Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN KEMUDAHAN UNTUK WARGA TUA DAN ORANG KURANG

UPAYA DI MASJID-SATU KES KAJIAN DI MASJID-MASJID SEKITAR TANJUNG


SURAT, JOHOR DARUL TAKZIM

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat
pada hari ini iaitu pentingnya kemudahan untuk warga tua dan orang kurang upaya di
masjid-masjid ataupun di surau-surau. Dalam pembangunan Negara yang semakin maju,
golongan ini semakin jauh dari pandangan kita, bahkan seiring dengan perubahan
sosioekonomi di Negara kita ini. Namun dalam masyarakat masa kini sibuk mengejar
kerjaya, kita juga tidak ketinggalan dalam melakukan ibadat begitu juga kepada golongan
warga tua dan orang kurang upaya.

Kajian ini penting untuk dijalankan dalam memperinci dan memperjelaskan


kepentingan kemudahan untuk warga tua dan orang kurang upaya di masjid. Kajian ini
merangkumi aspek-aspek penting termasuk latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, sorotan kajian, kepentingan kajian,
skop dan batasan kajian serta metodologi kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Fitrah manusia yang sentiasa melakukan pergerakan pada setiap hari dari satu tempat ke
satu tempat lain termasuklah ke rumah ibadat. Pergerakan ini melibatkan semua golongan
tidak kira tahap lapisan umur termasuklah orang kurang upaya (OKU) dan juga normal.
Bagi orang normal, mereka tidak mengalami masalah dalam pergerakan berlainan pula

1
dengan golongan warga tua dan OKU mereka berhadapan dengan kekangan dan juga
cabaran untuk bergerak dari satu ke tempat ke tempat yang lain. Hal ini disebabkan oleh,
OKU adalah individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh
sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak hidup
bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau
mental sama ada berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu (Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia, 2008).

Masjid ini dikenali sebagai tempat perlindungan rohani bagi umat Islam, yang bertindak
sebagai pusat ibadat, pusat aktiviti agama, pengajaran dan pembelajaran Al-Quran,
Hadith dan Sunnah serta menganjurkan acara awam dan seminar seperti ceramah dan
majlis perkahwinan. Umat Islam digalakkan menunaikan solat berjemaah di semua lima
kali berdoa dan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan serta wacana
intelektual yang dijalankan di masjid.

Menurut (NST, Julai 2013), "masjid dan surau telah menjadi antara tipologi popular
bangunan dan kemudahan yang sering dikunjungi oleh Orang Muslim Kurang Upaya
(OKU) dan warga emas selain daripada orang awam, sebagai masjid dan surau kekal
sebagai tempat ibadat bagi umat Islam yang setia untuk melaksanakan solat lima waktu.
Dalam satu artikel yang dilaporkan oleh Bernama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail, menegaskan bahawa semua bangunan baru yang dilengkapi
dengan surau dan juga beberapa pemilik bangunan menyediakan surau semata-mata
untuk memenuhi kriteria untuk membina kelulusan. Tambahan pula, Tuanku Syed
Faizuddin menambahnya lagi bahawa surau harus mempunyai tempat untuk berwuduk,
pencahayaan yang cukup, kipas atau penghawa dingin, kemudahan bagi kawasan yang
kurang upaya dan pengasingan untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

Jika kemudahan ini tercapai untuk memudahkan golongan warga tua dan OKU, maka
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W:

Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki karena orang-orang lemah di antara
kalian. (HR. al-Bukhari)

2
Justeru, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan penyelidikan tentang isu ini iaitu
kepentingan kemudahan untuk warga tua dan orang kurang upaya di masjid.

3.0 PENYATAAN MASALAH

Perancangan dan penyediaan kemudahan yang kondusif dan mesra pengguna merupakan
satu indikator yang mampu dijadikan elemen penting kepada pembentukan persekitaran
masjid yang mesra warga tua dan OKU. Namun, apabila ditanya mengenai
kebolehcapaian untuk orang yang tua dan kurang upaya di masjid kepada penduduk
setempat, sebahagian besar penduduk mempunyai jawapan yang berbeza seperti
kemudahan adalah perbezaan untuk setiap masjid dan ianya bergantung kepada reka
bentuk dan konsep masjid itu sendiri serta jenis perancangan ruang dan skala dan fungsi
untuk masjid.

Oleh itu, pengkaji sempat untuk bertanya serba sedikit kepada penduduk setempat yang
termasuk dalam golongan ini. Menurut salah seorang wanita penduduk setempat, Rokiah
Ahmad, 86 tahun (Oktober 2016) menyatakan bahawa "ia adalah sukar untuk pergi ke
bilik air sembahyang punca daripada kebanyakan tempat ibadat perlu berjalan jauh
sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat yang pergerakannya normal." Namun
begitu, aduan ini disokong oleh Ahmad Yaakob, 89 tahun (Oktober 2016) yang
mengatakan bahawa "dengan menggunakan kerusi roda ianya sukar untuk memasuki
masjid kerana terlalu banyak langkah tangga dan akan meminta bantuan orang lain."

Hal ini menyebabkan, pengkaji akan cuba mengenal pasti kebolehcapaian untuk orang
yang tua dan kurang upaya di dalam masjid di Tanjung Surat di kalangan penduduk.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka seperti berikut:

i. Untuk mengetahui persepsi para pekerja terhadap kemudahan dalam masjid


kepada golongan warga tua dan OKU.

ii. Untuk mengenalpasti kesan terhadap kemudahan dalam masjid kepada orang
yang tua dan OKU.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

3
Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian berdasarkan kepada objektif
kajian yang dirangka. Persoalan-persoalan kajian ini ialah:

i. Apakah persepsi para pekerja terhadap kemudahan dalam masjid kepada


golongan warga tua dan OKU?

ii. Apakah kesan terhadap kemudahan dalam masjid kepada orang yang tua dan
OKU?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian adalah mengenai kemudahan untuk warga tua dan orang
kurang upaya di masjid:

i. Menyumbang kepada penyelik-penyelidik lain untuk melakukan kajian yang lebih


mendalam berkaitan isu kepentingan kemudahan untuk warga tua dan orang
kurang upaya di masjid di samping mengisi kelapangan untuk mendapatkan ilmu
yang amat meluas ini.

ii. Memberi satu idea untuk memperbaiki dan merancang beberapa tindakan yang
wajar diambil sama ada oleh pihak pengurusan organisasi, pekerja itu sendiri,
kaunselor dan tidak ketinggalan kepada pengkaji akan datang.

iii. Memperjelaskan serba sedikit kepada masyarakat tentang kepentingan


kemudahan untuk warga tua dan orang kurang upaya di masjid.

7.0 DEFINISI OPERATIONAL

Kajian ini menjelaskan definisi warga tua, OKU dan masjid daripada pelbagai aspek
secara ringkas:

7.1 Warga Tua

4
Menurut Asiah Abdul Rahim and Nur Amirah Abd. Samad(2010) warga tua dari
perspektif Islam, penuaan adalah proses menjadi tua atau membangunkan
penampilan dan ciri-ciri usia tua atau menjadi tua dan proses ini penuaan diberi
penjelasan falsafah dalam Al-Quran tetapi ia tidak adalah penting prasyarat
kematian. Ini, mengkategorikan warga emas sebagai sebahagiannya berkaitan
dengan Orang Kurang Upaya (Orang Kurang Upaya (OKU)) yang juga
memerlukan keperluan dan sokongan tertentu dalam membantu kehidupan harian
mereka.

7.2 Orang Kurang Upaya (OKU)

Orang kurang upaya merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal,
pendengaran atau visual dan ianya memberi kesan terhadap pergerakan atau
penggunaan bangunan dan kemudahan. OKU juga diklasifikasikan kepada empat
kategori iaitu kurang upaya penglihatan, pendengaran, anggota dan akal. Keadaan
ini menyebabkan mereka menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan orang
awam, kesulitan ketika menggunakan kemudahan awam seperti di institusi masjid
dan sebagainya. Golongan OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat.
Sehubungan itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk
menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

7.3 Masjid

Bagi masyarakat Islam, masjid adalah satu keperluan. Ia membantu untuk


memenuhi pemeliharaan lima ciri-ciri utama maqasid al-syariah iaitu (i) iman, (ii)
diri, (iii) akal, (iv) keturunan dan (v) harta dengan cara masing-masing. Dalam hal
ini, Omer (2005) menegaskan bahawa "masjid bertujuan bukan sahaja untuk
menunaikan solat pada waktu yang dilantik secara rasmi tetapi juga untuk
pelbagai fungsi agama, sosial, politik dan pentadbiran yang lain. Peranan utama
yang dilakukan oleh masjid adalah sebagai pusat untuk amalan ibadah berjemaah
dan tidak ada yang terkecuali.

Institusi masjid merupakan satu aset penting dalam pengembangan syiar Islam
dan bukan untuk orang normal sahaja, tetapi digunakan oleh orang kurang upaya

5
(OKU). Institusi masjid menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung
seperti tandas, parking tempat wuduk dan sebagainya kepada orang awam.

8.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian ini merupakan kajian lepas atau kajian lampau yang dijadikan sebagai
garis panduan serta rujukan untuk membantu penulisan dalam menyampai dan
melengkapi serta memperkemaskan lagi kajian ilmiah ini.

Menurut satu kajian lepas, pengkaji telah mendapati laporan daripada Ketua Audit
Negara bagi tahun 2010 dan tahun 2013, siri 3 mendapati keputusan yang mengejutkan
tentang kemudahan OKU. Hasil pemeriksaan audit mendapati laluan OKU yang dibina
tidak mesra pengguna kerana menyukarkan pergerakan OKU terutama yang berkerusi
roda dan orang buta (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri,
2012). Ramp yang dibina tidak sesuai, membahayakan pengguna OKU kerana
menghadap ke longkang. Hal ini menimbulkan persoalan tahap keprihatinan masyarakat
dan pihak pengurusan kepada golongan tersebut seperti tempat letak kereta, penunjuk
arah, tangga, lintasan, tandas, elevator, eskalator dan sebagainya. Oleh yang demikian,
kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemudahan dan kebolehgunaanya bagi golongan
OKU di institusi masjid.

Berdasarkan seperti yang dinyatakan pengkaji dalam penulisaanya, kemudahan yang


digunakan oleh warga tua dan OKU adalah menyukarkan untuk mereka melakukan ibadat
seiring dalam pembangunan Negara. Penemuan peranan masyarakat dalam
membincangkan berkenaan isu ini.

9.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan kepada subjek dan sampel tertentu sahaja bagi memastikan
objektif kajian tercapai.

6
9.1 Batasan Subjek

Kajian ini berdasarkan isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat
terhadap isu warga tua dan OKU. Sememangnya terdapat banyak isu yang
menyentuh soal golongan ini. Namun begitu, kajian ini membataskan kepada isu
kepentingan kemudahan warga tua dan OKU di masjid sahaja

9.2 Batasan Sampel

Pengkaji telah mendapati populasi warga tua dan OKU di sekitar Tanjung Surat,
Johor adalah sebanyak 25 orang. Namun pengkaji memilih sebahagian daripada
populasi tersebut sebagai sampel kajian. Hasil temubual daripada golongan ini di
olah pengkaji dalam bentuk esei. Selain itu, kajian ini juga berpandukan kajian-
kajian yang lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji. Pencarian fakta
untuk kajian ini berfokus kepada sumber sekunder yang terdiri daripada buku,
akhbar, majalah, kajian lepas, internet dan lain-lain.

10.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk
kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data.

10.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian dan
prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Reka
bentuk kajian ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian yang telah dirangka.
Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif.

7
10.2 Pengumpulan Data

Data kajian dikutip melalui teknik analisis dokumen. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian perpustakaan sebagai kaedah utama. Bahan-bahan perpustakaan
adalah rujukan terpenting. Data kajian ini juga diperolehi melalui temubual warga
tua dan OKU. Hasil temubual ini menjadi pelengkap kepada sumber rujukan
pertama.

10.3 Penganalisaan Data

Penganalisaan data penting untuk membuat kesimpulan berdasarkan persoalan


dan objektif kajian yang dibina. Kajian ini menganalisa hasil temubual bersama
warga tua dan OKU.

11.0 HIPOTESIS KAJIAN

Ho 1: Terdapat kebolehpercayaan antara kemudahan yang digunakan oleh warga tua dan
OKU di masjid.

Ho 2: Terdapat ketidak kebolehpercayaan antara kemudahan yang digunakan oleh warga


tua dan OKU di masjid.

Anda mungkin juga menyukai