Anda di halaman 1dari 4

1.

Definisi Konsep 1.5.1 Faktor dorongan Faktor-faktor yang mendorong adalah unsur-unsur atau sebab-sebab yang menyumbang

kepada sesuatu hasil atau yang membawa kepada hasil tertentu. 1.5.2 Pelajar Menurut Kamus Dewan (1996), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar pula membawa maksud, sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah 1.5.3 Sekolah Dari Wikipedia Bahasa Melayu sekolah merupakan bangunan atau tempat untuk memperolehi ilmu. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) yang canggih atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing mereka yang belajar di situ. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti sekolah pondok (sekolah agama di kampung), sekolah atap (sekolah kampung yang beratap nipah), sekolah bestari (sekolah moden dengan infrastruktur yang bagus), sekolah berasrama penuh (sekolah menengah untuk pelajar yang pintar dan ia ditaja oleh kerajaan) dan sekolah khas (sekolah untuk pelajar istimewa). Pengertian sekolah (Amir Hasan Dawi, 2006), sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Sekolah juga sering dirujuk sebagai sebuah organisasi formal. Antara perkaraperkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta, organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas, memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status, jawatan diari dan lain-lain. Sekolah juga adalah tempat membentuk ahli masyarakat ke arah yang lebih positif berdasarkan fungsinya sebagai tempat memperoleh ilmu dan menerima pendidikan. Dalam konteks ini, lain-lain tempat yang berfungsi untuk mendapat ilmu secara formal seperti maktab, kolej, universiti dan sebagainya juga adalah sekolah.

1.5.4 Rokok Definisi rokok menurut Wikipedia adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daundaun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada hujung lain. 1.5.5 Merokok Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah. Merokok adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan. 1.5.6 Keluarga Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Sanak saudara, kaum kerabat dan saudara mara terdekat termasuk ibubapa,datuk,nenek ,adik beradik,bapa saudara dan emak saudara.

1.10 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif kerana analisa data yang diperlukan adalah lebih dipercayai dan dapat dibuktikan kesasihan. Ia juga dapat diterangkan dalam bentuk peratusan dan kuantiti atau bilangan pelajar yang terlibat dalam faktor-faktor tertentu. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data dan ianya merupkan perkara yang terpenting dalam kajian ini. Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui pandangan sesorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar (Mohamad Najib,1999). Pilihan soal selidik dalam kajian ini adalah jenis soalan kadar menggunakan kaedah Likert. Soal selidik yang baik akan menepati objektif yang dikehendaki, memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Skala Likert adalah digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap setiap kenyataan yang dikemukakan. Penyelidik menggunakan Skala Likert adalah kerana ia merupakan pengumpulan maklumat yang mudah dan dengan menggunakan Skala Likert juga ianya dapat memberikan hasil yang tepat terhadap sesuatu pembolehubah yang dikaji. Selain daripada itu juga Skala Likert mempunyai tahap kebolehpercayaan yang melebihi 85% (Mohd Majid Konting, 1994). Dalam penggunaan Skala Likert ini, responden diminta membulatkan nombor yang bersesuaian dengan kenyataan yang diberikan. Terdapat dua bahagian dalam set soal selidik bagi kajian ini, iaitu Bahagian A, dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden seperti tingkatan dan jantina. Item item di bahagian B dibina berdasarkan kepada objektiif kajian. Setiap soalan dipadankan dengan lima aras skala Likert sebagai pilihan jawapan untuk responden. Bahagian A, merupakan maklumat asas berkenaan dengan biodata diri para responden. Bahagian B pula, skor diberi dalam bentuk skala Likert. Likert (1932), mencadangkan kaedah penyelidikan sikap yang lebih mudah. Penyelidik perlu memilih satu set pernyataan sikap dan subjek perlu menandakan persetujuan atau pun ketidak persetujuan mereka terhadap setiap pernyataan sepanjang Skala Lima Point. Bermula daripada sangat setuju kepada sangat tidak

setuju. Tiada juri diperlukan bagi menentukan kedudukan pada skala pernyataan. Ini adalah kerana semua subjek yang memilih sangat setuju dianggap lebih menyukai pernyataan sikap itu berbanding dengan yang hanya menjawab setuju dan sangat tidak setuju.

Anda mungkin juga menyukai