Anda di halaman 1dari 23

EVOLUSI PEMIKIRAN & FALSAFAH

Tajuk esei:
Aliran Liberalisme

Nama Pensyarah:
Pn Zubaidah bt V.P Hamzah

Nama Ahli Kumpulan:


1. Arif Anwar bin Lokmanol Hakim A152409
2. Mohamad Aznor Kamaruddin bin
Mohd Azman A155544
3. Mohammad Zuhairi bin Azmi A152509
1.0 PENGERTIAN & PENGENALAN LIBERALISME

Salah satu abad daripada sejarah ini, iaitu zaman moden mempunyai perbezaan dengan
abad pertengahan, yang menjadi tanda sejarah moden adalah runtuhnya autoriti gereja
dan bermulanya autoriti sains. Kekuasaan gereja pada masa lalu mula digantikan oleh
negara sebagai autoriti politik yang mengawal kebudayaan. Namun, pengaruh negara
terhadap pemikiran-pemikiran para ahli falsafah lebih kecil jika dibandingkan pengaruh
gereja pada Abad Pertengahan. Penolakan terhadap autoriti gereja, yang merupakan ciri
negatif daripada abad moden, muncul lebih awal daripada ciri positifnya, yakni
penerimaan terhadap autoriti sains.

Autoriti sains yang kebanyakan ahli falsafah dipandang sebagai epik moden dan
sangat berbeda dengan autoriti gereja kerana autoriti sains bersifat intelektual, bukan
politik. Ada perbezaan lain antara autoriti sains dan gereja bahawa yang terakhir ini
menyatakan ketentuan-ketentuannya sebagai kepastian mutlak dan tidak boleh diubah
selamanya, sedangkan pernyataan-pernyataan sains dibuat secara tentatifnya berdasarkan
kemungkinan dan dianggap boleh dimodifikasi. Ciri sains ini melahirkan cara berfikir
yang sangat berbeza dengan dogma Abad Pertengahan. Sehingga dapat disimpulkan
bahwa zaman moden merombak semua pemikiran yang terjadi di abad pertengahan yang
selalu dikontrol oleh gereja. Zaman moden membuahkan aturan pemikiran baru yang
berlandaskan kepada logik dan sains. Pembebasan daripada autoriti gereja mendorong
tumbuhnya individualisme, bahkan sampai pada batasan anarki. Disiplin, intelektual,
moral dan politik oleh fikiran-fikiran manusia. Renansiance disekutukan dengan ahli
falsafah skolastik dan kekuasaan gereja. Namun demikian, ahli falsafah moden
kebanyakan tetap mempertahankan kecenderungan individualistik dan subjektifnya. Pada
tulisan ini akan dibahas mengenai perkembangan sebuah fahaman yang sudah dikenali di
dunia, iaitu liberalisme (Fredrik 2011).
2.0 PERKEMBANGAN & SEJARAH LIBERALISME

Liberalisme adalah aliran atau kefahaman ketatanegaraan dan ekonomi yang dalam
ketatanegaraan demokrasi dan ekonomi menganjurkan kebebasan berusaha serta pihak
kerajaan tidak boleh turut campur tangan. Sedangkan penganutnya disebut sebagai kaum
liberal. Darpadai pengertian tersebut dalam kita fahami bahwa liberalisme menekankan
kepada kebebasan, baik dalam pemerintahan maupun dalam bidang ekonomi. Kebebasan
yang dimaksudkan sini ialah kebebasan individu, di mana individu bebas melakukan apa
yang ingin dia lakukan tanpa campur tangan daripada pihak lain.

Perkembangan liberalisme mulai muncul sejak akhir abad ke-17. Liberalisme awal
adalah produk daripada Inggeris dan Belanda, serta mempunyai suatu karakteristik yang
menonjol. Liberalisme membela toleransi beragama dan Protestan, tetapi lebih bersifat
bebas daripada fanatik; liberalisme menganggap perang agama sebagai kebodohan.
Liberalisme menghargai perdagangan dan industri, serta lebih mendukung kebangkitan
kelas menengah daripada monarki dan aristokrasi; liberalisme menjunjung tinggi hak-hak
kepemilikan, khususnya ketika terkumpul oleh buruh yang dimiliki secara individua.
Prinsip keturunan meskipun tidak ditolak, namun lebih dibatasi had daripada sebelumnya;
secara khusus, hak suci raja-raja ditolak demi berlakunya pandangan bahawa setiap
komuniti pada dasarnya, mempunyai hak untuk memilih bentuk pemerintahannya sendiri.
Sehingga kecenderungan liberalisme awal mengarah ke demokrasi yang dikuatkan
dengan hak-hak kepemilikan.

Liberalisme awal bercirikan optimis, bertenaga, dan falsafah kerana mewakili


kekuatan-kekuatan yang sedang tumbuh dan nampaknya akan meraih kemenangan tanpa
kesulitan yang bererti dan dengan kemenangan ini akan membawa keuntungan besar bagi
umat manusia. Liberalisme menentang segala sesuatu yang berada abad Pertengahan,
baik dalam falsafah mahupun politik kerana teori-teori Abad Pertengahan telah digunakan
untuk mendukung kekuasaan gereja dan raja, menjustifikasi penganiayaan dan
menghalangi bangkitnya persaingan tetapi liberalisme kemudian juga menentang
fanatisme para Calvinis dan Anababtis. Di samping itu, liberalisme ingin mengakhiri
perselisihan politik dan teologi demi mengerahkan tenaga manusia untuk kegiatan-
kegiatan perdagangan dan sains. Di seluruh dunia Barat, sikap keras dalam memegang
pendirian memberi tempat bagi pencerahan, kerisauan akan kekuatan Sepanyol telah
berakhir, semua kelas semakin makmur, dan harapan-harapan yang menjulang tinggi
nampaknya dijamin oleh keadaan yang sangat tenang.

Sehingga pada akhirnya berhasil mencetuskan Revolusi Perancis yang langsung


melahirkan Napoleon dan kemudian Aliansi Suci. Setelah itu liberalisme menatal
gelombang kedua-duanya sebelum optimistik abad ke-19 boleh diperbaharui. Ada pola
umum gerakan-gerakan liberalisme dari abad ke-17 sampai 19. Pola ini mula-mula
sederhana tetapi secara bertahap menjadi semakin kompleks. Ciri yang jelas terlihat
dalam gerakan ini dalam pengertian luas adalah individualisme; namun individualisme
merupakan istilah yang samar sebelum didefinisikan lebih lanjut. Ahli falsafah Yunani
bukanlah para individualistik. Mereka memandang manusia pada dasarnya sebagai
anggota komuniti. Liberalisme awal bercirikan individualistik dalam perkara-perkara
intelektual, juga dalam bidang ekonomi tetapi tidak mementingkan diri sendiri secara
emosional. Bentuk ini mendominasi Inggeris pada abad ke-18, para pembuat parlimen
Amerika Syarikat.

Sepanjang Revolusi Perancis, liberalisme diwakili oleh parti-parti yang lebih moderat.
Di Inggeris, setelah beberapa kali berlangsungnya perang Napoleon, liberalisme kembali
berpengaruh dengan bangkitnya Benthamites dan Mazhab Manchester. Keberhasilan
terbesar liberalisme terjadi di Amerika Syarikat, hingga menjadi dominan sejak tahun
1776 sampai sekarang. Namun ada sebuah gerakan baru yang berkembang secara
bertahap menjadi antitesis daripada liberalisme, ini dimulakan dengan Rousseau dan
mengukuhkan kekuatannya sejak gerakan romantik dan munculnya prinsip kebangsaan.

Dalam gerakan ini, individualisme melebar daripada wilayah intelektual ke wilayah


hasrat manusia dan aspek-aspek anarki daripada individualisme dibuat jelas. Pada saat itu
ada rasa tidak suka pada industrialisme awal, kebencian pada keburukan yang
diciptakannya dan pemberontakan terhadap kekejaman-kekejamannya. Ada falsafah lain
yang merupakan cabang daripada liberalisme, yakni falsafah Karl Marx. Huraian falsafah
liberal pertama yang lengkap dapat ditemukan dalam diri John Locke. Di Inggeris,
pandangan-pandangannya adalah sepenuhnya harmoni dengan pandangan-pandangan
para tokoh paling cerdik sehingga sukar untuk melacak pengaruh mereka kecuali dalam
falsafah teoretikal (Fredrik 2011).

3.0 DASAR & JENIS LIBERALISME

Liberalisme memperjuangkan pelbagai kebebasan yang dijamin dalam dasar undang-


undang, antaranya kebebasan agama, kebebasan berkumpul dan menyatakan pendapat.
Kebebasan yang diperjuangkan itu hanya terjamin dalam negara undang-undang yang
mengindahkan teras politik. Fahaman ini telah mencetuskan Revolusi Industri di Inggeris
(1688), Revolusi Amerika (1776), dan Revolusi Perancis (1789) secara total akhirnya
memisahkan gereja daripada masyarakat, negara, dan politik.

Menurut (Sukarna 1981) ada tiga hal yang mendasari daripada ideologi l,iberalisme
yakni kehidupan, kebebasan dan hak milik (Life, Liberty and Property). Di bawah ini,
merupakan nilai-nilai pokok yang bersumber daripada tiga nilai dasar Liberalisme tadi:

a. Kesempatan yang sama. (Hold the Basic Equality of All Human Being).
Manusia mempunyai kesempatan yang sama dalam segala bidang kehidupan baik politik,
sosial, ekonomi dan kebudayaan. Namun oleh kerana manusia yang berbeza-beza,
sehingga dalam menggunakan persamaan, kesempatan itu akan berlainan bergantung
kepada kemampuannya masing-masing. Terlepas daripada itu semua, hal ini (persamaan
kesempatan) adalah suatu nilai yang mutlak daripada demokrasi.

b. Treat the Others Reason Equally (Perlakuan yang sama)


Dengan adanya pengakuan terhadap persamaan manusia, di mana setiap orang
mempunyai hak yang sama untuk mengemukakan pendapatnya, maka dalam setiap
penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi baik dalam kehidupan politik, sosial,
ekonomi, kebudayaan dan kenegaraan dilakukan secara diskusi dan dilaksanakan dengan
persetujuan – di mana hal ini sangat penting untuk menghilangkan egoisme individu.

c. Government by the Consent of The People or The Governed (pemerintahan dengan


persetujuan daripada yang diperintah)
Pemerintah harus mendapat persetujuan dari yang diperintah. Pemerintah tidak boleh
bertindak menurut kehendaknya sendiri, tetapi harus bertindak menurut kehendak rakyat.

d. Berjalannya hukum (The Rule of Law).


Fungsi negara adalah untuk membela dan mengabdi pada rakyat terhadap hal asasi
manusia yang merupakan undang-undang abadi di mana seluruh peraturan atau hukum
dibuat oleh pemerintah adalah untuk melindungi dan mempertahankannya. Maka untuk
menciptakan rule of law, harus ada patuhan terhadap undang-undang tertinggi, persamaan
di muka umum dan persamaan sosial.

e. Yang menjadi pemusatan kepentingan adalah individu (The Emphasis of Individual).


Negara itu sebagai suatu mekanisme yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang lebih
besar dibandingkan negara itu sendiri. Di dalam ajaran Liberal Klasik, ditekankan bahwa
masyarakat pada dasarnya dianggap dapat memenuhi dirinya sendiri dan negara hanyalah
merupakan suatu langkah sahaja ketika usaha secara sukarela masyarakat telah
mengalami kegagalan.

Ada dua jenis liberalisme, yakni Liberalisme Klasik dan Liberallisme Moden.
Liberalisme Klasik timbul pada awal abad ke 16. Sedangkan, Liberalisme Moden
merupakan perkembangan daripada Liberalisme Klasik yang mulai muncul sejak abad
ke-20. Namun, bukan bermaksud setelah ada Liberalisme Moden, Liberalisme Klasik
akan hilang begitu saja atau digantikan oleh Liberalisme Moden kerana hingga kini, nilai-
nilai dari Liberalisme Klasik itu masih ada. Liberalisme Moden tidak mengubah hal-hal
yang mendasar, hanya mengubah hal-hal lainnya atau dengan kata lain, nilai intinya (core
values) tidak berubah hanya ada tambahan-tanbahan saja dalam versi yang baru. Jadi
sesungguhnya, masa Liberalisme Klasik itu tidak pernah berakhir (Sukarna 1981).

Dalam Liberalisme Klasik, keberadaan individu dan kebebasannya sangatlah


diagungkan. Setiap individu memiliki kebebasan berfikir masing-masing yang akan
menghasilkan fahaman baru. Ada dua kefahaman, yakni demokrasi (politik) dan
kapitalisme (ekonomi). Meskipun begitu, bukan bererti kebebasan yang dimiliki individu
itu adalah kebebasan yang mutlak kerana kebebasan itu adalah kebebasan yang harus
dipertanggungjawabkan (Sukarna 1981). Jadi, tetap ada keteraturan di dalam ideologi ini,
atau dengan kata lain, bukan bebas yang sebebas-bebasnya (Euis Sundani 2012).

4.0 TOKOH-TOKOH LIBERALISME

4.1 JOHN STUART MILL (1806-1873)

Pemikiran Mill adalah secara utilitarian murni, di mana Mill melakukan kritikan terhadap
utilitarianisme Bentham, Mill menganggap bahawa utilitarianisme juga mengandungi
unsur keadilan, di mana kebahagiaan tidak diertikan semata-mata milik peribadi, namun
untuk semua orang, maka dari sana munculnya konsep moral bahawa utilitarianisme
merupakan universalisme etika, bukan egoisme etika nikmat rohani yang menurutnya
lebih mulia daripada nikmat jasmani dan lain-lain. ”Lebih baik menjadi manusia yang
tidak puas daripada babi yang puas; lebih baik menjadi Sokrates yang tidak puas daripada
seorang bodoh yang puas” (Mikael dua 2008). Di sana, Mill sedang mengajak seluruh
masyarakat bahawa untuk mencapai suatu kebahagiaan tidaklah cukup daripada
terkumpulnya kebahagiaan majoriti masyarakat, melainkan unsur kebahagiaan individu
berada pada mereka. Selain itu, ia munculnya suatu keadaan kepedulian antara sesama
dengan dihidupkannya dengan suara hati seseorang.

Dalam hal pemikirannya mengenai ekonomi, Mill dipengaruhi oleh Thomas Robert
Malthus, di mana pertumbuhan ekonomi selalu diliputi dengan tekanan jumlah penduduk
dengan sumber yang tetap. Mill seorang utilitarian yang mencuba untuk memahami
kebahagiaan secara sudut lain, di mana menurutnya kebahagiaan, bukanlah semata-mata
bersifat fizikal, melainkan lebih luas daripada itu dan Mill pun memperkenalkan sebuah
konsep kebahagiaan individu, yang sebelumnya, para falsafah utilitarian kurang
menyentuh hal tersebut. Menurut Mill tentunya berbeza berkait kebahagiaan individu
dengan kebahagiaan umum. Suara hati menjadi dasar moraliti kaum utilitarian sehingga
akan menimbulkan implikasi dalam kehidupan sehari-hari berkait hubungannya dengan
orang lain dan di sanalah wujudnya sebagai makhluk sosial menjadi nyata.

Perasaan sosial yang timbul menuntut adanya suatu perhatian terhadap kepentingan
umum diatas kepentingan peribadi. Maka, di kemudian harinya akan munculnya konsep
kebebasan dan keadilan. Keadilan akan diawali dengan pengakuan atas kewujudan hak-
hak orang lain dan keadilan juga tidak terpisah dengan unsur kebebasan manusia.
Masyarakat menurut Mill mestilah melindungi kebebasan individu kerana hal tersebut
merupakan bahagian daripada kebahagiaan umum. Universalime beretika merupakan
konsep utilitariannya yang lebih mengedepankan kepada kebahagiaan orang lain, di mana
di sanalah moraliti utilitarian dibangunkan oleh Mill. Prinsip tersebut memang cukup
relevan dalam hal kegiatan ekonomi, di samping Mill menerima pasaran bebas Adam
Smith, namun usaha untuk memperhatikan kebahagiaan orang lain dalam hal persaingan
ekonomi pasar, menjadi agenda Mill.

Keadaan pasaran bebas yang cenderung bersikap egoisme sentrik yang ditekankan
oleh Mill dengan perlakuan nilai moraliti bersama, di mana prinsip kebahagiaan harus
dirasakan oleh setiap pemain pasar, pelaku usaha, pengeluar, pengedaran hingga tatapan
pelanggan. Pasaran bebas memang cenderung melahirkan keadaan win-lose, namun
antara kedua-dua belah pihak diharapkan harus tetap mampu menjalin hubungan yang
kelak melahirkan kebahagiaan bersama, yang merupakan akibat atas universalisme etika
ala John Stuart Mill. Ekonomi sebagai sebuah ilmu yang bersifat empirik, menjadi
sebahagian daripada pemikiran Mill ke hadapan. Menurutnya wang adalah kekuasaan dan
dalam kerangka memenuhi keperluannya, manusia memerlukan kekuasaan (Maya 2015).

4.2 JEAN JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)

Jean Jacques Rousseau adalah seorang tokoh falsafah besar, penulis and pencipta pada
abad pencerahan. Pemikiran falsafahnya mempengaruhi revolusi Perancis, perkembangan
politik moden dan dasar pemikiran pendidikan.

1. State of nature manusia dalam pandangan Rousseau


Rousseau berpendapat bahawa manusia mempunyai keadaan alamiah atau keadaan azali
dalam dirinya sebagai suatu individu yang bebas atau merdeka tanpa adanya suatu
intervensi atau paksaan dari manapun . meskipun mempunyai kebebasan yang mutlak,
manusia tidak ingin atau memiliki keinginan untuk menaklukan sesamanya karena
manusia alamiah bersifat tidak baik maupun tidak buruk. Mereka hanya mencintai dirinya
sendiri secara spontan dan berusaha untuk menjaga keselamatan dirinya dan memuaskan
keinginan manusiawinya.

Menurut Rousseau, manusia abad pencerahan sudah mengubah dirinya menjadi


manusia rasional. Manusia rasional hanya mementingkan faktor material untuk
memenuhi keperluan dirinya. Faktor-faktor bukan material berupa perasaan dan emosi
mengalami pengikisan yang mengakibatkan manusia seolah-olah hanya bergerak menurut
rasionalnya sahaja. Abad Pencerahan menurut Rousseau adalah abad pesismistik.
Pemikir-pemikir pencerahan, perkembangan teknologi dan sains menyebabkan
kemunduran moral dan budaya. Akibatnya, manusia menjadi rakus dan tamak sehingga
terjadi kerosakan dan penghancuran besar-besaran bagi keberlangsungan manusia, baik
alam mahupun manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, Rousseau berfikir bahwa manusia
seharusnya kembali pada kehidupannya yang alamiah yang memiliki emosi dan perasaan
untuk mencegah dan terhindar daripada kehancuran keseluruhan. Pemikiran ini menjadi
cekal daripada aliran Romantisme yang berkembang di Eropah (Budiardjo, Miriam
1982).

2. Kontrak Sosial dan Kekuasaan


Seperti yang dikemukakan Rousseau bahwa manusia memiliki kebebasan penuh dan
bergerak menurut emosinya. Keadaan tersebut sangat menimbulkan konflik dan
pertikaian. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, manusia mengadakan perjanjian
bersama yang disebut kontrak sosial.

Rousseau berpendapat bahawa negara merupakan bentuk nyata daripada kontrak


sosial. Individu-individu di dalamnya sepakat untuk menyerahkan sebahagian daripada
hak-haknya untuk kepentingan bersama melalui pemberian kekuasaan kepada pihak-
pihak tertentu antara mereka. Kekuasaan tersebut digunakan untuk mengatur, dan
menjaga keamanan mahupun harta benda mereka. Hal inilah yang kemudian disebut
sebagai kedaulatan rakyat.

Perbezaan teori kontrak sosial dalam pandangan Hobbes dan Rousseau adalah
Hobbes menyatakan bahawa setelah negara terbentuk sebagai suatu kontrak sosial, negara
tidak terikat lagi dengan individu tetapi individulah yang terikat dengan negara dengan
kata lain, negara dapat berbuat apa saja terhadap individu. Berbeza dengan Hobbes,
Rousseau berpendapat bahawa negara adalah berasal daripada kontrak sosial antara
individu dalam sesebuah negara merupakan perwakilan kepentingan individu-individu di
dalamnya, negara harus berusaha mewujudkan kehendak umum apabila kehendak itu
diabaikan oleh negara, rakyat dapat menarik mandatnya terhadap kerajaan.

Rousseau mendambakan suatu sistem pemerintahan yang bersifat demokrasi langsung


di mana rakyat menentukan kerajaan atau pemimpin mereka, membuat tata negara dan
peraturan secara langsung. Demokrasi langsung hanya dapat dilaksanakan pada wilayah
yang tidak terlalu luas.

3. Bentuk-bentuk Pemerintahan
Menurut Roussesau, keaneka ragaman pemerintahan di dunia adalah baik kerana
biasanya mengakomodasikan kepentingan beraneka ragam bentuk, tradisi dan adat
istiadat masyarakat yang berbeza-beza. Klasifikasi pemerintahan dan kriteria menjadi
titik ukur negara menurut Rousseau dapat dilihat berdasarkan jumlah mereka yang
berkuasa.

Apabila kekuasaan dipegang oleh seluruh atau sebahagian besar warganegara


(citizen magistrates lebih banyak daripada ordinary private citizen), maka bentuk negara
tersebut adalah demokrasi tetapi apabila kekuasaan dipegang oleh beberapa pemerintah
(ordinary private citizen lebih banyak daripada citizen magistrates) maka negara tersebut
berbentuk aristokrasi. Apabila negara tersebut hanya berpusat pada satu orang
pemerintah, maka negara tersebut berbentuk monarki. Rousseau juga berpendapat
bahawa mungkin terdapat bentuk negara campuran yang memadukan sistem dan bentuk
negara demokrasi, aristokrasi dan monarki (Noer, Deliar 1982).

5.0 CIRI-CIRI ALIRAN LIBERALISME


Antara ciri-ciri ideologi liberalisme ialah sistem demokrasi merupakan bentuk
pemerintahan yang lebih baik, anggota masyarakat memiliki kebebasan intelektual penuh,
termasuk kebebasan berbicara dan kebebasan beragama, pemerintah hanya mengatur
kehidupan masyarakat secara terbatas dan keputusan yang dibuat hanya sedikit untuk
rakyat sehingga rakyat dapat belajar membuat keputusan diri sendiri, kekuasaan dari
seseorang terhadap orang lain merupakan hal yang buruk, semua masyarakat dikatakan
berbahagia apabila setiap individu atau sebagian terbesar individu berbahagia, dan hak-
hak tertentu yang tidak dapat dipindahkan dan tidak dapat dilanggar oleh kekuasaan mana
pun.

Ciri yang pertama iaitu sistem demokrasi merupakan bentuk pemerintahan yang
lebih baik daripada lain-lain sistem pemerintahan. Hal ini bermaksud demokrasi adalah
suatu sistem kerajaan yang mewujudkan penglibatan rakyat sama ada secara keseluruhan
atau sebahagian dalam pembentukan sesebuah kerajaan. Demokrasi terbahagi kepada dua
iaitu demokrasi secara langsung dan demokrasi secara tidak langsung. Demokrasi
langsung bermaksud penglibatan seluruh ahli masyarakat iaitu rakyat dalam membuat
suatu dasar atau undang-undang dalam sesebuah kerajaan. Demokrasi langsung biasanya
dijalankan untuk negara yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit dan
mempunyai wilayah yang kecil. Manakala, demokrasi tidak langsung ialah penglibatan
sebahagian rakyat atau ahli masyarakat mewakili keseluruhan masyarakat dalam
pembuatan dasar atau undang-undang dan biasanya dijalankan untuk negara yang
mempunyai bilangan rakyat yang ramai.

Selain itu, demokrasi juga adalah suatu sistem yang menghadkan penggunaan kuasa
pemerintah. Hal ini kerana di dalam sistem demokrasi, rakyat merupakan kuasa politik
yang utama manakala pemerintah dan kerajaan adalah sebagai institusi untuk
melaksanakan segala peraturan dan perintah yang telah dipersetujui oleh rakyat. Sistem
ini memperlihatkan bahawa pemusatan kuasa itu tidak berlaku kerana rakyat adalah
sebagai pembuat dasar kepada kerajaan. Di samping itu, sistem demokrasi juga
mengamalkan pembahagian kuasa kepada tiga komponen yang utama dalam sesebuah
pentadbiran iaitu badan eksikutif iaitu yang menjalankan undang-undang, legislatif iaitu
yang membentuk undang-undang dan judikatif iaitu yang menjalankan keadilan atau
penghakiman (Deliar 1982). Kesannya, pembuatan undang-undang serta perlaksanaannya
akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan tanpa melibatkan apa-apa
bentuk kezaliman atau penindasan kepada rakyat sekiranya ketiga-tiga badan ini saling
“check and balance” antara satu dengan yang lain bagi menelakkan berlaku sebarang
penyalahgunaan kuasa terhadap rakyat.

Sebagai mana menurut pendokong idea liberalisme iaitu Montesquieu apabila badan
legislatif dan eksikutif disatukan pada orang yang sama tidak mungkin akan ada
kemerdekaan (kebebasan) serta tidak akan ada kemerdekaan selagi badan judikatif tidak
dipisahkan dari badan eksikutif dan legislative. Hal ini kerana kuasa mengadili (judikatif)
apabila digabungkan dengan badan eksikutif dan legislatif akan menyebabkan penguasa
akan bertindak dengan sesuka hati (Deliar 1982: 100). Seterusnya, sistem demokrasi juga
mementingkan hak-hak rakyat kerana setiap undang-undang yang digubal perlu
membawa kepada kepentingan dan menjaga kebajikan rakyat. Hal ini menurut Locke,
kerajaan hendaklah bertanggungjawab kepada semua rakyat dan bukannya berkuasa ke
atas rakyat semata-mata (Kamlin 1986).

Ciri yang seterusnya ialah anggota masyarakat memiliki kebebasan intelektual


penuh termasuk kebebasan berbicara dan kebebasan beragama. Hal ini membuktikan
bahawa ideologi fahaman liberalsime ini merupakan pendokong kepada hak dan
kebebasan setiap individu. Kebebasan individu mencakupi hubungan mereka dalam
melakukan apa jua perkara yang dirasakan baik bagi mereka. Agama merupakan suatu
anutan bukan perintah yang mengongkong individu dalam melakukan sesuatu perkara.
Hal ini kerana liberalsime lahir semasa zaman pencerahan dan Revolusi Perancis pada
akhir abad ke-18 di mana pada ketika itu masyarakat cuba untuk keluar daripada
pengaruh gereja yang dilihat semakin melampau dalam mengongkong dan mengatur
hidup manusia serta peranan pemerintahan monarki di Perancis yang dilihat menindas
rakyatnya (Rodee 1988).

Oleh kerana itu idea liberalisme ini menunjukkan bahawa perlunya keselarasan
sosial yang dihasilkan oleh setiap individu dalam mengejar kepentingan tertentu. Semua
individu seharusnya mempunyai kesempatan atau hak yang sama untuk menunjukkan
kemampuan masing-masing. Hal ini kerana individu adalah unit utama dalam menilai
fahaman liberal iaitu keluasan kebebasan yang diberikan kepada setiap individu untuk
menunjukkan kemampuannya adalah menjadi penilaian kepada sejauh mana seseorang
individu itu mendapat haknya (Rodee 1988). Hal ini disebabkan pada era zaman
kegelapan Eropah manusia dikongkong oleh gereja baik dari segi jasmaninya mahu pun
rohani (Kamlin 1986). Kedudukan gereja yang mutlak mengakibatkan masyarakat
menjadi tidak berkembang. Oleh kerana itu, fahaman liberalisme ini lahir bagi
menunjukkan manusia itu mempunyai hak dan kebebasan dalam menentukan
kehidupannya. Menutut Locke, kebebasan yang dimaksudkan dalam konteks liberalisme
ini adalah bukan kebebasan yang mutlak namun kebebasan ini diselaraskan dan
disamaratakan dengan tanggungjawab mematuhi hukum alamiah dan menghormati hak-
hak semulajadi orang lain (Kamlin 1986).

Justeru itu manusia yang mendokong fahaman liberalisme ini mempunyai suatu
kebebasan tertentu dalam menentukan perjalanan hidup mereka sendiri tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana unsur yang boleh memaksa mereka untuk tunduk pada kehendak orang
lain. Oleh kerana itu kebebasan sosial yang mencakupi kehendak sosial seperti
pendidikan dan keagamaan setiap individu adalah bersifat bebas. Namun demikian
menurut Locke masyarakat juga perlu kepada suatu keadaan sivil yang membantu
mengatur kehidupan manusia agar tidak membawa kepada kekacauan dan pemerkosaan
hak antara individu. Oleh sebab itu Locke telah mewujudkan masyarakat sivil iaitu suatu
perjanjian antara setiap ahli masyarakat untuk menyerahkan sebahagian hak mereka
kepada kerajaan bagi memelihara kebajikan mereka bersama. Hal ini kerana masyarakat
sivil menurut Locke ditubuhkan melalui prinsip keuntungan umum yang dapat
memelihara kepentingan masyarakat bersama (Kamlin 1986).

“Tujuan pokok dan utama daripada manusia untuk bersatu dan membentuk negara dan
menempatkan diri mereka di bawah satu pemerintahan, adalah untuk melindungi milik
mereka”
(Deliar 1982).

Ciri yang ketiga ialah pemerintah hanya mengatur kehidupan masyarakat secara
terbatas dan keputusan yang dibuat hanya sedikit untuk rakyat sehingga rakyat dapat
belajar membuat keputusan diri sendiri. Sebagai mana menurut Locke, kerajaan adalah
sebagai alat atau institusi yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak setiap
individu. Selain itu Locke juga berpendapat bahawa peranan yang tepat dan penting bagi
pemerintah adalah bertanggungjawab menjamin hak setiap individu untuk memiliki
kekayaan peribadi. Di samping itu, pemerintah menurut Adam Smith ialah pemerintah
yang baik adalah pemerintah yang kekuasaannya terbatas, sedang pemerintah yang
terbaik adalah pemerintah yang tidak begitu berkuasa (Rodee 1988). Justeru itu, melihat
kepada definisi setiap ahli idea liberalsime ini menunjukkan bahawa peranan pemerintah
ini adalah sebagai institusi yang membantu individu dalam mengecapi impian dan
kehendak masing-masing. Seterusnya, pemerintah mestilah tidak mempunyai kuasa yang
banyak supaya setiap keinginan individu itu tidak dibatasi oleh kekuasaan pemerintah.

Ciri yang keempat ialah kekuasaan dari seseorang terhadap orang lain merupakan
hal yang buruk. Hal ini merupakan suatu penentangan oleh mereka yang berpegang
kepada fahaman liberalisme ini. Ini kerana penguasaan seseorang terhadap orang lain
adalah merupakan suatu perlanggaran terhadap hak individu. Liberalisme berpendapat
kebebasan merupakan nilai utama dalam sesebuah kehidupan. Oleh kerana itu mereka
menentang pemerintahan secara raja berkuasa mutlak dan pemerintahan yang bersifat
monarki. Hal ini keran sisitem pemerintahan bersifat multak dan monarki akan
memperlihatkan kuasa raja tidak dapat dibendung dengan baik sekiranya raja atau
pemerintah bersifat zalim terhadap rakyatnya. Hal ini merupakan cerminan kepada
pemerintahan di England pada zaman pemerintahan Stuart (Kamlin 1986). Di mana kuasa
raja tidak dapat dihadkan dengan baik apabila raja bersifat mutlak terhadap rakyat
sehinggakan membawa kepada pemberontakkan dalaam kalangan rakyatnya. Hal ini
menunjukkan bahawa penindasan atau konkongan pemerintah terhadap rakyat akan
membawa kepada sesuatu kekacauan sosial dan penentangan terhadap pemerintah. Oleh
kerana itu John Stuart Mill berpendapat bahawa penguasa merupakan pencerminan
daripada masyarakat agar kepentingan penguasa dan kemahuannya seiring dengan
kemahuan masyarakat (Deliar 1982).

Ciri yang kelima ialah semua masyarakat dikatakan berbahagia apabila setiap
individu atau sebagian terbesar individu berbahagia. Hal ini merupakan bentuk
pembahagian dalam ideologi fahaman liberal iaitu utilitarianisme yang membawa maksud
kebahagian terbesar bagi orang yang banyak. Utilitarianisme ini mementingkan suatu
perbuatan atau perkara yang dianggap baik dilakukan untuk memberi impak yang positif
kepada ramai orang. Hal ini supaya kebahagiaan yang ingin dikecapi itu dapat dinikmati
oleh sekalian masyarakat (Rodee 1988). Jeremy Bentham yang merupakan pendokong
kepada utilitarianisme menyatakan bahawa kepentingan bersama adalah melahirkan
perasaan sakit senang yang mengenai banyak orang. Menurut beliau teori ini adalah
betujuan supaya penguasa dapat memperkembangkan kesenangan dan memperkecilakan
keburukkan. Hal ini kerana teori ini berkaitan dengan mewujudkan kebahagian yang
terbanyak bagi kepentingan masyarakat (Deliar 1982).

Ciri yang terakhir ialah hak-hak tertentu yang tidak dapat dipindahkan dan tidak
dapat dilanggar oleh kekuasaan mana pun. Sebagai mana yang dinyatakan oleh Locke,
menurutnya masyarakat sivil adalah masyarakat yang menyerahkan sebahagian hak
mereka kepada suatu institusi kerajaan bagi membentuk kepentingan bersama (Kamlin
1986). Namun demikian, terdapat sebahagian hak yang lain tidak dapat diganggu dengan
sewenang-wenangnya oleh pihak pemerintah. Sebagai contoh hak pemilikan harta tidak
dapat dicerobohi melainkan melalui urusan jual beli. Hal ini kerana aliran pemikiran ini
menjaga hak dan kepentingan setiap individu daripada dizalimi dan dicerobohi sesuka
hati. Di samping itu, setiap urusan kerajaan dan dasar yang dipinda perlulah mendapat
persetujuan majoriti rakyat menunjukkan betapa pentingnya pemeliharaan hak rakyat
dalam sesebuah bentuk pemerintahan. Oleh hal yang demikian, pemikirian ini
menyokong ekonomi pasaran bebas bagi mengelakkan diskriminasi pemerintah terhadap
rakyatnya. Ini bermaksud kerajaan adalah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya
mengganggu urusan perniagaan yang dijalanakan oleh rakyatnya dengan mengenakan
cukai dengan sesuka hati (Kamlin 1986). Hal ini bertujuan supaya dapat merangsang
pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negara (Rodee 1988).

Secara kesimpulan dapat dinyatakan bahawa setiap ciri bagi ideologi liberalisme ini
mengagungkan kebebasan dan memelihara hak dan kepentingan setiap individu daripada
menjadi mangsa kepada penindasan kerajaan atau pihak pemerintah. Hal ini demikian
kerana setiap dasar dan undang-undang yang dipinda oleh pihak pemerintah adalah
bertujuan untuk memelihara dan membangunkan kebajikan masyarakatnya. Oleh hal
yang demikian, corak pemerintahan secara monarki dan beraja adalah tidak diterima oleh
pendokong ideologi ini.

6.0 IMPAK FALSAFAH LIBERALISME


Di akhir abad yang ke-19, terdapat satu golongan liberal yang besar yang berpendapat
bahawa untuk menjadi bebas, seseorang itu perlukan beberapa pengisian termasuk
pendidikan dan perlindungan dari eksploitasi. Pihak liberal percaya setiap manusia
sepatutnya menikmati kebebasan seberapa maksimum yang boleh dan selari dengan
kebebasan untuk semua. Bagaimanapun, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai
kesamarataan dari segi nilai persamaan moral dan menikmati peluang sama rata dan
kesamarataan bergantung kepada pelbagai tahap yang berbeza antara satu sama lain dari
sudut bakat dan kesediaan untuk bekerja. Dengan itu, liberalisme mempercayai prinsip
meritokrasi (Holmes 1993).

Masyarakat liberal mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian dan pluralisme serta


diuruskan secara politik oleh nilai berkembar iaitu persetujuan. Kedua-duanya
digabungkan dan membentuk struktur apa yang dilabel demokrasi liberal. Pendirian yang
ada dalam liberalism ini sedikit sebanyak bertentangan dengan ajaran Islam yang
merupakan satu agama yang Haq, diwahyukan oleh ALLAH S.W.T kepada nabi
Muhammad S.A.W merupakan agama yang utuh, mempunyai akar, dimensi, sumber dan
asas-asas ajarannya sendiri. Manakala liberal bermaksud bebas, tidak terikat dengan apa-
apa. Liberalisme pula adalah suatu fahaman falsafah yang tercetus dan berkembang di
Barat, memiliki tanggapan, teori dan pandangan hidup yang berasaskan kebebasan.

6.1 IMPAK TERHADAP POLITIK

Isu liberalisasi banyak dikaitkan dengan ekonomi, padahal liberalisasme mempengaruhi


banyak aspek lain seperti aspek politik, sosial, dan undang-undang, malah semakin
menular dalam masyarakat kini, cuma lebih dikenali dengan istilah keterbukaan (Web
2006). Barat juga sengaja melontarkan bermacam-macam istilah dan pemikiran dengan
trend politik mahupun ideologi. Semua itu dimaksudkan untuk meragukan keyakinan
umat Islam terhadap pemikiran Islam serta melakukan permainan istilah yang berbahaya,
semata-mata kerana ketakutan melihat revivalisme (kebangkitan) umat melalui ideologi
Islam. Mereka memunculkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak
asasi manusia, kebebasan, globalisasi, dan sebagainya, termasuk dalam hal ini adalah apa
yang dikenal dengan istilah yang sangat asing (Ackerman 1992).

Terdapat empat prinsip asas yang membentuk teras politik liberalisme iaitu
persetujuan individu, perwakilan dan kerajaan yang diwakili, perlembagaan dan
kedaulatan popular. Teori-teori bersifat kontrak telah menjadi asas kepada kuasa politik.
Lelaki dan wanita dengan mudah bersetuju untuk mengikat diri mereka di dalam sistem
politik dan menerima keputusan-keputusannya. Pemikir seperti John Locke menegaskan
bahawa sukar untuk memelihara hak-hak semulajadi seperti nyawa, kebebasan dan harta
tanpa kuasa bersama yang komited kepada melindungi mereka.

Dengan itu, mereka bersetuju menubuhkan masyarakat politik yang mengandungi


perundangan bersama, kehakiman dan kuasa eksekutif. Terbentuknya negara dan tujuan
utama adalah mengekalkan hak-hak semulajadi tersebut iaitu nyawa, kebebasan dan
pemilikan harta. Manakala bagi perwakilan pula adalah bertujuan menjawab siapakah
yang membuat keputusan di dalam sistem liberalisme. Mengikut Locke juga, legislatur
dilantik oleh orang ramai dan ia perlu menerima batasan-batasan tertentu. Ia tidak boleh
menekan individu dari segi hak-hak semulajadi, menghapus kebebasan dan tidak boleh
merampas nyawa atau harta mereka. Kerajaan yang dilantik mengandungi idea bahawa
pihak berkuasa politik datangnya daripada rakyat (Rothbard 1979).

6.2 IMPAK TERHADAP EKONOMI

Dalam fasa terawal liberalisme, Individualisme dirangka dari segi hak-hak semulajadi,
kebebasan dan kesamarataan. Fasa kedua pula berdasarkan kepada teori psikologi yang
mana merealisasi kepentingan adalah kuasa utama yang menggerakkan individu dan
dalam fasa ketiga ia menjadi liberalisme ekonomi yang umumnya dirujuk sebagai
kapitalisme (Hallowell 1943). Ia juga dirujuk sebagai sistem dagangan bebas, kapitalisme
dan mengemukakan hak kepada individu untuk mengeluar dan membeli serta urusan jual
beli bagi memenuhi kehendak mereka. Ia menolak pengawalan kerajaan dan membiarkan
pasaran bebas membuat keputusan.

Malah, liberalisme adalah ideologi kelas pertengahan yang muncul untuk


menggantikan aristokrat lama. Tujuan utama adalah memperjuangkan aktiviti ekonomi
individu, mengukuh dan meluaskan kawasan perdagangan yang membabitkan negara
bangsa atau dunia amnya. Ia juga bertujuan menghapuskan halangan kepada
pengangkutan serta perdagangan barangan. Menjadi matlamat utama ideologi ini bagi
menguruskan semula ekonomi, memperkenalkan kaedah dagangan atau pasaran baru dan
menanam modal bagi kilang-kilang dan jentera-jentera. Kebebasan ekonomi
mengutamakan hak untuk pemilikan harta, hak untuk mewarisi, hak untuk mengumpul
modal dan kekayaan, kebebasan untuk mengeluar, menjual dan membeli menjadi
bahagian penting dalam order baru social (Bobbio 1990).

6.3 IMPAK TERHADAP SOSIAL

Ia dipengaruhi oleh Utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart
Mill. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang
memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomi dan pelindungan daripada kejadian
makro yang tidak ditentukan oleh mereka, tetapi adalah hak individu itu sendiri. Secara
amnya, Liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin membentuk satu
masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan
kepada kuasa khususnya kuasa kerajaaan dan agama, kedaulatan undang-undang,
pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang
memberikan kebabasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang
terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan saksama.

Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal menggemari sistem pengundian


yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana semua rakyat
mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan peluang yang saksama
untuk berjaya. Justeru, liberalisme dalam konteks social lebih menekankan hak-hak
peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual,
kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan perlindungan dari campur tangan
kerajaan di dalam kehidupan peribadi, malah secara umumnya menentang keras campur
tangan pemerintah dan fahaman agama yang mengatur sastera, seni, akademik, perjudian,
seks, pelacuran, pengguguran, peancangan keluarga, alkohol, ganja dan barang-barang
lainnya (Hayek 1978).

7.0 RUJUKAN

Ackerman, Bruce. 1992. The Future of Liberal Revolution. New Haven: Yale University
Press.

Bobbio, Norberto. 1990. Liberalism and Democracy. trans. Martin Ryle and Kate Soper.
London.

Budiardjo, Miriam. 1982. Dasar-Dasar Ilmu Politik. Jakarta: Gramedia.

Carlton Clymer Rodee. 1988. Pengantar Ilmu Politik. Jakarta: Penerbit CV Rajawali.

Deliar Noer. 1982. Pemikiran Politik Di Negeri Barat. Jakarta: Penerbit CV Rajawali.

Euis Sundani 2014. Paham Liberalisme.


http://euissundani.blogspot.my/2014/12/paham-liberalisme.html. [17 Mei 2016].
Fredrick 2011. Liberalisme Bagian Dari Filsafat Modern.
https://theodorusfredrik03.wordpress.com/2011/03/08/liberalisme-bagian-dari-filsafat-
modern/. [17 Mei 2016].

Hallowell, John H. 1943. The Decline of Liberalism as an Ideology with Particular


Reference to German Politico-legal Thought. Berkeley: University of California Press.

Holmes, Stephen. 1993. The Anatomy of Antiliberalism. Cambridge, Mass: Harvard


University Press.

Hayek, Friedrich A. 1978, 1960. The Constitution of Liberty. Chicago: University of


Chicago Press.

Maya 2015. John Stuart Mill. http://mayatarigann.blogspot.my/2015/09/john-stuart-


mill.html. [17 Mei 2016].

Mikhael Dua 2008. Filsafat Ekonomi. Kanisius: Jogjakarta.

Muhammad Kamlin. 1986. Pengantar Pemikiran Politik Barat. Bangi: Penerbit


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noer, Deliar. 1982. Pemikiran Politik di Negeri Barat. Jakarta: C.V. Rajawali.

Rothbard, Murray N. 1979, 1965. Left and Right: The Prospects for Liberty. San
Francisco: Cato Institute.

Sukarna. 1974. Ideologi Suatu Studi Ilmu Politik. Penerbit Alumni; Bandung.

Webb, Adam K. 2006. Beyond the Global Culture War. New York: Routledge.

Anda mungkin juga menyukai