Anda di halaman 1dari 35

Pengenalan Penilaian merupakan satu perkara yang amat penting dalam pendidikan.

Hasil daripada penilaian yang dibuat akan menggambarkan kesan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan samada ia akan memberi kesan yang positif ataupun kesan yang negatif. Oleh kerana itu adalah sangat penting bagi guru-guru untuk mengambil tahu tentang aspek penilaian. Kami telah membuat penilaian keatas adik Cristiano di sekolah Tadika Kemas Bukit Lanjan. Biasanya seorang guru akan merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran. Kemudian guru akan menyediakan soalan samada dalam bentuk kuiz, ujian, peperiksaan dan sebagainya. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak, sesuai dan menepati objektif matapelajaran yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran guru. Walaubagaimanapun di peringkat pra sekolah cara penilaian yang amat sesuai digunakan adalah cara pemerhatian. Namun sebelum membuat pemerhatian guru perlu faham tentang penilaian bagi memastikan objektif sesi pengajaran tercapai dan penilaian yang dilakukan bermutu. Definisi penilaian Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian

merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Arthur et.al. (1996) pula berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur. Melalui pendapat-pendapat diatas, menunjukkan bahawa penilaian merupakan proses menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya. Dalam proses pembelajaran, penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkahlaku ataupun perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering digunakan silih berganti dengan istilah penilaian. Namun, pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan dan piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan. Apakah tujuan guru membuat penilaian? Hakikatnya terdapat beberapa sebab mengapa guru membuat penilaian antaranya ialah :

untuk mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas ataupun semasa melakukan aktiviti baik secara kumpulan ataupun secara individu. Dengan ini guru lebih jelas dan dapat mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak. Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap kanak-kanak. Untuk menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan pengajaran guru. Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan dan potensi bagi dipertingkatkan ataupun diberi pengukuhan. Merangcang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat

memberikan maklumbalas kepada guru tentang penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah diajar serta mengenalpasti masalah yang dihadapi ketika sesi pengajaran yang berlangsung. Dengan ini lebih mudah bagi guru untuk mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam kelas tersebut samada pada peringkat yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atai tiada kemajuan langsung. Secara amnya, terdapat dua jenis penilaian yang boleh dilakukan iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Namun disini kami Cuma akan menerangkan tentang penilaian formatif kerana untuk menilai adik Cristiano kami memilih untuk menggunakan penilaian formatif. Penilaian formatif adalah penilaian yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dijalankan semasa kelas berjalan dan hasil penilaian digunakan secara terus bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak dan guru sama-sama memperoleh manfaat daripadanya. Penilaian ini memberi maklumat berkenaan sejauhmanakah

pembelajaran sudah dikuasai oleh kanak-kanak. Maklumat ini digunakan oleh guru bagi merancang tindakan seterusnya. Penilaian formatif paling sesuai untuk di laksanakan di taska dan tadika kerana ia adalah aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan bentuk tak formal seperti pemerhatian ke atas tingkah laku, interaksi, tanggungjawab secara lisan, latihan congak, kuiz matematik, memeriksa hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Selain itu, penilaian ini juga digunakan untuk mengesan kemampuan para pelajar dalam kelas. Oleh itu, ujian kertas pensel dalm bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan mereka. Ujian kertas pensel ini, diadakan selepas beberapa unit kemahiran atau satu unit pembelajaran telah diajarkan. Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya, seperti menempatkan pelajar dalam kumpulan-kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti pengayaan serta aktiviti pemulihan untuk mereka. Untuk ujian kertas pensel yang kami lakukan untuk adik Cristiano ialah kami telah menyediakan kertas soalan yang mengandungi berapa soalan tentang apa yang telah dipelajari pada hari itu iaitu mengenai warna dan rasa buah-buahan dia perlu menjawab soalan pada kertas soalan yang kami berikan supaya kami dapat menilai sejauhmana kefamannya terhadap sesi pengajaran yang kami jalankan.Tujuan penilaian formatif adalah untuk : Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Meramalkan perkembangan kanak-kanak. Merancang tindakan susulan yang sesuai.

Untuk membuat penilaian terdapat beberapa langkah yang perlu dititikberatkan iaitu sebelum sesuatu penilaian dilaksanakan, perkara pertama yang guru perlu lakukan ialah merancang . Guru perlu : Tahu tujuan penilaian Tahu apakah konstruk yang di nilai Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard dalam Kurikulum Standard Prasekolah Pembelajaran Kebangsaan berkaitan digunakan Tentukan bila hendak mentaksir Tentukan tempoh pemerhatian Selepas merancang perkara kedua yang guru akan lakukan adalah Tentukan instrumen ( aktiviti atau strategi ) yang akan Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan Kriteria

membina instrumen . Instrumen dibina berdasarkan Konstruk,


Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang member respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhatikan dan ditaksir melalui aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak di taksir dengan mengambil kira faktor dan persekitaran murid. Satu instrumen boleh digunakan untuk mendapat evidens ( bukti) bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang sering dilakukan di prasekolah ialah lakonan, nyanyian, permainan, kuiz, bercerita, perbualan dan projek.

Selepas membina instrumen untuk penilaian, langkah yang seterusnya iaitu

melaksanakan pemerhatian. Pemerhatian adalah satu kaedah

penilaian melalui pemerhatian yang sistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap : Tingkahlaku Dia menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi Melalui pemerhatian tingkahlaku, kami mendapati tingkahlaku Cristiano terkawal. pengajaran berjalan. Dia juga kelihatan begitu seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Dia cepat menyesuaikan diri dengan kami. Perbualan atau interaksi

Sepanjang sesi pengajaran Cristiano dapat menjawab semua soalan yang kami berikan. Apabila kami bertanyakan tentang buah-buahan kegemarannya dia terus menceritakan kepada kami tentang buah yang digemarinya. Hasil kerja murid

Melalui hasil kerja adik Cristiano kami dapati dia seorang kanak-kanak yang bijak. Dia cepat memahami apa yang kami ajarkan. Kerja yang dilakukannya juga kemas. i. Pemerhatian tingkahlaku murid

Contoh tingkahlaku murid yang boleh diperhatikan dan dinilai adalah semasa murid : Mengurus diri Bermain pondok-pondok bersama rakan Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian Mengikat tali kasut Berlari sambil melompat

ii.

Menyelesaikan masalah bersama rakan Membuat kolaj dalam kumpulan

Pemerhatian perbualan atau interaksi

Contoh perbualan , interaksi, lisan murid yang boleh diperhatikan dan dinilai adalah seperti berikut : iii. Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru Perbualan / interaksi murid dengan murid Interaksi murid dengan bahan, haiwan, tumbuhan, persekitaran Main peranan Bercerita dan bersoal jawab Nyanyian Hafalan Bacaan

Penilaian hasil kerja murid Lukisan Tulisan buku skrap kraftangan buku kecil model Setiap pemerhatian yang dilakukan terdapat maklumat penting yang perlu

Contoh hasil kerja murid yang diperhatikan dan di nilai adalah seperti berikut :

direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian


ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak prasekolah. Guru

hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin supaya guru tidak lupa tentang hasil-hasil pemerhatian yang telah dijalankan. Maklumat tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-bila masa diperlukan. Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan.

I.

Rekod Senarai Semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Itemitem yang perlu di isikan didalam senarai semak boleh didapati didalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ). Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( -/ ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Senarai semak mudah digunakan kerana guru hanya perlu menanda serta banyak maklumat yang dapat diperolehi melalui kaedah ini. Di samping itu, borang senarai semak tidak perlu dilengkapkan dalam masa sehari dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tetapi, item-item yang terdapat dalam borang senarai semak adalah terhad dan perlu ditaksir dengan berhati-hati agar maklumat yang ingin disampaikan dapat dikenal pasti. Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penyediaan dan

penggunaan senarai semak adalah menyediakan senarai semak lebih awal daripada pemerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas sahaja tanpa huraian yang panjang.

Senarai semak sesuai untuk digunakan menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semula jadi dan hanya kemahiran penting dinyatakan dalamsenarai tersebut. Setiap item hendaklah disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Guru perlu melaksanakan pemerhatian beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Sekiranya guru ingin melihat peningkatan pencapaian murid, senarai semak tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan atau hasil pembelajaran dan tingkah laku murid. Senarai semak juga boleh dilengkapkan dengan skala berkadar. II. Rekod Anekdot Rekod anekdot adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Apa yang diucapkan atau diperkatakan oleh kanak-kanak direkod. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah: o o o o o Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku Menulis apa yang dilihat secara objektif Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. III. Rekod Berterusan

Rekod berterusan adalah fakta yang tepat dan di tuliskan mengikut tingkahlaku kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan. Rekod berterus di tulis semasa peristiwa itu berlaku. Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian ini dijalankan dalam tempoh lima hingga 10 minit. Panduan menulis rekod berterusan adalah : o o o o o o Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami. Gunakan singkatan semasa mencatat. Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin

diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau Judgemental. Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang

strategik.

Selepas merekod guru perlu

menganalisis maklumat yang telah

direkodkan. Guru perlu membuat rumusan daripada maklumat yang diperolehi untuk menjelaskan perkembangan murid. Analisis perlu dilakukan dengan teliti bagi menerangkan perkembangan kanak-kanak secara tepat keputusan daripada analisis yang dilakukan akan menentukan tindakan susulan yang perlu dijalankan. Untuk murid yang masih belum menguasai guru perlu membuat aktiviti pemulihan manakala bagi murid sudah menguasai apa yang diajarkan guru hendaklah melakukan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengukuhan pula diberikan kepada murid untuk mengukuhkan dan menguatkan lagi pengetahuan sedia ada mereka. Untuk adik Cristiano analisis yang kami buat adalah untuk menjelaskan perkembangan kognitifnya. Melalui penilaian kami adik Cristiano telah mencapai kesemua objektif yang ingin dicapai dalam senarai semak kami.

Proses seterusnya adalah

melapor. Guru perlu menyampaikan segala

maklumat yang diperolehi daripada hasil analisis yang dijalankan kepada ibu bapa dan pihak sekolah dari masa ke semasa mengikut keperluan. Tujuan guru melaporkan segala maklumat adalah supaya pihak sekolah dan ibubapa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dan akhir sekali guru perlu

merancang tindakan susulan

yang yang perlu dilaksanakan. Tindakan susulan dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:

Memastikan

kelemahan

murid

tidak

terhimpun

sehingga

terjejas

pembelajaran seterusnya.

Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:

Pemulihan. Pengayaan. pengukuhan. Aktiviti Pemulihan Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum menguasai pembelajaran. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan: Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain. Membetulkan perlakuan yang salah. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. Menggunakan bahan visual. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.

Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi: Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. lebih mencabar dan menarik.

Aktiviti pengukuhan Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Untuk membuat penilaian terhadap adik cristiano kami telah merancang aktiviti yang akan kami gunakan untuk memerhati perkembangan kognitifnya. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama iaitu skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah

seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalamanpengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga

seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satusatu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak

menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Piaget telah mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu: 1. Peringkat Sensori motor (Semenjak lahir 2 tahun) 2. Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) 3. Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun) 4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas) Adik Cristiano berada pada peringkat pra operasi. Usia kanak-kanak pada peringkat ini ialah kanak-kanak yang berusia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mula menggunakan bahasa dan mula menyatakan tentang sesuatu objek dengan menggunakan gambar dan perkataan. Mereka mempunyai sikap egosentrik yang mana mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Pada peringkat ini juga kanakkanak sudah boleh mengklasifikasikan objek mengikut jenisnya (Atherton, 2005). Semasa sesi pembelajaran dijalankan kami dapati cristiano sudah boleh mengasngkan buah mengikut ciri-ciri yang kami minta seperti mengumpulkan buah yang mepunyai warna yang sama. Antara aktiviti yang kami lakukan bersama adik Cristiano terdapat dalan rancangan pengajaran dibawah.

Tunjang Sains & Teknologi (Awal Sains) Konstruk Standard Pembelajaran ST 2.3.3 ST 2.3.5 ST 2.3.7 ST 2.3.8 : Membandingkan dan mengumpulkan objek. : Mengasingkan makanan mengikut warna dan rasa : Menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan. :Membanding dikenalpasti. Objektif : Di akhir sesi pengajaran kanak-kanak dapat membuat perbandingan, mengumpulkan dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri sepunya seperti sama warna dan sama rasa dan menyatakan ciri-ciri dikenalpasti dengan betul. Bahan bantu belajar : Lemon Lai Betik dan mengumpul objek mengikut ciri yang

Oren Epal Hijau Pear Pisang Lembaran kerja Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran 1. 2. Guru menunjukkan video lagu buah-buahan kepada kanak-kanak Guru bertanyakan tentang pengalaman kanak-kanak tentang Buah-buahan yang terdapat dalam video Buah-buahan kegemaran Rasa buah yang mereka suka Warna buah 3. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan Dalam setiap kumpulan, kanak-kanak diberi ke semua jenis buahbuahan yang telah dipotong. Kanak-kanak di minta untuk merasa dan menyatakan rasa dan warna buah-buahan tersebut. Selepas mengenalpasti warna yan sama kanak-kanak diminta menandakan -/ pada ruang yang sesuai di lembaran kerja yang di sediakan. Selepas itu kanak-kanak diminta untuk merasa buah-buahan tersebut dan tandakan -/ pada ruang yang sesuai di lembaran kerja. 4. 5. 6. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan Guru memantau kanak-kanak semasa sesi aktiviti dijalankan Sesi soaljawab. Boleh bagitahu cikgu, buah apa yang berwarna kuning?

kemudian guru dan kanak-kanak menyanyi bersama-sama lagu tersebut.

Contoh soalan :

Buah apa rasa masam?

Senarai Semak Nama Murid Nama Guru : Cristiano : Noor faizah Bte Zahid Fatin Atikah Bte Abu Bakar Humairah Bte Salim Basok Mohd Zul Fahim Bin Md Nor. Tunjang : Sains Dan Teknologi / Awal Sains

Arahan : Tandakan (-/ ) dan catatkan tarikh jika murid telah menguasai kemahiran berkenaan atau tandakan ( x ) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai kemahiran berkenaan Bil 1.0 Konstruk / kandungan Sikap Saintifik 1.1 Mempamerkan sikap saintifik _ 1/6/2011 1.1.2 menunjukkan sikap : Cristiano dapat menunjukkan dengan jelas sekali sikap saintifik seperti bekerjasama Pemerhatian 1 11 Ulasan

Sistematik

_ 1/6/2011

dan bertanggungjawab serta bersistematik semasa menjalankan aktiviti.

Kerjasama

_ 1/6/2011

Tanggungjawab

_ 1/6/2011

2.0

Kemahiran Saintifik

2.1 Membuat pemerhatian keatas _ objek, fenomena dan persekitaran 1/6/2011 2.1.6. Memerhati dan mengenalpasti _ bentuk-bentuk di persekitaran. 1/6/2011
2.1.7 Memerhati

persekitaran saiz Kecil

objek-objek di dan mengenal _ 1/6/2011

Besar

_ 1/6/2011

2.1.8 Memerhati

dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan 2.1.9 Memerhati dan merekod pemerhatian dalam bentuk lukisan

_ 1/6/2011 _ 1/6/2011

Adik Cristiano dapat mengenal pasti bentuk buahbuahan yang kami bawa. Dia juga dapat menganal pasti buah mana yang lebih kecil dan buah mana yang besar. Seperti betik lebih besar dari lemon. Adik Cristiano juga boleh merekod hasil pemerhatian di dalam lembaran kerja yang telah kami sediakan. Dia juga boleh melukis buah kegemarannya. Dia juga dapat mengenal pasti persamaan warna buah tersebut seperti buah-

2.1.10 Memerhati dan menyatakan _ kesamaan dan perbezaan objek-objek yang diperhatikan. 1/6/2011

buahan berwarna kuning iaitu lemon , lai dan pisang. Buah-buahan berwarna hijau pula epal hijau dan pear. Buah-buahan berwarna oren pula betik dan oren. Dalam membuat pengukuran unit piawai pula adik Cristiano boleh membandingkan berat objek seperti betik lebih berat daripada oren, pisang lebih ringan daripada pear. Manakala dalam membanding tekstur objek pula adik Cristiano dapat mengenalpasti bahawa kulit oren lebih kasar berbanding kulit epal. Semasa aktiviti dijalankan kami mendapati bahawa adik Cristiano dapat membanding dan mengumpulakan buah-buahan mengikut ciri yang sama seperti epal, oren, pear, lai, dan lemon bersaiz kecil

2.2 Membuat pengukuran

menggunakan unit bukan piawai. 2.2.2 Membandingkan berat objek : Lebih ringan _ 1/6/2011 Lebih berat _ 1/6/2011 2.2.3 Membandingkan objek : licin tekstur _ 1/6/2011 kasar _ 1/6/2011 2.3 Membanding objek 2.2.3 dan mengelaskan _ 1/6/2011 Membandingkan dan mengumpulkan objekobjek mengikut satu ciri : Saiz

1/6/2011 Berat _ 1/6/2011 2.3.4 Mengumpulkan objekobjek yang mempunyai dua ciri yang sama : Warna dan bentuk

manakala pisang dan betik beraiz lebih besar.

_ 1/6/2011

Saiz dan bentuk

_ 1/6/2011

Mengasingkan mengikut rasa : Masam

makanan

_ 1/6/2011

Manis

_ 1/6/2011

Adik Cristiano dapat mengenalpasti rasa masam buah oren, epal, dan lemon manakala rasa manis pula adalah buah betik, pisang, lai, dan pear.

2.3.7 Menyat _ akan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang 1/6/2011 telah dibuat dengan bimbingan.
2.4 Membuat ramalan berdasarkan

pengalaman lepas. 2.4.2 Membu _ at ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan 1/6/2011 pengalaman lepas.

Semasa menjalankan aktiviti merasa buahbuahan sebaik sahaja melihat buah lemon dan oren adik Cristiano membuat mimik muka seperti dapat membayangkan

rasa masam lemon dan oren. Ini berlaku berdasarkan pengalaman lepasnya yang pernah merasa buah tersebut. 3.0 Menyiasat alam kehidupan 3.3 meneroka bahagian-bahagian buah-buahan. Memerhati mengumpulkan mengikut ciri : Warna dan buah _ 1/6/2011 Saiz _ 1/6/2011 Tekstur _ 1/6/2011 Bentuk _ 1/6/2011
3.3.7

3.3.5

Semasa aktiviti dijalankan kami mendapati bahawa adik Cristiano dapat membanding dan mengumpulakan buah-buahan mengikut ciri yang sama seperti epal, oren, pear, lai, dan lemon bersaiz kecil manakala pisang dan betik beraiz lebih besar

Memerhati mengumpulkan buahan mengikut ciri : Buah biji

dan buah_ 1/6/2011

Buah tidak biji

_ 1/6/2011

Selain itu juga adik Cristiano dapat mengenalpasti buah yang berbiji seperti epal, oren, lemon, betik, lai dan pear manakala buah pisang pula tidak berbiji.

3.3.8

Memerhati dan _ mengumpulan buah-buahan yang biasa dijumpai mengikut 1/6/2011 ciri warna dan berbiji.

Dari pemerhatian yang dilakukan, jelas dapat dilihat bahawa Cristriano adalah seorang murid yang cerdas. Dia boleh membuat setiap aktiviti yang disediakan dengan baik. Ketika arahan diberikan, dia mendengar dengan teliti. Misalnya di dalam aktiviti yang pertama iaitu mengasingkan buah-buahan mengikut warna. Hanya sekali arahan yang diberikan Cristiano terus membuat aktiviti tersebut. Semua buah-buahan diasingkan mengikut warna yang betul iaitu oren, kuning dan hijau. Cristiano juga tidak mengambil masa yang lama untuk mengasingkan buah-buahan tersebut. Aktiviti yang kedua diadakan iaitu merasa buah- buahan dan mengelaskan mengikut rasa masam dan manis. Cristiano merasa kesemua buah-buahan dan dapat mengelaskan mengikut rasa masam dan manis dengan tepat. Dia lebih mendahului rakan-rakannya yang lain. Cristiano adalah seorang murid yang pandai dan berani. Kesemua soalan yang kami ajukan dapat dijawab dengan cepat dan tepat. Contohnya selepas aktiviti mengasingkan buah- buahan mengikut warna, kami bertanya kembali apakah warna buah-buahan tersebut. Dia boleh menjawab dengan betul. Semasa bertanya tentang buah-buahan kegemaran murid-murid, Cristiano begitu bersemangat bercerita tentang buah kegemarannya iaitu buah oren. Cristiano mempunyai keupayaan penaakulan yang luar biasa. Misalnya ketika aktiviti kedua, kami bertanya kembali beberapa soalan berkaitan aktiviti pertama. Hanya Cristiano seorang yang boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Kadar pembelajarannya juga cepat kerana kami tidak perlu

menerangkan kepadanya secara berulang kali. Dia juga sangat meminati pembelajaran yang diadakan. Dalam setiap aktiviti yang diadakan, dia akan mengambil bahagian. Selain itu juga Cristiano mempunyai tahap tumpuan yang lama. Sepanjang aktiviti diadakan, dia langsung tidak menunjukkan riak wajah bosan walaupun aktiviti dijalankan agak lama kerana menunggu setiap murid memenuhkan lembaran kerja masing-masing. Dia memberikan tumpuan yang penuh dalam setiap aktiviti. Dia juga mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Ini dapat dilihat jelas ketika dia begitu sabar menunggu aktiviti seterusnya yang akan diadakan. Semasa membuat aktiviti juga, Cristiano sentiasa menunjukkan semangat yang positif seperti bersabar, bekerjasama dengan rakan dan bersemangat. Dia bersabar ketika menunggu setiap arahan yang kami berikan. Selain dari itu, dia tidak berebut-rebut dengan kawan-kawannya. Cristiano akan menunggu giliran. Pergaulannya dengan kawan-kawannya juga kelihatan baik. Dia dapat bertukartukar pendapat dan berkongsi dengan kawan-kawannya. Semasa kami mulamula sampai ke tadika juga, Cristiano juga menyambut kedatangan kami dengan baik. Dia tidak menunjukkan sikap yang pelik walaupun baru pertama kali berjumpa. Cristiano adalah seorang kanak-kanak yang mudah mesra dan senang didekati. Aspek perkembangan kognitif Cristiano sangat memberangsangkan. Ini dapat dilihat pada kemampuannya dalam menerima, mengolah, dan memahami arahan-arahan yang sampai padanya. Setelah membuat analisis tentang pencapaian Cristiano dalam setiap aktiviti yang diadakan, kami telah merancangkan satu tindakan susulan untuknya. Tindakan susulan yang dipilih adalah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dipilih kerana Cristiano lebih mendahului dari rakan-rakannya yang

lain. Dia juga beleh membuat kesemua aktiviti yang diadakan dengn betul. Kesemua soalan yang ditanya juga boleh dijawab berbanding dengan rakanrakan yang lain.

Aktiviti Pengayaan Tunjang Sains Dan Teknologi Masa :30 minit 16/7/2011 ST 2.4.2 Membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman lepas Bahan bantu belajar : Objektif : Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid- murid dapat menghasilkan 1 warna baru hasil gabungan 2 daripada warna yang telah disediakan. Langkah- langkah : 1. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil (1: 4) 2. Guru menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti yang akan dijalankan. Warna merah, biru dan kuning diletakkan di hadapan murid-murid Campurkan 2 daripada 3 warna yang telah disediakan untuk kertas lukisan cat air ( biru,kuning,merah ) cawan air berus mewarna Tarikh :

menghasilkan satu warna yang baru

Warnakan pada kertas lukisan warna baru yang telah dihasilkan Selepas itu murid-murid diminta menceritakan kepada rakan-rakan

yang lain tentang warna yang telah dihasilkan 3. Sesi soal jawab Contoh soalan Boleh beritahu cikgu dan rakan-rakan warna apa yang telah kamu Macam mana terhasilnya warna hijau? hasilkan?

Contoh lembaran kerja Nama : Warna pertama Merah Biru Merah Warna kedua Kuning Kuning Biru Tarikh : Warna yang dihasilkan Jingga Hijau Ungu

Kesimpulan Secara kesimpulannya kami dapati bahawa adalah amat penting bagi seseorang guru untuk mempunyai pengetahuan tentang bagaimana membuat penilaian kerana melalui penilaianlah seorang guru itu dapat menilai sejauh mana keberkesanan teknik-teknik yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak cara penilaian yang paling baik ialah dengan membuat pemerhatian. Penilaian harus dibuat secara berterusan bagi memastikan tahap perkembangan kanak-kanak. Segala perkembangan perlu direkodkan sama ada menggunakan senarai semak, rekod berterusan atau rekod anekdot dan hasil analisis perlu diberitahu kepada ahli keluarga murid. Segala hasil pemerhatian tidak boleh diberitahu kepada orang lain kecuali ahli keluarga murid dan pengetua sekolah. Kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. Ada kanak-kanak yang bijak ada juga yang lemah. Disinilah fungsinya kenapa penilaian itu penting. Melalui penilaian guru dapat mengukur tahap perkembangan murid-muridnya sebagai persiapan kepada guru untuk mencari idea yang lebih baik agar dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran. Guru akan membuat tindakan susulan yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanakkanak. Misalnya untuk kanak-kanak yang telah menguasai guru akan membuat aktiviti pengayaan, bagi kanak-kanak yang lemah pula guru akan membuat aktiviti pemulihan.

Pencapaian adik Cristiano ialah 100% berpandukan dalam senarai semak yang kami lakukan. Perkembangannya normal. Pergaulannya dengan kawankawan, guru dan kami amat baik sekali. Dia mudah menyesuaikan diri dengan kami walaupun itu merupakan kali pertama kami berjumpa dengannya. Dia juga kelihatan begitu ceria. Oleh kerana dia telah menguasai apa yang kami ajarkan jadi kami telah merancang untuk membuat tindakan susulan pengayaan. Refleksi Kendiri Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyelesaikan kerja kursus pendek Pemerhatian dan Penilaian Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Fatin, Humairah dan Basok mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami, Puan Norbe yang telah banyak memberi maklumat sepanjang menjalankan tugasan ini. Tidak lupa juga pada rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu menyiapkan tugasan yang diberi. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami, jutaan terima kasih diatas sokongan dan dorongan terutamanya dari segi keewangan. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan juga telah membahagikan tugas masing-masing mengikut item yang disenaraikan di dalam soalan tugasan. Pada mulanya saya dan rakan-rakan pergi ke perpustakaan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat penting. Saya dan rakan-rakan juga ada pergi ke kedai buku untuk mencari bahan rujukan yang berkaitan. Saya dan rakan-rakan juga ada pergi ke perpustakaan awam tetapi agak sukar untuk mendapatkan bahan rujukan. Selain dari itu, saya dan rakan-rakan juga telah merancang beberapa aktiviti yang sesuai untuk dijalankan semasa membuat pemerhatian bersama murid-murid di tadika yang akan kami pergi. Kami memilih tunjang Sains dan Teknologi( awal sains). Aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Senarai semak turut disediakan. Kami juga iaitu aktiviti

menyediakan kesemua bahan-bahan yang ingin digunakan semasa aktiviti sehari sebelum kami pergi ke tadika. Murid-murid di tadika begitu bersemangat dalam menjalankan setiap aktiviti. Mereka juga memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam setiap aktiviti tersebut terutamanya Cristiano. Pada mulanya mereka agak kekok pertama kali berjumpa. Namun selepas beberapa ketika, mereka begitu selesa bersama saya dan rakan-rakan. Cristiano adalah seorang murid yang cerdas dan pandai. Dia lebih mendahului rakan-rakannya yang lain dalam membuat aktiviti. Jelas kelihatan dia begitu seronok ketika membuat aktiviti. Dia sentiasa menunjukkan sikap yang positif bukan sahaja pada kami malah pada rakanrakannya juga. Setiap soalan yang kami kemukakan dapat dijawab dengan tepat olehnya. Selepas melaksanakan pemerhatian menggunakan senarai semak dan aktiviti yang telah disediakan, saya dan rakan-rakan membuat analisis tentang pemerhatian yang kami perolehi sepanjang kami membuat aktiviti bersama murid-murid di tadika mengenai aspek perkembangan yang telah dipilih iaitu perkembangan kognitif. Kami mengambil masa beberapa hari untuk membuat analisis tersebut. Kami juga ada membuat rujukan di internet untuk menyiapkan analisis ini. Selepas itu kami menyiapkan beberapa lagi item yang disenaraikan di dalam soalan tugasan. Akhir sekali barulah saya menyiapkan refleksi kendiri yang menjadi penutup kepada kerja kursus pendek ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa halangan yang kami lalui untuk menyiapkan tugasan ini antaranya kelajuan talian internet yang perlahan, tugasan yang banyak dari mata pelajaran lain, kekurangan kos kewangan untuk membeli buku rujukan dan buku yang terdapat di perpustakaan juga tidak banyak. Selepas menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya dalam mengulangkaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang jelas tentang cara-cara sebenar membuat penilaian kerana saya dan rakan-rakan telah pergi sendiri ke tadika. Kami membuat aktiviti bersama-sama murid-murid di tadika dan membuat penilaian ke atas mereka. Secara tidak langsung saya

dan rakan-rakan mendapat pengalaman sebenar tentang bagaimana mengajar murid-murid di tadika sekaligus membuat penilaian terhadap mereka. Langkahlangkah untuk membuat pemerhatian dan penilaian memang perlu diketahui oleh saya sebagai seorang bakal guru agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan jayanya. Noor Faizah Mohd Zahid DPAK A0902009 KOHORT 7A Refleksi kendiri. Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan keberkatannya kami dapat menyiapkan tugasan Pemerhatian dan Penilaian yang diberikan oleh pensyarah tepat pada masanya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya faizah , basok dan fatin kerana telah bersama-sama menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami Puan Norbe Bte Md Nor atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau. Tugasan penilaian ini merupakan sesuatu cabaran yang baru buat kami dimana kami perlu melakukan penilaian bagi memperoleh maklumat perkembangan murid agar kami boleh merancang tindakan susulan untuk meningkatkan perkembangan optima terhadap murid yang kami pilih iaitu adik Cristiano daripada sekolah Tadika Kemas Bukit Lanjan. Murid-murid disitu begitu bersemangat sewaktu menjalankan setiap aktiviti. Mereka juga memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam setiap aktiviti tersebut terutamanya Cristiano. Cristiano adalah seorang murid yang cerdas dan pandai. Dia lebih mendahului rakan-rakannya yang lain dalam membuat aktiviti. Jelas kelihatan dia begitu seronok ketika membuat aktiviti. Dia sentiasa menunjukkan sikap yang positif bukan sahaja pada kami malah pada rakan-rakannya juga. Setiap soalan yang kami kemukakan dapat dijawab dengan tepat olehnya.

Semasa sesi pengajaran berlangsung saya sedar bahawa kami mengambil masa yang agak lama daripada yang kami rancangkan. Insyaallah pada masa akan datang saya akan lebih berhati-hati dalam penggunaan masa supaya perkara sebegini tidak berulang lagiMemandangkan kami tiada pengalaman dan itu merupakan kali pertama kami mengajar kanak-kanak kami sedikit kekok dan kaku pada mulanya kerana tidak tahu bagaimana ingin memulakan sesi pengajaran. Pengalaman yang saya dapat semasa mengajar Cristiano amat bermakna kerana dapat membantu saya pada masa akan datang dan tidak akan merasa kekok lagi kerana saya telah mendapat gambaran sebenar situasi mengajar. Banyak perkara yang perlu saya perbaiki seperti merancang aktiviti dengan lebih teliti dan tersusun, bijak menggunakan masa dengan sebaik-baiknya serta menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud seperti yang kami gunakan iaitu membawa buah-buahan yang sebenar kerina saya dapati dengan cara itu Cristiano lebih mudah faham dan dapat merasa rasa sebenar buah-buahan dan dia lebih mengingati apa yang telah dipelajari kerana dia sendiri telah merasa buah-buahan dan faham tentang konsep rasa. Semasa menyiapkan kertas kerja pula banyak bahan yang kami guna seperti di internet dan buku rujukan. Banyak ilmu-ilmu yang saya dapat daripada bahan-bahan tersebut membuatkan saya lebih faham tentang subjek dan Pemerhatian dan Penilaian. Saya juga kini lebih jelas tentang apakah tujuan seorang guru itu menilai murid-muridnya serta bagaimana membuat menggunakan senarai semak dan rekod-rekod yang lain. Walaupun terdapat banyak kekangan yang kami lalui untuk menyiapkan tugasan ini antaranya kelajuan talian internet yang perlahan, tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain, kekurangan kos kewangan untuk membeli buku rujukan dan buku yang terdapat di perpustakaan juga tidak banyak.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru tentang subjek Pemerhatian dan Penilaian ini. Ia menjadikan saya seorang guru yang lebih teliti dalam membuat penilaian serta mempunyai banyak idea yang dapat saya praktikan untuk menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan dan melahirkan anak-anak didik yang sempurna tahap perkembangannya. Humairah Bte Salim ( DPAKA0902013 )

Refleksi kendiri ( Fatin Atikah Abu Bakar A0902014 ) Assalamualaikum,bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan Pemerhatian dan Penilaian yang diberikan oleh pensyarah ini dengan sempurna dan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu serta memberi kerjasama kepada kami semua. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan tepat pada masanya dan jayanya. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Norbe Mohd Nor kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Di samping itu juga, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami kerana memberi sokongan moral dan bantuan kewangan. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas seorang murid di sekolah Tadika Kemas Bukit Lanjan untuk menilai dan mengetahui sejauh mana aspek perkembangan murid-murid tersebut agar kami boleh merancang tindakan susulan untuk meningkatkan perkembangan muridmurid di tadika itu tetapi kami dikehendaki memilih seorang sahaja kanak-kanak

untuk melancarkan tugasan ini iaitu kami memilih kanak-kanak yang bernama Cristiano. Sesampainya kami di Tadika Kemas Bukit Lanjan itu, murid-murid di sana menerima kami dengan gembira termasuklah Cristiano, malahan kami ini dianggap macam kawan-kawan mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya sedar masa yang kami gunakan agak lama daripada yang dirancangkan. Tetapi, lain kali saya akan lebih berhati-hati dalam penggunaan masa supaya tidak akan berulang lagi. Semasa proses pengajaran ini berlaku, ia memberikan pengalaman baru untuk saya kerana sebelum ini saya hanya belajar menggunakan teori tetapi selepas melakukan tugasan ini, apa yang saya pelajari selama ini juga semakin jelas dan pengalaman ini juga dapat membantu saya untuk mengajar pada hari kelak. Semasa mengajar Cristiano, kami menggunakan bahan yang maujud iaitu buah-buahan, supaya senang untuk memahami. Semasa menjalankan aktiviti ini beliau mudah memahami apa yang diajarkan oleh kami dan dapat merasai rasa sebenar buah-buahan. Selain itu juga, ketika sesi soal jawab dengan kami, Cristiano dapat menjawab dengan tepat soalan yang di tanya oleh kami. Contohnya apa nama buah ini?, warna apa buah ini? dan Apa rasa buah ini? . Beliau seorang yang cekap kerana dapat mengingati apa yang telah dipelajari kerana beliau sendiri telah merasa buah-buahan dan dapat memahami konsep rasa. Apa sahaja soalan mengenai aktiviti yang dianjurkan oleh kumpulan saya, dia dapat menjawab dengan tepat daripada kanak-kanak lain. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet dan buku rujukan. Selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami. Melalui tugasan ini saya dapat memahami tentang membuat penilaian ke atas seorang kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan

sebagainya. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai subjek Pemerhatian dan Penilaian. Walaupun terdapat banyak kekangan yang kami lalui untuk menyiapkan tugasan ini antaranya tugasan yang banyak dari subjek lain, kelajuan internet yang perlahan, kekurangan kos kewangan untuk membeli buku rujukan dan buku yang terdapat di perpustakaan juga tidak banyak. Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan tugasan kami ini. Bantuan yang diberikan oleh anda-anda semua semoga diberkati oleh Allah s.wt.

Rujukan
Tan Hai Leng & Ee Ah Meng. ( 1996 ). Penilaian Dalam Proses Pendidikan.

Shah Alam : Fajar Bakti.


Wortham . S. ( 1995 ). Measurement and Evaluation in Early Childhood

Education. London : Prentice Hall.


Mok Soon Sang. ( 2009 ). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sek Rendah :

Komponen 1 & 2 ) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Bahagian

Pembangunan

Kurikulum

Kementerian

Pelajaran

Malaysia.

( 2010 ). Pelaksaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna ) Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Di Prasekolah. Kuala Lumpur : Pencetakan Rita.
Suraya Zaidoh & Haslinda Md. Ali. ( 2009 ). Penilaian Dalam Pendidikan

Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.

Saayah Abu.( 2009 ). Menjadi Guru Tadika.

Kuala Lumpur : PTS

PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.


Mok Soon Sang. ( 2008 ). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor :

Penerbitan
Bahagian

Multimedia Sdn. Bhd. Pembangunan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

( 2009 ). Dokumen Standard Prasekolah.


http://www.scribd.com/doc/46545678/Pemerhatian-Dan-Penilaian-Kanak-Su hea.ump.edu.my/images/asdc/utec_PENILAIAN_pkk.ppt

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( DTM304 )


Nama Ahli :

Fatin Atikah Bte Abu Bakar ( DPAK A0902014 ) Noor Faizah Bte Mohd Zahid ( DPAK A0902009 )

Humairah Bte salim ( DPAK A0902013 ) Basok Mohd Zul Fahim Bin Md Nor (DPAK A0801002)

NAMA PENSYARAH : Puan Norbe Bte Md Nor Tajuk : Pemerhatian Dan Penilaian

Anda mungkin juga menyukai