Anda di halaman 1dari 11

TEORI KEGUNAAN DAN KEPUASAN

PENGENALAN

Teori kegunaan dan kepuasan ini ada hubungkait yang rapat dengan media terutama
pada masa kani yang maju dengan teknologi yang merubah segalanya pada masa kini
kepada zaman yang lebih moden. Teori ini amatlah penting bagi kita untuk membuat
sesuatu penelitian mahupun kajian mengenai isu-isu semasa dan teori ini berkait rapat
dengan audiens (pengguna). Pendekatan ini juga melibatkan suatu pergeresan fokus
dari tujuan menyampaikan pesan. Teori ini juga amat sesuai dengan teori kebebasan
pers. Salah satu teori yang terdapat dalam komunikasi massa yang sangat popular
iaitu pendekatan teori kegunaan dan kepuasan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
dapat menyelidik idea yang asal kegunaan dan kepuasan dan juga dapat di perhatikan
sebagai sesuatu yang menarik perhatian.
Penggunaan teori kegunaan dan kepuasan adalah lebih fokus kepada pengguna
iaitu para penonton daripada pesan yang dismpaikan itu. Ia tidak sama seperti kepada
tradisi kesan kekuasaan, pendekatan ini membayangkan para penonton lebih kepada
diskriminasi kegunaan media. Asas kedudukan diri telah dirumuskan seperti yang
berikut. Ia telah dibezakan dengan kaedah pembelajaran kesan-kesan klasik,
pendekatan kegunaan dan kepuasan ini adalah mengambil pengguna media daripada
pesan media itu sendiri sebagai perkara asas dan meneroka sikap komunikasi itu
dalam terma pengalaman terus menerus dengan sesuatu media. Pada pandangan ini,
para penonton di lihat sebagai menggunkan isi kandungan media secara aktif daripada
tindakan yang pasif terhadap media. Oleh yang demikian, perkara ini tidak seharusnya
dianggap perhubungan terus antara pesan dan kesan, tetapi sebaliknya menganggap
sesuatu yang betul kepada para penonton mengambil pesan untuk kegunaan dan
hanya tindakan kegunaan sebagai mengganggu boleh diubah di dalam proses kesan
tersebut.
Para penonton ini boleh dikatakan sebagai yang aktif dan goal-directed. Para
penonton adalah mempunyai hak untuk memilihapa sahaja media untuk memperolehi
atau mendapatkan apa sahja yang diinginkan dan bagaimana untuk mendapatkan
media yang terbaik antara semua media yang sedia ada. Media boleh dianggap
sebagai suatu jalan yang tebaik untuk mendapatkan mereka berinteraksi antara mereka
mahupun secara individu melalui media. Dalam erti kata, apa yang telah diberikan
pilihan kepada penonton, setiap individu boleh memilih jalan mereka untuk
mendapatkan kepuasan sendiri.(Littejohn, 2002)
Blumber dan Katz (1974) juga melihat bahawa penggunaan teori ini adalah untuk
pengguna media yang memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan
menggunakan media. Pengguna akan mengambil bahagian yang aktif di dalam proses
komunikasi dan goal oriented di dalam media yang mereka gunakan. Teori ini juga
dilihat pengguna media mencari sumber-sumber-sumber media yang terbaik dan
memenuhi keperluan pengguna. Teori manfaat dan kepuasan beranggapan bahawa
pengguna itu mempunyai alternatif untuk memilih apa yang mereka inginkan.
(www.uky.edu).
Kegunaan dan Kepuasan ini lebih kepada konsep kajian daripada teori kepuasan
diri. Bahkan penyumbang di dalam lapangan kajian ini melihat bahawa telah mencari
permasalahan dengan skop kajian dan dipanggil dengan konsep payung yang mana
menggunakan beberapa teori ketetapan (Infante et al. 1997).
Pendekatan kegunaan dan kepuasan akan menggunakan dalam konsep
mengembangkan dan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Status sekarang teori ini
masih bergantung di atas analisis pertama Katz, yang mana pengguna menggunakan
media untuk pelbagai tujuan tetapi pendekatan ini sangat sesuai digunakan sebagai
pergerakan teknologi secara keseluruhan kepada tahap informasi elektronik.
Kemajuan di dalam media teknologi seharusnya mampu memberi pengawasan
pengguna di dalam media dan sebab perspektif penggunaan kegunaan dan kepuasan
bergantung kepada konsep penonton aktif. Terutamanya menggunakan untuk tujuan
pembelajaran tentang teknologi terkini.(www.iml.jou.ufl.edu)

ONTOLOGI
Secara umumnya, ontologi merupakan titik permulaan dalam penyelidikan dan
merupakan perkara utama yang perlu difahami oleh penyelidik sebelum sesebuah
penyelidikan dijalankan (Grix, 2002). Hal ini demikian kerana elemen ini merupakan
elemen terpenting dalam penyelidikan dan jika elemen ini tidak diambil kisah maka
penyelidikan tersebut akan menghadapi masalah kerana mereka tidak mengetahui
bagaimana fenomena sosial yang dikaji itu wujud. Selain itu, ontologi juga boleh
diterjemahkan sebagai asal usul sesuatu teori atau fenomena yang berlaku (Walter,
2010). Ontologi merupakan tuntutan serta andaian normal mengenai sesuatu realiti
sosial yang berlaku dalam masyarakat, bagaimana fenomena itu wujud, bagaimana
ianya ditafsirkan, bagaimana ia berkembang dan bagaimana setiap unit itu
berinteraksi di antara satu sama lain. Perkara yang paling penting dalam ontologi ialah
bagaimana kepercayaan kita terhadap realiti sosial tersebut (Blaikie, 2007).
Perkara yang paling utama di dalam ontologi ialah tiada disertakan pandangan
penyelidik, perbezaan, sebab dan akibat atau pelbagai eleman lain yang tidak
menerangkan secara terus kepada bagaimana fenomena tersebut boleh wujud (Sayer,
1992). Memandangkan fenomena yang dikaji oleh ahli sains sosial ialah manusia, ia
memerlukan penyelidik berpegang kepada paradigma tertentu tentang realiti yang
dikaji (Kuhn, 1970). Paradigma ialah orientasi asas terhadap teori dan penyelidikan
yang dipegang oleh seseorang pengkaji (Samani, 2004). Dalam kata yang lebih
mudah lagi paradigma ini merupakan pemahaman seseorang pengkaji terhadap
sesuatu teori serta kaedah yang digunakan oleh mereka dalam menjalankan
penyelidikan bagi menguatkan lagi hujah mereka mengenai hasil yang diperolehi
melalui kajian tesebut.
Dalam sains sosial, ontologinya lebih kepada asal usul realiti sosial (Blaikie,
2007) di mana setiap perkara yang dinyatakan oleh penyelidik di dalam kajiannya
perlulah disokong dengan andaian ontologi sama ada secara tersurat atau tersirat. Ini
bermakna setiap perkara yang dikaitkan dalam penyelidikan perlu dinyatakan kaitan
di antara satu sama lain serta bagaimana perkara tersebut wujud. Perkara ini sangat
penting kerana sesuatu perkara atau fenomena yang berlaku biasanya tidak sama
dengan pemahaman manusia. Mungkin perbezaan geografi, pegangan, adat dan
sebagainya menyebabkan tafsiran dan fahaman yang di lontarkan berbeza sama sekali
dengan realiti sebenar (Walter, 2010). Pemahaman secara mendalam penyelidik
mengenai sesuatu fenomena atau isu yang hendak dikaji amat penting kerana
pemahaman tersebut diperlukan bagi mengetahui fenomena secara menyeluruh dan
terperinci sekaligus membantu mereka menghasilkan satu kajian yang tepat dan boleh
dipercayai.

Perspektif Ontologi Terhadap Isu Pengangguran Siswazah

Andaian perspektif ontologi terhadap isu pengangguran siswazah menjadi isu yang
sangat besar kerana melibatkan banyak mantan siswazah yang telah menamatkan
pengajian mereka di IPTA, IPTS dan sebagainya. Dapatan utama Kajian Pengesanan
Siswazah yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015, mendapati
kadar pengangguran dalam kalangan anak-anak daripada keluarga berpendapatan
bawah RM1,000 sebulan, mencapai 42 peratus (%) di peringkat Diploma dan 28.1%
untuk penyandang ijazah pertama. Jumlah pengangguran dalam kalangan anak-anak
keluarga berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, adalah 18.6% di
peringkat diploma dan 18.5% di peringkat ijazah pertama.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata penelitian terhadap data pengangguran
siswazah Melayu pada 2017 dan 2018, menunjukkan secara konsisten, semakin tinggi
kelulusan, semakin besar kebarangkalian menjadi penganggur. Berdasarkan dapatan
Jabatan Statistik Malaysia dan Tinjauan Ekonomi 2019 Kementerian Kewangan,
kadar pengangguran negara mengikut kaum dan tahap pendidikan pada 2017,
menunjukkan pengangguran siswazah Melayu mencapai 4.6 peratus (%); pendidikan
menengah 4%, pendidikan rendah 1.9% dan tiada pendidikan formal 1.5%.

EPISTOMOLOGI
Epistemologi merupakan salah satu cabang ilmu falsafah selepas ontologi. Istilah
epistomologi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah Scotland iaitu James Frederick
Ferrier. Perkataan epistomologi berasal dari bahasa Yunani iaitu gabungan episteme
dan logos yang bererti episteme sebagai pengetahuan manakala logos bermakna
pengetahuan sistematik atau ilmu. Secara umumnya epistemologi bermaksud suatu
pemikiran yang mendalam dan sistematik mengenai sesuatu ilmu pengetahuan
tersebut. Menurut Oxford Dictionary Of Sociology (2009), epistemologi bermaksud
“The philosophical theory of knowledge on how we know what we know”. Ini
bermakna epistemologi adalah mengenai bagaimana pengetahuan yang dimiliki
diperolehi oleh seseorang individu.
Selain daripada itu, epistemologi juga mempunyai kaitan dengan pertanyaan
bagaimana proses yang memungkinkan suatu pengetahuan itu diperolehi, apakah
prosedur atau teknik yang perlu dilakukan di dalam mendapatkan pengetahuan yang
berupa ilmu, apakah yang dikatakan sebagai kebenaran dan sejauhmana ianya adalah
benar. Fokus utama epistemologi adalah untuk menjawab apa yang benar dan sudah
diketahui serta menjawab persoalan bagaimana cara untuk mengetahuinya.
Epistemologi hanya melihat kepada perkara yang boleh dilihat secara realiti dan
kemudian diteliti secara saintifik melalui pengetahuan yang dimiliki. Secara tidak
langsung epistemologi mencerminkan cara pandang penyelidik tentang apa yang
dapat diketahui tentang dunia dan bagaimana kita dapat mengetahuinya

Perspektif Epistemologi Terhadap Isu Pengganguran Siswazah

Isu pengganguran siswazah dapat dikaitkan dengan aspek Interpretivism.


Interpretivism ialah suatu pendekatan untuk mendapati ilmu daripada kontruksi sosial
dan interpretasi subjektif oleh pengkaji terhadap suatu fenomena sosial yang dikaji.
Interpretivism adalah pendekatan dalam epistemologi yang membolehkan pengkaji
memahami perbezaan antara manusia sebagai pelaku sosial iaitu erti kata lain
bermakna pengalaman hidup dalam realiti sosial merupakan aspek penting
pendekatan interpretivism dalam menganalisis dan memahami sesuatu fenomena
sosial yang berlaku.
Untuk mengaitkan interpretivism dalam memahami realiti sosial yang berlaku,
isu pengganguran siswazah digunakan sebagai isu untuk dikaitkan dengan teori
epistomologi. Isu pengganguran ialah suatu senario yang menjadi isu selepas
peningkatan kadar pengangguran pada setiap tahun disebabkan kekurangan peluang
pekerjaan yang menyebabkan persaingan yang tinggi antara mantan siswazah
menyebabkan kadar pengangguran meningkat.
Dengan menggunakan pendekatan interpretivism, beberapa persoalan utama yang
boleh digunakan untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam seperti isu
pengangguran siswazah yang menyebabkan pertambahan pengangguran dalam
kalangan mantan siswazah, namun bagaimankah isu pengangguran semakin
meningkat dalam kalangan siswazah pada setiap tahun. Isu ini telah mendapat
perhatian oleh masyarakat terutama siswazah itu sendiri yang boleh meninbulkan
kerisauan terhadap siswazah kini.
Menerusi kajian ini, jelaslah bahawa pemahaman mengenai isu yang dikaji bukan
sahaja dapat dijelaskan dengan maklumat daripada laporan Kementrian Pengajian
Tinggi sahaja tetapi melalui media massa itu sendiri yang berfungsi untuk
menyampaikan maklumat serta isu pengangguran siswazah dapat dijelaskan daripada
perspektif pengkaji yang memberi interpretasi berasakan pemerhatian.

AKSIOLOGI

Axiology adalah cabang falsafah sains yang mempersoalkan bagaimana manusia


menggunakan pengetahuan mereka. Axiology adalah istilah yang berasal dari kata-
kata Yunani iaitu; axios yang bermaksud sesuai atau munasabah. Walaupun logo yang
bermaksud pengetahuan. Axiologi difahami sebagai teori nilai. Jujun S.Sumumantri
menafsirkan aksiologi sebagai teori nilai-nilai yang berkaitan dengan kegunaan ilmu
yang diperoleh. Menurut John Sinclair, dalam skop kajian nilai falsafah merujuk
kepada pemikiran atau sistem seperti politik, sosial dan agama. manakala nilai itu
sendiri adalah sesuatu yang bernilai, yang setiap keinginan manusia. Axiology
adalah sains yang bercakap tentang tujuan sains itu sendiri. Jadi Axiology adalah
kajian tentang sifat sebenar dan manfaat pengetahuan, dan sebenarnya tidak ada apa-
apa sia-sia jika kita boleh menggunakannya dan tentu saja digunakan serta mungkin
dan juga dengan cara yang baik. Oleh kerana kebelakangan ini ramai orang yang
mempunyai pengetahuan lebih banyak digunakan di jalan yang salah. Perbincangan
mengenai aksiologi merangkumi isu nilai penggunaan sains. Sains tidak bebas
daripada nilai. Ini bermakna bahawa pada peringkat tertentu kadang-kadang sains
mesti disesuaikan dengan nilai budaya dan moral masyarakat; supaya nilai kegunaan
ilmu dapat dirasakan oleh masyarakat dalam usaha mereka untuk meningkatkan
kesejahteraan bersama, dan sebaliknya akan menimbulkan bencana.

Perspektif Axsiologi Terhadap Isu Pengangguran Siswazah


Pengkaji ingin mengaitkan isu pengangguran siswazah dari perspektif Axiologi.
Isu pengangguran adalah isu melibatkan mantan siswazah yang dipercayai tidak
mempunyai perkerjaan yang tetap selepas bergraduan daripada seluruh rakyat
Malaysia. Statistik terkini menunjukkan bahawa dalam kalangan graduan, 5.5
daripada 10 daripada mereka yang menganggur berumur di bawah 24 tahun, dan
daripada lebih 250,000 graduan yang bergraduasi setiap tahun, satu daripada lima
graduan baru masih gagal mendapatkan sebarang pekerjaan selepas enam bulan
menamatkan pengajian.
Hal ini menyebabkan kerisauan kepada siswazah kerana beranggapan mereka
akan mendapat nasib yang sama yang akan menganggur selepas menamatkan
pengajian.
KELEMAHAN DAN KEKUATAN TEORI KEGUNAAN DAN KEPUASAN
KHALAYAK

Seperti teori lain, teori kegunaan dan kepuasan kegunaan dan kepuasan tidak dapat
dipisahkan daripada kelemahan. Teori ini tidak boleh dipisahkan dari kritikan,
sesetengah pakar mempertimbangkan teori ini untuk memandang tinggi peranan
pengguna media dalam memilih media. Mereka menganggap bahawa majoriti
pengguna media adalah kumpulan pasif dan hanya mengikuti tabiat. Kelemahan
penggunaan dan teori gratifikasi termasuk:

1. Bergantung pada analisis fungsional, yang dapat menciptakan bias


terhadap status quo.
2. Tidak dapat dengan mudah memberi perunjuk ada tidaknya efek.
3. Banyak konsep-konsep kuncinya dikritik karena tidak dapat diukur.
4. Terlalu berorientasi pada level mikro.

Teori ini meneliti asal-usul keperluan psikologi dan sosial, yang menimbulkan
jangkaan tertentu dari media massa atau sumber-sumber lain, yang membawa kepada
pola pendedahan media yang berlainan kepada aktiviti lain dan membawa kepada
pemenuhan keperluan dan akibat yang lain. West dan Turner menjelaskan bahawa
pada masa awal media massa, teori masyarakat massa Teori Masyarakat Massa, teori
yang menganggap orang biasa adalah mangsa yang tidak berdaya dalam media massa
dalam menentukan hubungan antara penonton dan media yang mereka konsumsi.
Pemikiran ini akhirnya diremehkan kerana sains sosial dan pemerhatian yang
sederhana tidak dapat mengesahkan operasi media dan mesej media yang sangat
berkuasa.

Sebagai teori yang berkaitan dengan penonton aktif, kegunaan dan kepuasan
mempunyai kelebihan dalam melihat respon penonton. Teori ini mengandaikan
bahawa pengguna media memainkan peranan aktif untuk memilih dan
menggunakan media. Kelebihan teori ini termasuk:

1. Memfokuskan perhatian kepada individu dalam melihat proses


komunikasi massa.
2. Hormati kepada kemampuan intelektual dari pengguna media.
3. Menyediakan analisis yang menerangkan bagaimana pengguna
berinteraksi dengan isi media.
4. Membezakan antara pengguna yang aktif dengan yang pasif.
5. Mempelajari media sebagai bahagian dari kehidupan sehari-hari.
6. Menyediakan pandangan berguna dalam proses mengadopsi media baru.

Hasil kajian kegunaan dan kepuasan yang telah dilakukan sebelum alasan
seseorang menggunakan media terbagi menjadi dua hal, yaitu:

1. Content gratification, seseorang menggunakan media kerana maklumat


atau isi dari media tersebut. Tipe gratifikasi ini berpusat kepada pesan
yang dihantarkan oleh suatu media.
2. Proses memuaskan, seseorang menggunakan media untuk pengalaman
yang diperoleh dari proses menggunakan media. Ganjaran jenis ini
memberi tumpuan kepada penggunaan sebenar media itu sendiri.

Pada masa awal kegunaan dan kepuasan kajian, penyelidik komunikasi


menyatakan bahawa lebih penting untuk mengetahui bagaimana seseorang akan
terus menggunakan medium setelah mengalami pengalaman 44 Barat, Richard
dan Lynn Turner, Pengantar Teori Analisis dan Aplikasi Komunikasi .... h. 100.
45 Baran, Stanley J. Davis, Dennis K, Teori Komunikasi Massa ...... h. 242
menggunakan kesan kandungan media daripada mengetahui bagaimana
seseorang boleh menggunakan media. Beberapa kajian yang menggunakan teori
ini agak banyak, menunjukkan bahawa teori ini agak berjaya dalam fungsi
heuristiknya. Oleh itu, walaupun kekurangan penggunaan dan teori suapan, teori
ini masih penting dengan kelebihannya yang mempunyai nilai heuristik dan
mempunyai potensi untuk menambah penyelidikan baru.
RUJUKAN

AmiraSariyatiFirdaus.(2014).ANetworkParadigmofCommunicationResearch.JurnalPe
ngajianMediaMalaysia,16(1):87-99.

Arnett,J.J.,Larson,R.,&Offer,D.(1995).BeyondEffects:AdolescentsasActiveMediaUser
s.JournalofYouthandAdolescence,24(5):511-518.

AzmahBtAbWahab&SamsudinA.Rahim.(2013).KredibilitiMediadanPenyertaandalam
PersekitaranPengdemokrasianMaklumatdiMalaysia.JurnalKomunikasi,Malaysian
JournalofCommunication,29(1):141-160.

Bennett,L.W.
(1988).News:ThePoliticsofIllusion(2ndEd.)NewYork:Longman.Berger,A. A.
(1998).MediaAnalysisTechniques(2ndEd.).London:SagePublications.

Blumler,J.G.(1979).TheRoleoftheTheoryinusesandGratificationsStudies.Communicati
onResearch,6(1):9-36.Boa-Hui,Hwang&ZhouHe.(1999).MediaUsesandAccultura
tionAmongChineseImmigrantsintheUSA.Gazette,61(1):5-22.

Curtain,P.A.,Dougall,E.,&Mersey,R.D.(2007).StudyComparesYahoo!NewsStoryPrefe
rences.NewspaperResearchJournal,28(4):22-35.

Anda mungkin juga menyukai