Anda di halaman 1dari 26

2

Sekian lama wanita di seluruh pelusuk dunia merintih dan menangisi kesengsaraan yang ditanggung. Oleh yang demikian, pembentangan ini akan memaparkan faktafakta sensasi tentang realiti tersebut yang berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripadakeganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalindan gaji yang sama.

Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran,

serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan,penstereotaipan, pengobj ekan seks, serta penindasan.

Di Indonesia iaitu terdapat 23 juta wanita yang amat miskin dan terpaksa bekerja di serata dunia demi sesuap nasi. Melalui jalur ejensi pekerjaan, mereka sanggup merantau ke negara yang asing bagi mereka dengan harapan untuk mengutip sebanyak mana wang untuk menanggung keluarga yang ditinggalkan di kampung halaman

Mereka telah dilayanan buruk seperti dikurung di bilik, mengalami gangguan seksual, dirogol, malah ada yang dibunuh.

Punca kepada segala kemiskinan tersebut adalah sistem ekonomi dan politik yang diterapkan di Indonesia.
Pemerintah menyerahkan hartanah dan pemilikan umum kepada syarikat-syarikat asing. Melalui kaedah demokrasi dalam berpolitik, undang-undang digubal sesuka hati agar dapat memenuhi kehendak syarikat-syarikat asing dan meminggirkan peribumi negara yang kaya dengan sumber alam itu.

Wanita di Jordan yang menderita akibat pelbagai masalah ekonomi, sosial dan politik. Negara menjual hak milik persendirian dan sumber alam seperti fosfat, kalium dan simen; hinggakan perusahaan tempatan yang berjaya juga dijual kepada pihak Barat. Akibatnya rakyat mengalami proses pemiskinan besar-besaran.

Muncullah simptom-simptom masalah seperti pengangguran, kelewatan berkahwin akibat kos yang tinggi, kegagalan mengatur kewangan rumah tangga, jenayah berleluasa, penderaan fizikal dan banyak lagi.

Tunisia pula, semenjak kemasukan kolonialisme Barat, wanita Tunisia melalui pelbagai krisis akibat pelaksanaan sistem diktator yang berasaskan sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan (faslu addeen anil hayah). dan budaya.
Wanita diremehkan dari segi hak-hak dan peranan mereka. Wanita tidak dihormati dan dinafikan hak untuk mendapat pendidikan tinggi, penjagaan kesihatan dan keperluan hidup lain.

Seterusnya di Sudan, wanita mengharungi kehidupan yang dipenuhi ketidakadilan, penindasan, kekejaman dan juga kemiskinan. Kaum wanita terpaksa menyaksikan pemisahan wilayah Utara dari wilayah Selatan dengan pilu. Perang saudara yang tercetus di seluruh negara telah menyebabkan kaum wanita terpaksa menjadi pelarian dan kehilangan kaum keluarga.

Di Rusia, seorang wanita tidak dianggap sebagai seorang manusia yang punya harga diri sebaliknya dipergunakan sebagai komoditi yang diperdagangkan dalam pelbagai aspek. Konsep seperti maruah dan kehormatan wanita telah lama dilupakan apabila wanita sering dikasari dari segi emosi, mental dan fizikal. Lebih teruk lagi, tidak ada perbincangan tentang penjagaan dan perlindungan terhadap wanita di negara ini.

Tidak sedikit wanita menjadi mangsa penderaan lelaki yang sepatutnya melindungi mereka seperti bapa, suami dan majikan. Kaum lelaki yang sepatutnya memimpin keluarga malangnya telah membebankan ahli keluarga wanita mereka untuk menanggung keperluan hidup mereka. Keluarga yang terdiri daripada para bapa, suami dan anak yang ketagihan arak dan dadah. Rusia tidak menghalang penjualan arak dan dadah secara berleluasa kerana ia adalah perniagaan yang menguntungkan.

Kaum Muslimah tidak dihormati dan menjadi mangsa diskriminasi. Sebagai contoh, mereka sukar mendapat pekerjaan dan boleh dipecat hanya dengan alasan mereka berhijab dan menunaikan solat. Di samping itu, di kebanyakan bandar di Rusia, para Muslimah dianggap sebagai pengganas dan golongan pelampau. Kaum wanita diugut, dihina, dimalukan dan dalam beberapa kes para Muslimah turut dipukul. Muslimah turut didakwa oleh pihak perisikan negara atas dasar melindungi keselamatan awam daripada keganasan, lalu dihukum dengan tidak adil termasuk dipenjarakan.

Wanita Bangkit dengan Islam

Hampir seribu kaum wanita diCrimea menghadiri Konferens Muslimah KetigaMasalah Muslimah di Era Masyarakat Moden,yang dianjurkan oleh Muslimah Hebut Tahir Ukraine

Hak wanita bermaksud wanita mempunyai keistimewaan di dalam undangundang, yang ianya merangkumi berbagai perkara (yang akan dipantau). Termasuklah hak sedari kecil hinggalah kepada penghujungnya. Malah ianya perlu dijaga dan diserahkan kepada mereka.

Kenapa Perlu Dijaga? Selalu ditimbulkan isu wanita dan hak, apakah kaum lelaki tidak ada hak? Ataupun hak lelaki sudah terjamin di dalam undang-undang?. Ianya menjadi persoalanan apakah ianya sebegitu sukar untuk dimiliki? Apakah tiada satu aturan bagi memudahkan pemilikan hak-hak tersebut? Malah ianya dilihat seolah-olah satu isu yang agak sama (akan dilihat di bawah ini). Oleh kerana itu, sayugialah setiap wanita mengetahui hak-haknya bagi memudahkan setiap perbuatannya, apatah lagi dalam membuat tuntutan terhadap hak-haknya.

Ianya tidak akan berbangkit jika tidak dijadikan masalah, dan masalah ini bukanlah satu perkara yang dipinta. Oleh kerana ianya satu keadaan yang tidak diketahui mungkin atau tidak berlaku kepada kita, maka perlulah ianya diambil tahu, bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan terhadap hak-hak kita.

Nafkah Apabila hak nafkah dibangkitkan timbul dua suasana bagi wanita bergelar isteri iaitu: Hak nafkah di dalam perkahwinan; dan Hak nafkah sesudah terbubarnya perkahwinan.

Terdapat beberapa hak yang perlu diambil tahu oleh setiap wanita, dan pemegang hak itu perlulah menyerahkannya kepada yang berkenaan terutamanya seperti mana yang terkandung di dalam enakmen yang diguna pakai terhadap orang Islam di setiap negeri, antaranya: Hak diwalikan semasa perkahwinan Paksaan dalam pilihan hidup Hak mengetahui dimadukan Bolehkan lelaki menuntut semula segala perbelanjaan Ithbat nikah Kausa bagi wanita pendaftaran perkahwinan Hak untuk ithbat cerai Hak menjaga anak (Hadhanah) Nafkah Mutaah dan harta sepencarian Hak mempusakai Hak untuk didengari Hak untuk diwakili

Anda mungkin juga menyukai