Anda di halaman 1dari 17

APLIKASI TIK TOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN

MELAYU

Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring perkembangan
teknologi. Media sosial sudah menjadi sebahagian dalam kegiatan seharian pelajar kerana media
sosial mempunyai daya tarikan yang besar di kalangan pelajar. Sumber-sumber percuma seperti
aplikasi mudah alih menjadi platform yang mudah untuk diakses. Media sosial yang popular
seperti aplikasi Tik Tok harus dimanfaatkan oleh guru sebagai media pembelajaran yang inovatif
dan interaktif untuk diintegrasikan ke dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran
Kesusasteraan Melayu. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk melihat bagaimana penggunaan
aplikasi Tik Tok yang menyediakan pelbagai fitur yang menarik mampu meningkatkan daya
kreativiti pelajar dan menarik minat serta motivasi pelajar dalam pembelajaran Kesusasteraan
Melayu.
Kata kunci: inovasi, pendidikan, Tik Tok, media sosial, Kesusasteraan Melayu

Abstract
The teaching and learning process has undergone many changes along with technological
developments. Social media has become integral to students’ everyday routines because of its
popularity among students. Free resources, such as social media apps, have become accessible
platforms. Teachers should utilize popular social media such as the Tik Tok application as an
innovative and interactive learning medium in teaching and learning Malay Literature. Therefore,
this essay explores how using the Tik Tok application, which has various fascinating features,
might boost students' creativity while also attracting their interest and enthusiasm in learning
Malay Literature.
Keywords: innovation, education, Tik Tok, social media, Malay Literature
Pengenalan

Hari ini, proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan seiring

perkembangan teknologi yang menghidangkan pelbagai kemudahan. Sumber-sumber percuma

dalam internet semakin bertambah setiap hari. Sumber-sumber percuma ini merupakan produk dan

perkhidmatan yang menguntungkan pengguna khususnya para pendidik dan pelajar. Pelbagai

aplikasi digunakan dengan meluas kerana memudahkan keperluan pengajaran dan pembelajaran

dengan cekap dan pantas. Sumber-sumber percuma ini telah menyediakan segala kemudahan

untuk pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Kajian banyak

dijalankan dimana-mana yang melibatkan penggunaan sumber-sumber percuma dan hasil

menunjukkan penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Tik Tok, Instagram, VivaVideo, Kahoot!,

Powtoon, dan Canva amat tinggi. Aplikasi-aplikasi ini sangat membantu guru dalam

meningkatkan kemahiran pelajar kerana pengajaran berbantukan multimedia sangat berkesan

malah dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Chuah, 2013; Kurniawan, Purnomo & Idris, 2020;

Salamah, 2020).

Dalam dunia era digital sekarang, para pelajar banyak menggunakan aplikasi percuma

dalam kegiatan seharian mereka dan ini tidak menghairankan kita kebanyakan masa mereka diisi

dengan melayari media sosial. Malah para pendidik juga harus memanfaatkan sumber-sumber

yang ditawarkan media sosial untuk tujuan mencari bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

seorang pendidik, ada banyak keperluan perlu disediakan untuk menarik minat pelajar dan ini

memerlukan para guru menggunakan ruangan media sosial dan internet untuk proses merancang,

menulis, mencipta dan menyunting. Penggunaan sumber-sumber percuma seperti aplikasi-aplikasi

yang tersedia boleh digunakan sesuai dalam bilik darjah. Ini sebenarnya memberi kemudahan

1
kepada guru dan pelajar untuk berinovasi dan berkreatif. Sejalan dengan pendapat Yélamos-

Guerra, García-Gámez dan Moreno-Ortiz (2022:85) tentang media sosial, ‘social media tools

allow information and education to be combined with entertainment through the use of multimodal

resources (e.g., texts, images, videos, and audios), thus motivating learners to feel more engaged

with the learning process. Oleh itu, para guru boleh saja menghasilkan aplikasi atau laman web

sendiri berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran dengan mudah melalui gabungan pelbagai media.

Segala-galanya dari Tik Tok dan Facebook sehingga ke Instagram telah menemui caranya untuk

diintegrasi ke dalam perancangan pengajaran guru di seluruh global (Chuah, 2013). Penggunaan

pelbagai aplikasi ini tidak semestinya dipandang remeh apabila ia sebenarnya boleh menjadi alat

yang berguna dalam membantu mencapai kemahiran pelajar malah melibatkan pelajar pada tahap

yang lebih berkesan dan bermakna. Kebanyakan aplikasi adalah percuma dan mudah diakses oleh

sesiapa saja dan boleh menjadi alat yang sangat kreatif sebagai alat bantu mengajar. Dengan cara

interaktif seperti ini, pelajar boleh berinteraksi atau membuat pertanyaan terus kepada guru melalui

aplikasi yang digunakan.

Dunia pendidikan kita sekarang memerlukan teknologi secara maksimal untuk

menyampaikan dan mendapatkan maklumat pelajaran (Resmini, Satriani & Rafi, 2021).

Penggunaan sumber-sumber percuma ini memberi galakan kepada guru untuk berkreasi

menghasilkan bahan ajar. Bagi pelajar pula, membantu meningkatkan pembelajaran mereka

kerana dengan keupayaan teknologi yang baru ini, pembelajaran akan menjadi lebih interaktif.

Apabila guru menggunakan aplikasi yang mampu menarik perhatian pelajar, ini merupakan satu

cara untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini,

pelajar boleh belajar lebih seronok dan cepat. Salah satu platform aplikasi yang sangat popular

yang boleh memperkaya dan menambah pembelajaran ialah aplikasi Tik Tok. Pelajar-pelajar

2
sekarang memerlukan pembelajaran yang inovatif dan unik sebagai satu motivasi untuk belajar.

Ini bermakna pengajaran konvensional tidak lagi diperlukan dan perlu diubahsuai atau dikemaskini

supaya lebih dinamik. Pelajar sekarang adalah pelajar revolusi industri 4.0 atau era digital yang

lebih memilih aplikasi sebagai pendamping mereka. Aplikasi Tik Tok sudah menjadi trend para

pelajar malah kanak-kanak sekolah juga sudah mula menikmatinya. Jadi, guru harus

memanfaatkan aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran interaktif. Ini kerana ‘media

pembelajaran interaktif dapat mewakili apa yang belum bisa disampaikan guru dan proses

pembelajaran akan lebih efektif dan efisien,’ (Aji, 2020:147).

Apa itu Tik Tok?

Menurut Hutamy dan rakan-rakan (2021:21), ‘Tik Tok merupakan aplikasi yang disukai,

dikagumi, menarik, dan digandrungi oleh para milenial’ dan mengalahkan aplikasi-aplikasi

popular yang lainnya. Aplikasi Tik Tok adalah ‘platfrom bagi destinasi video singkat asal negeri

Tiongkok yang diluncurkan pada awal September 2016. Aplikasi ini mendapat banyak perhatian

dari masyarakat karena merupakan aplikasi yang paling banyak diunduh,’ (Humtamy dkk.,

2021:23). Aji (2020:148) juga menjelaskan ‘aplikasi Tik Tok adalah sebuah jejaring sosial dan

platform video [dimana] aplikasi tersebut memberi akses kepada para pemakai untuk membuat

video musik pendek mereka sendiri.’ Manakala, Yélamos-Guerra, García-Gámez dan Moreno-

Ortiz (2022:86) pula menerangkan ‘TikTok is based on the creation of short videos whose duration

varies between fifteen seconds and one minute. In addition, TikTok offers its users a quick way to

share a wide variety of creative content, as these short videos cover very different areas, ranging

from dancing and cooking to comedy.’ Malah kajian Yelamos-Guerra (2022) dan rakan-rakannya

memperlihatkan aplikasi Tik Tok telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling

menonjol dan berjaya mengatasi aplikasi popular seperti Facebook, sekali gus menjadi tapak web

3
yang paling banyak dikunjungi sejak tahun 2021. Yang, Zhao dan Ma (2019:340) turut

mendeskripsikan Tik Tok sebagai ‘music creative short video social software, which is a 15-second

music short video community based on contemporary young people. Users of this software can

choose their own music interface, add special effects such as beauty and slow motion, and then

create their favorite short video of music.’ Isnaini dan Fauzi (2022:183) membicarakan ‘Tik-Tok's

mission is to record and present creative and precious moments from all corners of the world

through mobile phones. Tik-Tok allows everyone to be a creator and encourages users to share

creative expression through 15-second videos. What makes TikTok unique and very valuable to

them is the Tik-Tok algorithm that is different from other social media platforms.’ Menariknya,

Herlisya dan Wiratno, (2022:192-193) menghuraikan ‘Tik Tok application is a social media

application that can be downloaded via the App Store and Google Play Store. Originating from

China, tik tok is a Chinese social network and music video platform launched in September 2016.

This app allows users to create their own short music videos. In China this application is known

as Dou Yin, but because it is considered less familiar to people outside China, the name was

changed to TIK TOK.’ Berdasarkan pendapat-pendapat ini dapatlah disimpulkan bahawa Tik Tok

merupakan aplikasi media sosial yang membolehkan sesiapa saja menghasilkan dan menyunting

video yang berdurasi tiga hingga lima belas saat dan menggabungkan video mengikut kreativiti

masing-masing. Aplikasi Tik Tok ini dibina untuk menghasilkan video muzik, lip-sync, tarian,

hiburan, bercerita dan banyak lagi mengikut citarasa penggunanya. Ringkasnya, aplikasi Tik Tok

membolehkan pengguna melakukan apa sahaja yang mereka perlukan dan sangat mudah

digunakan.

4
Penggunaan aplikasi Tik Tok dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu

Melihat betapa pelajar-pelajar sekarang begitu lekat dengan smartphone mereka, disinilah

guru memainkan peranan untuk memanfaatkan aplikasi-aplikasi yang ada sebagai satu inovasi

perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memperkenalkan kesan positif

menggunakan aplikasi Tik Tok kepada pelajar agar mereka cenderung untuk belajar. Penggunaan

aplikasi Tik Tok mampu memperkembangkan emosi pelajar baik dari segi keperibadian, daya pikir

dan pemahaman. Aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran yang sangat menarik dan interaktif

semakin meluas digunakan di seluruh negara (Hutamy dkk., 2021; Herlisya & Wiratno, 2022;

Yang, Zhao & Ma, 2019). Sebilangan pendidik mungkin melihat peranti mudah alih atau

smartphone sebagai satu gangguan mengakibatkan pelajar tidak mahu belajar dan tidak dapat

berkonsentrasi dalam bilik darjah. Penggunaan media baru ini boleh saja menjadi satu saluran

kreatif yang menyumbang ke arah pembelajaran interaktif. Pelajar-pelajar akan turut serta

melibatkan diri dalam pembelajaran dan aplikasi Tik Tok menawarkan banyak cara untuk menarik

perhatian pelajar, malah akan membuatkan mereka teruja tentang kandungan pelajaran. Kita sedia

maklum, ada sesetengah pelajar mungkin tidak berasa selesa mengangkat tangan mereka di dalam

kelas berbanding pelajar lain, dan ini tidak mengapa! Tik Tok memberi peluang kepada pelajar-

pelajar ini untuk melibatkan diri dalam perbincangan dengan menaip soalan-soalan dan memberi

idea secara interaktif. Siapa tahu, selepas berbuat demikian, dapat memupuk sikap berani tampil

ke hadapan untuk mula bersuara dalam bilik darjah nanti.

Aji (2020) dalam kajian beliau memperlihatkan fitur-fitur yang ditawarkan di dalam

aplikasi Tik Tok sangat efektif sebagai media pembelajaran subjek kesusasteraan seperti baca puisi.

Beliau mendapati bahawa guru ‘memanfaatkan aplikasi Tik Tok sebagai media presentasi praktik

5
membaca puisi oleh peserta didik,’ (2020:155). Guru memberi tugasan kepada pelajar untuk

membacakan puisi dengan teknik yang betul menggunakan aplikasi Tik Tok iaitu dengan membuat

video. Pelajar akan merakam suara mereka dan menyelitkan elemen bunyi atau muzik sebagai latar

lalu dihantar pada aplikasi tersebut. Kemudian guru dan pelajar yang lain akan sama-sama menilai

hasil kerja masing-masing dan disinilah berlakunya interaksi sesama pelajar mengenali teknik

bacaan puisi yang betul. Selain baca puisi, teknik membaca naskah drama juga turut digunakan

oleh guru melalui aplikasi Tik Tok. Dalam kajian Aji (2020) menunjukkan bagaimana pelajar

diminta menyiapkan sebuah rakaman berisi dialog kemudian memasukkan fitur media lagu atau

muzik sebagai latar. Pelajar dikehendaki menggunakan ekspresi yang betul dan menghayati sesuai

dengan dialog yang diucapkan. Selain itu, pelajar juga diberi pilihan untuk memanfaatkan fitur

duet atau kolaborasi untuk berdialog seolah-olah satu lakonan pendek. Penilaian bersama akan

dilakukan setelah semua tugasan dimuat turun di dalam aplikasi tersebut. Berdasarkan kajian yang

dijalankan oleh Aji (2020:156) tentang keberkesanan aplikasi Tik Tok dalam pengajaran bahasa

dan sastera, beliau menyimpulkan bahawa ‘Aplikasi Tik Tok bersama dengan pengunaan metode

dan teknik yang tepat, dapat dimanfaatkan sebagai media pembelajaran interaktif pada

pembelajaran dan pengajaran.’

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran subjek Kesusasteraan Melayu di Negara

Brunei Darussalam, guru juga boleh menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menghasilkan video

pendek mengenai isi pelajaran tertentu yang boleh ditonton oleh pelajar. Ini boleh saja

menerangkan maksud sajak, sinopsis, peristiwa-peristiwa penting dalam cerpen, novel atau

hikayat. Ini sangat bagus untuk menerangkan konsep pelajaran. Ia bukan sahaja bermaksud video

pendek dan tepat sasaran, tetapi video yang boleh ditonton beberapa kali supaya pelajar boleh

menyemak semula sebagai panduan semasa menjalankan kerja sekolah pada bila-bila masa.

6
Dengan menggunakan Tik Tok di dalam bilik darjah, pelajar boleh menikmati aplikasi sambil

belajar. Guru memperkenalkan topik yang berbeza setiap hari dan kemudian meminta pelajar

menghasilkan video yang boleh dijadikan bahan perbincangan. Buku teks Kesusasteraan Melayu

sarat dengan nilai-nilai moral, persoalan, pengajaran dan juga mesej yang boleh saja menjadi topik

perbincangan pelajar. Pelajar boleh mencipta klip video 15 saat hingga 60 saat untuk

membincangkan dan meringkaskan tema atau perkara penting yang dipelajari tentang sesuatu topik

dengan mudah. Kelebihan pembelajaran menggunakan aplikasi Tik Tok ini adalah pelajar boleh

mengakses bahan pembelajaran dari peranti mereka dan belajar bila-bila masa dan di mana-mana

saja.

Berdasarkan dari hasil eksplorasi yang diperolehi oleh Asdiniah dan Lestari (2021)

mendapati penggunaan aplikasi Tik Tok di kalangan pelajar mampu meningkatkan prestasi pelajar.

Penelitian menunjukkan adanya pengaruh yang signifikan pada pelajar apabila menggunakan Tik

Tok sebagai media pembelajaran dan mempengaruhi pencapaian pembelajaran mereka kerana

sering memanfaatkan aplikasi ini ke arah tujuan akademik. Ini adalah satu perubahan yang positif

apabila aplikasi ini mampu membuatkan pelajar lebih tertarik untuk belajar kerana Tik Tok

menghidangkan pelbagai ruang selain untuk hiburan. Pengajaran yang berbasis internet dan media

baru ini dapat menyediakan pelajar berdaya saing kerana metodologi pengajaran yang inovatif ini

memberi manfaat kepada pelajar. Pelajar sastera boleh melihat subjek Kesusasteraan Melayu itu

dari pelbagai aspek dan sudut pandang apabila mereka mahir menggunakan aplikasi Tik Tok. Teks

Kesusasteraan Melayu di sekolah seperti novel, cerpen, sajak dan hikayat akan mudah difahami

kerana penggunaan platform Tik Tok dapat membantu meningkatkan penghayatan kandungan

yang diajar dan kemungkinan untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Ini membawa kepada

peningkatan kemahiran belajar pelajar iaitu kemahiran mencari maklumat, menganalisis, menyoal

7
dan menyelesaikan masalah. Tambahan pula, aplikasi Tik Tok mampu memupuk kerja berpasukan

dan kemahiran lisan pelajar (Asdiniah & Lestari, 2021; Wulandari & Lestari, 2021).

Penggunaan aplikasi Tik Tok sebagai media pembelajaran yang sesuai juga dapat

meningkatkan kemahiran bertutur pelajar (Herlisya & Wiratno, 2022). Pelajar cenderung

menyukai perkara baru yang sesuai dengan kehidupan seharian mereka, contohnya, menggunakan

aplikasi media sosial. Pelaksanaan penggunaan Tik Tok sebagai media pembelajaran terbukti

mampu meningkatkan kemahiran bertutur pelajar (Herlisya & Wiratno, 2022). Dalam kajian yang

dijalankan oleh Herlisya dan Wiratno (2022) mendapati pelajar lebih mudah untuk menyerap kosa

kata Bahasa Inggeris dengan lebih cepat kerana mereka belajar melalui media yang mereka suka

dan biasa gunakan. Herlisya dan Wiratno (2022) berpendapat bahawa bertutur merupakan salah

satu kemahiran yang paling sukar yang perlu dihadapi oleh pelajar. Ini kerana kebanyakan pelajar

agak malu untuk bertutur apabila mereka merasakan mereka tidak menguasai sesuatu bahasa itu.

Banyak pengkaji juga mendapati masalah kekurangan penguasaan kosa kata dan kurang latihan

turut menyukarkan kebanyakan pelajar bertutur. Kesukaran ini boleh mengurangkan motivasi dan

minat pelajar untuk terus memacu diri mereka untuk fasih bertutur di khalayak. Oleh itu, hasil dari

kajian yang mereka jalankan, penguasaan Bahasa Inggeris pelajar menunjukkan peningkatan yang

sangat baik apabila guru menggunakan aplikasi Tik Tok dalam bilik darjah. Kajian mereka

merekodkan ‘pelajar menunjukkan maklum balas positif menggunakan Tik Tok sebagai media

pembelajaran bahasa mereka. Video kandungan Bahasa Inggeris mudah difahami dan mudah

untuk menghafal pelbagai perbendaharaan kata yang mereka temui pada video tersebut, seperti

perbendaharaan kata tentang kata kerja, kata nama, dll,’ (2022:196).

Dengan mengambil contoh di atas, jika kita kaitkan dengan subjek Kesusasteraan Melayu,

pembacaan sajak memerlukan pelajar petah dalam mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-
8
kata. Pelajar harus tahu cara untuk mengekspresikan, menyatakan dan menyampaikan maksud,

gagasan, fikiran dan emosi apabila mendeklamasi sajak. Ini memerlukan pelajar yang berani untuk

tampil berbicara di depan kelas. Kemahiran bertutur sangat penting dan boleh dikembangkan

dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. Seringkali guru berdepan dengan pelajar

yang kurang yakin untuk bercakap di hadapan kelas. Seringkali juga pelajar akan cuba untuk

mengelak dari dipanggil oleh guru kerana berasa kurang yakin untuk mendeklamasi sajak di depan

rakan-rakan. Ada pelajar menghabiskan banyak masa untuk memperbaiki sebutan mereka. Dengan

fitur yang ada pada aplikasi Tik Tok, pelajar boleh memperkembangkan kemahiran bertutur mereka

dan berkongsi kreativiti mereka dengan menyisipkan elemen-elemen bunyi, muzik, grafik dan lagu

sebagai latar. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan penyertaan pelajar. Pelajar yang agak

pendiam boleh mengambil bahagian dan membentuk satu kumpulan. Melalui video yang

dipamerkan, pelajar dapat berkongsi idea sekaligus menggalakkan pelajar untuk tampil ke depan

membincangkan hasil karya mereka.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya setakat memberikan tugas semata-mata.

Karya sastera harus dinikmati dan mampu difahami serta dihayati oleh pelajar untuk mendapatkan

kesan yang sempurna. Karya sastera yang sarat dengan nilai-nilai moral memuatkan cerita-cerita

kehidupan. Jadi, bagaimana guru menggunakan aplikasi Tik Tok dalam menyampaikan pesan

moral kepada pelajar? Satu kajian yang dijalankan oleh Isnaini dan Fauzi (2022) mengaplikasikan

Tik Tok sebagai media untuk membimbing pelajar ke arah memperbaiki diri agar menjadi insan

yang memiliki nilai-nilai murni. Aplikasi Tik Tok diisi dengan kegiatan-kegiatan sejajar dengan

nilai-nilai Islam. Contoh sifat-sifat yang dituntut dalam Islam diterapkan melalui aplikasi Tik Tok.

Hasil penelitian yang dilakukan oleh Isnaini dan Fauzi (2022) memperlihatkan amalan hidup yang

bersih oleh pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Tayangan video pendek melalui aplikasi Tik

9
Tok tentang kehidupan pelajar-pelajar asrama mendapat sambutan dari banyak pengguna Tik Tok.

Semangat kerjasama dan tolong menolong yang ditonjolkan mengajak pengguna (atau

masyarakat) agar mementingkan permuafakatan dan musyawarah. Kehidupan tinggal di asrama di

kalangan pelajar yang susah memberi kesedaran kepada pengguna lainnya dan seperti juga karya

sastera yang banyak menggambarkan pahit maung dan rencam kehidupan manusia dan

masyarakatnya. Konten yang cuba diperlihatkan melalui tayangan video Tik Tok ini dapat

dijadikan bahan ajar sastera untuk mengajak pelajar menjadi insan yang sentiasa mensyukuri

nikmat Allah dan tidak lupa untuk sentiasa berterima kasih pada Allah. Apabila terdapat unsur

didaktif dan nilai-nilai sastera digarap melalui aplikasi Tik Tok, ini secara tidak lansgung menjadi

teladan kepada para pelajar. Mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan mudah difahami dan

dihayati oleh pelajar. Pemupukan nilai-nilai Islam sangat penting dalam pembelajaran

Kesusasteraan Melayu dan generasi pelajar sekarang telah membesar dalam persekitaran di mana

teknologi adalah gaya hidup yang normal dan bahagian penting dalam kehidupan. Generasi

sekarang belajar sangat berbeza daripada zaman ibu bapa mereka dulu.

Terdapat banyak sebab mengapa nilai-nilai Islam itu perlu diterapkan dalam pengajaran

Kesusasteraan Melayu kerana keupayaannya dalam mendidik dari pelbagai sudut. Menariknya,

aplikasi Tik Tok ini sebenarnya sudah mencapai pelbagai gaya pembelajaran secara efisien dan

efektif. Ramai juga yang menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran sastera kerana banyak

kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Selain Isnaini dan Fauzi (2022) yang

memperlihatkan bagaimana aplikasi Tik Tok mampu menyampaikan mesej dan pengajaran kepada

pengguna, Anis Nur Athirah Anuar dan rakan-rakan (2022) juga mengemukakan hal yang sama.

Mereka menggunakan aplikasi Tik Tok sebagai platform penyampaian dakwah kepada remaja agar

dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan para remaja. Dapatan kajian mereka

10
menyimpulkan bahawa pendekatan dakwah melalui media sosial dapat memberi impak positif

terhadap diri remaja. Kajian mereka menunjukkan bahawa aplikasi Tik Tok adalah paling tinggi

penggunaannya di kalangan remaja. Mereka mendapati ilmu tentang adab merupakan topik yang

sering ditonton oleh remaja kerana kebanyakan konten yang dipamerkan ‘mengajak dan mendidik

para remaja dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian mereka dengan baik,’

(2022:422). Antara kesan positif yang diperlihatkan dalam perolehan Anis Nur Athirah Anuar dan

rakan-rakan (2022) ialah dapat memberi keinsafan pada remaja. Menurut mereka, penulisan

tentang pengajaran dakwah melalui animasi-animasi dan ceramah yang dikongsikan di media

sosial memberikan impak yang kuat pada remaja. Malah, ‘nilai-nilai murni dan akhlak mulia juga

boleh disalurkan melalui penyiaran media berunsur dakwah. Oleh itu, remaja akan terdetik untuk

berubah kepada sikap atau perwatakan lebih baik setelah membaca atau menonton video dakwah

yang disampaikan,’ (ibid. hal 424). Melihat pada kelebihan fitur yang ada pada aplikasi Tik Tok

dalam menyebarkan mesej dan pengajaran dengan ‘keratan-keratan video pendek, gambar, poster

islamik, animasi, cerita pendek dan sebagainya’ (ibid. hal 423), guru boleh memanfaatkan fitur ini

dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu kerana konten video Tik Tok selalunya

ringkas, padat dan mudah difahami pelajar.

Jika aplikasi Tik Tok ini dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kesusasteraan Melayu, tidak mustahil ianya dapat membentuk kesempurnaan jati

diri di kalangan pelajar. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada

sesuatu masyarakat. Konten-konten yang ada di dalam aplikasi Tik Tok boleh saja dijadikan bahan

ajar pada pelajar seperti menyentuh persoalan sosial, budaya, agama, sejarah dan sebagainya bagi

menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar. Selain mengajak pelajar untuk lebih kreatif dan

berfikiran kritis, penggunaan aplikasi Tik Tok boleh saja dijadikan media yang unik untuk

11
mencetuskan idea yang berlegar di sekitar kehidupan manusia itu sendiri. Dengan penggunaan

aplikasi Tik Tok, maka mudah bagi pelajar untuk menyeimbangkan kegiatan sosial dengan

akademik. Masa yang diluangkan akan lebih menjurus pada pendidikan. Apabila pelajar terlibat,

maka pembelajaran akan lebih berkesan. Inilah sebabnya para pendidik harus menggunakan

rangkaian aplikasi Tik Tok untuk berkongsi maklumat dan berhubung dengan pelajar. Karya

sastera diapresiasikan melalui video-video pendek mampu menarik minat pelajar untuk meminati

kesusasteraan itu sendiri. Pembelajaran sastera tidak hanya bergantung pada buku teks sahaja

malah dengan menggunakan daya kreativiti yang ada, karya-karya sastera diberi nafas baru melalui

penggunaan media sosial. Pemahaman pelajar tentang sastera juga turut berubah apabila sastera

diajar menggunakan aplikasi Tik Tok. Ini boleh meangsang minat pelajar dan dapat melibatkan

pelajar secara aktif meningkatkan daya kreativiti mereka.

Jika mata pelajaran Kesusasteraan Melayu atau apa jua genre sastera dapat disalurkan

melalui aplikasi Tik Tok, maka pembelajaran akan lebih seronok dengan menguji cara berfikir serta

mendorong pelajar untuk mengenali serta meminati sastera. Jadi dengan menggunakan aplikasi

media sosial seumpama ini, pelajar diberi peluang untuk berkarya secara kreatif menggunakan

kaedah baru iaitu melalui aplikasi Tik Tok. Aplikasi ini mengajak pelajar berfikir dan menguji

minda serta kreativiti mereka dalam berkarya. Selain itu, aplikasi ini telah mengajar pelajar secara

tidak langsung tentang banyak hal yang berkaitan tentang diri sendiri dan masyarakat sekitarnya.

Secara keseluruhannya, aplikasi Tik Tok yang berasaskan internet ini merupakan platform

yang sangat popular dan digemari di kalangan generasi sekarang. Ia mempunyai pengaruh yang

sangat besar dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran komunikasi digital untuk

pengguna berinteraksi. Pelbagai fungsi ditawarkan oleh aplikasi Tik Tok dan ‘kewujudan teknologi

12
di hujung jari ini sedikit sebanyak telah membantu dalam kehidupan terutamanya dalam

penyebaran maklumat kepada masyarakat [khususnya pada para pelajar],’ (Ismail dkk., 2021:534).

Namun apa yang penting sebagai seorang pendidik yang memainkan peranan penting membentuk

generasi pelajar, setiap pengajaran dan pembelajaran perlulah berlandaskan falsafah negara iaitu

Melayu Islam Beraja. Penggunaan aplikasi Tik Tok ini bukan hanya ‘membolehkan pelajar

berdikari dan tidak bergantung kepada tenaga pengajar untuk memperoleh sesuatu ilmu,’ (ibid. hal

538). Keberkesannya terbukti dalam memupuk interaksi, meningkatkan kemahiran belajar malah

menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar walau di mana sahaja mereka berada. Apabila

pelajar sudah terbiasa mengamalkan nilai-nilai murni melalui penggunaan aplikasi Tik Tok, maka

objektif sebenar pendidikan sudah pun tercapai. Pelajar akan menggunakan aplikasi media sosial

ini dengan betul dan boleh menggalakkan pelajar untuk terus berkarya.

Rumusan

Penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi cabaran era

digital ini amatlah perlu dan harus ada pembaharuan. Pendidikan sekarang sudah berpusatkan pada

pelajar dengan kaedah koperatif yang lebih interaktif mengganti corak pembelajaran tradisional

(berpusatkan guru semata-mata). Jika kemahiran-kemahiran yang diperolehi dari penggunaan

aplikasi Tik Tok ini banyak berpihak pada kebaikan, maka kita telah pun mengajar pelajar-pelajar

celik IT di abad ini. Kita akan melahirkan generasi inovatif dalam menangani masalah dengan

menanai budaya kerjasama yang sihat. Dengan melihat beberapa contoh dari negara luar dan

bagaimana keberkesanan penggunaan media sosial iaitu aplikasi Tik Tok sebagai media

pembelajaran, tidak salah jika guru sebagai pendidik dapat mengaplikasikannya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar

tanpa meninggalkan nilai-nilai baik dalam diri pelajar. Kalau aplikasi ini digunakan dengan betul

13
maka pembelajaran sudah pasti berpihak pada kebaikan. Seperti mana yang diungkapkan oleh Anis

Nur Athirah Anuar dkk. (2022:422) iaitu ‘apabila mereka [pelajar] menggunakan media sosial

dengan cara yang betul dan bijak, maka ia akan memberi impak yang positif pada diri dan rohani

mereka sendiri dan begitulah sebaliknya.’

14
RUJUKAN

Aji, Wisnu Nugroho. “Aplikasi Tik Tok Sebagai Media Pembelajaran Keterampilan Bersastra.”
Jurnal Metafora 6, no. 2 (2020).

Anuar, Anis Nur Athirah, Raudhatul Jannah Azhar, Nurdamia Khalida Kasim, dan Madya Dr Syed
Najihuddin Syed Hassan. “Media Sosial Sebagai Platform Penyampaian Dakwah:
Implikasinya Terhadap Remaja.” Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022). Diakses dari
http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak7/eprosiding2022/PASAK7_046_ANI
S.pdf

Asdiniah, Euis Nur Amanah, dan Triana Lestari. 2021. “Pengaruh Media Sosial Tiktok Terhadap
Perkembangan Prestasi Belajar Anak Sekolah Dasar”. Jurnal Pendidikan Tambusai 5
(1):1675-82. https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1156.

Chuah, Kee Man. “Aplikasi media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi pelajar
universiti.” Issues in Language Studies 2, no. 1 (2013).

Herlisya, Destia, dan Purna Wiratno. 2022. “Having Good Speaking English through Tik Tok
Application”. Journal Corner of Education, Linguistics, and Literature 1 (3):191-98.
https://doi.org/10.54012/jcell.v1i3.35.

Hutamy, E. T., Andi Naila Quin Azisah Alisyahbana, Nur Arisah, dan Muhammad Hasan.
“Efektivitas Pemanfaatan Tik Tok Sebagai Media Pembelajaran Dalam Meningkatkan
Hasil Belajar Peserta Didik.” Jurnal Pendidikan Dompet Dhuafa, 11(2021):21-26. Diakses
dari http://jurnal.pendidikandd.org/index.php/JPD/article/view/242

Isnaini, Muhammad, dan Ahmad Fauzi. “Islamic Boarding School Marketing Communication and
Da'wah Through Tik-Tok.” Dakwatuna: Jurnal Dakwah dan Komunikasi Islam 8, no. 2
(2022): 180-192.

Kurniawan, Bayu, dan Agus Purnomo. “Penggunaan aplikasi google classroom sebagai upaya
peningkatan pembelajaran online bagi guru matapelajaran IPS.” International Journal of
Community Service Learning 4, no. 1 (2020): 1-9.

Nurdiansyah, Muhamad Farhan, dan Triana Lestari. 2021. “Persepsi dan Sikap Anak Tentang
Media Sosial Dalam Pemanfaatannya Untuk Belajar”. Jurnal Pendidikan Tambusai 5
(1):1551-54. https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1139.

Pratiwi, Anggi E., Naura N. Ufairah, dan Riska S. Sopiah. “Utilizing TikTok application as media
for learning English pronunciation.” dlm. International Conference on Education of
Suryakancana (IConnects Proceedings). 2021.

15
Salamah, Wiladatus. “Deskripsi Penggunaan Aplikasi Google Classroom dalam Proses
Pembelajaran.” Jurnal Penelitian Dan Pengembangan Pendidikan 4, no. 3 (2020): 533-
538.

Wulandari, Dwi, dan Triana Lestari. 2021. “Pengaruh Gadget Terhadap Perkembangan Emosi
Anak.” Jurnal Pendidikan Tambusai 5 (1):1689-95.
https://www.jptam.org/index.php/jptam/article/view/1162.

Yang, Shuai, Yuzhen Zhao, dan Yifang Ma. “Analysis of the reasons and development of short
video application-Taking Tik Tok as an example.” dlm. Proceedings of the 2019 9th
International Conference on Information and Social Science (ICISS 2019), Manila,
Philippines (2019):12-14.

Yélamos-Guerra, María Salomé, María García-Gámez, dan Antonio Jesús Moreno-Ortiz. “The use
of Tik Tok in higher education as a motivating source for students.” Porta Linguarum
Revista Interuniversitaria de Didáctica de las Lenguas Extranjeras 38 (2022): 83-98.

16

Anda mungkin juga menyukai