Anda di halaman 1dari 21

BAB SEPULUH

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mengetahui mengenai tanggungjawab sosial dalam konteks
masyarakat Malaysia.
2. Mengetahui mengenai peranan badan korporat dalam
menjalankan tanggungjawab sosial.
3. Mempelajari kriteria Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang dipraktiskan di negara ini.
4. Memahami dengan lebih jelas perbezaan kedua-kedua akta ini dan
pendekatan kerajaan dalam melaksanakan akta ini.

10.1 PENGENALAN

Dalam Bab ini, kita akan membincangkan mengenai persoalan


tanggungjawab sosial yang dipraktiskan dalam konteks negara ini.
Bagaimanapun, ia bukan bukanlah perkara baru bagi orang awam, badan
swasta mahupun kerajaan. Tetapi, mutakhir ini, persoalan tanggungjawab
sosial mendapat perhatian baru. akibat kehidupan yang semakin
kompetitif, kesan globalisasi dan liberalisasi, kegawatan ekonomi dan
masalah sosial, yang semuanya menghambat kesejahteraan dan
kebahagiaan manusiawi. Keadaan itu timbul pertimbangan pada satu
pihak, yang mempunyai kesedaran di kalangan masyarakat sivil dan
kerajaan menetapkan satu panduan bahawa perlunya kesukarelaan
diberikan nafas baru. Masyarakat sivil berpendapat di sebalik kerjasama
antara kerajaan dan korporat, masih wujud golongan yang terpinggir.
Pada masa yang sama, ada pihak berpandangan bahawa tanggungjawab
sosial ini perlu ditampung sama oleh pihak korporat atau badan-badan
tertentu termasuk badan berkanun.

10.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Secara umumnya, tanggungjawab sosial ini juga dikenali sebagai


tanggungjawab sosial korporat dalam konteks perlaksanaan dalam negara.
Selain, ia juga dikenali sebagai tanggungjawab korporat (corporate
responsibility), tanggungjawab perniagaan (corporate business) dan
199
tanggungjawab masyarakat massa (corporate citizenship). Definisi lain ialah
secara khususnya, tanggunggjawab sosial adalah tindakan kesukarelaaan
dalam institusi korporat ataupun perniagaan yang menunjukkan minat
menyalurkan bantuan dengan kemampuan tertentu dalam usaha
menyediakan persekitaran yang kompetetif dan berminat untuk
menyebarkan kepentingan itu kepada masyarakat dengan lebih luas.
(www.csr.gov.uk).

Hirschland, Matthew (2006) dalam bukunya Corporate Social Responsibility


and the Shaping of Global Public mengatakan, adalah lebih baik untuk
memberi definisi dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan
tanggungjawab sosial. Beliau menggunakan teminalogi bahawa
tanggungjawab sosial adalah untuk menerangkan hubungan kelompok
masyarakat yang menjalankan perniagaan dengan masyarakat umum yang
semakin tidak diberi perhatian sejak 1950-an. Bagaimanapun, hubungan
ini kembali mendapat tempat di kalangan sarjana dan menetapkan
definisinya sebagai tanggungjawab sosial dalam prestasi perniagaan,
tanggungjawab sosial dalam pelaburan, tanggungjawab sosial kenegaraan
dan tanggungjawab korporat. Dalam erti kata lain, sesuatu yang perlu
dimainkan peranannya oleh kelompok masyarakat perniagaan dan swasta
menyediakan sesuatu yang baik kepada masyarakat dalam bentuk
pekerjaan, perkembangan sahsiah dan modal insan, persekitaran, hak
penjagaan dan undang-undang.

Menurut Stephen P. Robbins dan Mary Coluter dalam buku Pengurusan


menjelaskan dua definisi tanggungjawab sosial yang boleh diklasifikasikan
sebagai definisi yang bersifat klasik dan sosial ekonomi. Definisi bersifat
klasik lebih mementingkan pihak pengurusan lebih mementingkan
keuntungan dalam operasi perniagaan bagi memberikan yang terbaik
kepada pemegang saham dalam syarikat. Malahan, memperbesarkan
sumber sedia ada serta menaikkan harga barangan dan melakukan aktiviti
menguntungkan syarikat masih dianggap sebagai melaksanakan
tanggungjawab sosial. Definisi bersifat sosial ekonomi dikaitkan dengan
pihak pengurusan menjana keuntungan sebaik mungkin di samping
meningkatkan kebajikan dan mempertahankan hak masyarakat lain.
Sesebuah syarikat bukan sahaja bertanggungjawab terhadap pemegang
saham tetapi mempunyai tanggungjawab sosial lain. Selain itu, pihak
pengurusan syarikat juga mempunyai tanggungjawab moral dalam
masyarakat yang membabitkan persoalan perundangan, isu politik dan
sosial. Persoalan utama dalam definisi bersifat sosial ekonomi ini ialah
berbuat sesuatu dengan betul (to do the right thing).

Persoalan tanggungjawab sosial pernah diberi nafas baru apabila


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 2001 sebagai
Tahun Sukarelawan Antarabangsa. Faktor itu disokong oleh sektor
200
korporat pada hari ini yang semakin menyedari bahawa kejayaan syarikat
tidak hanya boleh dicapai melalui strategi perniagaan konvensional saja.
Mereka sudah menerima hakikat bahawab ada perkara lain, misalnya nilai,
makna dan kebahagiaan, yang amat penting dalam mempengaruhi prestasi
syarikat. Justeru, banyak syarikat mula menganjurkan program bakti
masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial mereka.
Memandangkan ini bukanlah bidang pengkhususannya, sesetengah
syarikat dan badan berkanun ini menyebabkan mereka menganjurkan
program itu dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang
berkaitan bagi mengoptimumkan keberkesanannya.

Sejarah pengendalian syarikat korporat kebanyakan dikendalikan oleh


graduan sekolah perniagaan yang akhirnya menjadi pengurus korporat
sesesebuah syarikat yang kurang memberi perhatian terhadap
tanggungjawab sosial apabila syarikat terpaksa mengeluarkan
keuntungannya untuk diserahkan kepada masyarakat. Oleh itu, bagi
melaksanakan tanggungjawab sosial ini, Harvard Business School
menganjurkan kursus eksekutif 'Perspektif Bukan-Keuntungan' pada 1995
selepas beberapa skandal korporat yang besar, terutama kes Enron.
Kemuncak kes itu, sekolah perniagaan terkemuka mula melakukan
pembaharuan terhadap kurikulum Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
mereka. Contohnya, Yale mula mengajar memahami pengguna melalui
psikologi dan sosiologi; Insead di Fontainebleau, Perancis, mengadakan
dialog mengenai budaya tempatan; dan IMD di Lausanne, Switzerland,
menghantar pelajarnya melawat Bosnia dan Afghanistan. Kini, hampir
semua sekolah perniagaan mula mengajar subjek yang sebelum ini
dianggap tidak relevan, iaitu etika. Semua ini dibuat atas kesedaran
bahawa sebelum ini, terdapat kekurangan dalam kurikulum masing-
masing. Perkara yang kurang itu ialah sentuhan insan.

Dalam kontek negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad


Badawi sebelum banyak membangkitkan mengenai persoalan ini dalam
ucapan Bajet 2007 yang dibentangkannya baru-baru ini menyentuh
panjang lebar mengenai pertanggungjawaban sosial korporat. Perdana
Menteri juga menyenaraikan beberapa program pertanggungjawaban
sosial korporat dalam pembangunan modal insan seperti sekolah angkat,
latihan siswazah menganggur, biasiswa, pembiayaan tuisyen dan
sumbangan kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Manakala untuk
kebajikan masyarakat pula ialah membantu rumah kebajikan, anak yatim,
warga emas dan perlindungan serta pusat dialisis dan serenti. Untuk
menggalakkan syarikat menyertai program pertanggungjawaban sosial
korporat, potongan cukai ke atas sumbangan korporat kepada
pertubuhan kebajikan dinaikkan daripada lima kepada tujuh peratus dan
ia kini diperluaskan kepada aktiviti sukan.

201
Tanggungjawab sosial lain mempelajari kod-kod etika supaya kita lebih
menghayati falsafah etika komunikasi dalam kehidupan seharian. Secara
umumnya, setiap Negara mempunyai system komunikasi tersendiri tetapi
mempunyai perbezaan apabila dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik,
social mahupun persekitaran global. Keadaan itu memerlukan semua
profesion dalam media massa mempunyai etika kewartawanan supaya
mereka mampu menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik dan
sempurna.

Menurut Md Ishak Hassan dan Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2001) jadi
dalam hal ini, kita mendapati, kesemua perkara penting yang termaktub
dalam etika kewartawanan ialah soal tanggungjawab wartawan, ketepatan
berita, keikhlasan laporan, kebenaran sumber, keadilan liputan dan
sebagainya.

Malahan, etika itu semakin bertambah mencabar apabila perkembangan


teknologi siber kini lebih banyak mencorakkan kerjaya dalam industri
komunikasi dan media massa. Kita berhadapan dengan dunia tanpa
sempadan dan era globalisasi menyebabkan etika ini semakin diperlukan
dalam usaha melaksanakan tanggungsosial media menyalurkan maklumat
kepada pembaca.

Oleh itu, perkembangan teknologi menyebabkan wujudnya istilah


kewartawanan global yang seiring dengan perkembangan globalisasi.
Kebangkitan era itu memerlukan wartawan mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Tanggungjawab sosial lain mempelajari kod-kod etika supaya kita


lebih menghayati falsafah.
(ii) Tanggungjawab dan akauntabiliti.
(iii) Fleksibiliti.
(iv) Penyesuaian dan perundingan.
(v) Sensitiviti dan inisiatif yang tinggi.

10.3 TANGGUNGJAWAB BADAN BERKANUN TERHADAP


MASYARAKAT

Di Malaysia, kerjasama antara badan berkanun serta pihak swasta dengan


pihak NGO sudah lama wujud bagi membolehkan masyarakat memberi
sumbangan kepada masyarakat lain yang memerlukan sumbangan.
Malahan ia bukan sahaja berlaku dalam negara tetapi sehingga keluar
negara bagi menunaikan tanggungjawab sosial mereka.

Sebagai contohnya penubuhan Yayasan Salam, yang ditubuhkan pada


1997 mempelopori konsep kesukarelawan korporat dengan beberapa
syarikat yang mengamalkan pertanggungjawaban sosial seperti sebuah
202
syarikat penerbangan yang menyumbangkan wang tunai, tiket dan
perkhidmatan kargo bagi membantu tragedi di Aceh, Sri Lanka,
Yogyakarta dan sebagainya.

Sebuah syarikat binaan lebuh raya pula menaja program dan menghantar
kakitangannya termasuk jurutera dan arkitek dalam misi pembangunan
semula Aceh; syarikat minyak antarabangsa di Malaysia menghantar
makanan kepada mangsa tsunami di Kuala Muda, Kedah dan membina
dewan komuniti di penempatan orang asli di Kuala Kubu Bharu, Selangor
dan sebuah syarikat perisian multinasional Malaysia menyumbangkan
wang tunai, perisian dan bahan latihan bernilai RM500,000 untuk
membina 10 pusat IT di seluruh negara.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang anda fahami mengenai tanggungjawab


sosial yang dipraktiskan di negara ini?. Huraikan
dan berikan contoh yang sesuai.
2. Apakah definisi lengkap tanggungjawab sosial?.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan apakah tanggungjawab badan


berkanun dan sektor swasta dalam menjalankan
tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

10.4 PENGENALAN

Akta ini terpakai kepada semua warga Malaysia, bukan warga negara,
pegawai dalam perkhidmatan awam, mereka yang dipertanggungjawabkan
dengan maklumat, kontraktor kerajaan sekarang atau lepas, bekas
kakitangan kerajaan, semua pengarah syarikat dan badan korporat dan
setiap anggota perkongsian atau firma berurusan dengan kerajaan.
Seksyen 25 akta itu menerangkan undang-undang ini beroperasi secara
oleh didakwa setempat, walaupun fakta kesalahan dilakukan di luar
negara.

Menurut Teo Say Eng (2007), Akta Rahsia Rasmi merupakan salah satu
sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan mengeluarkan fikiran dan
bercakap ialah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang menghalang dan
203
menghukum pendedahan rahsia kerajaan. Sebagai contoh, jika anda
memiliki apa-apa rahsia rasmi yang telah diamanahkan kepada anda secara
sulit oleh pegawai awam, anda melakukan kesalahan di bawah Akta
tersebut jika secara salah telah menyampaikannya kepada pihak ketiga.

Menurut C. Peter et. al (2007), Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi yang


diamalkan di London turut menyatakan menjadi kesalahan jenayah jika
seseorang itu memproses informasi daripada dokumen atau artikel
daripada kerajaan atau gagal menyerah dokumen itu ketika diminta
berbuat demikian oleh kerajaan.

Malahan dalam akta itu, sebarang maklumat tertakluk kepada enam


kategori iaitu keselamatan dan perisikan, pertahanan, hubungan
antarabangsa, jenayah, maklumat kerajaan daripada pengesanan dalam
telefon, pengesanan dalam urusan surat atau mana-mana bentuk
komunikasi, maklumat yang diragui kesahihannya daripada mana-mana
negara atau pertubuhan.

10.5 AKTA RAHSIA RASMI 1972

Akta Rahsia Rasmi 1972 dikuatkuasakan bertujuan untuk melindungi


maklumat-maklumat rasmi yang disifatkan rahsia kerajaan. Kebanyakan
golongan wartawan dan penulis banyak terdedah dengan akta ini kerana
kadang kala mereka mudah diberi maklumat mengenai rahsia kerajaan.
Mereka kemudian bertindak menyiarkan berita itu tanpa mengikut
undang-undang mungkin akan terdedah dengan pelaksanaan akta itu.
Malahan, tugas wartawan terutama berita penyiasatan banyak
mendedahkan wartawan dalam akta ini kerana berita penyiasatan
memerlukan maklumat mendalam. Oleh yang demikian, pencarian
maklumat menyebabkan mereka bertembung dengan maklumat sulit atau
rahsia kerajaan. Mereka juga mendapat maklumat daripada seseorang yang
mempunyai maklumat sulit atau rahsia kerajaan. Selain itu, komponen
berita penyiasatan memang mempunyai tarikan ramai jika disiarkan dalam
akhbar. Keadaan itu menyebabkan wartawan atau penulis akan berusaha
melakukan penyiasatan sesuatu perkara atau maklumat yang disampaikan
kepada mereka sebelum terperangkap dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut Kamal Halili Hassan (1990) terdapat tiga kategori rahsia


kerajaan, ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’ dan ‘terhad’. Kesemua kategori
adalah maklumat rahsia walaupun namanya berlainan tetapi ia tetap
disifatkan sebagai rahsia rasmi kerajaan. Dalam hal ini, sesiapa yang
mengintip atau menghampiri tempat-tempat yang dilarang oleh Akta 1972
yang boleh mengugat keselamatan atau kepentingan negara adalah
melakukan kesalahan. Menurut akta yang sama juga melarang
penyampaian sebarang rahsia rasmi dalam dua keadaan. Pertama kepada
204
negara asing dan kedua kepada sesiapa sahaja. Oleh yang demikian adalah
menjadi sesuatu kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) melakukan mana-mana
kesalahan berikut:
(i) Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada sesebuah negara
asing atau sesiapa jua yang dia tidak diberi kuasa untuk
menyampaikannya.
(ii) Menggunakan rahsia rasmi untuk faedah negara asing.
(iii) Menyimpan dalam milik atau kawalannya dokumen-dokumen
rahsia yang dia tidak berhak menyimpannya.
(iv) Tidak menjaga dengan cara yang berpatutan atau bertingkahlaku
sehingga membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu rahsia
rasmi.
Menurut Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipinda pada tahun 1987 dan kini
dikenali sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (pindaan 1987) mula
dikuatkuasakan pada 1 Januari 1987, sesiapa yang melanggar peruntukan
Akta 1972 boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tidak kurang
daripada satu tahun tetapi tidak melebihi daripada tujuh tahun.
Bagaimanapun, selepas pindaan pada 1987, sesiapa melakukan kesalahan
hukuman penjara sebagai suatu yang mandatori jika sabit kesalahan. Oleh
itu, mereka yang menerima sesuatu yang rahsia rasmi mestilah
membuktikan bahawa rahsia rasmi itu disampaikan kepadanya bukan atas
kehendaknya jika tidak boleh dikenakan tindakan mengikut akta ini.
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) telah dipinda dalam tahun 1986. Rang
undang-undang pindaannya dikemukakan di Parlimen sebanyak tiga kali.
Dua kali pertama ia ditarik untuk dibaiki selepas mendapat bantahan
daripada para wartawan dan pihak yang berminat. Antara perkara penting
dalam pindaan itu ialah:

(i) “Rahsia Rasmi” ditafsirkan sebagai apa-apa suratan yang dinyatakan


dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan
dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan
bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
“rahsia besar’, “rahsia” “sulit” atau “terhad’ oleh seorang Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana
pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B.
(ii) Mewujudkan Seksyen baru 16A. Seksyen ini memperuntukan yang
diperakuan oleh seorang Menteri Menteri Besar atau Ketua Menteri
atau pegawai awam mengenai sesuatu suratan rasmi dengan
menyatakania suatu rahsia dianggap sebagai keterangan konklusif
dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana
mahkamah atas apa-apa jua alasan.
(iii) Mengenakan hukuman penjara minimum satu tahun. Ia melibatkan
Seksyen 4(1), 7A, 7B, 8(1), 9(2), 11,12,13(1).
205
Persoalannya kenapa akta itu ditubuhkan tidak lain dan tidak bukan
adalah bertujuan melindungi rahsia rasmi. Mohd Safar Hashim (2004)
menjelaskan apakah jenis liputan yang dikatakan sebagai rahsia rasmi.
Antaranya terdapat dalam Seksyen-seksyen 2(2)(a), 2(2)(b), (2)(2)(c), 4, 7A
dan 8. Para wartawan mungkin terjebak dengan peraturan yang
menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk memiliki atau
dalam kawalannya sebarang kod rasmi rahsia, perkataan, tanda tangan
kedua atau kata kunci atau sebarang artikel, dokumen atau maklumat.
Wartawan juga mungkin menghadapi masalah untuk mendapat maklumat
daripada kerajaan kerana di bawah Seksyen 7A, seseorang pegawai
kerajaan boleh melaporkan perbuatan itu.

Kesalahan di bawah Seksyen 7A, ialah hukuman penjara tidak lebih


daripada tujuh tahun dan denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau
kedua-duanya. Adalah juga menjadi kesalahan kerana tidak memberitahu
sumber maklumat rahsia rasmi. Malahan dalam akta ini, James Clad,
wartawan Far Eastern Economic Review telah didakwa di bawah Akta
Rahsia dalam bulan Oktober 1985. Beliau mengaku bersalah terhadap dua
tuduhan memiliki maklumat rasmi sulit mengenai perdagangan Malaysia
dengan China dan mengaku bersalah menerima secara haram maklumat
rasmi secara sulit mengenai perkembangan dalam dasar antara Malaysia
dan China. Atas kedua-dua kesalahan itu, Clad didenda RM10,000.
Selepas itu, wartawan New Straits Times Sabri Sharif telah didenda
RM7,000 kerana melanggar Akta Rahsi Rasmi. Beliau mengaku bersalah
kerana menerima sebuah dokumen rahsia rasmi yang bertajuk ”Kajian
Struktur Kekuatan TUDM 1984. Dalam kes itu, kedua-duanya hanya
dikenakan denda walaupun di bawah undang-undang itu mereka boleh
dikenakan hukuman penjara.

Kes lain membabitkan ahli politik yang melibatkan Datuk Dzulkifli Abdul
Hamid telah didakwa dan didapati bersalahn di bawah Seksyen 8 Akta
Rahsia Rasmi kerana menerima dan menyampaikan secara salah
maklumat dan dokumen rahsia. Kes lain ialah ahli politik pembangkang
Lim Kit Siang didakwa di bawah Seksyen 8(1) dan 8(2) dan didapati
bersalah kerana menerima dan menyampaikan secara salah maklumat
rasmi.

Sebagai contoh bagi kes ini, Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional
(Keadilan), Mohamad Ezam Mohd Nor pernah dituduh memiliki
dokumen sulit sebagai rahsia rasmi kerajaan dan mengedarkannya kepada
media. Bagaimanapun, dalam kes itu dia dibebaskan dan dilepaskan
daripada hukuman penjara dua tahun kerana tuduhan itu. Kes itu
kendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk K N Segara yang
mendengar perbicaraan rayuan itu memutuskan pendakwaan tidak
mengemukakan bukti kukuh b ahawa dua laporan yang dikemukakan oleh
206
Mohamed Ezam kepada media adalah rahsia rasmi. Antara pertuduhan
dan perjalanan kes itu ialah:

Mohamed Ezam, 33, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen


Petaling Jaya mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi
(OSA) 1972 atas tuduhan menyampaikan secara langsung
dua laporan rahsia kepada media pada 1999. Dia dituduh
memperoleh maklumat rahsia yang bersalahan dengan OSA
dan secara langsung menyampaikan laporan itu kepada
pemberita yang hadir pada sidang akhbarnya. Maklumat
rahsia itu ialah laporan bertajuk `Siasatan Badan Pencegah
Rasuah terhadap YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz' dan `Siasatan Badan
Pencegah Rasuah terhadap YAB Tan Sri Abdul Rahim
Thamby Chik, Ketua Menteri Melaka.' Dia dituduh
melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12.45 petang di Ibu
Pejabat Keadilan, No 101 & 201, Blok A, Pusat Dagangan
Philleo Damansara II, No 15, Jalan 16/11 Off Jalan
Damansara, Petaling Jaya, pada 6 November 1999.

(Berita Harian, 16 April 2004)

Pertuduhan itu menyebabkan, Mohamed Ezam terpaksa menghadapi


perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan dijatuhkan hukuman
penjara dua tahun selepas didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah
Sesyen Petaling Jaya, Wan Afrah Wan Ibrahim pada 7 Ogos, 2002.
Mohamed Ezam kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan
dibebaskan dan dilepaskan daripada menerima hukuman itu. Dalam kes
itu, pendakwaan dibuat Vong Poh Fah dan Lee Lai Choo manakala
Mohamed Ezam diwakili Raja Aziz Addruse dan Zainur Zakaria.

Malahan dalam akta ini, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
pernah mengingatkan orang ramai mengenai akibat jika mereka
melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 iaitu menerima, menyimpan
atau mengedar maklumat rasmi atau rahsia. Mereka jika disabitkan
kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara mandatori
antara satu hingga tujuh tahun. Selain dikenakan tindakan mengikut OSA,
jika kakkitangan awam yang didapati terbabit dalam membocorkan
maklumat rahsia rasmi kerajaan, boleh juga dikenakan tindakan tatatertib.

Mengungkap semula peranan media dalam melaporkan berita, banyak


pihak cuba mengelak perangkap Akta Fitnah 1972 (pindaaan 1987) dan
banyak pihak juga mengatakan media seharusnya `dibenarkan' membuat
pendedahan berdasarkan siasatan mereka sendiri. Bagaimanapun, ketika
ini, media masih takut-takut untuk menyiasat dan mendedahkan kes
207
seperti itu kerana bimbang dengan tindakan undang-undang dan
penguatkuasaan akta-akta berkaitan. Antaranya Akta Hak Cipta 1987,
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan
Akta Hasutan 1950.

10.6 AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

Secara sejarahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah tindakan


terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas
komunis. Menurut Hamid Ibrahim (1984), Perkara 149, Perlembagaan
Malaysia dalam kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif,
kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah
yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat menetapkan ada
undang-undang yang boleh menentang perbuatan subversif.

Mohd Safar Hashim (2004) mengatakan akta ini memperuntukan


keselamatan dalaman Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan
subversif, menghapuskan keganasan terancang terhadap atau harta di
kawasan tertentu di Malaysia dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Kuasa-kuasa khas berhubung dengan Penerbitan Subversif di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri terkandung dalam Bab 3 Seksyen
22 hingga Seksyen 31. Seksyen 22 ialah mengenai kuasa menteri yang
bertanggungjawab terhadap akhbar dan penerbitan untuk mengenakan
larangan terhadap percetakan, penerbitan, jualan, pengedaran atau
pemilikan dokumen subversif. Seksyen 23 pula memperuntukkan
tindakan yang diambil oleh menteri di bawah Seksyen 22 boleh dibantah
kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa sebulan daripada tarikh
perintah itu yang keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh
dipersoalkan di mahkamah. Seksyen 24 kesalahan di bawah Seksyen 22
boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya sekali, melainkan ia dapat membuktikan kepada
mahkamah perkara itu dibuat tanpa autoriti, persetujuan atau
pengetahuannya.

Pemilikan dokumen subversif boleh didenda hingga RM10,000 atau


dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Sesiapa atau pemegang
jawatan dalam sesebuah persatuan yang menerima dokumen subversif
hendaklah menerbitkan kandungan dokumen itu adalah salah dan boleh
didenda RM10,000 atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Beberapa akhbar telah diambil tindakan di bawah ISA. Antaranya akhbar


Sangamani yang diterbitkan dalam bahasa Tamil dan Telegu, sebuah
akhbar terbitan National Union og Plantation Workers yang dibatalkan
permitnya pada 13 Jun 1968. Majalah Far Eastern Economic Review
keluaran 6 Februari 1972 telah dilarang masuk ke Malaysia kerana ia
208
dikatakan memudaratkan keselamatan dan perpaduan negara. Akhbar
Suara Rakyat diharamkan penerbitannya pada 5 Disember 1975,
Kementerian Dalam Negeri memberitahu penerbit akhbar mingguan itu
tidak boleh diterbitkan.

Jumlah terbesar akhbar yang dibatalkan permitnya di bawah ISA ialah


apabila Operasi Lalang dilancarkan mulai 27 Oktober- 14 November
1987 dalam mana 106 telah ditahan. Akhbar-akhbar terlibat ialah The
Star, The Sunday Star, Watan, dan Sin Chew Jit Poh yang diharamkan
pada 28 Oktober 1987. Akhbar-akhbar ini diharamkan kerana menyiarkan
berita yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman
awam. Ketiga-tiga penerbit akhbar itu merayu mengenai tindakan itu dan
dibenarkan terbit semula pada akhir Mac 1988.

Selain terhadap akhbar para wartawan juga diambil tindakan di bawah


ISA. Tokoh paling terkemuka yang ditahan dibawah ISA ialah A Samad
Ismail yang ketika itu menjadi Pengarang Urusan New Straits Times dan
Samani Mohd Amin, penolong editor Berita Harian, Samad dan Samani
ditahan pada 22 Jun 1976. Pada 16 Jun dua orang wartawan Berita Harian
di Singapura turut ditahan. Mereka ialah Hussein Jahidin, editor akhbar
itu dan penolongnya, Azmi Mahmud dikatakan terlibat dalam rancangan
komunis untuk menjatuhkan kerajaan Singapura. Dalam bulan Oktober
1981, Rakan Pengurusan akhbar Watan Aziz Ahmad dan wartawan
HalimMahmud telah ditahan di bawah ISA.
Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut pada permulaannya bahawa
tindakan telah diambil atau ancaman telah dibuat oleh sekumpulan orang
yang terbesar sama ada dalam atau luar Persekutuan:
(i) untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau
harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut
akan kekerasan itu; atau
(ii) membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang Dipertuan
Agong atau mana-mana Kerajaan dalam Persekutuan; atau
(iii) mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa
kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan
kekerasan; atau
(iv) untuk mendapatkan diubah, dengan apa-apa cara lain daripada cara
yang sah, apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang; atau
(v) yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam dalam
atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang dimaksudkan untuk
memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun
peruntukan itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9,
10 atau 13, atau walaupun jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu
209
akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79
tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk sesuatu akta itu
atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu.
Antara kes yang pernah terbabit dalam akta ini ialah Karam Singh v.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia (1969) 2 M.L.J 129, Lee Mau
Seng v. Minister for Home Affairs, Singapore & Anor. (1971) 2 M.L.J.
137, Phang Chin Hock v. Public Prosecutor (1980) 1 M.L.J. 70, Public
Prosecutor v. Khong Teng Khen & Anor. (1976) 2 M.L.J 166, Public
Prosecutor v. Musa (1970) 1 M.L.J 101, Soo Kua v. Public Prosecutor.
(1970) 1 M.L.J. 91

Bagaimanapun, dalam konteks selepas merdeka dan sekarang, ISA


dijadikan sebagai undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku
ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan sebagai objektif
utama ISA. Pada pandangan kerajaan masa ini, ISA bukan tindakan
selepas ancaman berlaku, tetapi tindakan pantas bagi mengelakkan
sebelum sesuatu perkara berlaku dan kerajaan menyatakan bahawa akta
ini berjaya memelihara keamanan dan ketenteraman awam secara sedar
atau tidak sedar.

Malahan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga dilabel sebagai


Draconian (sangat keras) serta sepatutnya hanya digunakan terhadap
anasir subversif yang mahu menggulingkan kerajaan dengan cara paksaan
dan bukan terhadap ahli politik, wartawan dan pemimpin pertubuhan
bukan kerajaan.

Akta ini sangat terkenal di Malaysia. Pada 1960, hasil daripada kuasa
dibawah Perkara 149, Perlembagaan Persekutuan Parlimen meluluskan
akta ini sebagai “suatu akta bagi membuat peruntukan demi keselamatan
dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif,
penahanan kekerasan yang dirancangkan terhadap orang dan harta di
kawasan tertentu di Malaysia dan bagi perkara berkaitan,”. Mengikut
Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) Menteri
Dalam Negeri mempunyai kuasa luas untuk menahan sesiap sahaja jika
Menteri berpuas hati yang tahanan itu perlu bagi maksud mencegahnya
daripada bertindak dengan memudaratkan keselamatan Malaysia atau
mana-mana bahagiannya atau pemeliharaan perkhidmatan-perkhidmatan
perlu dalam Malaysia. Kuasa menahan berasaskan tahap kepuasan dan
subjektif Menteri Dalam Negeri dan jika disabitkan kesalahan boleh
dikeluarkan perintah tahanan tidak melebihi dua tahun dan setiap
perintah boleh diperbaharui selama dua tahun setiap kali tanpa had
dikenakan ke atas bilangan pembaharuan terhadap perintah asal yang
sama. Dalam perkara ini, Menteri juga berkuasa mengeluarkan perintah
sekatan bagi maksud mengawal dan menyelia aktiviti kebebasan bergerak,
tempat tinggal atau pekerjaaan seseorang itu.
210
Bagi persoalan mengenai di bawah keadaan apakah Menteri boleh
mengeluarkan perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960, Teo Say Eng (2007), menjelaskan Seksyen 8 (1) ISA 1960
(Akta 82) menyatakan jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-
mana orang itu diperlukan dengan tujuan untuk mencegahnya daripada
bertindak secara yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia atau
mana-mana bahagiannya atau terhadap penyelenggaraan perkhidmatan
perlu atau kepada kehidupan ekonominya, dia boleh membuat perintah
(kemudian dari ini dirujuk sebagai ‘perintah tahanan’ yang mengarahkan
supaya orang yang ditahan selama mana-mana tempoh yang tidak
melebihi dua tahun.

Persoalan mengenai apakah perintah lain yang boleh dibuat oleh Menteri
jika beliau berpendapat bahawa orang yang disyaki itu tidak perlu ditahan.
Ada pandangan mengatakan jika Menteri mengesyaki keadaan itu,
Menteri perlu mengenakan beberapa sekatan dan syarat dengan
mengehadkan aktiviti, kebebasan bergerak, tempat kediaman atau
pekerjaannya. Menteri boleh membuat perintah sekatan yang dikenakan
ke atas orang itu bagi segala atau mana-mana sekatan dan syarat yang
dinyatakan dalam Seksyen 8 (5)(a) hingga (e) ISA 1960.

Bagaimanapun, jika dilihat apakah hak orang tahanan apabila perintah


tahanan dikeluarkan terhadapnya di bawah ISA. Ini dinyatakan dengan
jelas apabila perintah tahanan dikeluarkan oleh Menteri, perintah itu
hendaklah disampaikan dengan seberapa segera yang boleh kepada orang
tahanan.
Secara keseluruhannya akta ini agak keras dan menafikan hak asasi
seseorang rakyat atau warganegara. Tetapi terdapat beberapa sekatan ke
atas kegunaan kuasa-kuasa tahanan pencegahan mengikut Perlembagaan
dalam Perkara 151 dan dalam akta ini sendiri. Hak-hak perlindungan itu
seperti:
(i) diberitahu dengan seberapa segera alasan penahanan itu;
(ii) diberitahu penyataan fakta (allegation of fact) yang menjadi asas bagi
perintah tahanan, kecuali pada zahirnya pada pendapat pihak
berkuasa akan bertentangan dengan kepentingan negara;
(iii) diberi peluang membuat rayuan terhadap perintah tahanan seberapa
segera yang boleh dilakukan kepada sesuatu Lembaga Penasihat
yang dilantik oleh Yang Dipertua Agong setelah berunding dengan
Ketua Hakim Negara;
(iv) tahanan pencegahan hanya boleh diteruskan jika Lembaga
Penasihat telah mempertimbangkan rayuan dan membuat syor-syor
tentangnya kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa tiga bulan
daripada tarikh penerimaan rayuan atau tempoh masa yang lebih
panjang seperti yang dibenarkan oleh Yang Dipertuan Agong.
211
Akta ini juga memperuntukan hak diberitahu fakta-fakta tambahan yang
pada pendapat Menteri adalah perlu bagi membolehkan rayuan dibuat.
Apa sekalipun, dalam pelaksanaan akta ini Yang Dipertuan Agong
mempunyai kuasa bagi menimbangkan syor-syor Lembaga Penasihat dan
memberi arahan yang diagap patut kepada Menteri berkaitan dengan
perintah tahanan itu. Malahan dalam akta ini, keputusan adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah
dan proses menyemak setiap kes tahanan dilakukan setiap enam bulan
sekali.

Bagi memberi sedikit keadilan dalam akta ini juga memperuntukan hak
kepada mereka yang ditahan dalam akta dengan membolehkan mereka
menggunakan proses rayuan Common Law yang termaktub dalam prinsip
Habeas Corpus dengan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar
dilepaskan daripada tahanan atas alasan tahanan itu menyalahi undang-
undang. Menurut Roscoe Pound (1992), mengatakan fungsi kehakiman
dan fungsi badan perundangan yang berjalan secara seiring dalam usaha
pengadilan menetapkan Common Law dalam penerapan analogi terhadap
perkara yang diputuskan. Menurut Ursula Smartt (2006) Common Law juga
dikenali sebagai judge-made law bermula pada 1066 apabila William The
Conqueror of Normandy menawan England. Pada ketika keputusan kes
banyak bergantung kepada amalan biasa yang diamalkan dan akhirnya
amalan undang-undang dibangunkan sebagai common to all dan common law
traditional.

Bagaimanapun, antara proses rayuan yang boleh dibuat ialah


mengemukakan bukti yang boleh menyokong alasan yang disediakan
termasuklah dakwaan yang hak-hak perlindungan ke atasnya telah
diabaikan atau tidak diberitahu dengan sempurna bagi melepaskan diri
daripada tahanan di bawah ISA. Dalam masa yang sama, mereka yang
ditahan dalam akta itu juga boleh membuat dakwaan terhadap pihak
berkuasa yang berniat jahat terhadapnya dan proses itu dikenalikan
sebagai dakwaan mala fide (berniat jahat) oleh pihak berkuasa sehingga
penahanannya.
Di sini dapat dilihat bahawa selain boleh mengemukakan bukti dan alasan
kukuh, perintah tahan boleh disemak oleh Lembaga Penasihat di bawah
undang-undang pencegahan. Acara penyemakan di bawah Seksyen 13,
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Mengikut seksyen itu;
(1) setiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di
bawah Seksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah Seksyen 10 ISA hendaklah
selagi ia masih berkuat kuasa, disemak tidak kurang sekali dalam setiap
enam bulan oleh Lembaga Penasihat: Dengan syarat bahawa dalam hal
perintah tahanan di mana rayuan terhadapnya telah dibuat, semakan

212
pertama terhadapnya sama ada perintah tahanan yang dibuat di bawah
Seksyen 8 (1) atau perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah 8(7) di
mana proviso kepada subseksyen terakhir dinyatakan itu terpakai,
hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesai
pendengaran rayuan oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya rayuan itu
dibuat.
(2) Lembaga Penasihat hendaklah, selepas selesai membuat setiap
semakan di bawah subseksyen (1) dengan serta merta menyerah kepada
Menteri satu laporan bertulis bagi setiap semakan itu dan boleh membuat
apa-apa syor sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Dalam hal ini, penangkapan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra
Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin
Chew Jit Poh, Tan Hoon Cheng, menghangatkan semula perdebatan
terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bagi sesetengah pihak,
ISA sudah ketinggalan zaman dan bertentangan dengan hak asasi
manusia.
Contoh kes pertama:

Raja Petra Kamaruddin, 58, ditahan mengikut Akta


Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September lalu
kerana menyiarkan artikel tulisannya yang mempersenda
orang Islam, kesucian Islam serta peribadi Nabi
Muhammmad s.a.w yang membangkitkan kemarahan
masyarakat Islam di negara ini.
(Berita Harian 24 September 2008)

Raja Petra kemudian ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak


12 September lalu. Kemudian Raja Petra membuat rayuan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur dan selepas mendengar keterangan permohonan
habeas corpus, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad
membebaskan Raja Petra dengan mengatakan walaupun Seksyen 8 ISA
selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini
alasan penahanan yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed
Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu. Syed Ahmad
membenarkan permohonan Habeas Corpus Raja Petra selepas mendapati
perintah penahanan terhadapnya yang dikeluarkan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri tidak mematuhi peruntukan mengikut Akta ISA. Walaupun
semakan penghakiman tidak boleh dilakukan terhadap perintah mengikut
Seksyen 8 (b) ISA, mahkamah boleh berbuat demikian sekiranya perintah
itu dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang mengikut akta itu.

Penggunaan Seksyen 8 ISA adalah selaras dengan Artikel 149


Perlembagaan Malaysia, namun perintah penahanan menteri itu tidak
213
mengikut perintah penahanan dibawah ISA," katanya dalam
penghakiman. Alasan perintah tahanan Raja Petra antara lain menyebut,
beliau sejak 16 Januari lalu sehingga ditangkap pada 12 September lalu
melalui laman webnya bertindak secara sedar, sengaja dan tidak
bertanggungjawab menyiarkan artikel penulisannya dan pembaca. Semua
artikel berkenaan mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian
agama Islam dan peribadi Nabi Muhammad yang membangkitkan
kegelisahan serta kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Ia sekali gus
boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta
mencetuskan persengketaan dari ketegangan agama antara masyarakat
Islam dan bukan Islam serta artikel tulisannya yang berunsur fitnah dan
palsu terhadap pemimpin negara. Tindakannya itu bertujuan menjejaskan
keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan
seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan
keselamatan Malaysia.

Seksyen 8 (b) ISA memberi kuasa mahkamah untuk menyemak


keputusan yang dibuat Menteri Dalam Negeri melaksanakan kuasa di
bawah ISA, tetapi ia tertakluk kepada perkara-perkara yang tidak
mengikut prosedur. Seksyen 8 (1) ISA menetapkan bahawa seseorang itu
boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri, manakala
Artikel 149 Perlembagaan Malaysia merujuk antara lain kepada kesalahan
menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan mendatangkan
kemudaratan kepada ketenteraman awam. Ini bermakna alasan perintah
penahan Raja Petra yang dikeluarkan menteri berkenaan tidak mematuhi
peruntukan mengikut Akta ISA sekali gus menyebabkan perintah
tahanannya itu tidak sah kerana tiada asas untuk menimbulkan fakta
penahanannya satu ancaman kepada negara. Raja Petra yang ditahan di
bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting, Taiping memfailkan
permohonan itu pada 30 September lalu bagi mendapatkan
pembebasannya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan ia tidak
sah serta tidak mengikut peruntukan dalam perlembagaan. Dalam kes itu
Raja Petra diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar, Ashol Kandiah, Azhar
Azizan Harun dan Sreekant Pillai manakala responden diwakili Peguam
Kanan Persekutuan, Abdul Wahab Mohamad dan Mohd Dasuki
Mokhtar.

Sebelum itu, Raja Petra memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan
pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan
bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau
menamakan Syed Hamid sebagai responden. Keadaan itu meyebabkan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam komen
selepas peristiwa mengatakan Kementerian Dalam Negeri tidak akan
mempertikai keputusan mahkamah berhubung pembebasan penulis blog
Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan
214
Dalam Negeri (ISA). Menteri juga menjelaskan itu keputusan mahkamah
jadi kalau dibebaskan, itu hak mahkamah.

Dalam kes itu, Raja Petra pernah menyatakan bahawa tidak ramai orang
yang mencabar penahanan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) berjaya dan pihaknya tidak menaruh harapan tinggi dalam
permohonan itu. Akhirnya, Raja Petra melafazkan kata-kata "Kita perlu
berjuang untuk menghapuskan ISA...saya harap ini bukan politik dan
menunjukkan ISA tidak boleh digunakan".

Contoh kes kedua:

Lima rakyat Malaysia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalan


Negeri (ISA) pada 13 Disember 2008 selepas terbabit dalam
demonstrasi di Kuala Lumpur pada 25 November 2008 lalu dan
mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap kerajaan. Kelima-
lima mereka ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga anggota
Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46,
V Ganabatirau, 40, R Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai
bank K Vasantha Kumar, 36.
(Berita Harian 14 Disember 2007)

Bagaimanapun, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi, kelima-lima


didapati bersalah dan ditahan di Kem Kemunting, Taiping, Perak. Dalam
kes itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam
mempertahankan kes itu memberitahu Mahkamah Persekutuan dengan
menyatakan bahawa penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kota Alam Shah, M Manoharan dan empat yang lain mengikut Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1963 (ISA) tiada unsur mala fide kerana
dibuat berdasarkan siasatan dan penelitian fakta yang terperinci. Abdul
Gani yang berhujah di hadapan panel diketuai Hakim Besar Malaya,
Datuk Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Ariffin Zakaria dan Datuk Hashim Yusoff. Memberitahu mahkamah
bahawa perkara itu jelas dinyatakan dalam afidavit jawapan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (selaku Menteri
Keselamatan Dalam Negeri), kepada Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Persoalan itu menjadi hangat apabila Peguam Manoharan, Karpal Singh
mendakwa Menteri Keselamatan Dalam Negeri bertindak mala fide dan
di luar bidang kuasanya apabila mengeluarkan perintah penahanan itu.
Afidavit menteri berkenaan jelas menyatakan, beliau berpuas hati dengan
bukti yang dikemukakan kepadanya bahawa pemohon terbabit dalam
aktiviti Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang membangkitkan
sentimen perkauman bertujuan melancarkan rusuhan yang mampu
menggugat ketenteraman dan keselamatan negara selain menimbulkan
kebencian masyarakat India terhadap kerajaan.
215
Dalam kes ini, kelima-lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu
(Hindraf) membuat permohonan habeas corpus untuk membebaskan
mereka daripada tahanan. Lima pemimpin pertubuhan haram itu merayu
kepada Mahkamah Persekutuan selepas gagal mendapat perintah
pembebasan daripada Mahkamah Tinggi dengan mendakwa penahanan
mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak sah.

SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah empat rahsia yang boleh dikategorikan


sebagai rahsia kerajaan? Sila berikan contoh yang
sesuai.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Common Law.
5. Apakah kuasa Menteri Dalam Negeri mengikut
Seskyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
6. Nyatakan kes-kes akhbar dan pemimpin yang
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimana media boleh menulis


berita tanpa terikat dengan Akta Fitnah 1972 (pindaan
1987).

10.7 RUMUSAN

Di dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai tangguungjawab


sosial badan berkanun dan sektor swasta mahupun kerajaan dalam
membangunkan hubungan mereka dengan masyarakat, pelanggan dan
rakyat dalam sesebuah negara. Kita juga melihat bahawa wujud kaitan
rapat antara masyarakat dengan badan berkanun dalam negera ini. Selain
itu, kita juga membincangkan tanggungjawab warga negara ini supaya
lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan memberi sesuatu
fakta kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi yang
meliputi persoalan rahsia kerajaan yang terdiri daripada tiga kategori
rahsia kerajaan, ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’ dan ‘terhad’. Bukan sahaja
Akta Rahsia Rasmi disentuh dalam bab ini tetapi juga Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960 yang memungkin mana-mana rakyat negara ini tidak
216
mengira pangkat atau darjat boleh ditahan dalam akta ini yang memberi
kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menilai tindak tanduk seseorang itu
dan bukti yang lengkap sebelum perintah tahanan dibuat. Bagaimanapun,
dalam akta yang sangat kontroversi ini masih ada ruang yang boleh
dilakukan oleh mereka yang ditahan untuk memohon dibebaskan.
Bagaimanapun, mereka mesti menggunakan prosedur yang sama seperti
memohon habeas corpus untuk membebaskan diri daripada tindakan ISA
ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “mala fide”?. Huraikan dan


berikan contoh yang sesuai.

2. Apakah hak mengikut Perlembagaan dalam Perkara 151 Akta


Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Bagaimanakah proses undang-undang sehingga Raja Petra


dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dalam kes rayuannya?.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Di Malaysia, kerjasama antara badan berkanun serta pihak swasta


dengan pihak NGO sudah lama wujud bagi membolehkan
masyarakat memberi sumbangan kepada masyarakat lain yang
memerlukan sumbangan. Malahan ia bukan sahaja berlaku dalam
negara tetapi sehingga keluar negara bagi menunaikan
tanggungjawab sosial mereka.

Sebagai contohnya penubuhan Yayasan Salam, yang ditubuhkan


pada 1997 mempelopori konsep kesukarelawan korporat dengan
beberapa syarikat yang mengamalkan pertanggungjawaban sosial
seperti sebuah syarikat penerbangan yang menyumbangkan wang
tunai, tiket dan perkhidmatan kargo bagi membantu tragedi di
Aceh, Sri Lanka, Yogyakarta dan sebagainya.

217
2. Secara umumnya, tanggungjawab sosial ini juga dikenali sebagai
tanggungjawab sosial korporat dalam konteks perlaksanaan dalam
negara. Selain, ia juga dikenali sebagai tanggungjawab korporat
(corporate responsibility), tanggungjawab perniagaan (corporate business)
dan tanggungjawab masyarakat massa (corporate citizenship). Definisi
lain ialah secara khususnya, tanggunggjawab sosial adalah tindakan
kesukarelaaan dalam institusi korporat ataupun perniagaan yang
menunjukkan minat menyalurkan bantuan dengan kemampuan
tertentu dalam usaha menyediakan persekitaran yang kompetetif
dan berminat untuk menyebarkan kepentingan itu kepada
masyarakat dengan lebih luas.

Definisi lain ialah sebagai tanggungjawab sosial dalam prestasi


perniagaan, tanggungjawab sosial dalam pelaburan, tanggungjawab
sosial kenegaraan dan tanggungjawab korporat. Dalam erti kata lain,
sesuatu yang perlu dimainkan peranannya oleh kelompok
masyarakat perniagaan dan swasta menyediakan sesuatu yang baik
kepada masyarakat dalam bentuk pekerjaan, perkembangan sahsiah
dan modal insan, persekitaran, hak penjagaan dan undang-undang.

3. Di bawah Akta Rahsia Rasmi yang meliputi persoalan rahsia


kerajaan yang terdiri daripada tiga kategori rahsia kerajaan, ‘paling
rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’ dan ‘terhad’.

4. Fungsi kehakiman dan fungsi badan perundangan yang berjalan


secara seiring dalam usaha pengadilan menetapkan Common Law
dalam penerapan analogi terhadap perkara yang diputuskan.
Common Law juga dikenali sebagai judge-made law bermula pada 1066
apabila William The Conqueror of Normandy menawan England. Pada
ketika keputusan kes banyak bergantung kepada amalan biasa yang
diamalkan dan akhirnya amalan undang-undang dibangunkan
sebagai common to all dan common law traditional.

5. Seksyen 8 (1) ISA menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan


selama dua tahun mengikut arahan menteri, manakala Artikel 149
Perlembagaan Malaysia merujuk antara lain kepada kesalahan
menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan mendatangkan
kemudaratan kepada ketenteraman awam. Mengikut Seksyen 8 (1)
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) Menteri Dalam
Negeri mempunyai kuasa luas untuk menahan sesiap sahaja jika
Menteri berpuas hati yang tahanan itu perlu bagi maksud
mencegahnya daripada bertindak dengan memudaratkan
keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau
pemeliharaan perkhidmatan-perkhidmatan perlu dalam Malaysia.
Kuasa menahan berasaskan tahap kepuasan dan subjektif Menteri
218
Dalam Negeri dan jika disabitkan kesalahan boleh dikeluarkan
perintah tahanan tidak melebihi dua tahun dan setiap perintah boleh
diperbaharui selama dua tahun setiap kali tanpa had dikenakan ke
atas bilangan pembaharuan terhadap perintah asal yang sama. Dalam
perkara ini, Menteri juga berkuasa mengeluarkan perintah sekatan
bagi maksud mengawal dan menyelia aktiviti kebebasan bergerak,
tempat tinggal atau pekerjaaan seseorang itu.

6. Dalam persoalan ini beberapa akhbar telah diambil tindakan di


bawah ISA. Antaranya akhbar Sangamani yang diterbitkan dalam
bahasa Tamil dan Telegu, sebuah akhbar terbitan National Union
og Plantation Workers yang dibatalkan permitnya pada 13 Jun
1968. Majalah Far Eastern Economic Review keluaran 6 Februari
1972 telah dilarang masuk ke Malaysia kerana ia dikatakan
memudaratkan keselamatan dan perpaduan negara. Akhbar Suara
Rakyat diharamkan penerbitannya pada 5 Disember 1975,
Kementerian Dalam Negeri memberitahu penerbit akhbar
mingguan itu tidak boleh diterbitkan.
Jumlah terbesar akhbar yang dibatalkan permitnya di bawah ISA
ialah apabila Operasi Lalang dilancarkan mulai 27 Oktober- 14
November 1987 dalam mana 106 telah ditahan. Akhbar-akhbar
terlibat ialah The Star, The Sunday Star, Watan, dan Sin Chew Jit
Poh yang diharamkan pada 28 Oktober 1987. Akhbar-akhbar ini
diharamkan kerana menyiarkan berita yang boleh mengancam
keselamatan negara dan ketenteraman awam. Ketiga-tiga penerbit
akhbar itu merayu mengenai tindakan itu dan dibenarkan terbit
semula pada akhir Mac 1988.

Selain terhadap akhbar para wartawan juga diambil tindakan di


bawah ISA. Tokoh paling terkemuka yang ditahan dibawah ISA
ialah A Samad Ismail yang ketika itu menjadi Pengarang Urusan
New Straits Times dan Samani Mohd Amin, penolong editor Berita
Harian, Samad dan Samani ditahan pada 22 Jun 1976. Pada 16 Jun
dua orang wartawan Berita Harian di Singapura turut ditahan.
Mereka ialah Hussein Jahidin, editor akhbar itu dan penolongnya,
Azmi Mahmud dikatakan terlibat dalam rancangan komunis untuk
menjatuhkan kerajaan Singapura. Dalam bulan Oktober 1981,
Rakan Pengurusan akhbar Watan Aziz Ahmad dan wartawan
HalimMahmud telah ditahan di bawah ISA.

219

Anda mungkin juga menyukai