Anda di halaman 1dari 5

Punca masalah komunikasi dalam bilik darjah: 1. Guru menunjukkan muka masam dan serius- menakutkan pelajar 2.

Guru sentiasa menegur dan mengkritik kecil-murid akan mendiamkan diri 3. Amalan kepimpinan autokratik jejaskan komunikasi dua hala 4. Guru mengejek si murid dengan nama seperti si bodoh, si botak, -murid akan berdiam diri dan duduk menjauhi guru. 5. Guru suka memberi amaran dan hukuman kepada guru sesuka hati pelajar walaupun kesilapan yang

wujudkan betuk hubungan yang tidak mesra. 6. Suara guru kurang jelas atau lantang- murid tidak dengar 7. Guru menggunakan bahasa dialek atau bahasa yang tidak difahami pelajar. 8. Gaya guru mengajar yang tidak sesuai-sentiasa duduk ketika mengajar. 9. Guru mengajar dengan percakapn yang cepat-murid tidak dapat ikuti. 10.Pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai hanya berpusatkan kepada guru dan gunakan teknik syarahan-tidak galakan komunikasi dua hala

Sumber : Dr. Narendra Kumar Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka MASALAH-MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH 1. Mengkritik Pelajar Guru yang sentiasa mengkritik pelajar boleh menimbulkan halangan kepada

komunikasi. Kritikan guru akan menyebabkan pelajar-pelajar untuk memilih untuk mendiamkan diri. 2. Melabel Pelajar

Guru yang melabel pelajar dengan pelbagai nama seperti si bodoh, si botak, dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.Pelajar akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3. Memberi Arahan Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa pelajar untuk membuat sesuatu tugasan boleh menghalang komunikasi. 4. Ancaman Guru yang mengancam pelajar-pelajar dengan member berbagai-bagai amaran jika tidak menyiapkan sesuatu tugasan secara tidak langsung akan tidak menggalakkan komunikasi yang terbuka. 5. Memek Muka Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan pelajar untuk bertanya atau member jawapan. Guru yang bermasam muka tidak boleh mengharapkan pernyertaan kelas yang baik. 6. Kekurangan Perhatian Guru yang sentiasa duduk dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadap jawapan pelajar secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi. 7. Bahasa Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar-pelajar boleh menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku 8. Kelajuan Guru yang bertutur atau bercakap dengan kadar yang laju sukar difahami oleh pelajar-pelajar dan pelajar juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru. Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada pelajarpelajar.

9. Kekurangan Persediaan Persediaan yang kurang rapi boleh menyebabkan kekeliruan ketika penyampaian pelajaran dijalankan. Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahu kepada yang belum diketahui. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas. Dalam hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku. 10. Aktiviti Pembelajaran Kurang Menarik Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru kurang yang menarik, membosankan, pelajar-pelajar akan enggan menyertainya lalu menimbulkan kebisingan dan gangguan-gangguan yang lain. Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH 1. Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. Ini membolehkan setiap pelajar mendengar dengan mudah dan jelas. Selepas itu, barulah pelajar-pelajar digalakkan untuk bertanya. 2. Elakkan daripada mengkritik idea pelajar yang kurang tepat. Cuba baiki jawapan yang dianggap kurang sesuai. 3. Elakkan daripada melabel pelajar dengan kata-kata berbentuk negative. Melalui cara ini, pelajar-pelajar akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah. 4. Galakkan perundingan.Pelajar berkemungkinan akan memberontak jika guru member arahan. Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila pelajarpelajar diajak berunding. 5. Tunjukksan memek muka yang berseri ketika pelajar sedang mencuba atau menyoal. Keadaan seperti ini mewujudkan suasan yang selesa bagi pelajar yang menyertai perbincangan.

6. Berikan perhatian penuh ketika pelajar sedang menjawab atau menyoal. Perhatian yang penuh akan mendorong pelajar untuk terus berinteraksi dengan guru. 7. Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ini akan memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru. 8. Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa pelajarpelajar. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan. KESIMPULANNYA Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997). Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim. Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran

berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai