Anda di halaman 1dari 21

ULASAN KAJIAN LEPAS YANG SISTEMATIK DAN BAIK

PENGENALAN

Penyelidikan ilmiah adalah satu pengaplikasian pendekatan saintifik (induktif-deduktif)


bagi mengkaji sesuatu masalah. Sesebuah penyelidikan mesti melibatkan pendekatan
saintifik untuk diterima wajar sebagai penyelidikan ilmiah. Meskipun klasifikasi saintifik
boleh dilakukan dalam latar dan metod berbeza, penyelidikan ilmiah secara universalnya
adalah sistematik dan objektif, yakni dilakukan mengikut proses teratur. Ini bermakna
perhatian terhadap langkah-langkah khusus dalam penulisan ilmiah amat perlu selain
daripada jadual perancangan untuk mempastikan proses penyelidikan berjalan dan
diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan. Salah satu aspek penting dalam
penyelidikan ilmiah adalah ulasan kajian lepas. Ulasan kajian lepas yang sistematik dan
baik bukan sahaja penting bagi menjelaskan sebab-sebab rasional mengapa sesebuah
penyelidikan dijalankan tetapi juga membantu pengkaji dalam memahami banyak perkara
lain seperti membantu menggarap persoalan dan permasalahan kajian secara terfokus,
menentukan penggunaan teori dan membantu memilih metodologi kajian yang sesuai.

Oleh kerana fungsi kajian lepas di dalam sesebuah penyelidikan adalah sangat
besar, maka proses menyediakan ulasan kajian lepas mestilah dilakukan dengan cara
yang sistematik dan baik. Ini bermakna terdapat kaedah-kaedah tertentu yang perlu
diikuti semasa membuat ulasan kajian lepas. Kertas ini akan meneliti apakah proses yang
perlu diikuti dalam menghasilkan ulasan kajian lepas yang sistematik dan baik. Bagi
membincangkan perkara ini, kertas ini akan terlebih dahulu menakrif konsep kajian lepas
serta menjelaskan fungsinya di dalam sesebuah penyelidikan ilmiah. Perbincangan
selanjutnya akan ditumpukan kepada enam peringkat penghasilan kajian lepas yang
sistematik dan sembilan prasyarat bagi menghasilkan ulasan kajian lepas yang baik.

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KAJIAN LEPAS

Kajian lepas merujuk kepada penyelidikan-penyelidikan awal atau terkini yang dilakukan
oleh sarjana di dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan sesuatu topik (Cooper 1984:
32). Oleh kerana sifatnya sebagai kajian lepas, maka ia berperanan sebagai panduan
kepada penyelidik yang ingin membuat kajian lebih lanjut terhadap sesuatu topik atau
bidang. Menurut Cooper, kajian lepas menyediakan banyak maklumat yang sangat
berguna khususnya dalam proses membentuk persoalan dan permasalahan kajian. Ia juga
membantu dalam proses menentukan penggunaan metodologi dan pembentukan kerangka
konseptual yang mantap. Dengan merujuk kepada penyelidikan sebelumnya, seseorang
penyelidik akan dapat menggarap sebuah penyelidikan yang lebih konkrit serta
menyumbang kepada proses kemaraan ilmu. Oleh itu, adalah tidak munasabah bagi
seseorang penyelidik melakukan sesebuah penyelidikan tanpa meneliti terlebih dahulu
penyelidikan-penyelidikan lepas kerana sikap sedemikian menyebabkan beliau tidak
dapat memahami isu, persoalan dan masalah semasa.
2

Menurut Grundy (1987: 98), pada peringkat awal sesebuah penyelidikan,


seseorang penyelidik memerlukan kajian lepas bagi memahami sejauhmanakah
penyelidik lain telah terlibat di dalam bidang yang sedang ditelitinya. Menurut Grundy
lagi, penyelidik diibaratkan seperti seorang pemburu yang sedang mengekori jejak
haiwan yang diburunya. Beberapa jejak yang diekorinya mungkin didapati salah, bukan
jejak haiwan yang diburu atau tergantung dan gagal membawanya ke mana-mana.
Beberapa jejak yang lain pula mungkin jejak yang telah lama yang tidak menunjukkan
keadaan haiwan yang diburu pada masa kini meskipun ianya berguna bagi memahami
perjalanan haiwan yang diburu. Ulasan literatur juga mempunyai analogis yang sama
kerana ia berfungsi sebagai alat kajian yang membantu penyelidik mengesan di tahap
manakah penyelidik sebelumnya telah melakukan kajiannya dan sejauhmanakah mereka
telah menyelidiki sesuatu fenomena yang dikaji. Bagi Kerlinger (1973: 112) pula, kajian
lepas telah diibaratkan seperti matawang yang boleh digunakan untuk membeli barangan.
Ini kerana kajian lepas juga boleh dijadikan alat untuk mengukur kredibiliti penyelidik,
yakni adakah pembaca atau penilai masih tetap menunjukkan dirinya skeptism terhadap
segala hasil karya yang telah dibuat dan diterima oleh penyelidik sebelumnya.
Penyelidikan dijangka bukan sahaja untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan
tetapi juga untuk membangkitkan permasalahan. Oleh itu, jika sesuatu persoalan telahpun
diselidiki oleh penyelidik lain dengan cara yang memuaskan dan permasalahan yang
dibangkitkan telahpun diselesaikan, maka sesebuah kajian adalah tidak lagi relevan
kerana sifatnya yang bertindan. Dengan itu, seseorang penyelidik dijangka dapat
menunjukkan apakah persoalan dan masalah yang sedang dibangkitkannya berbeza
dengan kajian sebelumnya dan kenapa beliau perlu menyelidik perkara berkenaan. Oleh
kerana itu, kajian lepas, khususnya di peringkat awal bab seharusnya dapat
mengkonstruksikan secara naratif apa yang telah dilakukan oleh penyelidik lain bagi
melihat kewajaran penyelidikan yang dijalankan pada masa kini.

Secara amnya, ulasan terhadap kajian lepas mempunyai pelbagai kegunaan atau
fungsi kepada seseorang penyelidik. Fungsi ulasan literatur ini antaranya termasuklah
menyediakan pengetahuan awal berkaitan perkara atau subjek yang dikaji di mana ia
akan menyediakan maklumat berkaitan penemuan sesebuah kajian dan kesimpulan yang
diperolehi daripada kajian tersebut. Ulasan menyeluruh terhadap teori dan hasil kajian
lepas juga akan membantu penyelidik menempatkan persoalan kajian dengan tepat dalam
perspektif kajian yang dijalankannya. Selain itu, sorotan terhadap kajian lepas turut
membantu penyelidik menghadkan persoalan khusus, menjelaskan dan mendefinisikan
konsep-konsep utama dalam kajian. Bagi Bliss dan Oghborn (1983: 65), ulasan kajian
lepas yang kritikal juga menyediakan insight kepada jawapan yang bertentangan
(contradictory) dalam kajian yang akan membantu penyelidik membuat keputusan untuk
mengambil atau mengeluarkan sesuatu pembolehubah dalam kajiannya. Kajian lepas
juga mempunyai peranan yang penting dalam membantu penyelidik menentukan
metodologi yang sesuai dengan mengambilkira pengalaman kajian-kajian sebelumnya.

Meskipun ulasan kajian lepas mempunyai banyak fungsi kepada seseorang


penyelidik, namun kebanyakan penyelidik sering menganggap kajian lepas sebagai
perkara yang tidak penting dan remeh (Glass 1976: 5). Kebanyakan penyelidik juga
3

mengkaji sesuatu fenomena tanpa membuat pembacaan yang mendalam terhadap hasil
kerja penyelidik lain malah mengulas kajian lepas dalam keadaan yang sangat naif
(Chubon 1982: 17). Antaranya ialah ulasan kajian dibuat hanya bertujuan untuk
memenuhi syarat penyelidikan serta gagal menunjukkan pandangan kritikal mereka
terhadap perkara yang dikaji oleh penyelidik sebelumnya seperti gagal menjelaskan
perkara baru, menggariskan persoalan khusus, mereplikasi metodologi yang sesuai dan
gagal memperkuatkan serta memantapkan dapatan kajian berdasarkan perbandingan
dengan kajian lepas. Oleh yang demikian, kertas ini bertujuan menjelaskan bagaimana
seseorang penyelidik boleh membuat satu ulasan kajian yang sistematik dan baik supaya
kajian yang dilakukannya mempunyai hubungan dengan siri kajian-kajian lepas yang
dibuat oleh penyelidik sebelumnya dan mempunyai sumbangan yang bermakna kepada
proses kemaraan dan perkembangan ilmu.

Rohana Yusof (2004) berpendapat terdapat lapan kepentingan sorotan kajian lepas,
iaitu:
1. Mengenal pasti bahagian yang dipersetujui secara kolektif oleh kebanyakan
penyelidik bagi memulakan penyelidikan. Keadaan ini ialah di mana penyelidik yang
melakukan ulasan ke atas karya yang dihasilkan oleh penyelidik terdahulu
memuaskan hati penyelidik sekarang. Karya itu boleh dikatakan tidak mempunyai
sebarang kekurangan dan boleh digunakan. Apabila tiada kekurangan, ia dapat
digunakan bagi penyelidikan sekarang.
2. Memastikan supaya tidak terdapat ketidakseragaman atau tidak konsisten dalam
penemuan penyelidikan. Apabila ketidakseragaman dan pemboleh ubah - pemboleh
ubah yang tidak konsisten ini dikesan, penyelidik akan merancang dan menjelaskan
punca sesuatu persoalan.
3. Mengenal pasti pemboleh ubah – pemboleh ubah yang terdapat dalam karya bagi
menyelesaikan permasalahan yang sedia ada.
4. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dan
mempengaruhi penyelidik mendapat satu kefahaman baru yang penting yang terhasil
daripada pemeriksaan ke atas penyelidikan.
5. Mengetahui bagaimana penyelidik-penyelidik lain menghubungkan karya dengan
teori.
6. Mengetahui bagaimana penyelidik-penyelidik lain mengukur pemboleh ubah dan
menganalisis data.
7. Merupakankan salah satu cara penyataan masalah yang baik dan secara logik.
4

8. Penyelidik dapat mengenal pasti pengaruh yang cuba disebarkan melalui karya yang
telah diulasnya.

Sabitha Marican (2006:80) menggariskan beberapa kepentingan ulasan karya atau


sorotan kajian lepas. Ia dilakukan sebelum mendefinisi sesuatu masalah dan ianya
dilakukan pada sepanjang kajian. Ini bertujuan meningkatkan maklumat mengenai
masalah yang dikaji dari pelbagai perspektif bagi tujuan-tujuan berikut:

1. Bertujuan mendalami ilmu dalam topik yang hendak dikaji.


2. Ulasan karya atau sorotan kajian lepas mengenai topik yang dikaji dapat
membantu penyelidik mengetahui sama ada data untuk kajian boleh diperoleh
dengan mudah atau sebaliknya.
3. Mendalami pelbagai aspek hujah terhadap teori-teori yang sedia ada mengenai
masalah yang dikaji.
4. Mengetahui sama ada dapatan dari pelbagai kajian mengenainya selaras atau
bertentangan dengan teori yang diutarakan dalam kajian.
5. Memberi maklumat pada penyelidik mengenai cara/teknik untuk mengumpul data
yang pernah digunakan.
6. Memperbaiki cara-cara untuk mengumpul data berdasarkan pada pengalaman atau
saranan penyelidik lepas.
7. Mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kerangkan teori tersebut.
8. Mengenal pasti sama ada wujud ketidakselarasan dalam dapatan kajian yang
boleh diatasi oleh pengkaji.
9. Apakah kesimpulan yang diperolehi dari dapatan kajian lepas.
10. Apakah teori-teori yang telah digunakan untuk menjelaskan fenomena yang
dikaji.
11. Apakah bentuk-bentuk intervensi/penyelesaian yang telah digunakan untuk
mengatasi masalah tersebut.
12. Apakah jenis-jenis alat ukur yang telah digunakan untuk menilai masalah
tersebut.
5

13. Apakah saranan-saranan yang diberikan dari kajian lain/bentuk-bentuk kajian


lanjut ke atas kajian yang sedang dilaksanakan.

Syed Arabi Idid ( 2002 ), menjelaskan, dalam tinjauan bahan bertulis, penulis akan
mengambil karya lepas yang akan membincangkan konsep serta pemboleh ubah yang
relevan. Penulis juga akan menyebut cara bagaimana pemboleh ubah ini telah diukur
oleh sarjana dalam karya mereka yang lalu. Secara kritis pengkaji akan menunjukkan
kelemahan yang ada dan kekuatan setiap konsep yang ada. Seterusnya menurut beliau
lagi, penulis akan menghujjahkan kajian seterusnya yang akan beliau lakukan bagi
memantapkan penyelidikan di atas tajuk yang akan dikaji.

Neuman ( 2000 ) berpendapat ada empat kepentingan mengapa sorotan kajian lepas
perlu dibuat. Menurut beliau, yang pertama adalah bagi menunjukkan bidang ilmu
pengetahuan yang biasa digunakan dan mendirikan kredibiliti. Sorotan kajian lepas akan
juga memberitahu pembaca berkenaan bidang penyelidikan dan isu-isu penting.
Seterusnya ia boleh menunjukkan penyelidikan yang dilakukan terdahulu dan keperluan
ianya disambungkan sekarang. Ini akan dapat mengarahkan kepada persoalan
penyelidikan dan pembangunan pengetahuan selain dari menunjukkan konteks
penyelidikan dan perhubungan yang relevan dengan ilmu pengetahuan.

Sorotan kajian lepas penting kerana ia akan dapat menggabung serta meringkaskan
apa yang diketahui oleh penyelidik selain dari dapat menunjukkan perkara-perkara yang
dipersetujui dan yang tidak dipersetujui dan kedudukan permasalahan utama. Ini boleh
membantu di dalam menentukan masa depan arah sesebuah penyelidikan yang akan
dibuat. Sorotan kajian lepas akan juga membolehkan penyelidik baru mempelajari
daripada penyelidik yang lain, selain daripada merangsang idea baru. Ulasan yang baik
berhubung dengan sorotan kajian lepas akan juga membantu mengenalpasti apa yang
sukar difahami dalam sesebuah kajian lalu dan juga mencadangkan hipotesis bagi
dicontohi.
6

Penting nya sorotan kajian lepas menurut Sulaiman Shamsuri (2004), adalah kerana ia
menjadi sebagai satu ransangan (catalyst) kepada pembaca untuk mencetuskan idea baru
yang boleh memadatkankan penulisan. Selain daripada itu, menurut beliau, sorotan
kajian lepas memberi garis panduan bagaimana menjalankan kerja-kerja penyelidikan.
Ia nya juga memainkan peranan sebagai pelengkap kepada kerja-kerja penyelidikan
seseorang. Kewujudan sorotan kajian lepas mengambarkan bahawa seseorang
penyelidik itu telah membuat banyak pembacaan berhubung dengan tajuk.

Didapati ada beberapa penulis mempunyai pendapat yang sama berhubung dengan
kepentingan sorotan kajian lepas. Dari pendapat-pendapat yang telah diberikan, pada
umumnya, didapati, dari pembacaan yang luas mengenai kajian yang hendak dibuat, para
penyelidik akan mendapat satu tajuk yang asli dan mempunyai ciri-ciri kreatif. Para
penyelidik juga akan dapat mengenalpasti metodologi serta idea lama mengenai tajuk dan
justeru itu, akan dapat membentuk satu penyelidikan yang padat dan berpotensi
menyumbang kepada sesuatu yang baru dan boleh dimanfaatkan. Selain daripada itu,
sorotan kajian lalu berhubung sesuatu tajuk juga boleh menyediakan seseorang
penyelidik yang hendak mengkaji tajuk yang sama, meluaskan pengetahuan bagi
memperkasakan dari segi akademik berhubung tajuk. Sorotan kajian lepas bagi sesuatu
tajuk yang hendak dikaji, akan dapat dijadikan asas bagi penyelidik baru menghujahkan
kesignifikanan kajian yang akan dibuat olehnya dan hala tuju kajian tersebut.

Boleh dirumuskan bahawa, penting nya, sorotan kajian lepas ialah dari idea dan kerja-
kerja penyelidikan, penyelidik baru dijangka akan dapat menyediakan satu kerangka
kerja bagi merancang penyelidikan yang hendak dibuat, mengenalpasti reka bentuk serta
metodologi dan juga merancang teknik pengumpulan data dan konsep-konsep serta teori
yang akan digunakan bagi menyediakan satu struktur penyelidikan ilmiah yang padat.

3.0 PROSES MENYEDIAKAN ULASAN KAJIAN LEPAS YANG


SISTEMATIK

Adalah penting kepada seseorang penyelidik untuk menyediakan ulasan kajian lepas yang
sistematik. Secara amnya, ulasan kajian lepas yang sistematik ialah yang dibuat
berdasarkan tahap atau proses yang tersusun (Miles dan Huberman 1994: 98). Light &
7

Pillemer (1994: 15) pula menambah bahawa ulasan kajian lepas yang sistematik bukan
sahaja yang tersusun sifatnya tetapi juga kemas dan kukuh dalam konteks persoalan dan
permasalahan yang dikaji. Penyediaan ulasan kajian lepas yang sistematik adalah penting
kerana ia dapat membantu penyelidik merumuskan masalah dan persoalan yang dikaji
dengan tepat serta menentukan kesignifikanan kajiannya dalam konteks kajian-kajian
awal dan teori-teori ilmu semasa.

Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah seseorang penyelidik boleh


menyediakan satu ulasan kajian lepas yang sistematik, yakni yang dikatakan tersusun,
kemas dan kukuh? Menurut Light & Pillemer (1994), proses menyediakan ulasan kajian
lepas yang sistematik terbahagi kepada enam peringkat iaitu mendefinisikan topik kajian,
mengenalpasti sumber, menyimpan rekod, membaca dan membuat catatan, menulis
ulasan dan menggunakan pendekatan ulasan yang sesuai. Kaedah membuat ulasan kajian
lepas yang sistematik ini akan dihuraikan satu persatu seperti berikut:

3.1 Mendefinisikan topik atau fokus kajian

Langkah pertama dalam menyediakan ulasan kajian lepas yang sistematik ialah dengan
mendefinisikan topik kajian atau menentukan fokus kajian dengan jelas. Penyelidik perlu
mendefinisikan atau menentukan skop kajian dengan jelas supaya beliau dapat merujuk
hanya kepada kajian-kajian yang berkaitan dengan bidang yang hendak ditelitinya.
Tanpa mengetahui dengan jelas perkara seperti fokus, skop dan bidang kajiannya,
penyelidik akan membuat pembacaan yang tidak sistematik dan kacau bilau. Secara
amnya, proses menentukan fokus, skop dan bidang kajian bukanlah mudah dilakukan
kerana sifat sesuatu penyelidikan sains sosial lazimnya adalah multi disiplin. Lazimnya
semakin banyak literatur yang dirujuk, maka semakin luas cabang penelitian yang dapat
dikenalpasti. Oleh itu, dalam proses menyediakan kajian lepas yang sistematik, pengkaji
mestilah dapat membataskan perkara yang hendak diteliti dan dapat menentukan
perbezaan kajiannya dengan kajian-kajian lepas sedia ada.

Meskipun liputan terhadap ulasan kajian lepas telah dapat ditentukan pada
peringkat awal lagi sesuai dengan topik kajian yang dipilih, namun perkara yang
seringkali berlaku ialah pada peringkat ulasan kajian diperdalami, penyelidik akan
mendapati perkara yang sedang dilakukannya bertindan dengan kajian sebelumnya. Oleh
itu, adalah penting kepada penyelidik membuat ulasan kajian lepas secara sistematik
dengan mempastikan beliau mengumpul sebanyak mungkin kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan topik yang difokuskan dan membuat ulasan pada tiga peringkat
penapisan iaitu peringkat awal, pertengahan dan akhir. Tujuannya ialah bagi
mempastikan kajian yang dilakukannya tidak bertindih dan merupakan sebuah
refinement kepada penyelidikan sedia ada. Sebagai contoh, jika hanya terdapat lima
artikel yang relevan kepada kajian yang ingin dilakukan oleh penyelidik, maka adalah
wajar bagi penyelidik berkenaan memperluaskan fokus, skop atau bidang penelitiannya,
misalnya dengan memperluaskan sama ada saiz populasi, sampel kajian atau pendekatan
yang digunakan dalam menjawab persoalan yang dikaji. Dalam keadaan sebaliknya pula,
sekiranya pengkaji mendapati terdapat hampir 500 artikel yang relevan kepada persoalan
8

dan permasalahan yang dikaji, beliau seharusnya membuat tapisan secara sistematik bagi
mencari perbezaan dan mengecilkan skop tinjauan kajiannya agar lebih terfokus.

Menurut Glass (1976: 6), tapisan yang sistematik dalam membuat kajian lepas
merujuk kepada penggunaan pendekatan analisis kajian lepas yang sesuai. Ini
termasuklah penggunaan pendekatan tradisional dan meta-yang dapat membandingkan
perspektif penggunaan teori dan pembolehubah yang dikaji dalam sesebuah penyelidikan
sebelumnya. Sebagai contoh, dalam usaha penyelidik menentukan fokus kajiannya
seperti dalam menentukan skop kajian, membina kerangka konseptual dan menentukan
pembolehubah kajian yang mantap, beliau seharusnya dapat menyenaraikan kesemua
kajian-kajian lepas yang relevan dan membuat checklist bagi melihat pertindihan teori,
pembolehubah dan kaedah analisis yang wujud dalam kajian sebelumnya. Berdasarkan
senarai perbandingan tersebut, penyelidik akan dapat memutuskan beberapa perkara,
misalnya sama ada beliau wajar mengguna kerangka teori sedia ada atau sebaliknya perlu
membina kerangka konseptual baru dengan mengecualikan atau menambahkan beberapa
pembolehubah baru yang tidak diambilkira dalam kajian sebelumnya.

3.2 Mengenalpasti sumber-sumber maklumat

Langkah kedua dalam proses membuat ulasan kajian lepas yang sistematik menurut Light
& Pillemer (1994) ialah mengenalpasti sumber-sumber maklumat yang dirujuk. Proses
menyediakan ulasan kajian lepas yang sistematik sangat bergantung kepada ketepatan
maklumat kerana sumber kajian yang dirujuk menunjukkan kredibiliti penyelidik
sebelumnya dan juga kredibiliti penyelidik yang sedang membuat rujukan ke atasnya.
Sekiranya kajian lepas yang dirujuk tidak bersifat ilmiah dan tidak konkrit, maka ia akan
turut mempengaruhi persepsi dan penerimaan pembaca terhadap kajian yang dijalankan
oleh penyelidik. Ini selaras dengan penekanan oleh Slavin (1986:9), yang menyatakan
bahawa perkara yang sangat penting dari ulasan kajian lepas ialah sejauhmana penyelidik
menggunakan rujukan yang lengkap, bersifat ilmiah dan boleh diterima pakai. Menurut
Slavin lagi, minat sebenar peneliti atau pembaca ialah kepada kajian yang dijalankan dan
kesahan kajian tersebut. Oleh itu, bagi pembaca, selain daripada kandungan literatur
yang diulas, kesarjanaan penulis artikel juga adalah faktor penting dalam menentukan
kualiti kajian yang dijalankan. Kredibiliti penyelidik sebelumnya juga adalah penting
diambilkira kerana persoalan dan permasalahan kajian yang digarap oleh penyelidik tidak
dianggap impresif jika penyelidik yang dirujuk dalam kajian lepas tidak mempunyai
kelayakan yang baik. Sebagai contoh, adalah tidak bertepatan jika penyelidik sarjana
merujuk kepada kajian-kajian sarjanamuda dalam kajian lepasnya kerana kajian-kajian
tersebut adalah lebih rendah kedudukannya. Penyelidik juga tidak harus merujuk kepada
penulis akhbar atau journalis awam yang tidak mempunyai latar belakang kesarjanaan
yang kukuh. Ini kerana penyelidik tersebut mungkin menulis secara bias, tidak
menyeluruh, tidak diwasit dan tidak melepasi piawaian akademik. Oleh itu, selain
menentukan sumber-sumber yang tepat untuk dirujuk, penyelidik juga perlu memastikan
kredibiliti penyelidik. Pada masa kini, kredibiliti penyelidik juga adalah penting
dipersoalkan kerana sesiapa sahaja dapat menulis dan menyebarkan maklumat kajiannya
melalui Internet. Seseorang penyelidik yang tidak teliti mungkin akan merujuk kepada
9

maklumat yang salah dan tidak berkualiti meskipun penulisan yang dirujuknya adalah
berkaitan dengan topik yang dilakukannya.

Disebabkan kepentingan sumber maklumat, perkara penting yang perlu dilakukan


oleh penyelidik dalam menyediakan ulasan kajian yang sistematik ialah mempastikan
sumber rujukan yang lengkap bagi setiap rujukan yang dibuat. Penyelidik mestilah
mampu menyediakan sumber rujukan sahih dalam kategori klasik (rujukan yang melebihi
usia enam tahun yang lepas) dan rujukan terkini yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal
berwasit, dokumen dan bahan-bahan tidak terbit yang mempunyai sumber lengkap dan
kualiti yang terkawal (Minichiello 1999:111). Pada masa kini pencarian maklumat kajian
lepas telah dipermudahkan melalui penggunaan komputer yang mencari maklumat
rujukan daripada pangkalan data. Walaupun begitu, penyelidik mestilah mempastikan
mereka menggunakan enjin carian akademik dan merujuk hanya kepada kajian lepas
yang ilmiah seperti dalam kategori kajian gunaan, tradisional atau terbitan akhbar
akademik (Minichiello 1999:112). Selain itu, penyelidik juga perlu mendapatkan salinan
kesemua bahan-bahan rujukan yang digunakan sebagai bahan rekod untuk membolehkan
rujukan pada masa akan datang.

3.3 Menyimpan rekod kajian-kajian lepas

Penghubung penting kepada keseluruhan proses sistematik dalam penyediaan ulasan


kajian lepas ialah proses menyediakan senarai rujukan atau bibliografi yang lengkap dan
tepat termasuk maklumat lokasi bahan berkenaan bagi memudahkan rujukan semula
apabila diperlukan. Ini termasuklah dalam membuat pembetulan dan penambahan
apabila diperlukan. Menurut Harlen & Malcom (1987: 54), perkara ini sangat penting
kerana terdapat keadaan di mana ulasan kajian lepas telah dibuat oleh penyelidik pada
peringkat awal dan dalam tempoh masa yang lama sehingga kadang-kadang memakan
masa beberapa tahun. Pada sesuatu tempoh masa, rujukan yang dibuat mungkin tidak
mencukupi dan dengan kefahaman yang berbeza, oleh itu penyimpanan rekod dan
maklumat seperti senarai rujukan bibliografi dan bahan membolehkan penyelidik
mendapatkan bahan yang dikehendaki dengan mudah apabila diperlukan. Proses
menyimpan rekod kajian-kajian lepas ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara sama ada
dengan menyimpan senarai rujukan atau salinan teks yang dirujuk.

3.4 Membaca dan membuat nota catatan

Penyediaan ulasan literatur yang sistematik juga bergantung kepada proses pembacaan
dan membuat catatan. Langkah ini sangat penting, khususnya bagi penyelidik yang
sedang melakukan penyelidikan di dalam bidang baru. Adalah penting kepada penyelidik
membuat pembacaan yang meluas sebelum menyediakan ulasan kajian lepas bagi
membantunya memahami konsep-konsep utama berhubung penyelidikan yang dijalankan
10

serta kaedah dan metedologi kajian yang digunakan. Meskipun proses pembacaan dan
membuat nota adalah pilihan individu, namun ia adalah satu proses yang penting dalam
menyediakan ulasan kajian lepas. Menurut Light & Pillemer (1994), adalah penting
kepada penyelidik terlibat dalam dua jenis peringkat pembacaan dan menyediakan
catatan iaitu peringkat awal dan peringkat lanjutan.

Pada peringkat awal, proses pembacaan bagi mencernakan kajian lepas perlu
difokuskan kepada objektif kajian, metodologi dan penemuan kajian. Pada peringkat
lanjutan pula, proses pembacaan dan membuat nota mestilah lebih jelas dan mendalam.
Penyelidik perlu menyemak keseluruhan kajian dan menumpukan fokus pembacaan dan
catatan terhadap perkara-perkara seperti corak penemuan, rekabentuk kajian,
penghujahan dan idea berhubung persoalan-persoalan yang lebih lanjut. Menurut Light &
Pillemer lagi, tindakan yang sistematik dalam mengumpul maklumat dan membuat
catatan pada peringkat ini akan membantu penyelidik menukarkan catatan-catatan yang
dibuat kepada laporan atau penulisan yang lebih koheren pada masa yang singkat.

Tanpa inisiatif penyelidik untuk meningkatkan proses pembacaan dan membuat


catatan, skop penelitiannya bukan sahaja akan menjadi sempit tetapi juga bermasalah. Ini
kerana terdapat kemungkinan penulis terpaksa mengulangi proses pembacaan terhadap
literatur yang sama disebabkan tiada catatan yang ringkas untuk difahami. Selain itu,
fungsi catatan daripada literatur bukan sahaja berguna sebagai ringkasan tetapi juga
membantu penyelidik memahami dengan mudah perkara seperti pembolehubah, skel
pengukuran data, perspektif teori dan penemuan-penemuan yang diperolehi.

3.5 Menulis ulasan

Perkara paling penting dalam menyediakan ulasan kajian lepas yang sistematik ialah
mempastikan sebarang maklumat yang digunakan ditulis dengan jelas, ringkas dan boleh
dibaca dengan sebaik mungkin. Di dalam ulasan kajian yang melibatkan penggunaan
sejumlah data kuantitatif yang besar, data mestilah diintegrasikan melalui hanya
pembinaan sebuah jadual ringkas. Di dalam kajian kualitatif pula, ulasan mestilah hanya
menggunakan teks sahaja (Miles & Huberman 1994: 74). Walau bagaimanapun, adalah
munasabah juga untuk mencadangkan beberapa perkara yang panjang lebar ke dalam
bentuk jadual ringkas (Miles & Huberman 1994:74).

Menurut Touliatos & Strauss (1990), penulisan kajian lepas yang sistematik di
dalam sesebuah penyelidikan boleh dilihat dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat
pengenalan, peringkat isi (main body) dan peringkat kesimpulan. Pada peringkat
pengenalan, penulisan kajian lepas adalah tertumpu kepada penyampaian maklumat
berhubung lapangan kajian iaitu ke arah memantapkan teori-teori, istilah dan konsep
yang relevan dalam bidang kajian. Metod ulasan yang baik biasanya adalah kaedah
tradisional yang tetumpu kepada bentuk penceritaan (narratif). Ulasan pada peringkat ini
mesti berupaya memberitahu pembaca mengenai apakah yang dikaji dan perkara-perkara
yang tidak disentuh serta sebab kenapa ianya tidak disentuh. Ulasan kajian lepas pada
11

peringkat isu (main body) pula merupakan maklumat lanjut yang tertumpu kepada
epistemologi kajian. Ia boleh merangkumi jadual ringkas yang menerangkan ciri-ciri
kajian yang dijalankan, maklumat statistik dan pelbagai perbincangan berhubung kajian
kajian. Ulasan pada bahagian ini biasanya akan melibatkan penjelasan dalam beberapa
sub-bahagian berdasarkan aspek yang dikaji. Slavin (1986) di dalam menerangkan syarat-
syarat bagi best good evidence systesis misalnya mencadangkan supaya ulasan kajian
lepas pada bahagian isi mestilah dapat menyediakan maklumat yang cukup dan
berasaskan kesimpulan yang bebas. Pada bahagian kesimpulan pula, ulasan kajian lepas
adalah sangat penting kerana penyelidikan yang diulas mestilah menunjukkan ciri lebih
daripada sebuah ringkasan. Ia juga tidak sekadar mengulang dan membawa hasil kajian
lepas tanpa sebarang usaha mengintegrasikannya bagi menjelaskan ceruk sesebuah
kajian. Pada amnya, nilai sesebuah kajian lepas banyak bergantung pada ulasan di tahap
ini kerana pada tahap ini, satu kesimpulan yang meluas dapat dibuat berdasarkan
beberapa penyelidikan yang telah dijalankan sebelumnya.

3.6 Menggunakan pendekatan ulasan kajian lepas yang sesuai

Langkah terakhir dalam proses menyediakan ulasan kajian lepas yang sistematik ialah
menggunakan pendekatan ulasan kajian lepas yang sesuai dalam proses penulisan.
Secara amnya, terdapat tiga kaedah utama dalam membuat ulasan kajian lepas iaitu
kaedah tradisional, kaedah meta-analisis dan kaedah best-evidence synthesis (Slavin
1986: 7). Kaedah-kaedah ini mempunyai kelebihan masing-masing dan seharusnya
digunakan pada peringkat yang berbeza-beza sesuai dengan keadaan penyelidikan dan
rekabentuk kajian yang dipilih. Meskipun begitu, bagi sesetengah penulis, kaedah meta
analisis dan best-evidence systhesis dianggap kaedah paling baik (Slavin 1986: 10) jika
dibandingkan dengan kaedah tradisional. Kaedah tradisional ialah satu cara bagaimana
kajian-kajian lepas dikenalpasti relevan dikumpulkan dan diulas fakta-faktanya dalam
bentuk ringkasan dan gaya narratif. Kelemahan dan kekuatan teori serta metodologi yang
digunakan akan dikenalpasti meskipun pada amnya kaedah ini dipercayai masih lagi
meninggalkan kesan subjektiviti di dalam proses memilih dan melaporkan penemuan-
penemuan kajian. Ulasan kajian lepas seharusnya dapat mengatasi masalah subjektiviti
atau dapat menerangkan subjektiviti yang wujud.

Kaedah meta analisis pula merupakan kaedah yang menekankan cara bagaimana
mengintegrasikan penemuan-penemuan kajian kuantitatif bagi menghasilkan satu sintesis
yang menyeluruh. Melalui kaedah ini, penyelidik dapat menjelaskan kedudukan kajian
lepas serta kedudukan kajiannya dengan lebih baik khususnya dalam menjustifikasikan
kerelevanan kajiannya.. Glass (1976) yang memperkenalkan kaedah ini mendefinisikan
kaedah meta analisis sebagai the statistical analysis of a large collection of analysis
results from individual studies for the purpose of integrating the findings. Glass
mendakwa kaedah ini adalah pendekatan yang bersifat rigorous dan menjadi alternatif
kepada pendekatan kasual dan perbincangan naratif. Ia juga dapat menunjukkan
ketinggian pengetahuan dan ciri sistematik dalam ulasan kajian yang dibuat. Sebelum
kaedah meta analisis diperkenalkan, ulasan kajian lepas kebanyakannya berprinsipkan
pendekatan vote taking iaitu sesuatu pembolehubah diambilkira dalam sesebuah kajian
12

apabila ia didapati berbeza secara signifikan. Walau bagaimanapun, disebabkan


kebanyakan penyelidikan menggunakan saiz sampel yang besar, maka hasil kajian
cenderung menjadi signifikan menyebabkan kaedah vote taking mulai dipersoalkan.
Pendekatan meta-analisis sebaliknya adalah berasaskan sintesis kesan saiz iaitu ukuran
dalam mengambil sesuatu pembolehubah tidak berasaskan kepada metodologi kajian
yang berlandaskan saiz sampel dan teknik analisis. Ia sebaliknya mengandaikan kesemua
kajian yang relevan kepada kajian seseorang penyelidik adalah sama dan pengambilan
pembolehubah adalah berasaskan kerelevanan maklumat.

Satu lagi kaedah membuat ulasan kajian lepas yang sistematik ialah kaedah best
evidence synthesis yang diperkenalkan oleh Slavin (1986). Slavin mendefinisikan kaedah
ini sebagai the quantification and systematic literature search methods of quantitative
syntheses with the attention to individual studies and methodological and substantive
issues typical of the best narrative reviews. Melalui pendekatan ini, penyelidik perlu
mengkombinasikan pendekatan meta-analisis dan pendekatan tradisional bagi memilih
hanya ulasan literatur yang terbaik dan mengenepikan kajian-kajian yang tidak relevan.
Aspek asas dalam pendekatan analisis kajian lepas ini ialah apa yang disebut oleh Slavin
sebagai reviewers apply consistent, well justified, and clearly stated a priori inclusion
criteria (Slavin 1986: 6). Ini bermaksud hanya kajian lepas yang benar-benar memenuhi
kriteria sahaja digunakan sebagai panduan kajian bagi mengelakkan apa yang dianggap
sebagai haphazard study selection procedures characteristic of many narrative reviews
dan exhaustive inclusion principle yang biasanya didapati dalam pendekatan meta-
analisis kerana tidak mengambilkira kualiti penyelidikan naratif yang baik.
13

CARTA KAEDAH MEMBUAT SOROTAN


KAJIAN LALU
Proses membaca prakata,
pendahuluan dan penutup

Andaian berkenaan
gagasan idea penulis

Menyemak senarai
kandungan

Mengenal pasti & Membaca


Bahagian dalaman terpilih

Menyimpul persoalan penting


bagi setiap bahan rujukan

Menyusun, merekodkan & menyusun semua


persoalan penting bagi setiap bahan rujukan
Sumber: Zulkarnain (2001)
4.0 KAEDAH MENYEDIAKAN ULASAN KAJIAN LEPAS YANG BAIK

Tujuan utama proses menyediakan ulasan kajian lepas yang sistematik adalah untuk
menghasilkan atau menyediakan kajian lepas yang baik (bermutu). Menurut Kerlinger
(1973) dan Light & Pillemer (1994), kajian lepas yang baik mestilah memenuhi beberapa
kualiti berikut iaitu (i) mampu menerangkan bidang yang dikaji (ii) dapat menunjukkan
isu paling utama dan isu yang tertinggal di dalam kajian sebelumnya, (iii) dapat
membantu penyelidik memantapkan kerangka teoritikal dan fokus metodologikal, (iv)
dapat menyediakan insight kepada jawapan yang bertentangan (contradictory) dan tidak
konsisten, (v) dapat menganalisis dan mensistesis kajian-kajian lepas yang digunakan (vi)
berasaskan sumber primari yang dipetik daripada jurnal berwasit (vii) tidak bergantung
sepenuhnya hanya kepada satu aliran pemikiran (school of thought) atau satu jurnal
utama dalam membuat ulasan kajian lepas (viii) tidak menggunakan terlalu banyak
petikan (quotes) dan (vix) menyatakan kesemua nama penyelidik pada pertama kali ia
dirujuk sebelum singkatan et.al digunakan. Kesemua ciri-ciri kajian lepas ini akan
dihuraikan satu persatu.

4.1 Memastikan kajian lepas dapat menerangkan bidang yang dikaji

Proses menyediakan ulasan kajian lepas yang baik bukan bererti melaporkan apakah yang
telah dibuat oleh penyelidik sebelumnya tetapi seharusnya dapat menunjukkan proses
14

pembacaan yang meluas dan kemaskini berhubungan lapangan yang dikaji. Penyelidik
perlu mahir menggunakan struktur bahasa yang betul dan memetik hanya kajian lepas
yang sesuai dan relevan dengan bidang penelitiannya. Kajian lepas yang diulas mestilah
mampu menerangkan bidang yang dikaji di samping dapat membantu penyelidik
memformulakan dan merumuskan persoalan kajiannya dengan jelas. Selain itu, ia juga
harus berupaya menjadi pedoman umum kepada penyelidik dalam memilih kerangka
teori, pendekatan konseptual dan memilih teknik serta kaedah persampelan yang betul.

4.2 Dapat menunjukkan isu paling utama serta isu yang tertinggal di dalam kajian
sebelumnya.

Sesebuah kajian lepas yang baik juga mestilah dapat menunjukkan apakah isu atau
persoalan dan permasalahan utama yang menjadi a-priori dalam kajian yang dijalankan.
Menurut Harlen & Malcolm (1997) kajian lepas yang baik perlu diolah supaya dapat
memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan penyelidikan yang hendak
dijalankannya vis-a-vis kajian-kajian terdahulu serta membantu penyelidik dalam proses
membuat pemetaan dan mencari konteks bagi penyelidikan yang sedang dijalankannya.
Dengan itu, seseorang penyelidik dapat mencipta keaslian bagi penyelidikannya dan pada
masa yang sama ia turut mengelakkan daripada berlakunya pertindanan penyelidikan.
Perkara ini adalah sangat penting dalam proses kemaraan ilmu dan breakthrough.
Inovasi di dalam sesebuah penyelidikan menurut Harlen & Malcolm (1997) biasanya
terhasil daripada ulasan kajian lepas yang teliti kerana ia berupaya mencetuskan tesis
baru, pendekatan baru atau mengenengahkan isu yang lebih lanjut dan terabai. Ia juga
membolehkan penyelidik menempatkan kedudukan dan kesignifikannan kajiannya dalam
konteks sumbangan korpus ilmu dan sumbangan kemasyarakatan. Ulasan kajian lepas
yang teliti juga juga membantu penyelidik meyakinkan pembaca bahawa ia sedang
memberi satu sumbangan baru.

4.3 Dapat membantu penyelidik membina atau memantapkan kerangka


teoritikal dan fokus metodologikal.

Salah satu kegunaan utama ulasan kajian lepas ialah peranannya dalam membantu
penyelidik membina atau memantapkan kerangka teoritikal kukuh serta menentukan
kaedah pengumpulan dan penggunaan data dalam kajian. Bagi sesetengah penulis seperti
Reichel & Ramey (1987), ulasan kajian lepas mestilah mampu menunjukkan bahawa
seseorang penyelidik dapat membuat ulasan dan memahami sesebuah teori dengan lebih
baik. Ia juga seharusnya dapat membantu penyelidik membuat pilihan yang lebih wajar
sama ada menggunakan sesebuah teori tertentu atau tidak. Kebiasaannya semakin
mendalam sesebuah ulasan dilakukan, maka semakin jauh penyelidik memahami had
sesebuah teori. Ada kalanya penyelidik terpaksa membina sebuah kerangka konseptual
baru berasaskan penelitian terhadap beberapa kajian lepas kerana mendapati sesebuah
teori, model atau perspektif yang digunakan adalah terbatas. Ulasan kajian lepas yang
mendalam, kritikal dan objektif juga dapat membantu penyelidik mengenalpasti
pembolehubah kajian dengan jelas dan memutuskan beberapa perkara berkaitan
metodologi kajiannya. Sebagai contoh, ulasan kajian lepas yang baik mestilah dapat
mengenalpasti atau mengesan kelemahan metodologi yang digunakan oleh penyelidik
lain yang seterusnya membantu penyelidik mengelakkan teknik yang sama berulang.
15

4.4 Dapat menyediakan insight kepada jawapan yang bertentangan


(contradictory) dan tidak konsisten

Sesebuah ulasan kajian lepas yang baik juga seringkali dapat menunjukkan adanya
jawapan-jawapan yang bertentangan dengan apa yang dihipotesiskan oleh penyelidik. Ini
bermakna secara amnya, ulasan kajian lepas menyediakan dua kemungkinan iaitu kajian
yang konsisten dan yang tidak konsisten dengan hipotesis. Dengan itu, kebijaksanaan
penyelidik adalah penting dalam menilai sesebuah kajian lepas dan mengambilkira
kelemahan-kelemahan, faktor dan konstrain yang menyebabkan sesuatu keputusan
terjadi. Ini membantu penyelidik mengenalpasti punca ketidakonsistensian, mengawal
faktor tersebut atau mengambilkiranya di dalam kajian yang dijalankan.

4.5 Dapat menganalisis dan mensistesis kajian-kajian lepas yang digunakan.

Di dalam proses menyediakan ulasan kajian lepas yang baik, pengkaji juga tidak
seharusnya hanya melaporkan apa yang telah dilakukan dan diperolehi oleh penyelidik
sebelumnya. Penyelidik sebaliknya perlu memberi ulasan secara kritikal terhadap kajian
yang dilakukan. Ini termasuklah ulasan terhadap persoalan, permasalahan, metodologi,
pendekatan teori dan analisis yang digunakan sehingga membawa kepada sesebuah
penemuan. Pada peringkat menganalisis kajian lepas dan mensistesisnya, penyelidik juga
perlu berusaha mengintegrasikan kajian-kajian lepas sedia ada bagi menghasilkan satu
sintesis dan lapangan penelitian yang lebih luas, menyeluruh dan saling berkaitan. Adalah
penting bagi penyelidik mempastikan setiap pernyataan fakta yang dibuat berasaskan
sumber yang sahih. Selain itu, penyelidik juga perlu berhati-hati dan berupaya
membezakan antara fakta empirikal, pendapat dan kesimpulan yang dibuat oleh
penyelidik sebelumnya. Sebagai contoh, penyelidik yang membuat ulasan mestilah
berupaya membezakan pernyataan berikut, misalnya antara:

Ahmad mendapati..., Ahmad menambah…, Ahmad mencadangkan …, Ahmad


menghipotesis …, Ahmad percaya … dan Ahmad menyimpulkan …

Perbezaan antara pernyataan di atas adalah jelas tetapi ketelitian pengkaji


mungkin berbeza yang menyebabkan berlaku salah anggapan terhadap sesuatu
penyelidikan yang dijalankan. Oleh itu, penyelidik perlulah bersikap objektif misalnya
tidak mempengaruhi ulasan kajian yang dilakukan dengan memasukkan pandangannya
atau menyamakan fakta empirikal dengan pendapat. Selain itu, meskipun penyelidik
boleh membuat kritikan terhadap kajian sebelumnya, kritikan tersebut mestilah
berasaskan kepada fakta dan kelemahan yang dapat digarap berasaskan penelitian dan
perbandingan dengan beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh penyelidik lain.

4.6 Berasaskan sumber primari yang dipetik daripada jurnal berwasit

Sesebuah ulasan kajian lepas yang baik mestilah berasaskan kajian-kajian yang
diterbitkan di dalam jurnal berwasit atau laporan-laporan yang dikawal kualitinya sama
ada diterbitkan atau tidak diterbitkan. Adalah menjadi satu kesilapan besar apabila
terdapat penyelidik yang merujuk kajian-kajian yang tidak mencapai taraf akademik yang
tinggi atau tidak diterbitkan dan dikelolakan di bawah satu tahap jaminan kualiti yang
16

baik. Rujukan terhadap bahan-bahan yang tidak berwasit atau tidak terjamin kualitinya
akan menyebabkan sintesis yang dibuat tidak kukuh begitu juga dengan pendekatan teori,
hipotesis dan metodologi yang digunakan. Pengkaji mungkin dipengaruhi oleh ulasan
kajian yang dibuat sedangkan ia tidak mencapai tahap kesarjanaan yang baik. Ini kerana
semua orang boleh menyelidik, tetapi tahap keintelektualan dan kesaintifikan
penyelidikan hanya dapat dilakukan oleh para sarjana. Rujukan terhadap bahan-bahan
yang diteribitkan di bawah jaminan kualiti seperti jurnal berwasit turut bermakna
terdapatnya mekanisme yang membuat penapisan terhadap sesuatu penerbitan yang
dirujuk. Ini membolehkan ulasan yang dibuat bersifat reliable dan sah

4.7 Tidak bergantung sepenuhnya hanya kepada satu aliran pemikiran (school
of thought) atau satu jurnal utama dalam membuat ulasan kajian lepas

Sesebuah ulasan kajian lepas yang baik juga tidak hanya bergantung kepada satu aliran
pemikiran atau satu sumber rujukan sahaja sebaliknya perlu bersumberkan beberapa
pendekatan dan aliran pemikiran yang berbeza. Penyelidik yang membuat ulasan tidak
harus bergantung hanya kepada satu aliran pemikiran dominan sahaja (school of thought)
atau satu jenis jurnal sahaja. Misalnya dalam kajian berkaitan kesan globalisasi ke atas
ekonomi Asia, penyelidik tidak seharusnya hanya berpegang kepada satu aliran
pemikiran ekonomi sahaja seperti aliran pemikiran ekonomi klasik. Ini kerana terdapat
beberapa aliran pemikiran lain seperti neo-klasik, neo-liberal dan kapitalisme baru.
Paradigma ekonomi juga berbeza-beza, malah konsep globalisasasi juga perlu dilihat
daripada beberapa perspektif misalnya dari perspektif tesis keras globalisasi (hard thesis),
perspektif lembut (soft thesis) dan perspektif campuran (mixed-thesis). Dengan merujuk
kepada pelbagai pandangan, sumber rujukan atau aliran pemikiran, liputan kajian luas
akan lebih menyeluruh dan mencakupi dunia realiti yang bersifat pelbagai disiplin. Ini
akan meningkatkan lagi darjah kebolehpercayaan dan kesahan penyelidikannya.

Pada dasarnya kecondongan terhadap sesuatu perspektif atau aliran pemikiran


sahaja akan menyebabkan timbulnya bias dalam proses mensintesis, merumus dan
memformulakan pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam kajian. Sifat ini
adalah bertentangan dengan konsep penyelidikan ilmiah yang tidak memihak kepada
mana-mana aliran pemikiran atau niat individu. Oleh itu, penyelidik mestilah bersifat
objektif dalam mencari bahan rujukan yang hendak diulas dan membuat ulasan
berasaskan kepada tujuan dan matlamat penyelidikannya.

4.8 Tidak menggunakan terlalu banyak petikan (quotes) dan apabila


menggunakan petikan, mestilah menggunakan format yang sesuai

Ulasan kajian lepas bukan bermakna memasukkan kembali kenyataan-kenyataan


penyelidik terdahulu berhubung aspek yang dikaji. Penyelidik sebaliknya perlu membuat
ulasan (review) secara kritikal terhadap kajian lepas yang menyangkut bidang
penelitiannya. Menurut Touliatos & Strauss (1990), ulasan kajian lepas yang baik tidak
seharusnya bergantung terlalu banyak kepada petikan-petikan sebaliknya perlu
menunjukkan ulasan yang matang. Penyelidik juga perlu menggunakan struktur ayat
pihak ketiga dan mengurangkan kaedah mengambil petikan kerana ia lebih merujuk
kepada struktur ayat pihak pertama. Penggunaan petikan yang banyak bukan sahaja
17

menganggu proses pembacaan kerana pembaca perlu mengubah-ngubah pemikirannya


untuk melihat dari sudut pihak pandangan pertama dan ketiga secara berselang-seli tetapi
juga menyebabkan ketidaklancaran dalam gaya penulisan dan penyampaian. Ia juga akan
mengurangkan kredibiliti penyelidik dalam kemahiran menggarap sesuatu fenomena
yang dikaji.

4.9 Menyatakan kesemua nama penyelidik pada pertama kali ia dirujuk sebelum
singkatan et.al digunakan.

Menurut Kerlinger (1973), ulasan kajian lepas yang baik juga perlu dipastikan
mempunyai sumber rujukan yang betul dan tepat. Sesebuah penyelidikan yang diulas
atau dikritik mestilah dilengkapi dengan rujukan atau notakaki yang lengkap. Nama-
nama penyelidik yang terlibat di dalam sesebuah penyelidikan juga tidak boleh
dirahsiakan atau disingkatkan. Bagi penyelidik yang terdiri lebih daripada empat orang,
nama kesemua mereka perlulah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum singkatan at.alia
(et.al) digunakan. Ini adalah bagi mempastikan nama kesemua penyelidik direkodkan,
diberi penghargaan atau dipertanggungjawabkan.

PERKARA YANG PERLU DINYATAKAN DALAM


SEBUAH SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebagai mana yang digariskan oleh Sulaiman Masri (2003:46), Azhar Harun dan Nawi
Abdullah (2004:161), sebuah sorotan kajian lepas perlu menyatakan perkara-perkara
berikut:

Pengenalan dan Kerangka

Pada bahagian ini, penilaian dilakukan terhadap permasalahan yang ingin dikaji, usaha
yang dilakukan penyelidik lain dan hipotesis yang ingin diuji. Persoalan seperti sejauh
manakah pernyataan permasalahan kajian boleh diuji dan bersifat empiris perlu diambil
kira. Pernyataan masalah biasanya terdapat pada permulaan sesebuah sorotan kajian
lepas. Ia mengenal pasti objektif kajian. Pernyataan masalah menjelaskan keperluan
penyelidik/pengkaji melaksanakan kajian berkenaan dan pembaca sebagai pengguna
perlu berminat untuk mengetahuinya. Pernyataan masalah menunjukkan objektif utama
kajian dan memperkenalkan beberapa sub-objektif yang mengenal pasti isu spesifik yang
hendak dikaji.
18

Selain itu, isu sama ada hipotesis itu selari dengan apa yang mahu diuji atau dikaji
oleh penyelidik. Seperkara lagi, isu berkenaan pembolehubah-pembolehubah melibatkan
ketetapan dan kejelasan takrifan pembolehubah berkenaan. Penilaian cirri keseimbangan
kajian lepas juga menjadi asas pertimbangan pada bahagian ini.

Kaedah dan Metod

Pada bahagian ini, penilaian ditumpukan kepada teknik yang digunakan untuk
mengumpul dan mendapatkan data, pernyataan reka bentuk penyelidikan, persampelan
serta pengukuran. Persoalan yang perlu diambil kira ialah menilai sama ada penyelidik
terdahulu menyedari kesilapan yang wujud hasil dari penggunaan kaedah tersebut.
Setelah disedari adanya kesilapan, terdapat tidanakan yagn diambil untuk mengatasinya
dan persoalan sama ada tindakan tersebut berpatautan dan sesuai. Jika masih mahu
menggunakan kaedah tersebut, apakah alasan yang dikemukakan oleh penyelidik untuk
terus menggunakan kaedah berkenaan dan adakah lasan ini boleh diterima. Hal lain ialah
persoalan sama ada terdapat pentakrifan operasi bagi setiap pembolehubah yang
digunakan dan adakah takrifan berkenaan memadai. Akhir sekali, penilaian perlu dibuat
berkaitan alat pengukuran pembolehubah iaitu sama ada ia mempunyai ciri
kebolehpercayaan (reliability) dan kesahihan (validity).

Hasil/Penemuan Kajin

Pada bahagian ini penilaian ditumpukan kepada beberapa kriteria iaitu sama ada
permasalahan kajian yang dinyatakan terjawab hasil dari kajian yang telah dilaksanakan.
Ia juga berkaitan kemungkinan adanya penjelasan lain sebagai huraian tambahan kepada
hasil atau penemuan kajian tersebut. Akhir sekali, penilaian dibuat bagi mengetahui
adakah teknik statistik yang betul dan sesuai telah digunapakai dalam membuat
kesimpulan kepada dapatan kajian berkenaan.
19

Perbincangan dan Kesimpulan

Bahagian ini membabitkan penilaian terperinci sama ada hasil penyelidikan sejajar
dengan laporan penyelidikan berkaitan (tinjauan literature) yang dinilai oleh penyelidik
atau jauh menyimpang. Kriteria lain ialah mengesahkan sama ada dapatan atau hasil
kajian itu boleh memanfaatkan pihak pembuat dasar atau sebaliknya. Persoalan
selanjutnya ialah sama ada hasil dan kesimpulan yang diperolehi didasarkan pada yang
dianalisiskan atau sebaliknya. Isu lain ialah berkaitan sampel dan populasi iaitu
mengambil kira sama ada kesimpulan penyelidikan tersebut didasarkan pada sampel dan
populasi yang diperkatakan pada bahagian awal atau tidak. Pada bahagian kesimpulan
ini, ringkasan kajian lepas perlu dilakukan dan menulis untuk memaklumkan pembaca
kedudukan terkini pengetahuan berkaitan perkara yang dikaji ini. Pengkaji juga perlu
mengenal pasti hubungan, pertentangan, jurang dan ketidaksamaan dalam kajian lepas
yang dijadikan sorotan. Terdapat beberapa strategi berstruktur yang boleh digunakan
5.0 KESIMPULAN

Kertas ini telah membincangkan proses bagaimana seseorang penyelidik harus membuat
ulasan kajian lepas secara sistematik dan baik. Secara amnya, proses menulis atau
mengulas kajian lepas secara sistematik dapat dibahagikan kepada enam peringkat yang
penting iaitu mendefinisikan topik atau fokus kajian, mengenalpasti sumber-sumber
maklumat, menyimpan rekod kajian-kajian lepas, membaca dan membuat nota catatan,
menulis ulasan dan menggunakan pendekatan ulasan kajian lepas yang sesuai. Dengan
mematuhi peringkat-peringkat ini, seseorang penyelidik akan dapat memastikan kajian
lepas yang diulas mempunyai kualiti yang jitu sebagai garis panduan penyelidikannya.
Kertas ini juga telah membincangkan bagaimana ulasan kajian lepas yang baik dapat
dilakukan. Antara langkah yang perlu diikuti oleh penyelidik bagi menjamin terhasilnya
kajian lepas yang baik termasuklah mempastikankajian lepas yang ditulis mampu
menerangkan bidang yang dikaji, dapat menunjukkan isu paling utama dan isu yang
tertinggal di dalam kajian sebelumnya, dapat membantu penyelidik memantapkan
kerangka teoritikal dan fokus metodologikal, dapat menyediakan insight kepada jawapan
yang bertentangan (contradictory), mampu menganalisis dan mensistesis kajian-kajian
lepas yang digunakan, berasaskan maklumat primari dan berwasit, tidak bergantung
kepada satu aliran pemikiran (school of thought) sahaja, tidak menggunakan terlalu
banyak petikan (quotes) dan menyatakan sumber maklumat rujukan yang jelas.
20

RUJUKAN

Bliss, J & Ogborn, J. 1983. Qualitative data analysis for educational research: A guide
to users of systemic networks. Canberra: Croom Helm.

Brown, D., & Brooks, L. (Eds.) 1990. Career choice and development: Applying
contemporary theories to practice (2nd. ed.). San Francisco: Jossey-Bass.

Chubon, R. 1982. An analysis of research dealing with the attitudes of professionals


toward disability. Journal of Rehabilitation 48(1): 25-30.

Cooper, H.M. 1984. The Integrative Research Review: A Systematic Approach. Sage
Publications.

Glass, G.V. 1976. Primary, secondary and meta-analysis of research. Educational


Researcher 5(10): 3-8.

Goetz, J. P., & LeCompte, M. D. 1984. Ethnography and qualitative design in


educational research. San Diego: Harcourt Brace Jovanovich.

Grundy, S. 1987. Research and professional inquiry.: The Falmer Press.

Guba, E. G., & Lincoln, Y. S. 1989. Fourth generation evaluation. Sage Publications.
21

Hahn, H. 1983. Paternalism and public policy. Society 20(3): 36-46.

Hargeaves, A., Lieberman, A., Fullan, M., & Hopkins, D. (Eds.). 1998. International
handbook of educational change. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Harlen, W. and Malcolm, H. 1997. Setting and streaming: a research review.


Edinburgh: Scottish Council for Research in Education.

Kerlinger, F. 1973. Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York: Holt,
Rinehart & Winston.

Light, R.J. & Pillemer, D.B. 1994. Summing up: the science of review in research.
London: Harvard University Press.

Miles, M. B., & Huberman, M. A. 1994. Qualitative data analysis: an expanded


sourcebook (second ed.). Beverley Hills: Sage.

Minichiello, V. 1999. Handbook for research methods in the social sciences. Frenches
Forrest, Australia: Pearson Education.

Reichel, M., & Ramey, M. A. (Eds.). 1987. Conceptual frameworks for bibliographic
education: theory to practice. Littleton Colorado: Libraries Unlimited Inc.

Slavin, R.E. 1986. Best-evidence synthesis: an alternative to meta-analytic and traditional


reviews, Educational Researcher, 15 (9), pp 5-11.

Slavin, R.E. 1987. Ability grouping and student achievement in elementary schools: a
best evidence syntheses. Review of Education Research, 57 (3), 293-336.

Touliatos, J., Perlmutter, B., & Straus, M. (Eds.) 1990. Handbook of research
measurement techniques. Newbury Park, CA: Sage.

Young, R. E. 1989. A critical theory of education: Habermas and our children's future.
Sydney: Harvester Wheatsheaf.

Anda mungkin juga menyukai