Anda di halaman 1dari 6

1

PERSEPSI HUBUNGAN ANTARA SELF-ESTEEM DENGAN PERHUBUNGAN


PERKAHWINAN DALAM KALANGAN PEKERJA KEJORA

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan isu yang semakin dipandang serius oleh masyarakat hari ini iaitu
peranan wanita bekerjaya dalam membentuk sahsiah anak-anak. Dalam pembangunan
Negara yang semakin maju, wanita memainkan peranan yang amat penting dalam
perubahan sosioekonomi Negara. Namun dalam mengejar kerjaya, wanita turut memainkan
peranan yang cukup penting dalam membentuk sahsiah sanak-anak.

Kajian ini penting untuk dijalankan dalam memperinci dan memperjelaskan peranan
yang perlu dimainkan oleh wanita bekerjaya dalam membentuk peribadi anak-anak. Kajian
ini merangkumi aspek-aspek penting termasuk latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, sorotan kajian, kepentingan kajian,
skop dan batasan kajian serta metodologi kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Islam merupakan agama yang unggul dan menyeluruh dalam setiap aspek. Sebelum
kedatangan Islam, wanita dipandang hina dan tidak mendapat kedudukan yang istimewa
seperti lelaki. Namun, selepas kedatangan Islam, Islam telah mengangkat tinggi darjat
wanita. Selepas kebangkitan Islam, wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang
berpandukan batas-batas yang ditetapkan oleh syarak seperti sentiasa memeliharan
kehormatan, menjaga agama, sopan dan ,menghindari kemungkaran. Berdasarkan sejarah
dan Kisah Rasulullah SAW, kita dapat lihat bagaimana isteri baginda Rasulullah SAW iaitu
Siti Khadijah mencipta sejarah apabila nama beliau tercatat sebagai seorang ahli
perniagaan yang sangat berjaya.

Kini, golongan wanita semakin berani untuk melibatkan diri dengan pelbagai bidang
pekerjaan sehingga golongan ini memainkan peranan yang cukup besar dan hebat dalam
pembangunan Negara. Tambahan pula, pihak kerajaan membuka luas bidang pekerjaan
kepada golongan ini. Peranan wanita tidak lagi terhad sebagai seorang ibu mahupun isteri
yang menguruskan rumahtangga, bahkan mereka turut memainkan peranan penting
terhadap pertumbuhan Negara.

Namun begitu, golongan wanita yang berkerjaya ini sering dipersalahkan terhadap
tingkah laku dan sikap anak-anak yang terlibat dengan permasalahan sosial sehingga isu ini
2

dipandang serius oleh masyarakat. Wanita bekerjaya sering dipersalahkan atas tuduhan
pengabaian rumah tangga sehingga menyebabkan anak-anak bertindak diluar kawalan
berbanding dengan anak-anak dibawah jagaan ibu yang tidak berkerja.

Jesteru, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan penyelidikan terhadap wanita


berkerjaya untuk menyangkal pandangan negatif masyarakat terhadap golongan ini.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Selaras dengan kemajuan serta peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini
terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, golongan wanita mula
bangkit dan lebih berani untuk menceburi serta melibatkan diri dengan pelbagai bidang
pekerjaan. Bagi membantu golongan lelaki iaitu suami untuk memenuhi keperluan keluarga,
wanita hari ini tidak lagi berfikiran sempit dengan tinggal dirumah menanti kepulangan suami
sebaliknya mereka turut bekerja bagi membantu meringankan beban suami serta membantu
memberi keselesaan kepada anak-anak.

Bagi wanita yang belum berumah tangga, mereka tidak mempunyai banyak konflik
kerana golongan ini tidak mempunyai tanggungjawab khusus sebagai isteri dan ibu namun
bagi wanita yang sudah berumah tangga, mereka terpaksa membahagikan tanggungjawab
sebagai seorang pekerja serta sebagai suri rumah tangga. Wanita bekerjaya sering
dikaitkan dengan kes pengabaian rumah tangga terutamanya anak-anak dan dianggap lebih
mementingkan kerjaya berbanding keluarga.

Jesteru, pengkaji berasa terpangil untuk melakukan penyelidakan terhadap isu ini
dan amat wajar bagi pengkaji untuk membuat kajian yang lebih terperinci tentang peranan
wanita bekerjaya dalam membentuk peribadi anak-anak bagi melihat sejauh mana wanita
bekerjaya memainkan peranan dalam menguruskan anak-anak.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka seperti berikut :

1. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan.


2. Mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih dengan self-esteem.
3. Mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi terhadap self-esteem.

5.0 PERSOALAN KAJIAN


3

Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian berdasarkan kepada objektif kajian
yang dirangka. Persoalan-persoalan kajian ini ialah :

1. Sejauhmanakah hubungan antara self-esteem dengan perhubungan perkahwinan?


2. Apakah perbezaan antara faktor demografi terpilih dengan self-esteem?
3. Sejauhmanakah hubungan antara aspek komunikasi terhadap self-esteem?

6.0 DEFINISI OPERATIONAL

Kajian ini menjelaskan definisi perkahwinan, self-esteem dan pekerja awam daripada
pelbagai aspek secara ringkas.

6.1 Definisi wanita

Menurut kamu Bahasa melayu, wanita disinonimkankan dengan panggilan perempuan,


wadun, betina dan kamu hawa.

Wanita merupakan makhluk yang memiliki perasaan yang halus dimana mereka
merupakan makhluk yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Wanita juga
sering digambarkan dengan keindahan, kelembutan serta rendah hati dan halus.

Perkataan wanita berasal dari Bahasa Sanskrit iaitu Wan yang beerti nafsu,
sehingga perkataan wanita mempunyai kaitan dengan objek seks. Perkataan wan dalam
bahasa Inggeris ditulis sebagai want, atau men dalam bahasa Belanda, wun dalam bahasa
Jerman dan perkataan ini membawa maksud like, wish, desire dan aim. Kata want dalam
bahasa inggeris dalam ertikata lampau adalah wanted. Jadi wanita adalah who is being
wanted (seseorang yang diperlukan) iaitu seseorang yang diinginkan.

Para ilmuan seperti Pluto pula mengatakan bahawa wanita ditinjau dari segi
kekuatan fizikal dan spiritual. Mental wanita lebih lemah berbanding lelaki. Secara biological
dan fizikal pula, wanita lebih kecil daripada lelaki, suaranya lebih halus, kekuatan wanita
tidak sekuat kekuatan lelaki dan sebagainhya. Wanita juga mempunyai emosi yang halus
dan lebih cepat menangis apabila menghadapi sesuatu masalah.

6.2 Definisi Kerjaya

Kerjaya merupakan perkerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan bagi memenuhi
keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Kerjaya mempunyai pelbagai bentuk dari
segi bidang tugas, tempat and masa serta identiti.
4

Menurut Zunker (2006) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi
pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Omar
Awang (2008) menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan didalam
kehidupan seseorang. Tolbert (1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian
melibatkan diri seseorang individu. Sesetengan individu mungkin akan kekal dengan satu
pekerkjaan sahaja sepenjang bhidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-
tukar pekerjaan.

Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan atau kesinambungan
berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy
Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi
seseorang individu, atau sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja
serta pengalaman dalam kehidupan individu.

7.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian ini merupakan kajian lepas atau kajian lampau yang dijadikan sebagai garis
panduan serta rujukan untuk membantu penulisan dalam menyampai dan melengkapi serta
memperkemaskan lagi kajian ilmiah ini.

Menurut satu kajian lepas, pengkaji telah mengkaji tentang cabaran wanita bekerjaya
dalam menguruskan rumahtangga. Pengkaji telah menjelaskan tentang persoalan mengenai
wanita bekerjaya. Kajian ini turut menjelaskan peranan wanita sebagai isteri, ibu serta
peranan wanita dalam masyarakat. Pengkaji turut menyatakan dalil yang mengharuskan
wanita bekerjaya.

Pengkaji turut menyatakan cara-cara mengatasi cabaran wanita bekerjaya dalam


menguruskan rumah tangga. Antaranya ialah wanita perlu berusaha untuk membahagiakn
masa dengan baik. Selain itu, wanita perlu menjaga etika kerjayanya. Wanita bekerkjaya
juga perlu meningkatkan kepakaran sebagai ibu yang menjadi contoh kepada anak-anak.
Akhir sekali wanita perlu memainkan peranan yang penting sebagai ahli masyarakat.

Penulisan lain yang turut menyentuh soal wanita bekerjaya ialah mengenai peranan
wanita bekerjaya dalam pembangunan keluarga dari perspektif Fi Zilal Al- Quran. Objektof
penulian ini ialah untuk meneroka wacana mengenai peranan wanita seperti yang dihuraikan
oleh Sayyid Qutb dalam kitabnya Fi Zilal Al-Quran. Penulisan I I penting dalam memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan wanita dalam membangunkan Negara.
5

Berdasarkan analisi temuabual kumpulan focus seperti yang dinyatakan pengkaji


dalam penulisaanya, terdapat empat tema yang ditonjolkan oleh Sayyid Qutb berkaitan
peranan wanita dalam pembangunan Negara. Antara tema tersebut ialah kekuatan lelaki
dan kemuliaan wanita,keperluan kehisupan bekerluarga, ketaatan asas kesolehan wanita
serta pengorbanan wanita dalam kehidupan berkeluarga. Penemuan peranan wanita dalam
makalah ini dibincangkan berasaskan tema ini.

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian mengenai peranan wanita berkerjaya dalam membentuk peribadi
anak-anak ;

1. Menyumbang kepada penyelik-penyelidik lain untuk melakukan kajian yang lebih


mendalam berkaitan isu self-esteem dengan perhubungan perkahwinan disamping
mengisi 6kajian ilmu yang amat meluas ini.
2. Memberi satu idea untuk memperbaiki dan merancang beberapa tindakan yang
wajar diambil sama ada oleh pihak pengurusan organisasi, pekerja itu sendiri,
kaunselor terutamanya kaunselor keluarga dan tidak ketinggalan kepada pengkaji
akan datang.
3. Memperjelaskan serba sedikit kepada masyarakat tentang hubungan antara self-
esteem dengan perhubungan perkahwinan dalam kalangan pekerja awam.

9.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan kepada subjek dan sampel tertentu sahaja bagi memastikan
objektif kajian tercapai.

9.1 Batasan Subjek

Kajian ini berdasarkan isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat terhadap isu
wanita berkerjaya. Sememangnya terdapat banyak isu yang menyentuh soal wanita
berkerja. Namun begitu, kajian ini membataskan kepada isu peranan wanita bekerja
terhadap peribadi anak-anak sahaja.
6

9.2 Batasan Sampel

Pengkaji memilih wanita berkerjaya disekitar Kuala Terengganu sebagai sampel kajian. Hasil
temubual daripada wanita ini diolah pengkaji dalam bentuk esei. Selain itu, kajian ini juga
berpandukan kajian-kajian yang lepasyang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji.
Pencarian fakta untuk kajian ini berfokus kepada sumber sekunder yang terdiri daripada
buku, akhbar, majalah, kajian lepas, internet dan lain-lain.

10.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk
kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data.

10.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian dan
prisedurvatau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk kajian
ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian yang telah dirangka. Kajian ini memilih reka
bentuk kajian kualitatif.

10.2 Pengumpulan Data

Data kajian dikutip melalui teknik analisis dokumen. Kajian ini menggunakan kaedah kajian
perpustakaan sebagai kaedah utama. Bahan-bahan perpustakaan adalah rujukan
terpenting. Data kajian ini juga diperolehi melalui temubual wanita bekerjaya. Hasil temubual
ini menjadi pelengkap kepada sumber rujukan pertama.

10.3 Penganalisaan Data

Penganalisaan data penting untuk membuat kesimpulan berdasarkan persoalan dan objektif
kajian yang dibina. Kajian ini menganalisa hasil temubual bersama wanita berkerjaya.

Anda mungkin juga menyukai