ke atas murid-murid adalah dengan guru mengenali murid
tersebut. Ini kerana proses untuk membentuk seorang murid itu bukan sahaja dengan
memberi arahan semata-mata tetapi juga dengan sentuhan dari hati ke hati seorang guru
kepada pelajarnya.
Sekian terima kasih.
adalah sama

36

Anda mungkin juga menyukai