Anda di halaman 1dari 8

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

1.0 Pengenalan
Seorang budak yang bernama Ishaan Nandkishore Awasth yang berumur lapan
tahun, masih tidak dapat melakukan perkara yang dianggap biasa oleh semua orang,
tidak dapat mengikat butang baju dan juga tali kasut. Dia tidak dapat membezakan saiz
sama ada besar atau kecil, jarak sama ada jauh atau dekat, serta dalam jangka masa
yang pendek. Dia mempunyai masalah disleksia sejak kecil lagi tetapi malangnya dia
tidak mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa dan gurunya disebabkan
mereka tidak berperasaan bahawa Ishaan merupakan kanak istimewa.
Menurut Pete & Steve (1997), perkataan disleksia berasal dari Greek yang
bermaksud kesukaran dengan perkataan. Disleksia merupakan keadaan orang yang
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam membaca, menulis dan mengeja.
Kesukaran ini termasuk masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali
simbol-simbol, seperti not muzik atau tanda matematik. Disleksia bukan sejenis penyakit
dan tidak akan dijangkiti atau disebar daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain.
Punca kepada masalah ini kebanyakan disebabkan oleh keturunan daripada ibu bapa.
Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa otak orang yang mengalami
disleksia menggunakan jalan yang berlainan untuk menyusun atur maklumat. Walau
bagaimanapun, disleksia bukan masalah pembelajaran yang dihukum mati, masalah ini
boleh dibantu dan ditangani melalui teknik-teknik yang sesuai.
2.0 Ulasan esei
Menurut buku Murid dan Alam Belajar edisi kemaskini, "Alam belajar dapat
didefinisikan sebagai suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang
minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah
yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu." Maka, alam belajar yang baik dapat
memupuk suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dan
adalah penting dalam perkembangan dan pembelajaran murid.
Salah satu aspek iaitu aspek fizikal. Contohnya, Ishaan mempunyai ibu bapanya
yang tidak jelas tentang situasi dan kesukaran Ishaan belajar adalah masalah disleksia,
dimana persekitaran atau alam sekeliling individu budak itu adalah tidak Persekitaran
rumah yang ibu bapa anggap agak kondusif kepada anak-anak mereka tetapi ia tidak
sesuai bagi Ishaan kerana apakah yang Ishaan perlukan adalah prihatin akan

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

masalahnya dan membimbingnya semasa belajar sesuatu. Kanak-kanak pada umur


sebegini sudah bermula untuk belajar berfikir, berkawan, membentuk peraturan,
mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitaran fizikal yang dihadapinya
tetapi semuanya sukar bagi Ishaan untuk mematuhi peraturan ditetapkan dalam
masyarakat biasa.
Selain daripada persekitaran fizikal, aspek psikososial juga boleh mempengaruhi
pembelajaran kanak-kanak terutama Ishaan yang mengalami penyakit disleksia itu.
Contohnya, rakan-rakannya bersama dengan gurunya juga menganggap Ishaan adalah
bodoh dan nakal kerana tidak bererti mempelajari apa yang guru ajar dan tidak
mematuhi peraturan. Ishaan juga menjadi lebih sukar untuk membina hubungan sosial
dengan kanak-kanak lain. Ini akan menjadikan Ishaan sengaja bertindak nakal atapuun
menolak arahan bagi tujuan menyembunyi kelemahannya yang tidak dapat mengetahui
apa yang guru ajar. Walaubagaimanapun, bapa Ishaan juga tidak prihatin terhadap
perkembangan anak bongsunya. Dia berpendapat sikap abang Ishaan adalah berbeza
jauh dengan Ishaan dimana abangnya tekun dan merupakan pelajar yang cemerlang
dalam aspek akademik dan sukan tetapi Ishaan adalah malas dan nakal. Sebenarnya,
bapa yang tidak berperanan baik sebagai penjaga bagi anaknya yang hanya
mementingkan prestasi anak tetapi tidak memahami keperluan anaknya.
Aspek psikososial yang menekankan anak-anak membesar dalam keluarga yang
mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan
berkembang

dengan

lebih

positif.

Perasaan

selamat,

diterima,

dihargai

dan

seumpamanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Penekanan


yang baik tidak dapat diaplikasikan terhadap Ishaan kerana dia kekurangan perhatian
yang istimewa daripada ibu bapa, rakan-rakan, dan gurunya. Misalnya, Ishaan telah
mengatakan huruf-huruf dalam buku sedang menari, tetapi guru masih memberi tekanan
kepadanya

dengan

memaksanya

membaca

apa yang

terdapat

dalam

buku.

Sebenarnya, Ishaan tidak mengetahui apakah huruf itu dan tidak dapat mengaitkan
dengan

kognitif

sendiri.

Walaubagaimanapun,

guru

dan

rakan-rakannya

telah

membentuk perasaan yang tertekan, tidak selesa, dan takut di dalam diri Ishaan.
Masalah ini berterusan dan menyebabkan bapanya terpaksa menghantarkan
Ishaan ke sekolah berasrama penuh. Ini adalah kerana bapanya yang menganggap
semuanya adalah masalah anaknya adalah tidak berdisplin dan tidak mahu berdikari.

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

Ishaan telah menanggung tekanan yang lebih besar dan persekitaran fizikal adalah tidak
sesuai kepadanya, dia juga kekurangan kasih sayang ibu bapa dan abangnya.
Semuanya menjadi teruk dan suasana kehidupan menyebabkan Ishaan kehilangan
keyakinan dan menganggap kehidupan sebegini seperti menanggungkan kederitaan.
Situasi ini semakin teruk sesehingga dia menemui seorang guru seni yang baru,
Encik Ram Shankar Nikumbh. Maka, guru itu yang memainkan peranan yang amat
penting dalam menentukan persekitaran pembelajaran yang sihat. Kepimpimpinan guru,
keupayaan guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik
darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk
komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada kewujudan persekitaran
psikososial yang membantu pembelajaran. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang
mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam
pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran yang merangsangkan.
Apakah yang dapat dilihatkan pada mulanya video itu, guru-guru di sekolah asal
wujud dalam minda Ishaan bersama dengan semua huruf dan angka nombor di tepinya
adalah berputar-pusing dan semuanya terbang dan kelihatan selerak. Ishaan tidak dapat
menerima apa yang diajar oleh gurunya. Fenomena ini dapat dikatakan minda budak itu
tidak dapat menghubungkan siaran yang sama dengan guru matematik dan inggerisnya.
Encik Ram Nikumbh telah memerhatikan keadaan Ishaan sebegitu dan kemudian juga
memberikan satu contoh kepada ibu bapa Ishaan seperti menunjukkan kotak mainan
yang bertulisan Cina kepada bapanya dan memintanya untuk menyebut apakah
kandungan dalam tulisan itu. Guru seterusnya mengaitkan situasi Ishaan dengan
keadaan bapa yang tidak bererti bahasa Cina dan menyatakan bahawa Ishaan cuma
mempunyai proses perkembangan yang tidak sama dengan orang biasa dan lebih
lembap daripada rakan yang berumur sepertinya. Maka dia tidak dapat menerima benda
yang baru dan mencabar baginya. Menurut J.P Das dalam buku 'Reading Difficulties
and Dyslexia : An Interpretation for Teachers', perkembangan pembacaan kanak-kanak
terbahagi kepada empat fasa iaitu :
Fasa simbol: Kanak-kanak akan melukiskan garisan dengan, menganggap ia sebagai
perkataan alternatif yang diketahui, tetapi bukannya ditetapkan dan diterima dalam
kalangan masyarakat secara umum.

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

Fasa gambar: Kanak-kanak mula menyedari perkataan, tetapi hanya melihat perkataan
sebagai lukisan, suatu jenis pergabungan gambar dengan perkataan dan tidak boleh
dibezakan.
Fasa huruf: Menyedari setiap huruf, dan mereka mewakili sebutan yang berbeza.
Fasa ortografi: Mengetahui cara penggabungan huruf, dan dapat membaca perkataan
itu yang tidak sangat biasa dan juga perkataan yang baru dengan automatik.
Dengan itu, Ishaan boleh dikatakan masih menghinggap pada peringkat kedua
dan mengalami halangan yang serius dalam proses yang membawa kepada peringkat
ketiga.
Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluaan psikologi
perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri,
belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar
diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial
memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.
Guru seni ini memulakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan
menyembunyikan

diri

sendiri

dan

meniup

seruling

untuk

mencungkil

dan

mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan murid terhadap guru baru ini.
Kemudian guru memulakan set induksi iaitu menari dan menyanyi untuk membina
hubungan yang baik sesama mereka supaya murid-murid tidak berasa tidak biasa
kerana baru mengenali guru itu. Selain itu, perbezaan dapat ditonjolkan antara guru seni
yang baru ini dengan guru seni yang dulu. Guru seni yang dulu hanya meminta muridmurid untuk melukis apa yang ditunjukkan olehnya. Beliau juga meminta murid-murid
supaya melukis dengan sempurna, tidak boleh condong dan sebagainya. Sebaliknya,
guru seni yang baru itu mengaplikasikan teori humanisme dengan memberi peluang
kepada murid untuk memilih tugasan. Contohnya, beliau tidak mengehadkan imaginasi
murid dan hanya meminta mereka melukis apa yang ingin lukis pada kertas putih
sahaja. Guru menekankan setiap manusia adalah istimewa dan mempunyai tahap
perkembangan mereka masing-masing. Beliau melakukan aktiviti melukis tanpa
mengikut sesuatu benda dengan adanya model jawapan. Guru dapat mengaplikasikan
apa yang ditekankan dalam lima objektif Gagne dan Berliner (1991) dan salah satunya
iaitu mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

Daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua guru, kenyataan telah


menunjukkan bahawa guru baru ini memberikan fokus kepada pelajar,bukannya subjek.
Beliau juga bertindak sebagai fasilitator bagi proses pelaksanaan aktiviti itu. Beliau
menerima setiap pelajar tanpa syarat termasuk Ishaan yang mempunyai masalah
disleksia, dan menggunakan cara pengajaran yang berbeza mengikut potensi dan
keupayaannya. Beliau mengenali keperluan Ishaan dan sanggup meluangkan masa
menjalankan aktiviti yang sesuai dengan tahapnya seperti membezakan huruf dengan
warna, menulis huruf pada tangan dengan memejam mata untuk merasakannya, dan
juga membaca huruf itu dengan mengaitkan dan menyatakan objek yang memulakan
huruf tersebut. Hal itu terbukti guru bersikap prihatin terhadap Ishaan Beliau juga
meluangkan masa untuk mengajar Ishaan pada masa selepas waktu persekolahan
setiap hari. Mengikuti mahzab humanisme, beliau menerima dan juga melayani
perbezaan individu tidak kira mereka mempunyai tahap yang berbeza. Guru juga
mencungkil bakat Ishaan iaitu dalam aspek seni dan membawanya untuk menyertai
pertandingan melukis. Tujuan ini dapat juga membantu Ishaan meningkatkan keyakinan
di samping Ishaan haruslah mendapatkan peluang dan kebebasan untuk memilih
kegemarannya supaya dapat menguasai dan terus berusaha dalam bidang yang
mempunyai potensi untuk dicungkil lebih mendalam baginya.
Pada pendapat saya, Encik Ram Shankar Nikumbh iaitu guru seni kepada
Ishaan bukan sahaja menggunakan teori pembelajaran humanisme, tetapi juga
menggunakan teori konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky (18961934) selepas Ishaan dapat mengukuhkan pengetahuannya dan penguasaan terhadap
penggunaan huruf dan angka nombor sebagai pengalaman yang pernah dilalui. Guru
tersebut telah menggunakan teknik scaffolding dalam zon perkembangan terdekat
(ZPD). Guru sentiasa memberi bimbingan dan sokongan kepada Ishaan dan menemani
Ishaan untuk menghabiskan aktiviti seperti menulis huruf dalam buku latihan bersamasama. Guru juga menyertakan model simbolik atau model sebenar untuk membantu
pelajar membuat rumusan tentang sesuatu entiti atau fenomena. Misalnya, tujuan guru
melukis angka pada tangga iaitu memberi peluang kepada Ishaan yang boleh bergerak
dan bermain sambil belajar untuk meneroka cara pengiraan tambah dan tolak di bawah
bimbingan guru. Pada masa Ishaan dapat mengeja huruf dengan sendiri, guru bermula
untuk mengurangkan bimbingan apabila Ishaan telah menguasai peringkat demi
peringkat. Misalnya, guru telah memberikan pita rakaman yang mempunyai rakaman
suara yang mengajar bahasa India kepada Ishaan. Ishaan yang sentiasa menggunakan

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

masa lapang untuk mendengar dan menyebut apa kandungan yang terdapat dalam pita
rakaman itu. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila murid telah dapat melakukannya
sendiri. Guru berjaya menggunakan teori konstruktivisme sosial dengan memberi
penjelasan sesuai dengan aras kognitif murid pada mulanya dan membekalkan aktiviti
yang berbeza mengikuti dengan aras kognitif Ishaan.
Dengan penambahbaikan keadaan Ishaan setelah melakukan aktiviti-aktiviti
yang diberikan oleh Encik Ram Shankar Nikumbh, beliau mula sentiasa memberikan
masa kepada Ishaan untuk mengulangi aktiviti-aktiviti setiap hari selepas waktu
persekolahan untuk mengukuhkan pengetahuan dan penguasaan Ishaan terhadap
kemahiran membaca dan menulis. Begitu juga dengan diri Ishaan yang tekun untuk
belajar. Peribahasa Inggeris 'Practise make perfect' juga dapat mengambarkan situasi
Ishaan semakin menjadi baik dengan sentiasa membaca perkataan pada papan
kenyataan, buku cerita, sajak, sentiasa menulis dan membuat latihan pengiraan. Hukum
Latihan dan hukum kesan dalam teori pelaziman operan Thorndike juga dapat
diaplikasikan ke dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Hubungan rangsangan seperti
guru menulis huruf pada kulit tangan Ishaan dan gerak balas seperti Ishaan menyebut
huruf itu, dan hubungan tersebut akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan
latihan yang banyak serta pelbagai. Ishaan juga mendapat peluang dan masa untuk
berehat dengan memainkan permainan komputer supaya dapat berseronok dan
berusaha untuk meneruskan latihan bersama guru selepas masa bermain.
Guru juga menggunakan strategi pengajaran seperti inkuiri penemuan untuk
membawa murid-murid keluar dari kelas untuk menjalankan aktiviti hands-on yang dapat
menggerak minda mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
sekeliling mereka supaya mencipta sesuatu yang baru dan mengaitkan dengan kreatif
dan inovasi mereka. Menurut Hillard, beliau menjelaskan bahawa gaya pembelajaran
ialah hasil tambah corak-corak seseorang individu membentuk cara-cara untuk respons
terhadap sesuatu pengalaman. Setiap pelajar mempunyai cara belajar tersendiri yang
sesuai untuk pelajar tersebut. Oleh yang demikian, Encik Ram Shankar Nikumbh pada
mulanya memerhatikan bahawa Ishaan tidak menumpukan perhatian dan melukis
kosong dalam kertas putih apabila guru meminta mereka bebas untuk melukis apa-apa
sahaja. Pada mulanya, guru beranggap Ishaan bahawa tidak berminat terhadap seni,
tetapi guru yang bersikap prihatin itu mendapati dan mengenali masalahnya adalah
punca daripada persekitaran yang begitu tertekan telah menyebabkan Ishaan

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

kekurangan minat dalam bidang seni. Daripada masalah menulis dalam buku latihan
Ishaan, guru juga mendapati bahawa masalah adalah faktor baka yang menyebabkan
Ishaan mempunyai masalah disleksia.
Melalui pendekatan humanistik, Maslow (1997) menjelaskan bahawa keperluan
fisiologi dan psikologi perlu dipenuhi agar mencapai penyempurnaan kendiri. Beliau
mengkaji keperluan dalam menentukan motivasi. Matlamat pendekatan humanistik
adalah untuk merangsang pengalaman murid supaya mereka akan mengurang tabiat
mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada
persekitaran. Maka, demi merangsang Ishaan mencapai tahap kompetensi dan harga
diri, guru telah menggunakan strategi membantu pelajar menimba kejayaan, terutama
sekali tugasan yang mencabar, pada mulanya hanya meminta Ishaan untuk membuka
lampu supaya Ishaan dapat merasai bahawa kewujudannya diperhatikan oleh guru, dan
akhirnya meminta Ishaan supaya menyertai pertandingan melukis supaya dapat
mencungkil potensi yang mendalam di dalam diri Ishaan. Seterusnya, guru memberi
Ishaan mekanisme konkrit supaya dia dapat melihat kemajuan dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, Ishaan diminta menulis angka nombor '8' pada papan. Pada mulanya
Ishaan mempunyai sedikit kesusahan untuk menulis nombor '8' makanya '8'nya adalah
besar, tetapi semakin banyak latihan yang dilakukan olehnya, dia dapat menulis nombor
'8' dalam lingkungan kotak yang sederhana dan akhirnya dapat lingkungan kotak yang
lebih kecil. Tambahan pula, guru juga mengelakkan wujudnya situasi-situasi di mana
muridnya, Ishaan dinilai secara kurang adil dalam kalangan rakan sebaya. Maka, guru
hanya meluangkan masa untuk bersama dengan Ishaan untuk melakukan aktiviti
pemulihan secara bersendirian selepas waktu persekolahan pada setiap hari. Guru juga
meninggalkan Ishaan untuk menentukan matlamat sendiri seperti terus berusaha dalam
bidang seni dan terus melakukan kegemarannya seperti melukis selagi dia
mendapatkan keseronokan daripada kegemarannya walaupun masih tidak dapat
diiktirafkan oleh orang lain. Dengan ini, matlamat pendekatan humanistik ini juga dapat
berkait rapat dengan motivasi intrinsik yang guru telahpun digunakan.
Motivasi intrinsik berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal
daripada gerakan dalaman. Guru memberikan contoh tokoh-tokoh yang terkenal seperti
Thomas Alva Edison, Leonardo da Vinci tetapi mereka mempunyai masalah
pembelajaran pada masa kecil lagi. Guru menyemai nilai-nilai murni kepada muridmuridnya dan memberitahu mereka supaya mereka dapat berprihatin dan tidak

LIM EWE JIN

PISMP SAINS SEM2

berpandangan rendah terhadap mereka yang mempunyai masalah pembelajaran.


Tujuan guru sebenarnya adalah untuk memberi motivasi kepada Ishaan secara tidak
langsung supaya dia dapat sedar bahawa setiap makhluk adalah istimewa dan
mempunyai bakat masing-masing termasuklah Ishaan sendiri dan tidak perlu bersikap
negatif dan merendahkan harga diri. Guru juga mengambil contoh sendiri yang
sebenarnya guru juga mempunyai masalah pembelajaran dan berasal daripada
keluarga yang tidak bahagia yang tidak memberi bimbingan yang sesuai kepadanya.
Pada akhir kelas, guru meminta murid-murid supaya keluar dari kelas untuk
menghasilkan sesuatu yang mereka berminat. Walaupun Ishaan juga menghasilkan
sesuatu yang kreatif, tetapi dia masih takut untuk berdepanan dengan khalayak ramai
dan akhirnya juga keyakinan diri juga kembali setelah guru meluangkan masa untuk
melakukan aktiviti dengannya di dalam kelas sahaja. Ishaan yang gemar melukis dan
berkarya dalam bidang seni. Motivasi intrinsik telah disemai dalam diri Ishaan secara
tidak langsung dan walaupun sekarang Ishaan masih tidak dapat mendapatkan
pengiktirafan daripada mana-mana pihak, dia masih boleh gemar dan berasa seronok
melaksanakan kegemarannya. Dia juga bermula untuk mengubah pandangan terhadap
sekeliling dan tidak bersikap negatif serta mula melangkah untuk memberi kepercayaan
kepada gurunya dan membina hubungan yang kukuh dengan gurunya.
3.0 Rumusan
Akhirnya dia juga mendapatkan pengiktirafan daripada orang ramai setelah
memenangi dalam pertandingan melukis itu. Sebagai pengakhiran bagi esei ulasan ini,
semua kanak-kanak adalah istimewa, mereka umpama bintang di bumi, sebahagian
bintang mungkin tidak cukup terang seperti kanak-kanak lain, tetapi apakah yang orang
dewasa yang harus lakukan adalah tidak menafikan mereka yang mempunyai
kecahayaan sendiri, pada seketika ataupun dia menjumpai orang yang dapat
memahami

keperluannya

dan

mencungkil

bakatnya,

dia

dapat

menyebarkan

kecahayaan dengan lebih terang. Begitulah kenyataan ini sebagai ingatan kepada guru
agar sentiasa berprihatin terhadap setiap murid tidak kira sama ada mereka adalah
kanak-kanak

istimewa

ataupun tidak.

Guru juga perlu

mengaplikasikan

pembelajaran, motivasi dan kaedah pembelajaran yang dipelajari dalam kehidupan.

teori

Anda mungkin juga menyukai