Anda di halaman 1dari 4

Diskriminasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana
layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi
merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada
kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang
perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh
dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:

 Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan


yang diwakillinya.
 Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada
pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.

 Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia


mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan,
disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia
harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

[sunting]Jenis-jenis Diskriminasi

Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu.


Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:

 Diskriminasi Umur
Inividu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur
tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan
masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".

 Diskriminasi Jantina
Inidividu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita
menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka
adalah sama.

 Diskriminasi Kesihatan
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan
tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi
jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang
diperlukan.

 Diskriminasi Ras
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.

 Dikriminasi Agama
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.

[sunting]

opinion Semua gerakan wanita sekata bahawa punca utama berlakunya diskriminasi jantina
terhadap wanita, disebabkan oleh identiti biologi jantina mereka.

Wanita yang berkedudukan tinggi sering cuba “lari” daripada diskriminasi ini dengan mengalih
bebanan mereka kepada golongan wanita kelas bawahan untuk melakukan urusan domestik
mereka.

Diskriminasi terhadap wanita kelas bawahan pula ialah akibat sistem kapitalis dan
sistem patriarchy dimana lelaki menjadi ketua keluarga.

Namun, persoalan utama di sini ialah apakah jika wanita bebas daripada diskriminasi kelas – kaum
pekerja sebagai contohnya - mereka akan turut bebas daripada diskriminasi jantina. Adakah
wanita akan tidak lagi diperalatkan untuk menguatkan sistem kapitalis? Jawapannya adalah tidak -
kerana wanita, khasnya, pekerja wanita, tetap menghadapi masalah dengan pekerja lelaki dari
segi diskriminasi jantina.

Diskriminasi yang diterima oleh pekerja wanita termasuk:


1)Menerima gaji lebih rendah daripada lelaki walaupun mereka melakukan kerja yang sama.

2)Diberikan jenis kerja yang berulang, membosankan, tiada kemahiran serta diletakkan dalam
struktur kerja yang paling rendah, contohnya kerja sebagai kerani dan di kilang elektonik.

3)Mereka sering dipecat apabila meningkat umur, selepas berumahtangga dan apabila hamil
kerana semua ini hanya akan menaikkan kos majikan.

4)Peluang kenaikan pangkat dan mengikuti latihan adalah terhad.

5)Gangguan seksual.

Wanita bukan pekerja tetap

Realitinya ialah wanita sering dilihat sebagai tenaga buruh yang boleh diambil dan dipecat dengan
senang kerana mereka dianggap bukan “pekerja tetap”. Tambahan pula adalah dianggap
kehidupan mereka akan disarai oleh kaum lelaki, sama ada suami, ayah atau saudara kaum lelaki
yang lain.

Malah ramai juga kaum wanita beranggapan bahawa mereka akan berumahtangga dan
tanggungjawab mencari rezeki terserah kepada suami selaku ketua keluarga. Justeru itu, ramai
wanita berhenti kerja setelah berumahtangga.
Nilai-nilai patriachy yang membentuk peranan dan imej stereotypediantara lelaki dan wanita telah
diekploitasi dan diterapkan ke dalam sistem pasaran buruh oleh kaum kapitalis yang pertimbangan
keuntungan semata-mata.

Apakah bentuk stereotype yang diterapkan dalam nilai sosial kita?

Mitos pertama: Peranan wanita yang utama ialah menjadi isteri dan ibu. Lelaki pula berperanan
sebagai ketua keluarga dan sumber kewangan utama. Justeru itu, sumber pencarian wanita tidak
dianggap penting, dan hanya bersifat sampingan.

Mitos kedua: Ciri semulajadi wanita dikatakan lemah-lembut, sabar dan teliti manakala lelaki pula
bersifat kuat, agresif, lebih mahir dalam memahami aspek makro. Oleh itu, wanita dianggap lebih
sesuai melakukan kerja yang bersifat berulang, teliti dan remeh.

Senang dikawal

Bagaimanakah stereotype ini telah diterapkan ke dalam pasaran buruh demi keuntungan kapitalis?


Kalau dilihat secara teliti, majoriti kilang transnational melabur di negara membangun. Mereka
suka mengupah wanita muda sebagai pekerja mereka, contohnya di kilang pakaian dan elektronik.
Bukan sahaja upah mereka lebih rendah, tetapi juga kerana dipercayai wanita lebih senang
“dikawal”, dan tahan melakukan kerja berulang dan membosankan.

Diskriminasi terhadap wanita seperti ini sebenarnya ialah strategi golongan kapitalis untuk
melemahkan kuasa pekerja wanita memperjuangkan isu berkenaan. Bagaimanakah ianya
dilakukan?

Pertamanya, dengan mengekalkan label “bukan pekerja tetap” terhadap pekerja wanita.

Keduanya, industri di mana majoriti pekerjanya adalah wanita tidak aktif dalam pergerakan
pekerja.

Ketiga, wanita menanggung dua bebanan - mencari rezeki dan menguruskan keluarga. Justeru itu,
ramai pekerja wanita tidak mampu aktif dalam kesatuan kerana kongkongan tersebut.

Sebagai kesimpulan, umumnya kita mendapati sistem kapitalis sebenarnya menguatkan lagi
sistem patriarchy bagi mengekalkan keuntungan mereka di samping memecah-belahkan kuasa
pekerja (lelaki dan wanita). Lantaran itu, gerakan pekerja atau aktivis berhaluan kiri, perlu
menerima hakikat bahawa perjuangan membebaskan wanita daripada belunggu
sistem patriarchy  adalah selari atau serentak dengan perjuangan menghapuskan diskriminasi
kelas.

Anda mungkin juga menyukai