Anda di halaman 1dari 2

 ADAKAH PERSOALAN KAJIAN TERJAWAB?

Ya, persoalan kajian dalam artikel terjawab. Persoalan kajian dalam artikel ini ialah sejauh
manakah keberkesanan sistem pendidikan di negara ini dalam menanam sifat jati diri dalam
Falsafah Pendidikan Islam (FPI) di kalangan penduduknya.? Persoalan kajian ini terjawab
dengan hasil kajian dibuat berdasarkan responden-responden dari kalangan masyarakat di
dalam negara yang terdiri daripada generasi muda yang berada dalam lingkungan 15 hingga
30 tahun dan daripada pelajar institusi pengajian tinggi kerana tujuan utama artikel ini
berfokus pada pelajar peringkat menengah dan seterusnya. Secra keseluruhan kajian, hasil
mendapati bahawa generasi muda serta pelajar perlu meningkatkan pembinaan tahap jati
diri kebangsaan dalam diri sendiri dengan berpegang kepada prinsip islam dan moral,
menjiwai semangat patriotisme dan banyak lagi yang di huraikan dalam artikel ini. Artikel ini
juga menyatakan beberapa tindakan yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara bagi
membentuk jati diri kebangsaan generasi muda dalam Falsafah Pendidikan Islam (FPI).
Sebagai contohnya, Kementeriaan Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 menyatakan
Pendidikan islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah kerana dengan Falsafah Pendidikan
Islam ini akan lahirlah generasi manusia yang seimbang. Jadi, jelaslah bahawa peranan
Falsafah Pendidikan Islam yang diterjemahkan melalui sistem pendidikan adalah sangat
besar dalam meningkatkan jati diri kebangsaan seseorang. [ CITATION Utu10 \l 17417 ]

 ADAKAH METODOLOGI PENULIS SESUAI?

Metodologi yang digunakan oleh penulis dalam artikel ini adalah sesuai dan mudah
difahami. Penulis menggunakan kaedah data sekunder iaitu pengumpulan data dan
penganalisisan data untuk mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Metodologi data sekunder
merupakan data tambahan yang peroleh dari sumber yang sedia ada seperti jurnal, artikel
atau buku yang sedia ada. Metodologi data sekunder dapat memberi konteks yang lebih luas
dan dapat memperkuat hasil yang didapati. Sebagai contohnya, dalam artikel ini penulis
mendapatkan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Unit Khas Utusan Malaysia terhadap
200 orang responden dalam kalangan generasi muda dalam negara. Jadi, jelaslah bahawa
metodologi yang digunakan oleh penulis sesuai dengan artikel ini kerana data sekunder
memberikan maklumat yang kukuh dalam sesebuah kajian. [ CITATION Utu10 \l 17417 ]

 ADAKAH DAPATAN KAJIAN MENYAKINKAN/SESUAI?

Dapatan yang dilakukan oleh penulis dalam artikel ini adalah menyakinkan dan sesuai
kerana dapat menjawab setiap persoalan dalam artikel ini. Hasil kajian yang dilakukan
menggunakan metodologi pengumpulan data dan penganalisisan data membolehkan
dapatan yang diperoleh adalah tepat dan sesuai serta menyakinkan. Dapatan kajian yang
diperoleh melalui buku, artikel dan jurnal lain membolehkan hasil dapatan kajian tepat dan
sesuai digunakan. Segala dapatan yang diberikan dapat difahami dengan jelas dan berkait
dengan persoalan di dalam artikel ini. Sebagai contohnya, penulis artikel mengambil dapatan
daripada buku “ Islam, national identity and public secondary education” iaitu keratan ayat
tentang sekolah-sekolah kerajaan seharusnya tempat belajar dan mempraktikkan jati diri
kebangsaan yang ditulis oleh Collet. Jadi, jelaslah bahawa setiap hasil dapatan kajian dalam
artikel ini sesuai dan menyakinkan kerana diperoleh dari sumber yang tepat dan yakin.
[ CITATION Tar09 \l 17417 ]

 APAKAH KESAN/SUMBANGAN ARTIKEL?

Sumbangan artikel ini ialah artikel memberikan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi
meningkatkan jati diri melalui sistem Pendidikan yang berkait dengan Falsafah Pendidikan
Islam. Antaranya ialah menggunakan sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam Pendidikan
islam di sekolah, menggalakkan setiap anggota masyarakat untuk menampilkan rekacipta
dan hasil yang baru setiap masa, segala kegiatan yang tidak bermoral dikawal dan
dihapuskan dan banyak lagi yang boleh diperoleh dalam artikel ini. Artikel ini juga
menyumbangkan beberapa hasil kajian yang boleh dijadikan rujukan atau sumber kepada
orang lain dengan menggunakan pengumpulan data dan penganalisisan data. Setiap data
yang diambil adalah daripada sumber yang yakin seperti buku, artikel dan jurnal. Jadi, artikel
ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan sekiranya ingin meningkatkan jati diri melalui
sistem Pendidikan dalam negara dan dikait dengan Falsafah Pendidikan Islam FPI). [CITATION
Kam10 \l 17417 ]

Anda mungkin juga menyukai