Anda di halaman 1dari 2

CABARAN BERHIJAB DARI SEGI UNDANG-UNDANG

• undang-undang merupakan suatu kumpulan peraturan-peraturan yang sedia wujud dalam masyarakat serta yang di wujudkan
oleh pemerintah dengan tujuan untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagaimana individu atau
kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram.

i . AKTA BERKAITAN DENGAN HIJAB

• Terdapat akta yang telah wujud berkaitan hijab iaitu sebuah akta khusus yang bole melindungi semua wanita berhijab dari
sebarang bentuk atau diskriminasi yang boleh berlaku terhadap diri mereka sebagai contoh di tempat kerja yang sering
menjadi cabaran kepada wanita berhijab.
• masalah diskriminasi yang berlaku di tempat kerja ini akan menghasilkan impak negatif bukan sahaja terhadap diri pekerja itu
sendiri malah turut akan menjejaskan reputasi dan produktiviti jabatan, organisasi atau syarikat yang terlibat dengan masalah
berkenaan
• Walaupun negara kita sudah memiliki pelbagai jenis peruntukan undang-undang berkaitan dengan pekerjaan seperti Akta
Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] namun ia dilihat tidak memadai bagi memberi
perlindungan yang secukupnya terhadap isu yang berkaitan dengan masalah diskriminasi bagi wanita berhijab.
ISU BERKAITAN DENGAN CABARAN BERHIJAB KEPADA WANITA
MUSLIMAH
• Beberapa persoalan pemikiran wujud dan berlegar dikalangan masyarakat. Ada kalanya ia ditimbulkan oleh ilmuan-ilmuan
Islam dan dalam banyak keadaan ia ditimbulkan oleh golongan bukan Islam yang cuba untuk mendalami Islam.
• Persoalan mengenai pemikiran ini tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai faktor seperti perubahan zaman, masa dan
tempat. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor seperti wujudnya usaha serangan yang dikenali sebagai ghazwah al-fikri dan
ghazwah al-thaqafi ke atas umat Islam.

i. ISLAMOFOBIA
• Islamofobia ditakrifkan sebagai rasa takut dan benci terhadap islam dan persepsi bahawa islam mempunyai nilai yang tidak
sama dengan budaya lain, lebih rendah daripada nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sebagai satu
agama.
• Perasaan islamofobia ini boleh menimbulkan perasaan anti-islam kepada individu tersebut.
• perkara ini bole dikaitkan dengan wanita Muslim berhijab dikatakan menerima triple penalties atau tiga hukuman sama
ada dalam perkerjaan mahupun dalam kehidupan sosial mereka, iaitu “dihukum” kerana gender, etnik dan kerana
kepatuhan beragama. Halangan ekspresi hak wanita Muslim tercetus oleh pertembungan paparan media, nilai budaya,
kerangka perundangan dan dasar negara yang akhirnya membawa kepada keganasan terhadap wanita berhijab.
• Media sering menggambarkan wanita berhijab ditindas atau sinonim dengan kumpulan militan. Sering paparan berita
tragedi pengebooman, tambakan, penculikan yang dikaitakn dengan pengganas muslim, media akan menyertakan paparan
wanita berhijab walaupun tragedi sedemikian tidak semestinya membabitkan wanita Islam.

Anda mungkin juga menyukai