Anda di halaman 1dari 45

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

1

1.0 Pengenalan
Kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai penilaian,
pengukuran dan pengujian dalam semua keadaan dalam membuat keputusan
dalam menempuh kehidupan seharian kita. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, seseorang guru juga perlu membuat keputusan atau
pertimbangan untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah tercapai
atau memerlukan pengajaran semula.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian penting
dalam dunia pendidikan. Guru tidak dapat lari daripada menjadi seorang penilai.
Misalnya, guru mengedarkan kertas ujian yang dikatakan untuk mengukur atau
menilai prestasi dan penguasaan pelajar dalam kelas tetapi selalunya guru tidak
menghiraukan maksud khusus yang didukung oleh istilah-istilah berkenaan.
Secara khususnya, ketiga-tiga konsep mempunyai tafsiran yang berbeza dari
segi pengertian, tujuan dan ciri-cirinya. Malah ketiga-tiga perkara ini saling
membantu dalam pencapaian matlamat dalam bidang pengajaran.
. Aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan sains kemasyaratan
bermula pada kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur
kebolehan individu. Bermula dari itu, konsep penilaian telah berkembang
sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran, penilain
dan pentaksiran. Dalam pendidikan, penilaian yang sistematik dapat membantu
guru dalam membuat keputusan yang tepat dalam mencapai apa yang patut
dicapainya.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Guru
merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran
dan pembelajaran pelajar. Oleh itu, kualiti pentaksiran bilik darjah yang
diamalkan oleh guru dapat menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh pelajar dalam kelas. Terdapt beberapa alat pentaksiran yang digunakan
oleh guru seperti melalui sampel kerja murid, lembaran kerja, portfolio, projek,
aktiviti makmal, buku noto, laporoan bertulis, peta konsep dan sebagainya.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

2

1.1 Konsep Pengujian
Pengujian merupakan satu cara yang sistematik bagi menguji perubahan
tingkahlaku seseorang pelajar atau individu melalui proses penyerahan set
soalan atau instrument yang piawai yang perlu dijawab oleh seseorang pelajar
atau individu. Ia juga merupakan satu alat pengukuran yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid-murid dari bidang kognitif,
psikomotor ataupun afektif. Menurut Cronbanch(1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian
penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan otak dan 80/100 bagi ujian
pencapai bagi suatu mata pelajaran. Manakala sistem berkategori ialah
ekstrovert bagi ujian personaliti atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya
digunakan sebagai alat pengujian. Oleh itu, dalam proses pengujian ini
memerlukan murid menjawab soalan secara lisan atau bertulis atau
mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara yang
telah dipelajari. Lazimnya, pengujian akan dilaksanakan dari peringkat
persediaan, diikuti dengan peringkat pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian ini, guru-guru dapat
mengetahui pencapaian murid-murid dalam menguasai kemahiran atau
memperolehi ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Ujian dapat membantu murid-murid membina sikap positif terhadap
pengajaran guru. Murid-murid akan berasa tidak belajar apa-apa jika tidak diuji
pencapaiannya. Oleh itu, ujian semasa ke semasa memberi murid-murid suatu
rasa sudah berjaya dalam pembelajaran mereka. Selain itu, pengujuian juga
boleh dilaksanakan secara tidak formal seperti memberi ujian harian, mingguan
ataupun bulananan. Pengujian ini penting bagi guru merancang strategi
pengajaran dan menilai pengajaran guru.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

3

Tujuan pengujian:
a) Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
b) Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
c) Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
d) Tindakan sususlan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pengukuran
Pengukuran membawa maksud satu proses atau sistem yang digunakan untuk
menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai
kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam unit angka yang tetap dengan
menggunakan alat pengukuran seperti ujian pensel dan kertas. Dengan kata lain,
pengukuran merupakan proses menentukan sejauh mana seseorang individu
memiliki ciri-ciri tertentu. Menurut Noll, Scannell dan Craig (1972), pengukuran
merupakan suatu proses yang sistematik untuk memberikan nombor-nombor
kepada kuantiti atau kualiti sesuatu trait atau ciri yang diukur.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala
aspek pengujian, termasuk menggunakan skel ordinal dan skel selang. Skel
ordinal merupakan alat pengkuran yang digunakan untuk menentukan
kedudukan dan pencapaian murid-murid dalam kelas. Markah-markah yang
diperolehi daripada ujian akan digunakan untuk menempatkan pangkatan atau
kedudukan murid-murid dalam kelas. Skel selang, yang mengandungi unit
markah dengan sama berat nilainya, adalah digunakan bukan sahaja
menentukan pangkat, tetapi juga membuat perbandingan di antara murid-murid
dalam sesbuah kelas yang sama ataupun di antara kelas-kelas yang berlainan.
Dengan kata lain, skel ordinal digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian
mereka, manakala skel selang merujuk kepada markah dan gred yang diperolehi
untuk menentukan peringkat pencapaian di antara murid.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

4

Pengukuran juga boleh dilakukan tanpa menggunakan pengujian.
Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh mengukur
kemahiran melukis seseorang pelajarnya melalui pemerhatian. Justeru itu,
pengukuran boleh dikatakan sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran
dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan
salah satu daripada kaedah tersebut.
Pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Contohnya seseorang pelajar
yang mendapat skor 80 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda
daripada murid yang mendapat skor 40. Ini bermakna ukuran aspek-aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana dengan keadaan sebenar.
Justeru itu, seseorang guru perlu menggunakan alat pengukuran yang tepat bagi
menghasilkan ukuran yang tepat.

1.3 Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses mendapat maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses ini
memerlukan pengumpulan, analisis dan interpretasi maklumat mengenai sebaik
mana pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Menurut Dunn (1991),
pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang
pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum
Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses
untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Salvia dan
Yseldyke( 1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai prose pengumpulan
data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan maslah pelajar serta
untuk membuat keputusan. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai
integrasi prose mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi
nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan malumat
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

5

tersebut dan beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran dan
penilaian.
Pentaksiran mempunyai beberapa tujuan yang yang jelas antaranya adalah
untuk:
i. mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
ii. Pemberian gred dan menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaran.
iii. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
iv. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian deng tahap keupayaan murid.
v. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif
vi. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
vii. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.
Pentaksiran yang baik adalah pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a) Skor yang tinggi darjah kesahan
b) Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
c) Keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip
jawapan
d) Kebolehtadbiran iaitu kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah
e) Kemudahtasiran iaitu maklumat tentang calon berdasarkan skor,
mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian
dan pentaksiran
f) Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

6

1.4 Penilaian
Penialaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai
tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah satu proses
pengumpulan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan supaya tindakan yang
sewajarnya dapat diambil. Tujuan penilaian dijalankan adalah untuk memberi
maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar
dan kurikulum.
Daripada maklumat tersebut, maka rancangan mengajar boleh dibaiki mengikut
kebolehan dan kesesuai kepada murid. Selain itu, penilaian boleh digunakan
untuk mengesan punca kelemahan murid tentang sesuatu matapelajaran.
Aspek-aspek seperti pengujian, pengukuran penganalisisan dan
penyimpulan adalah prosedur penilaian. Prosedur ini melibatkan limat peringkat
seperti yang dihuraikan dalam gambar rajah1 di bawah:




Rajah 1: Peringkat prosedur penilaian
Pengujian dan pengukuran merupakan akativiti-aktiviti utama dalam
aktiviti penilaian. Perkaitan antaran penilaian , pengukuran dan pengujian
adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 2 di bawah:


Peringkat
Persediaan
Ujian
Peringkat
Pentadbiran
Ujian
Peringkat
Pemeriksaan
Dan
pengukuran
Peringkat
analisis
Peringkat
interpretasi
dan
tindakan
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

7







Rajah 2: Perkaitan penilaian, pengukuran dan pengujian

Penilaian boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif yang
digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar, dan penilaian
sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.
1.4.1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif merupakan sesuatu jenis ujian formal atau tak formal yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang persekolahan yang
bertujuan mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar. Keputusan penialaian biasanya
tidak digunkan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seorang murid
dengan murid yang lain. Bentuk Penilaian ini boleh dilakukan secara tak formal
seperti melalui pemerhatian dan soal jawab atau dilakukan secara formal seperti
ujian kertas pensel secara singkat. Ujian kertas pensel biasanya diadakan
selepas beberapa unit kemahiran ataupun satu unit pembelajaran yang telah
diajarkan. Keputusan ujian direkodkan dalam boring prestasi yang digunakan
untuk menentukan tindakan selanjutnya seperti merancang aktiviti pengayaan
serta aktiviti pemulihan.

Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

8

1.4.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif merupakan sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan
pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Penilaian ini dijalanakan untuk
mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan
pemberiankan gred akan diberikan kepada pelajar supaya dapat
membandingkannya dengan gred murid laian dalam kelasnya atau antara kelas.
Cara penilaian yang digunakan merupakan bnetuk formal dengan menggunakan
ujian kertas pensel, peperiksaan amalai atau bertulis, skala kadar dan senarai
semak.
Keputusan unian ini akan digunakan untuk meracang aktiviti pengajaran
dalam pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya
dalam buku rekod profil serta menempatakn semula kedudukan murid dalam
kumpulan yang sesuai.
Penialaian ini biasanya dijalankan dalam bentuk formal dalam bentuk
peperiksaan pada pertengahan tahun atau akhir tahun persekolahan. Selain
daripada itu,penilaian sumatif juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM).







Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

9

4.1.3 Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif.
Jenis
Perbezaan
Ciri

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif
Pengertian Sesuatu jenis juian formal atau
tak formal untuk mengesan
penguasaan dan kemajuan
pelajaran dalam kelas
Sesuatu jenis ujian formal untuk
mengesan pencapaian dalam
sesuatu persekolahan.
Tujuan Mengesan penguasaan dan
kemajuan pelajar untuk
membaiki kelemahannya
dengan serta merta.
Mengesan pencapaian pelajar
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan
pemeringkatkan gred pelajar.
Aktiiviti Menjalan ujian formal atau tak
formal semasa waktu
pelajaran dengan secara
individu, secara kumpulan atau
secara kelas
Ujian formal dalam beberapa
waktu pelajaran secara kelas.
Masa semasa mengajar sesuatu
atau beberapa kemahiran
Selepas mengajar beberapa unit
pembelajaran.
Liputan Meliputi sesuatu kemahiran
atau beberapa kemahiran
Meliputi beberapa unit
pembelajaran atau sesuatu tahap
persekolahan.
Rekod Tiada (bagi ujian tak formal)
dan penggunaan senarai
semak/rekod prestasi(bagi
ujian formal)
Penggunaan rekod profil atau
pensijilan.



Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

10

1.5 Alat Pentaksiran
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Guru
merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran pelajar dan memainkan peranan penting dalam mengesan
perkembangan murid dari bidang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Oleh
itu, kualiti atau keberkesanan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru dalam
kelas adalah penting untuk mengesan kebolehan, perkembangan, kemajuan dan
pencapaian pelajar. Guru-guru perlu menguasai kemahiran pentaksiran yang
berkesan bagi membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.
Terdapat pelbagai alat pentaksiran yang telah diiktiraf penggunaannya
dalam membuktikan keberkesanan dalam menilai dan mentaksir pencapaian
pelajar. .Antara alat pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru ialah melalui
pemerhatian guru terhdap sampel kerja pelajar, jurnal sains, buku nota, log
pembelajaran, laporan bertulis dan penulisan kreatif, aktiviti makmal dan
lembaran kerja, lukisan dan gambar raja berlabel, peta konsep, projek, aktiivti
bilik darja dan ujian kertas pensel.
1.5.1 Ujian kertas pensel
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ujian bermaksud pemeriksaan
untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan atau bertulis.
Ujian kertas pensel pula merupakan satu alat pentaksiran yang menggunakan
alat ujian dan pensel untuk mendapatkan maklum balas mengenai prestasi
pelajar. Ujian ini adalah mudah dikendalikan dan boleh digunakan dalam jangka
masa yang singkat.
Ujian kertas dan pensel ini terdiri daripada soalan objektif dan soalan
subjektif. Soalan objektif ialah suatu item yang membolehkan murid memberi
maklum balas secara terkawal dan terhad. Ini kerana murid perlu memilih satu
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

11

daripada atau lebih pilihan jawapan yang betul. Terdapat tiga jenis item objektif
iaitu :
i. item benar-palsu
Item ini mengandungi dua jenis pilihan. Pelajar dikehendaki menentukan benar
atau palsu penyataan-penyataan yang diberikan.
ii. item memadan
Item padanan mengemukakan masalah, premis atau stimuli dan beberapa
penyelesaian masalah atau tindakbalas.
iii. item pelbagai pilihan.
Item ujian ini mengandungi beberapa pilihan jawapan. Mehren (1978)
membahagikan ujian ini kepada empat jenis iaitu satu jawapan betul, jawapan
terbaik, analogi dan negatif.
iv. Item isi tempat kosong
Item ini memerlukan calon memilih jawapan yang terbaik daripada beberapa
jawapan yang disediakan.
v. Ujian Aneka Pelengkap
Item ujian pelbagi pilihan mengandungi lebih daripada satu jawapan betul.
Pelajar dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan tersebut (cantuman sesuai)
Kelebihan Item pelbagai pilihan
i. Pelbagai bentuk soalan boleh dibina.
ii. Boleh disemak dengan cepat dan tepat kerana dalam pilihan jawapan
terdapat satu jawapan yang paling tepat.
iii. Aras kesukaran ujian dapat dikawal melalui pembinaan JSU.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

12

Kelemahan Item Pelbagai Pilihan
i. Amat sukar dibina. Untuk membina soalan yang baik, pilihan jawapan
mestilah terdapat beberapa penggangu yang baik.
ii. Guru mungkin berkecenderungan untuk membentuk item pelbagai pilihan
yang hanya menguji ingatan fakta.
iii. Tiada kebebasan untuk menjawab soalan
iv. Kemahiran penggunaan bahasa tidak dapat diuji.
Soalan Subjektif
Soalan subjektf memerlukan murid menjawab secara bertulis atau lisan.
Jawapan murid mungkin terbuka atau terhad, satu ayat atau beberapa
perenggan. Ujian subjektif dapat menguji kefahaman dan kemahiran menyusun
idea atau pendapat murid. Soalan struktur boleh dibahagikan kepada bentuk
yang ringkas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan soalan
struktur iaitu:
i. memeriksa jawapan mungkin tidak objektif kerana pelbagai
jawapan berbeza dapat diterima sebagai betul.
ii. Soalan boleh menjadi terlalu panjang.
iii. Sangat sesuai untuk menguji fakta yang amat spesifik dan
mendorong kepada hafalan sahaja.
Kegunaan ujian kertas pensel dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas
Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel adalah alat pentaksiran
yang kerap digunakan di sekolah. Melalui ujian kertas dan pensel, guru dapat
menguji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid tentang sesuatu bidang
pembelajaran. Laporan-laporan mengenai pencapaian murid boleh digunakan
oleh guru untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid
tersebut. Penggunaan ujian aneka pilihan juga dapat menguji bidang
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

13

pemahaman murid dalam bidang yang luas kerana pelbagai bentuk soalan dapat
dibina.
1.5.2 Perbincangan
Perbincangn merupakan satu kaedah atau teknik mengajar dalam bilik darjah
yang melibatkan perbualan antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
Dalam sesi perbincangan, murid dalam kumpulan akan saling berkongsi dan
bertukar idea. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu guru hanya
memberi bantuan apabila muird-murid memerlukan bantuan. Antara Jenis-jenis
sesi perbincangan adalah seperti perdebatan, seminar, forum, kumpulan Buzz
dan sumbangsaran.
Model Perbincangan
Terdapat dua jenis model perbincangan iaitu Model Perbincangan Umum dan
Model Perbincangan Akademik. Model Perbincangan Umum meliputi lima
peringkat utama iaitu:
i. Perancangan
Guru merancang dan menentukan objektif atau tajuk perbincangan.
ii. Pengenalan/ sesi permulaan
Guru menentukan tujuan dan peraturan perbinccang, membentuk
kumpulan kecil, melantik pengerusi dan setiausaha dan membuat
persediaan awal seperti menyusun atur meja dan kerusi.
iii. Perbincangan
Semasa sesi perbincangan, guru bertindak sebagai fasilitator,
pengerusi akan mengetuai sesi perbincangan dan ahli-ahli dalam
kumpulan akan menyumbangkan idea manakala setiausaha akan
mencatat hasil perbincangan.
iv. Penutupan
Murid akan kembali ke kedudukan asal mereka dan setiausaha akan
membentangkan hasil perbincangan.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

14

v. Kesimpulan.
Guru akan membuat ringkasan dan memberi pendapat tentang hasil
perbincangan dan murid akan merekod ringkasan dank omen guru di
dalam buku.
Dalam sesi perbincangan, murid akan saling memberi idea atau pendapat
mengenai isu yang dibincangkan. Melalui perbincangan, guru boleh membuat
penilaian terhadap murid-murid yang berjaya memberi pemikiran yang rasional
dan seterusnya membantu merancang sesi perbincangan yang bersesuaian
untuk proses pengajaran dan pembelajaran akan datang.
1.5.3 Rekod anekdot
Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas tentang sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting dan unik dari sudut kemajuan sosial, emosi,
fizikal, estetik dan kognitif. Pemerhatian ini dilakukan secara individu dan tiada
had masa yang ditetapkan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Rekod hendaklah
dicatat secara objektif. Rekod ini akan berguna untuk melaporkan kemajuan dan
pencapaian murid semasa perjumpaa ibu bapa dan guru.
Kebaikan rekod anekdot:
i. Memberi guru satu laporan lengkap tentang muridnya dan menjadi
panduan kepada guru baru tentang murid-murid tersebut.
ii. Guru tidak memberi sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Iaitu guru
akan mencatatkan apa yang dilihat.
iii. Tindakan serta merta boleh dilakukan oleh guru dalam langkah-langkah
memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih mengingati sesuatu
kesilapan dan berusaha untukmemperbaiki diri mereka melalui bimbingan
guru.


Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

15

Keburukan rekod anekdot:
i. Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap sekiranya rekodnya
kurang berstruktur. Ini kerana ia hanya merekodkan kejadian yang perlu
diperhatikan sahaja.
ii. Rekod ini mungkin tidak memberi rekod yang tepat sekiranya pemerhati
tidak dapat ingat kejadian yang berlaku dan kurang memberi rekod yang
mendalam.
iii. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian
saintifik.
iv. Penggunaan rekod anektod adalah membebankan guru kerana guru perlu
memberi lebih tumpuan pada prose perekodan. Tambahan lagi, adalah
lebih sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk bilangan
murid yang ramai. Ini kerana guru perlu meneliti dan peka dengan
perubahan dan perkembangan murid.
Kegunaan rekod anekdot dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rekod anekdot akan merekodkan tingkah laku pelajar yang khusus. Rekod ini
penting bagi guru untuk membuat perancangan individu atau berkumpulan.
Dalam proses rekod anektod, guru mencatatkan rekod-rekod seperti nama murid,
darjah, tarikh pemerhatian dibuat, nama pemerhati (guru) peristiwa yang
diperhatikan dan cadangan atau komen daripada guru mengenai peristiwa itu.
Guru mencatat dalam instrument sebagai bahan bukti penilaian dan tindakan
yang telah dibuat oleh guru. Rekod ini boleh dibuat di dalam kertas biasa,
ataupun dalam borang yang dibina mengikut kebijaksanaan guru berkenaan. Di
sini ibu bapa dapat megetahui aktiviti dan hasil kerja anak dan tingkah laku anak
mereka sepangjang pembelajaran di sekolah. ini dapat dijadikan bahan
perbincangan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak
iaitu murid, guru dan ibu bapa.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

16

1.5.4 Senarai semak
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pastii
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Soalan-soalan spesifik dikemukakan dan responden hanya memilih jawapan
mengikut pandangannya. Selain itu, alat ini boleh digunakan untuk menyemak
dan menentukan sama ada seseorang guru itu sudah cukup bersedia sebelum
mengajar tajuk berkenaan.
Kebaikan senarai semak
Membantu guru menganalisis penguasaan murid dan menentukan siapa
yang memerlukan pemulihan dan pengayaan.
Membantu guru menyemak dan menentukan sama ada seseorang guru
sudah cukup bersedia sebelum mengajar tajuk berkenaan.

1.5.5 temuduga
Guru boleh mendapat maklumat berkaitan dengan murid dengan menemuduga
ibu bapa, guru yang lain atau rakan sebaya.
Panduan menyediakan senarai semak
i. Disediakan lebiha awal sebelum pemerhatian dibuat
ii. Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyakan dengan ringkas dan jelas.
iii. Hanya kemahiran penting dinyakan dalam senarai semak
iv. Item disusun mengikut pemeringkatan
v. Maklumat bagi melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada 1
atau 2 pemerhatian
vi. Dapat ditandakan semasa ataupun selepas pemerhatian.
vii. Dilakuakan sekurang-kurang 3 kali.
viii. Hanya kemahiran penting dinyakan dalam senarai semak

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

17

Kelebihan senarai semak
i. Mudah dan praktikal
ii. Dapat digunakan oleh oarng yang tidak mahir
iii. Dapat dilakukan semasa atau selepas pemerhatian dilakukan
iv. Penting dalam membantu merancang kurikulum untuk murid.
v. Dapat dilakukan oleh beberapa orang pemerhati/guru-guru bagi menilai
kesahihan pemerhatian.
Kelemahan senarai semak
i. Mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan rekod tingkah
laku dan kemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar.
ii. Melihat hanya pada tingkah laku tertentu dan bukan semuanya. Oleh itu,
ada kalanya guru terlepas daripada memerhatikan tingkah laku yang
signifikan.
iii. Mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan borang senarai
semuak.
1.5.6 Portfolio
Pentaksiran portfolio merupakan satu cara pentaksiran yang sering digunakan di
kalangan guru. Pembinaan portfolio mesti dirancang dengan teliti oleh guru
kerana pentaksiran ini dijalankan secara berterusan untuk menilai kemajuan
murid dalam menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dipelajari. Dengan ini,
sampel-sampel kerja tersebut akan dijadikan sebagai bukti pencapaiannya.
Garis panduan untuk membina portfolio adalah seperti berikut:
1. Senaraikan isi kandungan
2. Penilaian guru terhadap kerja murid
Contohnya:
a) Dalam bentuk jurnal,
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

18

b) Dalam bentuk senarai semak
c) Dalam bentuk rakaman audio
3. Sampel-sampel kerja murid yang dipilih
Contohnya:
a) Sampel kerja di peringkat permulaan
b) Sampel kerja selepas pengjaran dijalankan
c) Hasil kerja yang terbaik
d) Hasil kerja yang paling tidak memuaskan
e) Sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan.
4. Penilaian kendiri oleh murid
5. Soal selidik tentang aspek-aspek tertentu berkaitan murid:
a) Laporan ibu bapa tentang tabiat kerja rumah
b) Laporan guru mengenai kemajuan murid.

1.5.7 Buku nota
Buku nota merupakan tempat untuk murid membuat catatan dan merekod
kefamanan sains atau konsep baharu yang telah mereka belajari melalui
penulisan dalam buku. Buku nota ini dapat membantu murid memperkembang,
melatih dan memperhalusi kefahaman sains mereka dan pada masa yang sama
memperkukuhkan kemahiran membaca, menulis , mengira dan berkomunikasi.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggalakkan murid
mencatatkan kefahaman sains mereka lalui penulisan buku nota sains. Selain
itu, peranan guru sebagai pembimbing cara ilmu. Guru sains adalah lebih
cenderung sebagai facilitator. Tugas guru ialah membimbing murid mencari
maklumat dalam pelbagai sumber pembelajaran seperti melayari internet,
majalah, surat khabar dan sebagainya. Murid akan membuat catatan maklumat
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

19

penting dalam buku nota mereka. Dengan ini, buku nota sangat berguna bagi
mentaksir kefahaman murid dan memberikan maklum balas yang berguna untuk
memperbaiki prestasi mereka serta dapat memperkukuhkan kemahiran bahasa
murid semasa mereka mula memahami dunia sekeliling mereka.
1.5.8 Aktiviti makmal dan lembaran kerja.
Lembaran kerja merupakan satu alat pentaksaran yang berupa latihan yang
mengandungi pelbagai soalan yang direka khas secara bebas oleh guru itu
sendiri. Soalan yang dibina oleh guru mestilah mestilah mengikut atau
bersesuaian dengan tahap, aras dan kemampuan murid. Lembaran kerja yang
dilaksanakan oleh pelajar adalah untuk membolehkan pelajar menguasai ilmu
secara mendalam tentang pengajaran yang dijalankan pada proses pengajaran
dan pembelajaran guru pada hari tersebut. Selain itu, lembaran kerja juga dapat
mengukuhkan hasil pembelajaran pelajaran tersebut. Semasa murid membuat
lembaran kerja, guru perlu memerhati perkembangan murid dengan
mengenalpasti masalah murid terhadap topik-topik yang dipelajari dengan
memberi bimbingan. Setelah murid menyiapkan lembaran kerja guru
berbincangan dengan murid dengan meminta murid memberikan jawapan atau
pendapat mereka serta bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada
mereka setuju dengan jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan mereka. Dalam
sesi perbincanga, guru dapat mentaksir tahap serta prestasi murid daripada
jawapan yang diberikan oleh setiap murid dan menjalankan tindak susul seperti
aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
1.5.9 Peta konsep
Peta konsep adalah cara dinamik menangkap fakta-fakta utma informasi yang
signifikan. Peta konsep disusun dengan meletakkan tajuk utama di bahagian
atas peta konsep dan mempunyai cabang-cabang di bawahnya. Pentaksiran
melalui Peta konsep dapat melihat kemampuan kognatif dan afektif seseorang
pelajar melalui persembahan segala maklumat atau bahan dalam bentuk lakaran
mengikut kreativiti pelajar sendiri. Penilain merangkumi kreativiti pelajar dalam
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

20

penghasilan peta konsep dan isi yang dikemukakan. Isi penting yang dikemukan
perlulah lengkap dan sempurna. Melalui isi yang dikemukakan, guru dapt
menilai tahap penguasaan pelajar terhadap penguasan pelajar terhadap tajuk
yang dibincangkan. Selain itu, nilai afektif setiap individu dapat dinilai dalam
kumpulan. Nilai afektif yang dapat dinilai adalah seperti sikap bertolak dalam
kumpulan, kerjasama dalam menyiap peta konsep, menjana idea bagi
melakarkan peta konsep dan sebagainya. Dengan ini, pentaksiran seseorang
guru bukan hanya tertumpu pada tahap pengetahun pelajar sahaja malah dari
tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
Kriteria pentaksiran yang akan dinialai kepada pelajar adalah seperti berikut:
1. Fakta
Iaitu mempunyai fakta asas dan tambahan yang lengkap, jelas dan sesuai.
2. Aliran fakta
Mempunyai paparan aliran maklumat yang betul, terperinci dan tepat.
3. Ilustrasi
Menggunakan ilustrasi dan rekabentuk yang tepat, pelbagai, menarik dan sesuai
dengan maklumat.
4. Kreativiti
Mempunyai kreativiti dan keaslian dari segi reka letak, gambar dan warna yang
menarik.

1.5.10 Projek
Kaedah projek diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan
bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar
sering bersedia melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirangkan dengan cara
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

21

yang manarik. Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengaamatan secara berkesan.
Dengan ini, kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kreativiti, imaginasi dan bakat dalam menyiapkan tugasan projek mereka.
Menerusi kaedah ini, guru dapat mentaksir pengetahuan dan kemahiran projek
yang dipelajari. Ini kerana melalui kaedah projek murid dapat meningkatkan
penglibat secara langsung dan seterusnya dapt mengembangkan kemahiran
yang ada pada pelajar yang mungkin tidak dapat dicapai melalui kaedah lain.


1.6 Penutup
Guru tidak dapat lari daripada menjadi seorang penilai. Guru perlu memungut,
menganalisis dan menggunakankan data yang diperolehi untuk membuat
pertimbangan atau penilaian demi kepentingan murid-muridnya. Data pula
didapati melalui ujia, redkod pemerhatian, sampel kerja murid dan alat-alat
pengkukuran yang lain untuk memboblehan guru membuat perancangan dan
memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
Penilaian dan pengajaran adalah saling berkaitan dalam proses pengajran.
Guru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pengujian dan penilaian akan
menghalag seseorang guru menjalankan tugas dengan sempurna. Sebagai
seorang guru, kebolehan menggunakan dan memahami cara-cara pengukuran
pendidikan adalah sebagaian daripada tugas guru. Seseorang guru tidak
dianggap layak dan cekapa menjalankan tugasnya tanpa mempunyai
pengetahuan asa pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Oleh itu, adalah
penting seorang guru mengetahui perkara yang berkaitan bagi menjamin
kesahan pentaksiran yang berkesan.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

22






Pengskoran Holistik dan
Pengskoran Analitik






Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

23


1.0 Definisi Item Esei Terbuka
Item esei terbuka merupakan salah satu jenis item subjektif yang membenarkan murid
merancang dan memberi jawapan mereka secara bebas berdasarkan kehendak soalan
(Nunn & Thurman, 2011). Murid-murid adalah bebas mengemukakan idea, pendapat
dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logik, memberikan
penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan permikiran dengan perasaan.
Item esei terbuka ini sesuai untuk mengukur konstruk. Murid-murid perlu
menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan. Menurut Miller dan Calfree (2004), item jenis ini membolehkan
murid mempamerkan proses pemikiran kreatif dan kritis. Jawapan yang dikemukakan
oleh murid-murid adalah terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti
tertentu.
Harris (2011) menyatakan bahawa item esei terbuka mempunyai kekuatan
tersendiri, ini termasuklah menggalakkan murid menerokai pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu
maklumat, mempamerkan idea yang asli dan menggabungkan pelbagai pengetahuan
serta mengurangkan tekaan.
Di antara kekuatan lain item esei terbuka ialah dapat mengalakkan murid
menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat, menerokai pelbagai cara
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid-murid juga mempamerkan idea-idea asli
mereka seterusnya mengurangkan tekaan. Menurut Akubuilo (2012), item esei terbuka
kerap kali menggunakan pengskoran holistik atau gabungan analitik serta holistik. Ini
kerana jawapan untuk item esei terbuka adalah lebih subjektif.
Sungguhpun begitu, Gwee (2011) menghuraikan beberapa kelemahan item esei
terbuka. Ini termasuklah pemeriksa harus sangat terlatih, masa yang panjang untuk
murid menjawab dan pemeriksa untuk menyemak dan kemungkinan wujud kesan halo.
Oleh kerana esei terbuka adalah amat subjektif, maka ciri kebolehpercayaan
item-item esei terbuka harus dijaga dengan menggurangkan pecahan soalan, hanya
menguji aspek-aspek penting daripada apa yang dipelajari dan perlu spesifik supaya
murid-murid hanya menjawab mengikut kehendak dalam tempoh masa yang telah
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

24

ditetapkan. Dengan itu, skema permarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh perlu
disediakan supaya dapat menilai penguasaan murid secara menyeluruh.

2.0 Penskoran item-item Esei Terbuka
Harris (2011) menyatakan bahawa item-item esei boleh ditaksir dengan menggunakan
sama ada pengskoran holistik, pengskoran analitik atau gabungan kedua-duanya.
Ketiga-tiga jenis pengskoran tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Ketiga-tiga jenis pengskoran tersebut harus mempunyai satu panduan
permarkahan yang terperinci, jelas dan menyeluruh bagi menggurangkan unsur-unsur
kesubjektifan yang berlaku semasa pemeriksaan kertas jawapan. Oleh itu, sebelum
item-item esei terbuka diberikan kepada calon, satu kumpulan pemeriksa kertas yang
profesional haruslah dibentuk untuk menentukan aspek-aspek yang ingin ditaksir.
Panduan permarkahan boleh membantu murid mendapat maklum balas dan
seterusnya membantu mereka membaiki kemahiran mereka dalam sesuatu mata
muridan tersebut.

2.1 Pengskoran holistik

Menurut Azizi (2008), Pengskoran holistik adalah lebih sesuai untuk item esei.
Pemeriksaan secara holistik menghendaki pemeriksa membaca terlebih dahulu secara
keseluruhan jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan kemudian mengelas atau
mengelompokkan pencapaian mengikut kelompok pencapaian ikut kumpulan atau
kelompok pencapaian sebelum menentukan pemberian markah keseluruhan bagi
karangan yang ditulis. murid-murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak
menyeleweng daripada kehendak soalan. Sebagai contoh, senaraikan faktor-faktor
pencemaran alam. Maka, apa-apa faktor yang berkaitan dengan pencemaran alam
boleh disenaraikan. Jawapan yang yang berkaitan dengan konsep sains yang
diaplikasikan dalam faktor-faktor pencemaran alam boleh diterima. Ini membantu
menjana idea calon yang bernas, berdasarkan pengetahuannya.
Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa atau guru-guru yang
berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang berkenaan. pemarkahan jawapan
dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon dalam ujian subjektif
didasarkan pada andaian bahawa murid mempunyai pandangan keseluruhan tentang
keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

25

sesuatu jawapan. Oleh itu kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa soalan yang
menekankan konsep yang menyeluruh. Dengan demikian, penekanan holistik diberi
berasaskan pandangan pemeriksa terhadap jawapan murid secara keseluruhan. Ciri
keobjektifan pemeriksaan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan
mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa.

2.2 Pengskoran Analitik

Cara pengskoran ini adalah sering dikaitkan dengan komponen-komponen penting
dalam jawapan calon peperiksaan. Ini membawa kesan, apabila komponen-komponen
penting yang telah ditetapkan diberikan oleh calon di dalam jawapan, maka markah
yang tinggi akan diperolehi oleh murid. Skema permarkahan untuk pengskoran analitik
mempunyai komponen-komponen yang dicerakinkan kepada skor-skor yang penting.
Sungguhpun murid-murid rasa senang untuk mendapat skor, tetapi minda murid
yang kreativiti dan mempunyai idea tidak diperkembangkan. Sebagai contoh, nyatakan
tiga faktor pencemaran alam. Dengan menggunakan kaedah pengskoran analitik, kesan
halo dapat dikurangkan. Ini disebabkan jawapan adalah lebih terhad.
Pengskoran analitik kebiasaanya digunakan dalam peperiksaan awam, untuk
soalan berstruktur. Dengan panduan pengskoran analitik, jawapan yang tepat akan
diberikan markah. Sebagai contoh, sila menyatakan dua faktor-faktor yang
mempengaruhi kenaikan suhu. Maka, dua faktor harus disenaraikan setepat-tepatnya.
Jawapan selain daripada itu, akan tidak diterima. Bilangan faktor yang diperlukan dalam
soalan menghadkan idea-idea murid untuk mencari dua faktor yang mempengaruhi
kenaikan suhu.










Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

26




3.0 Item-item Esei Terbuka
3.1 Item 1
Soalan Kemahiran Peruntukan
masa
Skor
penuh


1
(Tahun 6)

1.4.2 Menerangkan bagaimana aktiviti
manusia boleh menyebabkan
kemusnahan alam sekitar.

2.1.4 Menyatakan cara yang sesuai untuk
melupuskan bahan buangan.

20 minit

10

1. Gambar di bawah menunjukkan satu bencana alam.

Bencana alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-
bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di
Malaysia. Terangkan punca-punca bencana alam seperti dalam gambar rajah di atas
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

27

berlaku, kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah
mengatasinya.
(10 markah)

3.1.1 Contoh Jawapan Item 1
Bencana alam yang ditunjukkan dalam gambar rajah ialah banjir kilat. Kejadian
banjir kilat berlaku disebabkan aktiviti pembuangan sampah ke dalam longkang yang
boleh menyumbatkan longkang lalu menyebabkan air tidak dapat mengalir ke sungai. Di
samping sampah, sisa tumbuhan, haiwan dan barangan kayu yang tidak terurus juga
mungkin menyebabkan longkang tersumbat. Ketika hujan lebat, air hujan akan
melimpah dan menyebabkan banjir kilat. Berkemungkinan juga, sistem perparitan di
kawasan itu tidak diperbaiki. Selain daripada itu, kejadian ini juga berpunca daripada
pengurusan pembangunan yang tidak terancang.
Banjir kilat yang pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun menyebabkan
masyarakat berjaga-jaga setiap kali musim hujan menjelang. Keadaan ini menyebabkan
kehidupan masyarakat dalam risiko dan menimbulkan rasa takut dalam perasaan
mereka. Bukan sahaja begitu, banjir kilat juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas
dan merosakkan infrastruktur awam dan tanaman. Tambahan pula, kejadian banjir kilat
membawa keadaan kesihatan masyarakat yang kurang baik. Kejadian demam, batuk
dan wabak penyakit yang merebak menyebabkan kos rawatan perubatan masyarakat
kita terus meningkat.
Oleh itu, langkah-langkah pengurusan bahan buangan yang wajar haruslah
diambil. Langkah terpenting dalam menangani isu ini ialah kerajaan menguatkuasakan
akta yang lebih tegas dan berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani mengambil
tindakan bersama-sama menghukum pembuang sampah ini dan mengawal aktiviti
pembangunan serta merancang sebarang pembangunan dengan baik. Kerajaan
perlulah mempamerkan sikap yang telus dalam memastikan alam kita terus terbela. Di
samping itu, pihak berkuasa tempatan harus mempunyai sistem pelupusan bahan
buangan yang teratur, atau melupuskan bahan buangan dengan mengitar semula bahan
buangan atau proses mereput bahan buangan seperti sisa tumbuhan, haiwan dan
barangan kayu.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

28

Sikap masyarakat negara ini yang tidak peka yang menyebabkan alam kita
tercemar begitu teruk. Generasi muda kita perlu dididik melalui pendidikan di sekolah
dan program-program supaya mempunyai kesedaran terhadap bencana alam ini.
Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan alam sebagai fokus perjuangan
mereka. Alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan
pengorbanan masyarakat untuk memastikan alam terus menerus diwarisi oleh manusia
sejagat..
3.1.2 Pengskoran Holistik Item 1

Skor Penerangan Kriteria

9-10

Cemerlang

Memberikan hujah yang baik, jelas dan berkesan
berpandukan soalan.

Penggunaan istilah sains yang tepat dan betul.

Menghubungkait konsep-konsep sains dengan meluas serta
bertepatan dengan soalan.

Huraian punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah
yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di tahap analisis,
sintesis, atau tahap penilaian; mencerminkan pemindahan isi
kandungan ke dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan contoh yang diberikan dan menggambarkan
kefahaman yang sangat baik

Mengandungi lebih daripada 3 contoh yang bertepatan
dengan soalan.

7-8

Baik

Memberi hujah yang baik, jelas dan berkesan berpandukan
soalan.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

29


Penggunaan istilah sains yang mencukupi dan sesuai untuk
menggambarkan kefahaman; kebanyakan istilah yang
digunakan adalah tepat.

Hubungkait antara konsep-konsep sains adalah tahap
sederhana serta bertepatan dengan soalan.

Huraian punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah
yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di tahap aplikasi
dan analisis; mencerminkan pemindahan isi kandungan ke
dalam kehidupan seharian.

Sesetengah contoh yang diberikan menggambarkan
kefahaman yang sangat baik.

Mengandungi lebih daripada 2 contoh yang bertepatan
dengan soalan


4-6

Memuaskan

Memberi hujah yang memuaskan berpandukan soalan.

Penggunaan istilah sains yang terhad untuk menggambarkan
kefahaman; sebilangan istilah yang digunakan adalah tepat.

Hubungkait antara konsep-konsep sains hampir tidak wujud;
atau secara amnya tidak tepat.

Huraian punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah
yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di tahap
kefahaman dan aplikasi sahaja.

Hanya 1 atau 2 contoh yang diberikan menggambarkan
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

30

kefahaman.

Mengandungi hanya 1 atau 2 contoh yang bertepatan dengan
soalan.

1-3

Mencapai
tahap
minimum


Memberi hujah yang lemah.

Penggunaan istilah sains yang terhad dan tidak tepat.

Hubungkait antara konsep-konsep sains tidak wujud; atau
secara amnya tidak tepat.

Huraian yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di tahap
pengetahuan dan kefahaman sahaja.

Tiada contoh yang diberikan.

0
Gagal

Memberi hujah yang tidak relevan.

Tidak menjurus kepada isu dalam soalan.

Gagal memberi sebarang jawapan.







Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

31




3.1.3 Pengskoran Analitik Item 1

Kriteria Keterangan Fakta Skor Skor
Sebenar

Bencana
Alam
(1%)


Menulis bencana alam
yang berkaitan dengan
jelas

Banjir kilat

1


Punca-
punca
(3%)

Menghuraikan punca
pertama banjir kilat
dengan istilah sains yang
jelas.


Aktiviti pembuangan sampah ke
dalam longkang yang boleh
menyumbat longkang lalu
menyebabkan air tidak dapat
mengalir ke sungai.


1



Menghuraikan punca
kedua banjir kilat dengan
istilah sains yang jelas.


Pengurusan pembangunan yang
tidak terancang.

1


Menghuraikan punca
ketiga banjir kilat dengan
istilah sains yang jelas.


Sistem perparitan di kawasan itu
tidak diperbaiki

1


Kesan-

Menghuraikan kesan

Banjir kilat juga boleh menyebabkan

1

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

32

kesan
(3%)
pertama banjir kilat
dengan istilah sains yang
jelas.

kesesakan lalu lintas dan
merosakkan infrastruktur awam dan
tanaman.


Menghuraikan kesan
kedua banjir kilat dengan
istilah sains yang jelas.


Kejadian demam, batuk dan wabak
penyakit yang merebak
menyebabkan kos rawatan
perubatan masyarakat kita terus
meningkat.


1


Menghuraikan kesan
ketiga banjir kilat dengan
istilah sains yang jelas.


Masyarakat berjaga-jaga setiap kali
musim hujan menjelang

1


Langkah-
langkah
mengatasi
(3%)

Menghuraikan langkah-
langkah mengatasi
banjir kilat yang pertama
dengan istilah sains yang
jelas.

Sistem pelupusan bahan buangan
yang teratur, atau melupuskan
bahan buangan dengan mengitar
semula bahan buangan atau proses
mereput bahan buangan.

1


Menghuraikan langkah-
langkah mengatasi
banjir kilat yang kedua
dengan istilah sains yang
jelas.


Kerajaan menguatkuasakan akta
yang lebih tegas dan berat
hukumannya

1


Menghuraikan langkah-
langkah mengatasi
banjir kilat yang ketiga

Generasi muda kita perlu dididik
melalui pendidikan di sekolah dan
program-program supaya

1

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

33

dengan istilah sains yang
jelas.

mempunyai kesedaran terhadap
bencana alam ini.

JUMLAH SKOR 10

3.2 Item 2
Soalan Kemahiran Peruntukan
masa
Skor
penuh


2
(Tahun 6)

1.2.5 Menyenaraikan faktor-faktor
persaingan tumbuhan.
1.2.6 Memberi sebab mengapa tumbuh-
tumbuhan bersaing antara satu sama
lain.


20 minit

10

Rajah di bawah menunjukkan keadaan pokok-pokok di suatu kawasan hutan.

Nyatakan pemerhatian-pemerhatian daripada gambar di atas ini. Huraikan fenomena
sains yang berlaku di kawasan hutan tersebut dengan faktor- faktor yang
menyebabkan berlakunya fenomena sains tersebut.
(10 markah)
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

34





3.2.1 Contoh Jawapan Item 2
Dua pemerhatian daripada gambar rajah di atas ialah terdapat banyak tumbuhan
di habitat itu dan sesetengah tumbuhan lebih tinggi dan besar daripada pokok-pokok
yang lain. Fenomena sains yan ditunjukkan dalam gambar rajah ialah persaingan antara
tumbuh-tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air, karbon dioksida, nutrien
dan ruang untuk membuat makanan dan untuk terus hidup. Oleh itu, tumbuhan di
habitat tersebut akan bersaing untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Tumbuhan
bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber seperti cahaya matahari, air, nutrien dan
ruang. Persaingan akan menjadi hebat apabila sumber-sumber terhad. Tumbuhan yang
menang dalam persaingan akan tumbuh dengan lebih besar dan sihat. Tumbuhan yang
kalah dalam persaingan akan menjadi bantut, layu atau mati.
Dalam persaingan tumbuh-tumbuhan, pokokpokok tumbuh lebih besar dan
tinggi untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari. Pokokpokok ini akan
menghalang cahaya matahari daripada sampai ke tanah. Oleh itu,tumbuhan yang lebih
kecil menerima cahaya matahari yang terhad. Apabila persaingan berlaku, tumbuhan
yang mendapat air nutrien dan cahaya matahari yang cukup akan tumbuh subur dan
sihat, manakala yang lain akan bantut, layu atau mati. Untuk membantu tumbuh-
tumbuhan bersaing, tumbuhan perlu mempunyai ciri-ciri khas, contohnya mempunyai
batang tang tumbuh menegak, akar dakap untuk memanjat je atas dan akar yang
panjang,
Kesimpulannya, Persaingan tumbuhan ini merupakan suatu cara bagaimana
tumbuhan tersebut berjuang untuk memperoleh ketumbuhannya untuk kelangsungan
hidupnya dan untuk bertahan hidup. Apabila pertumbuhan salah satu tumbuhan tersebut
baik maka tumbuhan tersebut memenangi persaingan tersebut.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

35








3.2.2 Pengskoran Holistik item 2

Skor Penerangan Kriteria

9-10

Cemerlang

Memberikan 2 hujah permerhatian yang baik, jelas dan
berkesan berpandukan gambar rajah.

Penggunaan istilah sains yang tepat dan betul.

Menghubungkait persaingan tumbuhan dengan meluas serta
bertepatan dengan gambar rajah.

Huraian 3 faktor yang menyebabkan persaingan antara
tumbuhan yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di
tahap analisis, sintesis, atau tahap penilaian; mencerminkan
pemindahan isi kandungan ke dalam kehidupan seharian.


7-8

Baik

Memberi 2 hujah permerhatian yang baik dan jelas
berpandukan gambar rajah.

Penggunaan istilah sains yang mencukupi dan sesuai untuk
menggambarkan kefahaman; kebanyakan istilah yang
digunakan adalah tepat.

Hubungkait konsep-konsep sains adalah tahap sederhana
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

36

serta bertepatan dengan soalan.

Huraian 2 atau 3 faktor yang menyebabkan persaingan antara
tumbuhan yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di
tahap aplikasi dan analisis; mencerminkan pemindahan isi
kandungan ke dalam kehidupan seharian.


4-6

Memuaskan

Memberi 1 atau 2 hujah permerhatian yang memuaskan
berpandukan soalan.

Penggunaan istilah sains yang terhad untuk menggambarkan
kefahaman; sebilangan istilah yang digunakan adalah tepat.

Hubungkait antara konsep-konsep sains hampir tidak wujud;
atau secara amnya tidak tepat.

Huraian 2 atau 3 faktor yang menyebabkan persaingan antara
tumbuhan yang dikemukana menunjukkan kefahaman di
tahap kefahaman dan aplikasi sahaja.

1-3

Mencapai
tahap
minimum


Memberi hujah permerhatian yang lemah.

Penggunaan istilah sains yang terhad dan tidak tepat.

Hubungkait konsep-konsep sains tidak wujud; atau secara
amnya tidak tepat.

Huraian 1 atau 2 faktor yang menyebabkan persaingan antara
tumbuhan yang dikemukakan menunjukkan kefahaman di
tahap pengetahuan dan kefahaman sahaja.

0
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

37

Gagal Memberi hujah yang tidak relevan.

Tidak menjurus kepada isu dalam soalan.

Gagal memberi sebarang jawapan.


3.2.3 Pengskoran Analitik Item 2

Kriteria Keterangan Fakta Skor Skor
Sebenar

Pemerhatian
(2%)


Menulis pemerhatian
pertama dengan jelas.


Terdapat banyak tumbuhan di
habitat itu.

1


Menulis pemerhatian
kedua dengan jelas.


Sesetengah tumbuhan lebih
tinggi dan besar daripada
pokok-pokok yang lain.


1


Fenomena
Sains
(2%)

Menyatakan fenomena
sains yang berkaitan
dengan jelas.


Persaingan antara pokok-
pokok

2



Faktor-faktor
(6%)

Menghuraikan faktor
pertama yang
menyebabkan persaingan
antara pokok-pokok
dengan istilah sains yang
jelas.

cahaya matahari

pokokpokok tumbuh lebih
besar dan tinggi untuk
bersaing mendapatkan
cahaya matahari. Pokok

1

1

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

38

pokok ini akan menghalang
cahaya matahari daripada
sampai ke tanah.

Menghuraikan faktor
kedua yang menyebabkan
persaingan antara pokok-
pokok dengan istilah sains
yang jelas.


Air

Air yang cukup akan tumbuh
subur dan sihat,manakala
yang lain akan bantut,layu
atau mati

1

1


Menghuraikan faktor ketiga
yang menyebabkan
persaingan antara pokok-
pokok dengan istilah sains
yang jelas.


Nutrien

nutrien yang cukup akan
tumbuh subur dan
sihat,manakala yang lain
akan bantut,layu atau mati.


1

1


JUMLAH SKOR

10










Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

39






4.0 Ulasan
Dalam pembinaan item 1 dan item 2, persaman dan perbezaan criteria- kriteria
yang ditaksir dalam pengskoran analitik dan holistik yang didapati adalah seperti berikut:

Pengskoran
Kriteria
Dinilai

Analitik

Holistik

Item 1

(a) Banjir kilat
(b) Punca-punca bencana
alam
(c) Kesan-kesan
(d) Langkah mengatasinya

(a) Hujah
(b) Istilah sains
(c) Hubungkait konsep sains,
huraian punca-punca, kesan-
kesan dan langkah-langkah
(d) Contoh-contoh.


Item 2

(a) Persaingan pokok-pokok
(b) Pemerhatian-
pemerhatian
(c) Faktor- faktor

(a) Hujah permerhatian
(b) Istilah sains
(c) Menghubungkait
(d) Persaingan tumbuhan
(e) Huraian faktor-faktor yang
menyebabkan persaingan


Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

40

Daripada jadual di atas, jenis pengskoran analitik dan holistik ada rasionalnya.
Jika item-item tersebut ditaksir menggunakan pengskoran analitik, maka kriteria-kriteria
yang ditaksir hanya merangkumi jawapan yang tetap yang melibatkan fakta sains sahaja.
Ini akan menghadkan idea dan fikiran murid-murid. Selain itu, soalan esei akan dinilai
secara fakta sahaja dan bukan secara keseluruhan. Kreativiti murid menjadi terhad
(hanya menumpukan jawapan yang telah ditetapkan awal). Jika murid-murid yang lemah
dalam menghuraikan dan menghubungkait konsep-konsep sains tetapi mempunyai
pengetahuan asas tentang sains, maka pengskoran analitik lebih sesuai digunakan.
Tambahan pula, jika jenis pengskoran analitik digunakan, maka kesilapan jawapan yang
diberikan akan kelihatan jelas. Ini disebabkan jika betul, diperuntukkan satu markah.
Jika salah, maka tiada markah diperuntukkan.
Tetapi jika item-item tersebut ditaksir menggunakan pengskoran holistik, maka
kriteria-kriteria yang dinilai lebih meluas, tidak terhad kepada fakta sains sahaja tetapi
juga istilah-istilah sains, hujah-hujah dan termasuk kemahiran berfikir aras tinggi seperti
menghubungkait dan menghurai. Jika murid-murid yang mempunyai kemahiran sains
yang kukuh dan boleh menghubungkait serta menghuraikan, maka pengskoran holistik
adalah lebih sesuai.
Oleh itu, demi menyahut hasrat pendidikan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Sains sekarang yang menitikberatkan kemahiran berfikir aras
tinggi(Kbat) dan kreativiti murid, maka pengskoran holistik adalah lebih sesuai untuk
mentaksir item-item tersebut. Dengan cara pengskoran holistik, kemahiran berfikir di
kalangan murid dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, pengskoran holistik adalah
lebih sesuai disebabkan kehendak kedua-dua item esei terbuka tersebut lebih subjektif
(tidak menghadkan bilangan faktor, bilangan kesan dan bilangan langkah-langkah).
Justeru, pemeriksaan jawapan yang dijalankan secara subjektif berasaskan susunan
pemarkahan yang telah ditentukan dengan terperinci, jelas dan meluas. Soalan-soalan
esei tersebut mengukur kemahiran yang kompleks (pemerhatian, pemindahan konsep
kepada situasi sebenar, pemikiran kritis). Skrip-skrip jawapan tersebut lebih sesuai
dinilai secara keseluruhan.
Oleh kerana esei respon terbuka tersebut mengukur kemahiran yang kompleks
dan lebih sesuai dinilai secara keseluruhan, maka esei respon terbuka tersebut adalah
lebih sesuai digredkan menggunakan skor berpandukan kriteria yang jelas (holistik).
Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan.
Ini kerana calon dikategorikan mengikut julat skor 0, 1-3, 4-6, 7-8 dan 9-10. Peluang
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

41

untuk murid gagal adalah sangat tipis melainkan mereka langsung tidak menulis apa-
apa jawapan.
Item esei terbuka iaitu item 1 dan item 2 yang dibina itu memberi kebebasan
kepada murid-murid untuk menulis secara kreatif dan kritis dengan berdasarkan konsep
sains yang telah diketahui sama ada dalam silabus sains ataupun melalui pembacaan
luas dan mengukur aras kognitif yang tinggi seperti analisis dan sintesis.
Penggunaan pengskoran holistik dalam item 1 dan item 2 yang dibina itu
mempunyai beberapa manfaat. Antaranya, murid-murid yang telah menjawab item esei
terbuka, mereka diberi skor berdasarkan kualiti secara keseluruhan dan bukan
berdasarkan setiap ayat, fakta dan idea. Setelah itu, murid-murid akan ditentukan dalam
kategori yang sesuai untuk pengskoran holistik. Tambahan pula, mereka boleh
meluaskan kemahiran mereka yang menjadikannya praktikal bagi mereka untuk
memberikan justifikasi untuk kerja-kerja atau hujah mereka. Oleh yang demikian, para
murid boleh terlibat dalam membina hujah-hujah mengenai pelbagai isu-isu yang
mereka belajar. Selain itu, murid mampu memahami bagaimana untuk membina
jawapan yang konkrit. Penilai dan guru-guru yang menilai boleh menjimatkan masa
menandakan jawapan-jawapan tersebut.
Sungguhpun cara pengskoran holistik dapat menjimatkan masa pemeriksaan,
cara ini tetap memerlukan pemeriksa yang berpengalaman supaya ralat markah dapat
dikurangkan akibat bias. Ini boleh dikurangkan dengan membentuk satu kumpulan
pemeriksa yang berpengalaman, dengan skrip jawapan dibaca semula untuk
memastikan markah yang diberikan adalah konsisten dan jitu. Di samping itu, murid-
murid yang menjawab soalan item respon terbuka dijangkakan mempunyai kemahiran-
kemahiran dalam sains yang kukuh serta mempunyai pengetahuan sains yang meluas.
Selain daripada apa yang dipelajari dari sekolah, murid-murid memperolehi kemahiran
sains melalui pembacaan luar yang meluas.
Secara kesimpulan, pengskoran holistik adalah lebih sesuai untuk mentaksir
item-item 1 dan 2 yang telah dibina dengan adanya murid-murid yang mempunyai
kemahiran-kemahiran sains yang kukuh dan pengetahuan-pengetahuan sains yang
meluas. Kebaikannya termasuklah kemungkinan murid untuk gagal adalah amat kecil
melainkan mereka langsung tidak menulis. Dari segi peruntukan markah, panduan
permarkahan yang disediakan perlu amat jelas, terperinci dan menumpukan skrip
secara keseluruhan dan bukan sahaja fakta sahaja. Untuk memastikan ciri keobjektifan
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

42

pemeriksaan secara holistik ini adalah tinggi, pemeriksa-pemeriksa harus mengelakkan
ralat markah dan kesan halo.





Refleksi:
Tugasan SCE 3111 merupakan satu tugasan yang banyak memberi input yang berguna
kepada saya. Saya berasa bersyukur kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan. Tugasan ini dibahagikan kepada dua bahagian.
Tugasan yang pertama, saya dikehendaki menghuraikan konsep pengujian, pengukuran,
pentaksiran dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah serta
menghuraikan sepuluh contoh alat pentaksiran dan kegunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran sekolah rendah dan menggunakan pengurusan grafik mind manager i
untuk menjelaskan huraian alat pentaksiran. Manakala bagi tugasan yang kedua saya
dikehendaki menyediakan dua item soalan terbuka dan panduan pengskoran holistik
dan pengskoran analitik.
Banyak kekangan yang saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya
ialah memahami secara mendalam konsep pengujian, pengukuran, pentaksiran dan
penilaian. Sebagai seorang guru, saya selalu didedahkan dengan tentang konsep ini.
Tetapi apabila kita mendalami setiap konsep ini, saya berasa keliru. Dengan itu, saya
banyak membuat rujukan dari buku dan internet untuk membantu saya memahami
secara mendalam tentang konsep pengujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian
dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan huraian alat pentaksiran yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, saya lebih banyak
mengunakan alat pentaksiran seperti ujian kertas pensel untuk mentaksir kemahiran
yang dikuasai oleh murid. Setelah membuat rujukan daripada buku dan bahan bacaan
yang diberikan oleh pensyarah telah mendedahkan saya dengan pelbagai alat
pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji tahap penguasaan murid.
Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

43

Bagi tugasan kedua, saya telah belajar secara mendalam tentang
pengskoran analitik dan pengskoran holistik. Saya dapati, saya perlu mengambil kira
kemampuan murid dalam menyediakan soalan. Saya perlu mempertimbangkan bahawa
murid yang lemah mungkin tidak dapat menghurai sesuatu fakta dengan kreatif dan
kritis. Dengan itu, pengskoran yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan
dan boleh dicapai oleh murid.
Saya juga dapati, pengskoran holistik adalah lebih sesuai untuk item soalan
terbuka yang memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menulis secara kreatif dan
kritis dengan berdasarkan konsep sains yang telah diketahui. Ini kerana murid-murid
yang mempunyai kemahiran sains yang kukuh dapat menghubungkait serta menghurai
dengan baik.
Manakala bagi pengskoran analitik, soalan esei akan dinilai secara fakta sahaja
dan bukan secara keseluruhan. pengskoran analitik ini adalah lebih sesuai digunakan
untuk murid-murid yang lemah dalam menghuraikan dan menghubungkait tetapi
mempunyai pengetahuan asas tentang sains.
Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru dalam
menyediakan panduan pengskoran holistik dan analitik. Ia menjadikan saya seorang
guru yang lebih teliti dalam menyediakan panduan pengskoran item soalan. Tugasan ini
telah memberi peluang kepada saya meningkatkan kemahiran menyediakan ciri-ciri
pengskoran holistik dan analitik yang bermutu.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Hj. Mohamad Zailani Bin
Jaya yang telah banyak memberi tunjuk dalam membantu saya menyiapkan
tugasan ini.





Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

44

Sia Siew Kim,
SCE01(PPG Sem 6)




Rujukan

Akubuilo, F. (2012) . Holistic assessment of students learning outcome. Journal of
Education and Practice, 3(12), 56-60.

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Gwee, L. (2011). A Guide to the Use of Marks in Senior Science Assessment in
Queensland Importance of using Holistic Assessment in Science. Dimuat turun
Daripada https://sites.google.com/site/2011lesliegweeeportfolio/curriculum-
studies/qcs502-assessment-modes-and-resource-management-in-primary-
science-sem-1/importanceofusingholisticassessmentinscience.

Harris, J. (2011). Peer assessment in large undergraduate classes: An evaluation of a
procedure for marking laboratory reports and a review of related practices.
Advances in Physiology Education, 35(2),178-187.

Miller, R.G. & Calfee, R.C. (2004). Making Thinking Visible: A method to encourage
science writing in the upper elementary grades. Science and Children, (42) 3, 20-
25.

Ng, C. K. (2012). Hybrid Junior Science UPSR. Selangor: Marshall Cavendish.

Penilaian Dalam Pengajaran Sains SCE3111

45

Nunn, R., & Thurman, J. (2010). The Benefits and Challenges of Holistic In-house Task-
based Language Learning and Assessment. Asian Journal, 12(4), 11-32.

Yap, Y. K., Wan, C. S., & Ismail, A. B. (1985). Pengukuran dan Penilaian Dalam
Pendidilan. Selangor: Longman.
Mok Soon Sang (1995). Asas Pendidikan 3 Pembilaian Dalam Proses Pendidikan.
Selangor: Ling Wah Press Sdn. Bhd, 77-84.
Rujukan Internet:
file:///D:/ppg%20sem6%202014/SCE3111/78654663-Penilaian-Holistik-Analitik.pdf Retrieved
on 28.02.14
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/43-64%20Noor%20Izam%20et%20al.pdf Retrieved on 28.02.14

file:///D:/ppg%20sem6%202014/SCE3111/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf Retrieved on
12.03.14
http://www.slideshare.net/saraassyahidah/definisi-dan-contoh-pentaksiran-pentafsiran-
penilaian-pengukuran-dan-pengujian#btnNext Retrieved on 12.03.14

http://id.scribd.com/doc/174827497/Bahagian-a-Alat-Pentaksiran 14.3.14 Retrieved on 14.3.14

http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kendalian_sekolah.pdf Retrieved on 18.3.14

Anda mungkin juga menyukai