Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000
MIRI
SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


[PDPP] AMBILAN OKTOBER 2020
BAHASA IBAN [SK]

KERJA KURSUS EDUP2072


FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA

TUGASAN 4: ANALISIS ARTIKEL

NAMA : GELORIA KEMBAN ANAK NGUMBANG


ANGKA GILIRAN : 2020022400049

NOMBOR K.P : 911201-13-6332

KUMPULAN : PDBIBR1

KOD & NAMA KURSUS : EDUP2072 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : DR NGUMBANG ANAK SULTAN


TARIKH HANTAR : 27 FEBRUARI 2021
1. PENGENALAN

Artikel yang dianalisis bertajuk Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala
Tuju dan Cabaran yang dikaji oleh Asmawati Suhid serta diterbitkan pada tahun 2012. Artikel
ini merupakan jurnal yang terdapat dalam Journal of Islam and Arabic Education, volume 4,
isu yang ke dua.

2. ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Artikel ini menceritakan bagaimana pemikiran falsafah Islam dalam Pendidikan Islam
terbentuk, tujuan dan matlamat Pendidikan Islam, perkembangan dan implikasi falsafah
Pendidikan Islam dalam Pendidikan di negara Malaysia. Pengkaji menyatakan bahawa
falsafah Islam jelas dalam kehidupan dan dalam dunia pendidikan kerana berlandaskan kitab
al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W yang menjadi sumber rujukan pemikiran falsafah
Islam. Menurut penulis, falsafah Islam mengetengahkan persoalan tentang Tuhan, insan dan
alam yang dibincang secara terperinci supaya umat Muslim dapat mengecapi kebahagiaan
serta kejayaan di dunia dan akhirat.

Artikel ini juga menyentuh tentang metafizik, epistemologi dan aksiologi yang terdapat
dalam falsafah pendidikan Islam. Segala aspek ini dinyatakan selaras dengan akidah Islam.
Selain itu, artikel ini juga membincangkan asas pembinaan falsafah pendidikan Islam ialah
beriman kepada Allah S.W.T kerana tujuan pendidikan Islam adalah mencari keredhaan Allah
S.W.T supaya mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. Tujuan dan matlamat pendidikan
Islam ialah mencari kesempurnaan material dan spiritual termasuklah perkembangan fizikal,
intelek, spiritual dan keseimbangan perkembangan keperibadian. Perkembangan falsafah
pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara di Malaysia turut dibincangkan dalam
artikel ini. Perkembangan falsafah Pendidikan Islam merangkumi fasa sebelum merdeka, fasa
selepas merdeka dan fasa selepas 1988. Implikasi falsafah Islam dalam pendidikan juga turut
dibincangkan.

3. ULASAN KRITIS KEKUATAN ARTIKEL

Secara umumnya, penelitian penulisan artikel ini sesuai dengan tajuk artikel kerana
menyatakan dengan terperinci isi utama artikel iaitu cara falsafah Pendidikan Islam tercetus,
hala tuju Pendidikan Islam sebelum dan selepas merdeka dan cabaran serta implikasi
Pendidikan Islam. Isu yang menarik dalam kajian ini ialah tujuan Pendidikan Islam yang ingin
melahirkan insan yang berakhlak mulia serta sempurna dari aspek material dan spiritual. Isu
ini mengajar kita untuk tidak hanya mementingkan material yang bersifat duniawi semata –
mata bahkan harus menitikberatkan aspek spiritual yang mementingkan hubungan baik
dengan Tuhan serta kehidupan di akhirat.

Kelebihan dalam artikel ini ialah merujuk pelbagai sumber atau rekod bertulis yang
berkaitan dengan agama Islam dan Pendidikan Islam. Sumber yang dirujuk juga banyak dan
mencukupi bagi menghasilkan penelitian yang baik untuk menghasilkan kajian yang boleh
dipercayai dan difahami. Sebagai contoh dalam sub tajuk pemikiran falsafah dalam
Pendidikan Islam, segala sumber yang digunakan ada kaitannya dengan bagaimana
pemikiran falsafah boleh terbentuk dalam Pendidikan Islam iaitu berlandaskan aqidah dan
syariat Islam. Ini menandakan bahawa kajian ini mempunyai kesahan yang baik dan dapatan
kajian yang meyakinkan serta boleh dipercayai.

Kelebihan seterusnya ialah cara penulisan isi kandungan artikel iaitu sangat terperinci
dan mudah difahami walaupun saya bukan umat Islam. Penulisan isi sangat baik kerana dapat
memberi pemahaman kepada pembaca. Gaya bahasa yang digunakan juga tersusun dan
mudah untuk difahami. Ini menjadikan artikel ini boleh dijadikan rujukan untuk kajian di masa
akan datang.

4. ULASAN KRITIS KELEMAHAN ARTIKEL

Kelemahan yang boleh dikesan dalam artikel ini ialah tidak menyatakan atau membangkitkan
permasalahan yang berkaitan dengan dunia semasa. Hal ini menyebabkan artikel ini dibuat
seolah – olah tidak mempunyai hala tuju dan tiada kepentingan untuk dijalankan. Tiada
pernyataan masalah menyebabkan tiada objektif yang boleh diutarakan untuk menjadikan
artikel ini sebagai perkara yang harus dibuat dan diteruskan pada masa akan datang. Menurut
Abdul Hamid Mar Iman (2016), objektif kajian terbit dari permasalahan yang ingin difokus dan
kedua – duanya mesti selaras antara satu sama lain. Oleh itu, permasalahan harus dinyatakan
supaya dapat menentukan apa tujuan kajian ini dilaksanakan.

Selain itu, kajian ini tidak menyatakan metodologi kajian yang menyatakan bagaimana
cara pengumpulan data diperolehi. Seperti yang kita sedia maklum, metodologi kajian
merupakan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang menyokong kajian. Menurut Fuad Mohamed Berawi (2017),
metodologi ialah kaedah bagaimana sesuatu kajian dijalankan yang merangkumi langkah dan
tatacara yang digunakan untuk mencapai semua objektif kajian. Ketiadaan metodologi
menyebabkan pembaca tidak mengetahui teknik, instrumen, cara masalah dikaji, proses dan
skop kajian yang digunakan untuk menghasilkan artikel ini. Tambahan pula, tajuk artikel ini
sangat umum dan tidak menyatakan Pendidikan Islam negara mana yang ingin dikaji.
Berkemungkinan ada dalam kalangan pembaca yang menyangka bahawa kajian ini khas
untuk pemikiran falsafah dalam Pendidikan Islam merangkumi Pendidikan Islam seluruh dunia
walhal mazhab Islam yang ada di dunia bukan satu sahaja dan masing – masing mempunyai
pendapat yang berbeza dalam beberapa perkara seperti pendapat tentang kewajipadn
membayar zakat emas yang dipakai wanita sebagai perhiasan (Norunnajjah Ahmat &
Rohayati Abdullah, 2018).

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP KELEMAHAN REKA BENTUK DAN


PELAKSANAAN KAJIAN ATAU PENULISAN ARTIKEL

Penambahbaikan yang harus dibuat dari aspek reka bentuk dan pelaksanaan kajian ialah
menyatakan masalah yang ingin diselesaikan dalam kajian ini. Kajian ini harus mempunyai
masalah ataupun isu yang boleh membangkitkan objektif kajian. Objektif kajian harus
dinyatakan dengan jelas kerana objektif yang akan memandu reka bentuk, kaedah, analisis
dan tafsiran penyelidikan. Selain itu, objektif kajian juga bertujuan untuk mengukuhkan
analisis sesuatu kajian. Tambahan pula, objektif kajian dapat membantu pembaca dan
penyelidik di masa hadapan untuk mengetahui kepentingan kajian ini.

Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif kerana semua data yang digunakan adalah
berbentuk perkataan dan bukan nombor (Robson, 2011). Secara umumnya, reka bentuk
kajian seharusnya mempunyai maklumat yang terperinci serta mendalam (Patton, 2002)
supaya dapat menimbulkan kesefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pemikiran
Falsafah Pendidikan Islam. Perkara ini harus dijelaskan supaya pembaca memahami reka
bentuk yang digunakan untuk kajian ini.

Selain itu metodologi kajian dan skop kajian juga harus dijelaskan supaya tidak
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Metodologi harus diterangkan supaya
pembaca dapat mengetahui kaedah apa yang digunakan dalam kajian ini supaya kesahihan
data tidak diragui. Skop kajian pula seharusnya dinyatakan untuk Pendidikan Islam di negara
Malaysia sahaja supaya tidak menimbulkan salah sangka. Cadangan untuk tajuk kajian ini
ialah “Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam di Malaysia” supaya pada awal
pembacaan, pembaca tahu yang kajian ini hanya dijalankan dalam negara Malaysia sahaja.

Rujukan yang ditulis juga seharusnya mengikut format American Psychological


Association (APA) dan diselaraskan cara menulis tahun dalam rujukan. Tujuannya supaya
pembaca tahu bahawa kajian ini dibuat dengan teliti dan mengambil kira cara penulisan yang
rapi serta terancang. Hal ini dapat meyakinkan pembaca bahawa kajian ini tidak dibuat
mengikut kesukaan hati semata – mata.

6. RUMUSAN

Kesimpulannya, penulisan isi kajian ini baik cuma perlu ditambahbaik dalam aspek reka
bentuk dan pelaksanaan kajian. Hal ini bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas
terhadap perkara yang ingin disampaikan melalui artikel ini. Segala isi kajian dapat
meningkatkan pemahaman pembaca tentang asas pembinaan falsafah dalam Pendidikan
Islam. Hala tuju Pendidikan Islam jelas dinyatakan dan perbandingan perkembangan
Pendidikan Islam juga dapat meningkatkan pengetahuan pembaca tentang perkembangan
dan perubahan Pendidikan Islam di Malaysia. Perbandingan sebegini dapat mewujudkan
kesedaran pembaca bahawa Pendidikan Islam di negara Malaysia sememangnya amat
mementingkan akidah dan ketaqwaan kepada Tuhan untuk melahirkan insan yang beriman.
Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang
berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Tambahan pula dengan adanya perbandingan ini, kita dapat mengetahui bahawa
penghayatan dan amalan baik dalam sesuatu agama harus ditekankan supaya ada landasan
yang menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan supaya mendapat keredhaan Tuhan.

Selain itu, artikel ini juga memberi pengetahuan tentang kepentingan falsafah kepada
Pendidikan Islam atau pendidikan agama dalam menjadi seorang warga pendidik. Pendidikan
Islam ini menjadikan guru yang beragama Islam sentiasa mengaitkan pengajaran dengan
kekuasaan Allah S.W.T. Umat yang bukan agama Islam juga harus mencontohi ini supaya
ilmu yang dimiliki selari dengan keimanan kita kepada Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu,
dengan kajian ini saya lebih memahami agama Islam dan menghormati agama ini dan
kepercayaan umat Islam.
Rujukan

1. Abdul Hamid Mar Iman. (2016). Kaedah Penyelidikan & Penulisan Laporan Projek
Tahun Akhir. Universiti Malaysia Kelantan.

2. Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Membuat Tesis.


Kedah: UUM Press.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat


dan Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Norunnajjah Ahmat dan Rohayati Abdullah. (2018). Kepentingan Ilmu Perbandingan


Mazhab dan Keutamaan Fiqah Dalam Pengurusan Asrama. Prosiding
Konvensyen Kepengetuaan dan Felo Penghuni Kolej Kediaman Universiti
Awam Kebangsaan 2018.

5. Patton, M. Q. (2002). Qualitative Research & Evaluation Methods. 3rd edition. Sage
Publications, Inc.

6. Robson, C. (2011). Real world research: A resource for social-scientists and


practitioner-researchers. 3rd edition. Oxford: Blackwell Publishing.

Anda mungkin juga menyukai