Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 : ETIKA PERNIAGAAN

ETIKA:
• Etika adalah panduan bagaimana manusia ingin menjalankan pelbagai aspek kehidupan manusia seperti cara bersosial , cara
beragama dan termasuklah jga cara berniaga.
• Etika juga memberi panduan kepada individu unrtuk mengetahui perbuatan betul atau salah.
• Etika didefinisikan oleh individu.Hanya orang sahaja mempunyai etika, sedangkan organisasi tidak mempunyai etika.
• Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang lain
• Boleh letak maksud ethos
ETIKA PERNIAGAAN :
• Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti perniagaan dan
dunia perniagaan.
• Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk dalam di dalam operasi perniagaan.
1. Beretika :
• seorang usahawanan yang beretika biasa adalah seorang yang jujur dan amanah
• menjalankan perniagaan mengikut undang - undang seperti yang ditetapkan
• memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
2. Tidak beretika :
• Memberi layanan yang buruk kepada pelanggan
• Menjalankan perniagaan yang menyalahkan di sisi undang-undang
• mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan.
MORAL :
• Moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul atau salah ,apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat
pratikal.
• Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai denga tatasusila atau peraturan masyarakat dimana
masyarakat bertindak sebagai penentu.
• Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti
sistem sosial,kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
• Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat , kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni
dan progresif.
• Kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman,bertimbang rasa dan
tolong -menolong.
AKHLAK :
• Akhlak didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai,adab ,maruah dan sifat semulajadi diri seseorang.
• Satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk
kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip - prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
UNDANG-UNDANG :
• Undang-undang merupakan sesuatu peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang
berkenaan.
• Undang - undang berfungsi sebagai melindungi ,mengaturkan,dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan
keharmonian sosial.
Isu etika yang anda hadapi sebagai pelajar di ipt
Negative
• Tidak menghormati pensyarah
• Membuat bising semasa pensyarah sedang mengajar
• Tiduk dalam kelas
Positif
• Menghormati pensyarah
• menolong pensyarah mengangkat barang
• tidak bising dalam kelas
• tidak meninggikan suara kepada kawan-kawan
CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG
• KONSISTEN
 Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang .
 sebagai contoh , jika terdapat 2 keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-duan keperluan tidak boleh ditarifkan
sebagai undang-undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya.
• UNIVERSAL
 Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal iaitu dapat
digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.
• DITERBITKAN
 Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat dapat
mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang diterbit.
 Walau bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh diminta untuk menterjemahkan dan menerangkan mana-
mana undang -undang.
• DITERIMA
 Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.
 Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikut undang-undang seara sukarela,mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.
• DIKUATKUASAKAN
 Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka enggan patuh dengan
sukarela.
 Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-udang mereka akan kehilangan kemudahan, masa,wang dan
kebebasan apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan.
TUJUAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN :
• Supaya apabila pekerja menyelesaikan kerja dengan cara yang berdasarkan kejujuran dan integriti dan manfaat
keseluruhan organisasi.
• Pekerja yang bekerja untuk sebuah syarikat yang menuntut standard etika perniagaan yang tinggi dalam semua
aspek operasi lebih cenderung untuk menjalankan tugas-tugas mereka pada tahap yang lebih tinggi dan juga lebih
cenderung untuk tetap setia kepada organisasi tersebut.
• Meningkatkan keuntungan : operasi etika sesebuah syarikat secara langsung berkaitan dengan keuntungan dalam
kedua-dua jangka pendek dan panjang.Jika reputasi syarikat kurang sempurna berdasarkan persepsi bahawa ia
tidak beroperasi secara etika,pelabur kurang cenderung untuk membeli stok atau menyokong operasinya.
• Supaya dapat meningkatkan bilangan pelabur
NILAI
• Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda ,perbuatan,tingkah
laku,kejadian dan keadaan sama ada benar , baik, berguna, dingini atau sebaliknya.
• Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda ,situasi dan manusia.
• Nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti,motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda,fikiran dan
pemikiran.
Fungsi nilai
• Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau
norma.
• Berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar ,dihujah atau dipertahankan .
• Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan
seseorang.

Moral
• Berasal dari bahasa latin ( maksud : perwatakan dan tingkah laku yang diterima)
• Konsep moral bermaksud kesedaran tentang ajaran dan pegangan berkenaan dengan baikburuk sesuatu
perbuatan, sikap ata cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
• Moral adalah satu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia kerana telah
diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tsebut.
AKHLAK
• Berasal dari perkataan ''akhlaq (perangai,budi dan adab.
• Tingkah laku seseorang yang didorong oleh sesuatu keinginan secara sedar untuk melakukan sesuatu
perbuatan yang baik.
• Sifat semula jadi yang dimilik oleh seorang individu dan juga yang dimilikinya menerusi latihan dan
ransangan,iaitu batin dan zahir dalam bentuk perlakuan.
ETIKA
• Berasal daripada perkataan latin iaitu ethos yang bermaksud adat atau keperbadian dan merupakan salah
satu cabang utama falsafah yang merangumi kelakuan betul dan kehidupan baik.

Perbezaan moral dan etika


• Moral dirujuk atau dikaitkan dengan tingkah laku yang benar-benar dilakukan.
• Etika merujuk kepada pengajian tentang perangai dan tingkah laku dan juga merujuk kepada sejumlah sistem
ataupun pertaturan / undang- undang yang dikaitkan dengan sesuatu kerjaya.
Kepentingan etika dalam kehidupan

Individu
• Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal, etenangan jiwa dan perasan.Individu yang beretika juga dapat
membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang
terpuji.Masyarakat mengitirafkanya sebagai orang yang berbudi tinggi.
Keluarga
• Etika memainkan perana penting dalam pembentukan keluarga yang beretika. Ikatan yan erat berdasarkan etika
kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan Keharmonian .Oleh itu, keamanan dan keakraban rumah tangga
dapat menjamin keuntuhan keluarga.
Organisasi
• Berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Iya dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi
dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan
kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibility dan reputasi serta menjamin
perkembangan yang berterusan.
Masyarakat
• Dapat memelihara keamanan , keadilan dan kesejahteraan yang berterusan .Masyarakat yang beretika juga dapat
membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi, rompakan
dan sebagainya.
ETIKA VS UNDANG - UNDANG

NO
1 Tidak memerlukan pegawai penguatkuasa Memerlukan pegawai penguatkuasa
2 Hukuman planggaran etika adalah hukuman terhadap perasaan Hukum pelanggaran undang-undang adalah tetap
yang terdapat dalam diri sendiri dan menyentuh hati yang tidak dan dicatat oleh hakim atau mahkamah
dicatat oleh mana-mana pihak.
3 Lebih umum dan maksimum melibatka tatacara sesuatu Mengawal perlakuan yang salah atau negative
kehidupan dapam sebuah masyarakat atau mengawal berlakunya jenayah.

Menentukan batas adat ,keyakinan dan nilai moral dalam dalam Menentukan batas yang pasti ( perkara yang
4 kehidupan sebuah masyarakat boleh dan perkara yang tidak boleh dilakukan
oleh seseorang.
Etika sosial
• merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya anda
lakukan berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda
• Ia melibatkan amalan tingkah laku ,budi perketi,imej serta keyakinan
diri yang baik diitirafkan dan diamalkan dalam msyarakat sama ada
dalam mjlis rasmi atau bukan rasmi.
Terangkan istilah "corporate governance"
Tabir urus korporat ialah satu sistem penyeliaan, kebertanggungjawaban dan kawalan yang
formal ke atas keputusan, operasi dan tindakan korporat yang perlu diwujudkan untuk
mendapatkan komoditi yang sangat diperlukan oleh syarikat iaitu kepercayaan pihak
berkepentingan secara berterusan

Anda mungkin juga menyukai